BAB 43

Humor Completed 44234

Saiful hilang ketenteraman memikirkan soal keselamatan Mira dan latarbelakang lelaki yang bernama Shah itu. beberapa kali deringan telefonnya menembusi telefon Mira setiap hari. Kadang-kadang Mira sengaja membiarkan panggilan Saiful itu ketika dia sibuk di tempat kerja.

“Tak ada apelah bang, Mira O.K, shah tak pernah ganggu Mira pun. Mira pun senang juga dengan kehadiran dia.” Itulah jawaban yang Mira beri setiap kali diasak soalan oleh Saiful.

Perkataan senang itulah yang sedikit menjengkelkan Saiful. Kalau Mira tak jatuh cinta dengan aku sekali pun, janganlah dia jatuh cinta dengan lelaki yang pernah menyerangnya tanpa sebab itu. lelaki kaki pukul macam Shah itu nak di jadikan laki! Alamatnya, bertempeklah blusher berwarna biru di pipi bininya setiap hari. Itulah telahan Saiful untuk spesies lelaki yang seperti Shah itu.

Jika benar cinta itu buta,

Itu kerana mata hati kita telah membutakannya.

Mira semakin erat memeluk bantalnya. Berguling ke kiri dan ke kanan membaca status muka buku Arif Mulia. Inilah gaya perempuan yang terdesak mencari boyfriend. Tanpa disedarinya terlafaz perkataan Shah dari mulutnya.

Shah lagi! Kata tiada apa-apa hubungan dengan Shah. Kerak dah jadi nasi semula agaknya.

“Ini kes apa pula ni sampai berguling-guling di atas tilam macam ni.” Nina menyumbingkan senyumnya.

Sejak semalam, Mira tak keluar-keluar bilik melayan muka buku. Ini dah dikira kes parah ni! Nina yang tercegat di depan pintu bilik Mira kini berguling bersama Mira di atas tilam bilik itu.

“Nina, aku rasa macam dah jatuh….”

“Jatuh cinta dengan Shah ke Arif Mulia.” Nina memintas kata-kata Mira. pandangannya di cerlung ke arah Mira. confuse.

“Taklah, maksud aku, suka semangat Arif Mulia,” nafi Mira.

Dia masih tak mahu mengakui perasaannya, takut pisang berbuah dua kali.

“Tapi bukankah Arif Mulia itu Shah dalam kepala kau?”

Muka Mira ditenung sambil menongkat dagu. Dia kata Arif Mulia tapi sebenarnya Shahlah yang dimaksudkannya itu. Nina terus mendesak Mira dengan tenungannya.

“Entahlah Nina, aku pun tak tahu,” jawab Mira.

Nak mengiakan telahan Nina, dia tiada bukti yang sahih untuk membenarkan kenyataan itu, tapi memang itulah yang dirasakannya yang sebenar.

“Betul ke Shah pernah tumbuk Saiful?”

“Betullah, tapi itu salah faham aje, Shah dah minta maaf pun pada Saiful.”

Nina dan Mira saling berpandangan.

“Apasal kau rahsiakan semua ini dari pengetahuan aku, kalau Saiful tak beritahu sampai bila pun aku tak tahu hal korang,” soal Nina galak.

Geram dengan perangai sahabatnya itu yang suka sangat berahsia. Kalau betul-betul kes yang melibatkan hidup dan mati, bukankah aku sebagai sahabatnya yang akan di cari dan diasak bermacam pertanyaan nanti. Baru kes begini saiful dah mula meragui keprihatinan aku kepada kau sebagai sahabat rapat! Gerutu Nina dalam hati.

“Nak beritahu apanya kalau kau tu sibuk aje dengan Shahir tu!” balas Mira pula.

Seakan sukar sangat nak mengakui yang dia sememangnya tak berapa gemar nak berkongsi halnya kepada orang lain walaupun sahabat sendiri. Bagi Mira akan ada waktu tertentu semua yang dirahsiakannya itu akan terungkai, tak perlu nak kecoh-kecoh!

“Yalah, aku sibuk ke atau kau tu yang banyak sangat nak berahsia, tak tahu mana satu yang betul!” tempelak Nina.

Macamlah dua puluh empat jam aku berkepit dengan Sahir tu, dia tu yang susah sangat nak berkongsi rasa dengan kita! Setakat ambil masa barang dua tiga minit nak cakap perkara ni, bukan satu masalah! Nina hilang Minat nak ambil tahu. dari bercakap soal jatuh cinta hingga hal penumbuk Shah, tiada satu pun jawapan nyata pada semua persoalannya.

“Dah la…malas nak ungkit soal tu,” putus Mira bosan.

Yang pening kepala nak memikir aku, yang memutuskan semua hal yang berlaku pun aku, korang tu nak menyibuk aje! Omel hati Mira.

“Hmm…apa-apalah Mira, itu cara engkau, aku doa semoga engkau bahagia…itu aje,” balas Nina.

Nak membetulkan hati manusia ni bukan mudah. Apa yang penting kita doalah yang baik-baik untuk dia.

“Eh, aku ada jumpa Diya, tau!”

Tiba-tiba Nina menukar topik. Duduk silanya dibetulkan sambil memeluk bantal di hadapan Mira yang sedang terlentang menghadap muka buku. Sebenarnya dia sengaja ikut berguling dengan Mira sebab nak ambil kesempatan untuk menyampaikan hasrat Diya itu.

“Diya! Sejak bila engkau jumpa dia?” soal Mira .

Matanya dibuntangkan ke arah Nina. Terkejut sedikit mendengar perkhabaran tentang Diya.

“Lama dah, saja aku tak beritahu kau,” jawab Nina bersahaja.

“Tapi kenapa? Macam aku pula yang buat salah kat dia!” ujar Mira.

Dia menyumbingkan senyumnya. Muka buku bukan lagi menjadi perhatiannya. Dia kini lebih berminat dengan berita yang Nina cuba sampaikan kepadanya.

“Sebab engkau tak salahlah aku cuba memanjangkan perkara ni daripada pengetahuan kau,” getus Nina pula.

Sengaja dia melihat bagaimana reaksi Mira setelah kawan lama yang hampir diratapi kehilangannya dulu kini muncul kembali.

“Dia nak jumpa akulah tu, nak minta maaf!” telah Mira tiba-tiba berubah nada suara.

“Hah, merasuklah tu dendam kesumat! Tak tahu lagi puncanya dah nak anggap yang bukan-bukan,” selar Nina.

Tadi kelihatan teruja dengar cerita, tiba-tiba menyinga. Nina mengerutkan dahi. toksik bergelar dendam, kecewa dan semacamnya yang merusuh ke dalam jiwa manusia begitu sukar dirawat. adakalanya ikrar yang kita lafazkan di dalam hati kita tak seperti yang kita bawakan. kadang kita insaf melihat keinsafan orang lain, tapi sedetik hati kita terjentik, ikrar itu musnah sekelip mata. itu kerana tiada istiqamah yang kita tanamkan dalam jiwa kita.

“Sebenarnya dia nak jumpa engkau, tapi dia takut kau tak peduli dia, sebab tu dia minta aku tanya kau dulu!” bentak Nina pula.

Haih..susah betul bercakap dengan orang perasan ni. asyik dia aje yang betul. Nina menujah anak mata Mira.

“Suka dialah kalau nak jumpa, aku O.K aje,” putus Mira.

Malas nak memanjang-manjang bercakap dengan Nina kepoh ni, sikit-sikit nak bentak! Tahulah aku nak bagi muka dengan Diya tu! Mira mula berfikir mengatur strategi untuk membalas dendamnya pula. Dendam siput aje tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience