BAB 21

Humor Completed 44234

Sejak peristiwa dan motif kejahatan Balan dan geng-gengnya berlaku dan diketahui Cikgu Ashraf, fikirannya langsung tidak menentu. Kerisauannya terhadap keselamatan Mira memaksanya untuk bertindak. Atas rasa tanggungjawab terhadap pelajar-pelajar terlibat yang bakal berhadapan dengan peperiksaan besar, yakni penentu masa depan mereka dan menjaga maruah diri wanita yang masih bergelar isterinya itu, Cikgu Ashraf dalam diam sanggup duduk semeja dengan pengetua sekolah untuk berterus-terang dan membincangkan jalan penyelasaian yang terbaik, tanpa menindas sesiapa walaupun kes itu boleh di bawa ke muka pengadilan.

Biarlah aku yang merasa sakit, jangan semua orang sakit disebabkan bakal janda aku yang tak berakal itu. Fikir Cikgu Ashraf. Nak kata sewel, nampak macam masih waras. Nak kata waras, boleh pula buat kerja orang gila. Kalau nak di hebohkan perkara ni, yang tanggung malu aku juga! Aku dan dia masih bergelar suami isteri walaupun tak sebumbung lagi. Cikgu Ashraf cuba mempertimbangkan baik buruk akibatnya jika peristiwa itu tersebar luas.

Setelah Balan, Pijat dan Along di bawa duduk semeja dengan pengetua dan Cikgu Ashraf, akhirnya mereka akui kesilapan mereka. Melalui soal siasat yang dilakukan, mereka menerima upah daripada sesiapa sahaja untuk melakukan kejahatan sebegitu kerana desakan kewangan.

Balan dan geng-gengnya memohon maaf kepada Cikgu Ashraf atas kejadian dan salah faham yang telah berlaku. Walau bagaimanapun Cikgu Ashraf meminta Balan dan rakan-rakannya agar merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Mira. Mereka cuma diminta agar memohon maaf kepada Mira kerana cuba menakutkan Mira tempoh hari. Cikgu Ashraf tidak mahu tumpuan Mira terganggu dek kerana peristiwa yang mengaitkan dirinya itu.

SUDAH menjadi kebiasaan para pelajar saban tahun, sewaktu menjelang peperiksaan SPM dan pelajar lain pula akan bercuti panjang bagi meraikan semester akhir, mereka berkumpul dan bersalaman serta memohon maaf antara satu sama lain. Ada juga yang bertukar-tukar cendera kenangan dan ucapan masing-masing bagi menunjukkan rasa persahabatan yang telah terjalin.

“Mira..”

Entah arah mana suara memanggil namanya dalam kerumunan pelajar itu. Kiri kanan kepala Mira berpusing mencari arah suara itu namun tak nampak sesiapa pun merujuk ke arahnya.

“Mira, saya ni, boleh jumpa awak sekejap?”

Tiba-tiba Balan muncul di hadapan Mira di celah-celah para pelajar itu. muka selalu nampak macam gagak hitam, ada pula terpamer bilah-bilah putih di sebalik bibirnya ketika itu. dah insaf ke atau nak ambil kesempatan? Mira keliru. Senyum Balan tidak berbalas, kut- kut nak bagi jampi pemukau, aniaya aku! Mira menunggu saja reaksi seterusnya daripada Balan.

“Sebenarnya kami nak minta maaf atas kejadian yang berlaku tempoh hari, di depan pagar sekolah tu!”

Balan cuba mengingatkan Mira tentang perlakuannya cuba mengugut Mira tempoh hari. Mereka jugalah yang mengekori Mira di kedai buku tempoh hari bertujuan untuk menakut-nakutkan Mira. Tidak ketinggalan sama melakukan perbuatan mereka itu adalah Natasya dan Umairah. Merekalah yang menjadi orang tengah menghebohkan hubungan Cikgu Ashraf dan Mira, dan idea yang diguna pakai untuk menghuru-harakan hidup Mira adalah idea Natasya dan Umairah. Balan dan geng-gengnya adalah selaku pelaksana. Walaubagaimanapun perbuatan mereka membelasah Cikgu Ashraf tempoh hari tetap dirahsiakan oleh Balan kerana itu adalah permintaan Cikgu Ashraf.

Mira terkedu dengan pengakuan Balan itu, dia tak sangka Natasya dan Umairah bertindak sejauh itu. seperti biasa dia mendiamkan sahaja perbuatan Natasya dan Umairah itu terhadapnya. Entah ilmu apa diguna pakai Natasya dan Umairah itu, sering pula terlepas daripada hukuman. Mira buat andaian melulu.

“O.k jika korang dah sedar akan kesalahan tu, Mira maafkan,” putus Mira berbasa-basi dengan budak lelaki tiga orang itu.

Apa yang berlaku sebenarnya dia tak tahu. Malas dia memikirkan hal yang tidak memberi manfaat kepada dirinya itu, tapi jangan harap aku boleh lupa sampai bila-bila, bahagian korang tetap ada dalam senarai fail kebencianku. Ingat senang aku melupakan korang yang menakutkan aku tempoh hari. Gumam Mira dalam hati. Pulak dah! Macam kedengaran ikhlas, sadur rupanya.

“Sampaikan salam maaf kami kepada Nina juga, takut tak jumpa dia pula nanti,”

Teringat pula Balan kepada Nina yang juga menjadi mangsanya sewaktu kejadian itu. Mira mengangguk faham sambil melemparkan senyumnya sebelum berlalu pergi meninggalkan budak lelaki bertiga itu. apa kes, macam kena vaksin aje! Tiba-tiba pula tak jadi imun. Hari tu bukan main nak tunjuk samseng mengugut orang. Sekarang dah jadi blur pula, fikir Mira.

Dari jauh Mira memandang Cikgu Ashraf yang dikerumuni para pelajar yang ingin bersalaman. Mungkin mengucapkan selamat tinggal atau mungkin juga memohon doa restu daripada guru itu untuk kejayaan peperiksaan yang akan tiba. Segan pula dia nak bertemu dengan guru itu. selama ini pun Cikgu Ashraf buat tak kenal saja pada dia. Biarlah. Mira memutuskan tidak mahu bersemuka dengan guru itu walaupun dipaksa rakan-rakan lain untuk ke sana. Perasaan malu tidak dapat di tepis dalam hatinya. Malu kerana menaruh hati yang akhirnya tak berbalas daripada cikgu itu. Kalau Cikgu Ashraf memang tidak pernah melayannya bagai sang kekasih sebelum ini, mungkin tak akan mendalam perasaan cintanya terhadap cikgu itu. malangnya cikgu itu tiba-tiba pula berubah setelah mula menanam bibit-bibit cinta dalam hatinya. Mira menundukkan semula pandangannya.

“Eh, apesal kau tak salam pujaan hati kau tu aa…, karang dia melekat kat aku, ha..baru padan muka kau, bukan kau dan dia asyik berkepit aje ke selama ini, ada hati nak mengurat cikgu konon.” Natasya membisikkan kata-kata itu ke telinga Mira ketika dia dan Umairah menuju ke arah Cikgu Ashraf untuk bersalam.

“Prinsip aku tak adalah berjela-jela panjangnya, Natasya…mudah aje, aku bukan manusia sempurna yang kebal dengan tohmahan dan cacian tapi aku masih mampu berbudi bahasa berhadapan dengan makhluk jengkel macam korang berdua ni, pergilah pikat cikgu tu kalau kau kemaruk sangat,” jawab Mira selamba.

Tak guna buang tenaga marah-marah dengan makhluk yang bertopeng ni, kawan dengan binatang lagi aman sebab binatang memang bersifat binatang, tak pernah bertopengkan sifat manusia yang berakal, ini manusia yang dianugerahkan akal tapi akal letak kat lutut.

SUASANA sunyi di flat guru pada malam itu mengingatkan Cikgu Ashraf pada detik-detik pertemuannya dengan Mira. Cikgu Ashraf mengakui dia menyenangi gadis itu. kerana leka, telah tersebar gosip yang mengatakan mereka hangat bercinta. Mujur pengetua menyedarkannya daripada hal itu terus berlaku.

Cikgu Ashraf juga tahu yang dia telah melukai hati Mira. meskipun tiada lafaz cinta daripada mulutnya sendiri mahu pun daripada Mira secara terang-terangan, namun dia faham bahawa gadis itu telah jatuh cinta kepadanya. Sedar akan hakikat yang dia masih terikat dalam perkahwinan, terpaksalah dia menahan mulut untuk melafazkan kata cinta kepada gadis yang bernama Mira itu.

Andai jodoh itu milik kita,

sebijak mana pun aku berhelah,

sejauh mana pun kau berada,

pertemuan sekali lagi pasti akan berlaku.

Andai jodoh itu bukan milik kita,

Sejujur mana pun aku menyintaimu,

Sehebat mana pun cintamu padaku,

Perasaan itu tetap akan beralih

Pada orang lain yang sepatutnya berhak.

Cikgu Ashraf hanya mampu menyerahkan sahaja pada takdir yang telah tersurat antara dia dan Mira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience