BAB 34

Humor Completed 44234

“Dik, lemon teh segelas.”

Saiful melambai tangan membuat pesanan ke arah seorang pelayan restoran itu. selepas menghantar Mira tempoh hari, hari ini dia datang lagi ke ibu kota atas urusan kerja. Selesai urusan nanti dia akan menghubungi Mira untuk bertemu dengannya. Mak Leha pun sudah memberi mandat kepadanya agar sudi-sudi menjenguk Mira bila ada kelapangan.

“Bang, kira..” kata suara seorang wanita di sebelah mejanya.

Cuba memanggil seorang pekerja di restoran itu. Saiful yang sedang menanti pesanan minumannya, menoleh ke arah suara itu tanpa niat apa-apa. Biasa la tempat awam, bohonglah tu kalau mata tak meliar ke sana ke mari. Lebih-lebih lagi kalau dengar suara lunak awek duduk sebelah. Ngee….

“Eh, oh maaf.”

Saiful mengarahkan ibu jarinya seketika ke arah wanita yang sedang duduk di sebelah mejanya itu. tapi segera dia berpaling kembali. Rasa seperti dikenalinya wanita itu tapi macam tidak juga. Saiful buat cool. Mungkin pelanduk dua serupa, bisik hatinya.

“Eh, encik..encik yang saya jumpa di Taman Orkid hari tu,kan?”

Wanita itu tiba-tiba memanggil encik. Saiful tak tahu kalau encik itu ditujukan kepadanya tapi dia menoleh juga. Kut-kut wanita itu yang berjaya cam mukanya pula. Lantas Saiful memandang wanita itu kembali. Ternyata panggilan encik itu di tujukan kepadanya.

“Ya mungkin.”

Saiful macam tak pasti dengan jawapannya. Saiful mengukir senyum nipis. Minuman yang sudah terhidang di hadapannya di kacau-kacau menggunakan straw.

“Waktu itu, encik mencari rumah Pak Cik Malik, betul tak?”

Wanita itu cuba mengimbau kembali peristiwa bagaimana dia mengenali lelaki disebelahnya itu. Muka ingat tapi nama memang tak tahu. Diya tersenyum nipis.

“Oh…ya…baru saya ingat, cik pula yang tunjukkan alamat tu.”

Seketika Saiful mendongak, memanjangkan perkataan oh dan yanya. Ternyata benar wanita yang seperti pernah dijumpai ini bukanlah pelanduk dua serupa. Wanita inilah yang menjadi pemandu arah ketika dia dan ibunya mencari rumah pak ciknya yang bernama Malik. Ayah kepada Mira dan Aikal.

“Saya Diya atau panggil puan pun boleh. Waktu jumpa hari tu, tak sempat nak kenal-kenal,” ujar Diya ramah.

Sebenarnya bukan tak sempat pun tapi rasa malu nak tanya siapa ketika itu! Seperti biasa senyum nipis Diya diukirkan. Nak bercakap dengan orang yang baru dikenali kena la berbasa-basi. Alasannya, sebab ayat first impression tu la yang nak kena jaga. Walaupun pertemuan ini lebih tepat kalau dipanggil second impression. Diya menegur dirinya sendiri.

“Saya Saiful, ya betul kata puan, nasib baik ada pertemuan kita yang tak dirancang hari ini, kalau tak mungkin kita tak akan saling mengenali sampai bila-bila,” sokong Saiful pula.

Tangan dihulur tapi sekali lagi ada aksi tarik tangan. ops! Baru dia ingat, ada gelaran puan pula di depan namanya. Bertudung litup dan perutnya agak ke depan. Sah! Wanita mengandung. Seperti biasa Saiful buat cool. Tiada chancenya nak tunjuk maco.

Setelah beberapa minit adegan ‘cerita kedai kopi’ berlangsung antara mereka berdua Saiful pun meminta diri untuk meneruskan agendanya pula. Menginjak ke waktu tengahari di ibu kota ini, jalan raya tak payah nak cerita la, memang jem giler! Namun atas nama tanggungjawab Saiful terpaksa meredah dengan sabar.

“ASSALAMMUALAIKUM Cikgu Saiful!” sapa suara dari arah belakang Saiful.

Saya ke? Ke..orang lain yang dipanggil. Saiful menjawab saja salam itu.

“Waalaikummussalam…”

Kesibukan orang ramai yang sedang berurusan di jabatan itu menyukarkan Saiful mencari empunya diri yang menyapa namanya tadi. Siapa pula. Soal hati Saiful. Pandang kiri kanan tak jumpa seseorang menuju ke arahnya.

“Awak pun ada sini.”

Satu tepukan hinggap di bahu Saiful. Hampir saja Saiful membuka silatnya. Tadi dia tercari-cari empunya suara tu, tiba-tiba pula muncul menepuk bahunya.

“Laa…awak rupanya, lama tak jumpa apa khabar?” tanya Saiful berbasa-basi seraya menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Nasib baik Kung Fu Jackie Chan aku tak keluar, kalau tak terpelanting Cikgu Ashraf di tengah orang ramai ni. Saiful menyimpul senyum.

Selesai melakukan urusan di jabatan itu, mereka kemudiannya duduk di sebuah kantin jabatan itu.

“Alhamdulillah, baik-baik saja,” jawab Cikgu Ashraf ringkas.

Ini adalah pertemuan mereka yang kedua selepas bertemu di Restoran Bahagia milik keluarga Mira beberapa tahun yang lalu. Mujur bekerja di kementerian yang sama. Bila ada urusan sebegini, dapatlah peluang untuk berjumpa.

“Ash masih mengajar di sekolah dulu?”

“Lama dah pindah, pertemuan kita yang sebelum ni tulah tahun terakhir saya di sekolah tu,”

Cikgu Ashraf menjawab pertanyaan Saiful. Terlalu banyak memori yang tak mengizinkan hatinya mengajar lama di sekolah itu. Bukan bermakna lupa segala memorinya bila dia tidak lagi berada di situ tapi sekurang-kurangnya dia tidak lagi berpijak di tempat yang membuatkan hatinya terusik setiap masa.

“Saiful dah kahwin?”

“Haha..belum puas membujang…”

“Eh, masakan tak puas membujang lagi, umur kita ni sama saya rasa. Seronok tau hidup berumahtangga ni!”

“Jodoh tak sampai lagi…”

“Kenalah berusaha, takkan nak tunggu si dia pula datang merisik. Nak saya carikan?”

“Lawak la engkau ni…tak ada perempuan nakkan aku, apa nak buat…”

“Ha..ha..ha..muka kacak sebiji jejaka korea macam ni tak laku, engkau biar betul.”

Terburai tawa Cikgu Ashraf dan Saiful di situ. Selesai bersoal jawap. Cikgu Ashraf dan Saiful membawa haluan masing-masing. Cikgu Ashraf menyegerakan langkahnya. Isteri kesayanganya mungkin sudah mengah menunggu kedatangannya.

SAIFUL rasa tak kesunyian hari ini. ke mana saja dia pergi, ada saja orang menyapanya. Cuma gadis pingitan saja yang tak hadir menemaninya hari ini. Bila la saat itu berlaku. Hati Saiful mula berangan. Menyentuh soal kahwin bersama dengan Cikgu Ashraf tadi membuatkan hati jantannya semakin tersentuh. Tapi takpe la, rasa glamor pun ada juga hari ini. Saiful memujuk hatinya.

Janjinya untuk bertemu Mira setiba sahaja di ibu kota tidak kesampaian. Buka sebab urusan penting yang menghalang, tapi sebab perjalanan yang terpaksa menempuh kesesakan selain menghabiskan ‘air liur’ dengan seorang spesies rakan lama dan seorang lagi spesies yang pernah membantunya dalam kesukaran. Takpe la..ronda-ronda sendiri, tak usah nak susahkan orang! Bisik hati Saiful. Bukan selalu berada di ibu kota, jadi kesempatan yang ada ini haruslah digunakan dengan sebaiknya. Kut-kut jumpa jodoh kat sini! Saiful memasang angan pula.

Saiful terpaksa menanti waktu lain pula untuk bertemu panjang dengan Mira. Nak bertemu buat apa kalau setakat dua tiga jam! Dua tiga jam itu hanya peruntukan untuk meredah jem di ibu kota ini, hati saiful berkira-kira. Mira pula bukannya jenis pekerja yang suka curi tulang. Mahu tak mahu kena tunggu cuti dia untuk aku merapu panjang bersamanya. Saiful menguntum senyum sendirian. Tapi pantas senyumnya terhenti bila terbayangkan wajah mencuka Mira yang tarpaksa menanti janji palsunya seawal pagi tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience