BAB 11

Humor Completed 44246

Mira duduk di sebuah pangkin tepi kolam di depan pejabat sekolahnya itu. matanya tunak memerhati ikan-ikan kecil yang berenang-renang di dalam kolam yang cetek itu. sekali sekala bibirnya menguntum senyum bagaikan merasai keseronokan ikan-ikan yang berkejeran di kolam tersebut. seperti biasa dia sampai di sekolah lebih awal daripada pelajar-pelajar lain. Sudah terbiasa ketika arwah ayahnya masih hidup, ayahnya akan menghantar lebih awal kerana kesibukan ayahnya itu menguruskan restoran mereka.

“Awal sampai, buat apa duduk sorang-sorang sini, temankan ikan dalam kolam tu ya?”

Suara yang benar-benar Mira kenali datang menyapa tanpa diundang. Mira tersipu-sipu. Tak sangka Cikgu Ashraf muncul menemaninya di situ. Malunya… kedapatan senyum sorang-sorang! Hatinya berdetik.

“Eh, Cikgu Ahsraf…selamat pagi cikgu…tiada apa, saja ambil udara segar di tepi kolam ni, lagi pun awal sangat lagi, nak masuk kelas pun belum ada lagi kawan-kawan kat kelas tu,” balas Mira sopan.

Dalam hatinya bagaikan menjerit kesukaan, yes! Akhirnya dapat peluang dating dengan guru pujaanku ini. Tapi itu cakap dalam hati aja, rahsia kena simpan. Mira pura-pura malu menatap wajah tampan Cikgu Ashraf di hadapannya itu.

“Mira suka tengok ikan? Orang kata ikan ni baik untuk dipelihara dalam rumah, haiwan ini sentiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah, jadi tak hairanlah fikiran kita akan jadi tenang bila melihatnya,” ujar Cikgu Ashraf dengan senyuman terukir di bibir.

Ya, memang terasa tenang dan damai seperti yang aku rasai apabila berada dekat dengan cikgu. Hati Mira membalas. Nak kata terang-terang mana mungkin dia lakukan waktu itu. mulut jangan terlalu gopoh. Mira mengukir senyum menyetujui kata saran Cikgu Ashraf.

“Cikgu pula bagaimana, suka juga ke?” soal Mira pula tak mahu lepas nak ambil tahu minat Cikgu Ashraf.

Wah, tak sangka aku dan cikgu ni banyak persamaan pula, ada jodoh ni, makanan kegemaran pun sama, minat pun sama. Bertuah badan, getus hati Mira. tak sempat lagi Cikgu Ashraf mengiakan pertanyaannya, dah buat analogi pula.

“Betul, cikgu pun ada sebuah aquarium dalam rumah, masuk rumah aja cikgu akan menghadap ikan di dalam aquarium itu, senyum tukan awet muda, jadi lihat ikan yang berenang tenang dalam air tu buat cikgu tersenyum sendiri terasa damai, macam Mira tadi, tersengih sendiri tengok ikan dalam kolam ni hingga tak sedar cikgu datang,” balas Cikgu Ashraf, berseloroh.

Mira menurunkan pandangannya kembali pada ikan-ikan yang berenang di dalam kolam itu, benar segala telahannya, dia dan Cikgu Ashraf wujud banyak persamaan. Sejak peristiwa tumpah sup di restoran mereka tempoh hari, jiwa Mira semakin serasi dengan keperibadian Cikgu Ashraf. Keinginannya untuk sentiasa berada di samping Cikgu Ashraf semakin mendesak, sehari tak jumpa bagaikan setahun lamanya tak bertemu. Itulah yang Mira rasakan. Walaupun pertemuan itu setakat sembang kosong dan kata-kata gurauan yang mengisi masa mereka, tapi Mira benar-benar rasa bahagia bersama Cikgu Ashraf.

“Opocot!” Mira hampir terjatuh ketika cuba berdiri daripada pangkin yang didudukinya di tepi kolam itu. Selangkah lagi, kakinya akan tersasar ke dalam kolam tersebut. Pantas tangan Cikgu Ashraf menyambar pergelangan tangan Mira ketika itu. Mira tersipu-sipu malu. Mujur tiada orang lain yang menyaksikan kejadian itu, tapi itu hanya tanggapan Mira. seketika matanya dan mata Cikgu Ashraf bertamu. Cepat-cepat Cikgu Ashraf meleraikan pegangan tangannya pada pergelangan tangan Mira, takut ada pula mata-mata yang mencabul pandangan pada aksinya itu. seperti arus elektrik yang mengalir pada kebalnya, begitulah Mira rasakan ketika pandangan mata redup dan sentuhan tangan Cikgu Ashraf berjaya memetik suis hatinya lalu menggetarkan seluruh jiwanya. Ah! Sungguh aneh perasaan ini, inikah yang dinamakan cinta? Mira dan Cikgu Ashraf sama-sama mengulum senyum.

“Mira nak masuk kelas.” Teragak-agak ibu jarinya menunjuk ke arah kelas Lima A dalam sekilas pandangan ke wajah Cikgu Ashraf. Malu pula dengan adegan romantis tadi.

“Baik, hati-hati jalan tu,” pesan Cikgu Ashraf sambil tersenyum nipis. Matanya membuntuti gerak Mira sehingga hilang dari pandangannya.

“Wah…ada adegan romantik pagi-pagi ni.” Cikgu Ali yang baru sampai mengecilkan matanya ke arah Cikgu Ashraf sambil duduk bersandar di atas kerusi.

“Adegan romantik filem hindustan ke,” balas Cikgu Ashraf, bersoloroh.

“Hmm…rasanyalah, Shan Rukhan menangkap tangan kekasihnya ketika hampir terjatuh ke dalam gaung,” balas Cikgu Ali pula sambil mengekeh.

Apa lagi berderailah tawa Cikgu Ali dan Cikgu Ashraf dalam bilik guru itu.

“Haih…ini dua orang beruk ni kalau bertemu, ada saja cerita tersembunyinya, filem Hindustan mana pula ada scene Shah Rukhan menangkap tangan kekasihnya yang hampir terjatuh dalam gaung, saya ni peminat tegar Shah Rukhanlah, ada-ada saja korang ni,” sampuk Cikgu Lisa sambil tersenyum.

Tahu benar Cikgu Lisa dengan perangai cikgu dua orang ini yang sentiasa membuatkan bilik guru sekolah itu gamat. Cikgu ashraf adalah senior cikgu Lisa ketika menuntut di university dulu, dia tak sangka pula mereka bertemu semula dan mengajar di sekolah yang sama.

“Beruk! Li, lis gelar kita ni beruklah, apa macam, boleh terima ke gelaran tu?” Cikgu Ashraf berseloroh.

“Beruk pun beruklah, janji tak berperangai beruk, tu! Tu! Hati-hati… bapa dah sampai.” Cikgu Ali menjuihkan bibirnya kearah pengetua yang melangkah besar menuju ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bersembang di kawasan sekolah itu. kelihatan pengetua itu mengarahkan telunjuknya ke arah kelas, menyuruh semua pelajar itu supaya masuk dalam kelas masing-masing.

Semua guru dalam pejabat itu juga pura-pura tekun menghadap kerja masing-masing. Kalau tak, pasti ekor mata pengetua itu meleret jelingannya sehingga satu meter.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience