BAB 30

Humor Completed 44234

“Doktor Mira? sejak bila doktor ni menjadi pelatih di sini?”

Resume Doktor Mira dipaparkan satu persatu. Doktor Nelly baru perasan nama itu tersenari sebagai doktor pelatih di hospital itu.

“Kenapa, awak ada hubungan dengan dia ke?” sergah Doktor Nora yang tiba-tiba muncul.

Kepala Doktor Nelly bagaikan ditolak sepuluh orang bagi memalingkannya ke arah Doktor Nora. Terkejut benar dia dengan sergahan itu.

“Oh…tiada apa, saja nak kenal-kenal doktor-doktor pelatih kita ni,” jawab Doktor Nelly.

Pantas saja tangannya mengalihkan kursor pada resume doktor pelatih yang lain pula.

“Ye la, nampak kelam kabut macam tsunami datang melanda,”

Doktor Nora tersenyum. Selalu nampak cool aje! Tiba –tiba pula reaksi muka macam rojak.

“Saya dengar tadi doktor sebut nama Doktor Mira, tu yang tanya tu, kenapa? Doktor tak nak cuba kek lapis ni, sedap.” Ujar Doktor Nora.

Sejak dulu, kek lapis Sarawak adalah makanan kegemarannya. Maklumlah anak jati Sarawak. Kalau ada orang Sarawak yang tak kenal kek lapis ni, tak tau la. Tapi sudah tentu la bukan Doktor Nelly…

“Ish..awak ni nak ajak cuba-cuba pula, saya pun ada la. Macam aje tak tahu yang kek ni makanan kegemaran saya juga,” jawab Doktor Nelly.

“Ye la, tapi ini air tangan saya, sudah tentulah lain. Mungkin dua kali ganda lebih sedap,” gurau Doktor Nora pula.

Kek lapis yang siap dipotong kecil di hadapannya itu disuap satu persatu ke dalam mulut sambil tersenyum.

“Haah, baru perasan ada pertambahan pula doktor pelatih kita ni, baguslah makin ramai pelapis kita nanti,” jawab Doktor Nelly.

Soalan Doktor Nora yang dibiarkan sebentar tadi disebabkan iklan kek lapis, dijawabnya.

“Hmm…saya setuju dengan awak tapi Doktor Mira ni sangat cantik dan bergaya, rasanya lagi ngam kalau jadi artis terkenal tanah air kita,” momok Doktor Nora pula.

Wajah Doktor Nelly dipandang sekilas. Doktor Nora menyumbingkan wajahnya. Tahu benar dia dengan perangai Doktor Nelly yang tak berapa suka memuji kaum sejenis. Tapi bukanlah bermakna dia memusuhi spesiesnya sendiri. Bergosip tentang perempuan itu bukan termasuk dalam kamus hidupnya. Itulah yang Doktor Nora nampak pada Doktor Nelly.

“Oh,ye ke..”

Doktor Nelly tersenyum tenang. Dia mengiakan sahaja apa yang dikatakan Doktor Nora.

“Doktor Mira ni dibawah seliaan saya sekarang, kalau Doktor Nelly nak kenal-kenal dia dengan lebih dekat lagi, silalah cari dia di jabatan saya,” ujar Doktor Nora.

Dia meninggalkan Doktor Nelly yang tersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh.

MIRA mengerutkan dahinya. Sekali sekala menongkat kepala di atas meja. Pening kepalanya menilik hantu-hantu fail yang tersusun tegak di atas mejanya. Fail-fail itu perlu dibaca dan dikenalinya. Para petugas yang lalu lalang di sekelilingnya kadang-kadang tersenyum memandang gelagatnya. Ada juga para petugas lelaki yang memandangnya bagai terkeluar biji mata. Maklumlah nampak dahi licin.

“Doktor Mira tak keluar lunch ke? Sapa satu suara.

Tangan Mira yang sedang leka membelek-belek fail di atas mejanya terhenti. Time aku tekun nak buat kerja ada pula gangguan, bisik hatinya.

“Oh, takpe doktor, Mira nak habiskan dulu fail-fail di atas meja ni,” balas Mira tersenyum nipis.

Ingatkan makhluk mana datang menganggu tadi, bisik hati Mira. Kepalanya ditunduk sedikit setelah terburu-buru berdiri bagi menghormati kedatangan superiornya itu.

“Jangan tak lunch pula, kalau doktor pun sakit, siapa lagi yang nak diharapkan oleh para pesakit di sini. Kalau Mira perlukan bantuan tanya saja pada adik-adik, mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik kat sini,” pesan Doktor Nora separuh bergurau.

Mira mengangguk faham. Baik juga Doktor Nora ni, kalau kena doktor yang ada angin kus-kus aniaya aku, getus hatinya.

Minggu ini adalah minggu pertama tagging Mira di jabatan Doktor Nora. Memang sudah menjadi kewajiban para doktor pelatih untuk mempelajari dan menyesuaikan diri dengan sistem atau pun prosedur yang ada pada setiap jabatan bagi memudahkan mereka melaksanakan tugas.

DARI jauh Doktor Nelly mengamati setiap gerak-geri Doktor Mira. memang tak syak lagi, itulah empunya diri yang bernama Mira Binti Malik. Betul kata Doktor Nora, orangnya semakin cantik dan bergaya. Doktor Nelly melahirkan kekagumannya di dalam hati.

“Doktor Nelly, kenapa doktor tercegat di situ dari tadi?” sapa seorang jururawat.

Pelik! Tak ada apa pun yang istimewa aku tengok kat sini, dia pula selamba berdiri di sebelah tong sampah yang berlalat ni. fikir jururawat itu.

“Oh, tiada apa, saja nak relakskan minda lihat taman hijau di sini.”

Selangkah kaki Doktor Nelly menuju ke sebuah taman yang cuma sejemput di situ. ini di katanya taman hijau untuk relakskan minda, minda serabut lagi ada! Dahlah pokoknya tinggal ranting, entah mana la tukang kebun ni pergi hingga pokok bunga ni dibiarkan layu, fikir jururawat itu lagi sambil tersenyum meninggalkan doktor itu di situ.

“Eh, nak balik dah?”

Tiba-tiba Doktor Nora pula muncul dari arah belakangnya.

“Hmm…nak baliklah ni, nampak taman hijau, rasa nak singgah cuci mata sebentar,” ujar Doktor Nelly sambil tersenyum memandang taman bunga di hadapannya yang dia sendiri pun tak berselera nak memandang.

Macam mana la aku boleh kata nak mencari ketenangan dekat taman lapuk yang hanya dihuni oleh lalat ni. haih…Nelly…Nelly…Doktor Nelly tersenyum sinis.

“Sejak bila pula suka taman ni? selalu kelibat pun tak nampak bila sampai saja masa nak balik,” balas Doktor Nora pula.

Senyum dilontarkan kepada Doktor Nelly. Doktor Nelly pula hanya tersenyum mendengar telahan Doktor Nora itu sebelum dia berlalu menuju ke keretanya.

Doktor Nelly menyandarkan seketika kepalanya dikerusi setelah pintu keretanya ditutup rapat. Terasa bahang panas darahnya menyirap ke seluruh badan. Sesuatu yang tak pernah dijangkanya telah berlaku. Benarlah kata lirik lagu, ‘asam di darat dan garam di laut akan bertemu juga di dalam kuali’. Inilah yang telah berlaku. Dia dan Mira akhirnya bertemu di hospital sebagai doktor.

“Ah, pantang nenek moyang aku dicabar”!

Doktor Nelly mendengus kasar. Alter egonya bangkit kembali. Sabar, jangan terburu-buru! Gunakan akal sang kancil! Doktor Nelly cuba menenangkan akal buayanya pula.

Doktor Nelly menghidupkan enjin keretanya. Pedal minyak ditekan kuat. Seketika kereta yang dipandunya itu menderum kuat sebelum meluncur laju menyusuri jalan raya yang lengang ketika itu. sedaya upaya dia menahan amarahnya agar tidak berlaku tindakan melulu kepada doktor pelatih itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience