BAB 35

Humor Completed 44234

“Pewitt….jalan sorang ke?”

Satu suara ala-ala mat rempit menegurnya dari arah belakang.

Ingat hospital ni medan nak kenyit-kenyit mata! Ini medan sambung nyawa la! Mira mengatur saja langkahnya. Tak kuasa nak layan lelaki yang suka ambil kesempatan! Bisik hatinya.

“Mira..saya la, Alif! Sombong ya dengan aku!”

Langkahnya dipercepatkan menyamai langkah Mira yang galak saja gayanya. Muka saja cun melecun! Bisik hati Alif. Mungkinkah sebab menyandang jawatan doktor kenalah pantas dalam semua urusan termasuk gaya berjalan. Alif menyumbingkan bibir.

“Laa..ingatkan mat rempit dari mana tadi datang mengusik, engkau rupanya,” ujar Mira berseloroh kepada sahabat seperjuangannya itu. Tahu juga pula dia perasan bila diusik. Saja jual mahal! si pendendam tegarlah katakan…

“Sampai hati engkau panggil aku mat rempit, tengok gaya la!”

Lagak Alif sambil menjongket-jongketkan kedua belah bahunya nak tunjuk gaya maco seorang doktor. Konon maco sangat la, badan kurus kerempeng! Sekali jentik tumbang. Seyum Mira meleret beberapa saat.

“Ya la…macho sangat la tu…”

Sebuah buku nipis sempat hinggap di bahu belakang Alif sebelum Mira membelok masuk ke pejabat.

Mira duduk sambil menyandarkan kepalanya di atas kepala bangku beralaskan kedua belah tapak tangannya yang disilang x. seperti hari-hari lain, dia sampai ke pejabat tiga puluh minit lebih awal daripada masa yang sepatutnya dia bertugas. Sengaja dia melakukan sedemikian untuk mengelak diri daripada terperangkap oleh kenderaan yang beratur panjang dalam perjalanan selain memberi ruang kepada mindanya untuk bertenang-tenang sebelum memulakan tugasnya yang sebenar. Sudah hampir dua minggu waktu taggingnya berjalan lancar, ini bermakna dia juga semakin arif dengan prosedur dan proses rawatan di jabatan postingannya itu.

Bebola matanya tertumpu pada timbunan fail-fail di atas meja yang masih menanti untuk diselongkarnya. Sekali-sekala bebola matanya pula meliar di sekeliling yang sebahagiannya di huni oleh mesin-mesin perubatan yang digayuti oleh wayar-wayar yang berselirat. Ya, inilah dunianya yang sebenar. Sebahagiaan hidupnya akan dihabiskan bersama bunyi-bunyian mesin, bauan ubat-ubatan, haruman kertas-kertas dalam fail yang saling bertukar tangan dan yang lebih menyentuh hatinya, tak mungkin dia akan terlepas dari menonton wajah-wajah sugul waris dan pesakit yang sudah pasti menjadi peneman setia para petugas di hospital ini.

Lima belas minit berlalu, perhatian Mira mula beralih pada kelibat seseorang yang berulang-alik di muka depan pejabatnya. Mira menukar posisi duduknya. Cuba memfokuskan pandangannya ke arah muka depan pintu kalau-kalau kelibat itu muncul kembali. Kut-kut orang tak diundang bawa hajat, kalau hajat baik tak pe! Perasaan Mira mula di rasuk andaian tak cukup akal.

“Doktor Mira nak ke mana?”

Mira yang terkial-kial bangun nak ke tandas, tiba-tiba dikejutkan oleh satu suara yang kedengaran galak pada telinganya. Mungkin terbawa-bawa dek andaian tadi, pantas saja pula Mira menoleh ke arah suara yang tak bersalam itu.

“Eh, doktor Nora, selamat pagi dok,” ujar Mira berbasi-basi.

Senyuman nipis diukirkan kepada doktor yang umurnya sudah separuh abad itu. superior datang menyapa, takkan nak tunjuk muka masam. Kalau boleh suara itu biarlah selembut suara Siti Nurhaliza! Mira menghulurkan tangan bersalam. Niatnya untuk ke tandas ditangguh seketika. Setelah beberapa ketika berlaku drama sesi soal jawab di meja pejabat itu, mereka pun meneruskan agenda masing-masing. Superior, bukannya dua puluh empat jam kita boleh suka-suka temui dia! Sementara ada kesempatan tu, ambillah peranan! Mira berasa lega.

Doktor ke yang berulang alik di muka depan pintu tadi.”

Sempat Mira menyoal selidik Doktor nora yang kelihatan tergesa-gesa mahu keluar di situ.

Eh, tak ada, saya baru saja sampai, kenapa, ada wujud paranormal ke?” soal Doktor Nora tersenyum mengusik.

Taklah, orang lain agaknya,” jawab Mira ringkas sambil tersenyum nipis dengan telahan pantas Doktor Nora.

SELESAI membuat rondaan di jabatannya, Doktor Nelly berehat seketika, berbual-bual dengan para petugas yang menjalankan tugas dengan dedikasi.

“Janah, tu doktor pelatih baru yang cantik tu,” bisik Fara sambil menjuihkan bibirnya ke arah doktor Mira yang kebetulan lalu tak berapa jauh dari tempat mereka berbual. Doktor Nelly juga turut berpaling. Fara ni pun satu, macam je doktor Mira seorang yang cantik. Sentap je mulutnya memuji. Apa lagi, dada Doktor Nelly pun mula berombak kecil. Ombak besar tahan dulu. Tunggu lepas ni! Doktor Nelly pura-pura tak dengar dengan pujian Fara. Para nurse ni pun macam tak hormat bos je, ada pula berbisik-bisik hal lain waktu bos besar ada!

Doktor Nelly mengatur langkah meninggalkan department itu, kerjanya sudah selesai. Kerja sampingan yang terbit daripada akal mereng pula yang harus didepani. Strategi harus di rancang dengan teliti. Silap langkah namanya juga akan terpalit lumpur atau yang lebih dahsyat lagi dia dicap psiko dan akhirnya tinggal di bilik yang didindingi jeriji besi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience