BAB 39

Humor Completed 44234

“Doktor Nelly pergi mana petang semalam, Saya Nampak kereta doktor tersadai di tepi jalan pusat Bandar?”

Doktor Nora memulakan perbualan ketika mereka sedang duduk makan tengahari.

“Orang sebatang kara macam aku ni nak kemana lagi kalau bukan shopping, window shopping atau cari makan kat Luar,” Doktor Nelly menjawab selamba.

Jus lobak di hadapannya disedut hampir separuh. Nasi biryani yang dipesan sudah siap terhidang menanti disuap ke dalam mulut.

“Assalammualaikum doktor selamat pagi,” tegur Mira

“Mira, silakan duduk,” pelawa Doktor Nora.

Doktor Nora yang menyenangi Mira sejak kehadirannya pelatih itu di jabatannya, menarik sedikit kerusi di sebelahnya mempersilakan Mira duduk.

Mahu tak mahu Mira terpaksa akur. Kalau diikutkan hati segan pun ada duduk dengan dua orang superior ini terutamanya Doktor Nelly yang nampak galak saja mukanya.

“Inilah Doktor Mira pelatih baru tu,” ujar Doktor Nora memperkenalkan Mira kepada Doktor Nelly.

“ Mira dah kahwin ke belum?”

Spontan saja ayat pertanyaan itu keluar dari mulut Dokor Nelly. Ditenungnya Mira macam mak-mak datin yang sedang pilih menantu aje gayanya.

“Belum doktor,” jawab Mira sopan sambil tersenyum nipis.

Pertanyaan basi yang tak berapa lunak didengar oleh Mira tapi atas dasar rasa hormat pada doktor itu Mira memaniskan saja wajahnya. Inilah sebenarnya Doktor Nelly yang Abang Khairul maksudkan, fikirnya.

“Boyfriend?” soal Doktor Nelly lagi sepatah.

Mira tersenyum sambil menggelengkan kepala tanda meniadakan. Rimas sebenarnya dengan pertanyaan serupa itu.

“Aii…sampai soalan cepu cemas doktor nak soal selidik Doktor Mira kita yang cantik bergaya ni,” sampuk Doktor Nora sambil tersenyum memandang wajah Mira di sebelahnya.

“Cantik bergaya masakan tiada boyfriend.” Doktor Nelly tersenyum sinis.

“Takpe Mira, Doktor Nelly kita ni memang macam ni, serius orangnya,” ujar Doktor Nora memenangkan perangai pelik Doktor Nelly ketika itu.

Mira hanya mengangguk senyum. Nasib baik superior, kalau tak dah lama aku pulangkan paku buah keras kepada Doktor Nelly tu! Kau tu apa lebihnya, bujang juga macam aku! Mira menelan air liur. Dugaan…

Inilah mungkin gaya doktor yang tak boleh melihat orang bawahannya senang sikit. Hisy…kecut perut kalau posting kat jabatan dia ni! Mira menahan debar.

TANPA sengaja Mira terpandang Doktor Nelly dari jauh. Kelihatan mundar-mandir sambil bercakap dalam telefon. Kalau nak kata gayanya seperti seorang ibu yang melaporkan kehilangan anaknya di pasar raya kepada suami, ngam!

Beberapa jam tadi dia duduk bersama dengan superior dua orang tu, sekarang doktor tu macam nampak cemas pula, ada panggilan urgent ke? Hati Mira menerka-nerka.

Vrrtt…telefon Mira bergetar tiba-tiba. Sengaja dia tidak membunyikan handphonenya pada waktu bertugas kerana takut menganggu tumpuan orang lain.

Dia mengeluarkan telefon itu dari poket baju yang dipakainya. Tertera nombor asing di skrin telefon itu menanti dijawabnya.

“Hai Mira,” sapa suara dari hujung talian.

“Hai, siapa?” tanya Mira.

Kalau dia kenal, tentu nama pemanggil dah keluar di skrin telefon. Waktu kita bertugas pun datang mengganggu, omel hatinya.

“Saya Shah, takkan dah tak ingat..” rengek Shah dalam talian.

“Oh..ingat, tapi saya masih bertugas, maaf ya saya putuskan talian.”

Mira menyimpan telefonnya kembali. Prinsip Mira waktu kerja adalah kerja, baru cepat naik pangkat…ceh..sebenarnya baru cepat pandai. Ingat mudah ke kerja doktor pelatih! Hati Mira berkicau.

Vbrtt..telefon bergetar sekali lagi. Kali ini mesej pula sampai daripada nombor yang sama.

~Shah nak jumpa Mira selesai waktu kerja, call me back please ~ Shah

Mira senyum segaris. Mesej itu dibiarkan sahaja. Selesai waktu kerja nanti akan dipertimbangkan. Tanpa banyak fikir tentang Shah, Mira meneruskan tugasnya.

USAI mengerjakan apa yang sepatutnya di rumah, Mira merehatkan diri setelah keletihan seharian bekerja. Seperti biasa kipas yang berpusing di atas siling adalah sasaran matanya ketika terlentang di atas tilam. Bilah-bilah kipas yang berputar laju itu seakan membawa angannya menerjah ke mana saja.

Nina pergi mana tak tahu, mungkin berkepit dengan tunangnya di butik-butik pengantin. Kata-kata Nina semalam mengenai Shah sedikit menganggu fikirannya untuk membuat keputusan tentang ajakan Shah yang mahu berjumpanya. Nak berjumpa dia ke atau biarkan saja sebagai tanda menolak permintaan Shah itu? hati Mira berbolak balik.

Ah, daripada buang masa berfikir, baik alami sendiri! Mira memutuskan untuk berjumpa Shah. Kali ini dia akan berhati-hati. Melihat dan merasai sendiri bagaimana kecurigaan yang Nina dan Shahir fikirkan terhadap Shah itu boleh diakuinya.

“Mira dah lama sampai?” sapa Shah sopan.

Setelah beberapa minit menunggu, wajah Shah yang mampu mencairkan hati perempuan pun muncul.

Dia yang beria-ia nak jumpa, kita pula yang terpaksa menunggu! Mira hanya tersenyum berlagak O.K. Sengaja dia memilih tempat yang jauh daripada kesibukan orang agar mudah untuk dia melihat gerak-geri shah.

“Ada apa Shah nak jumpa Mira?” soal Mira dingin.

Dia memandang sekilas wajah Shah yang sudah pun duduk di hadapannya. Hati Mira yang sememangnya mudah dipengaruhi sedikit sebanyak terkesan dengan nasihat Nina agar berhati-hati dengan makhluk bernama Shah yang baru dikenalinya itu.

Mujur Mira merasakan Shah itu pendukung nama Arif Mulia, kalau tak jangan harap masanya dibuang untuk spesies bergelar lelaki yang asing dalam hidupnya. Cukuplah pengalaman cinta tak kesampaian dulu! Dendam dalam diam Mira mengusik kembali.

“Mira macam tak senang aje dengan pertemuan ni?” soal Shah tersenyum menggoda.

Hmm…ada pula lelaki yang pass menggoda! Mira menundukkan pandangannya. Bab nak goda-goda ni aku tak pass, sebab tu cikgu Ashraf terlepas dulu! Tapi keras keras hati aku ni pun macam cair juga pula dengan suara lemak berkrim dia, hatinya berdetik.

“Penat sebenarnya, balik kerja tadi terus jumpa Shah. Takut pula nanti Shah berkecil hati kalau Mira menolak,” balas Mira berselindung.

Segaris senyum mula terukir di bibirnya. Sejuk hati lihat senyuman Shah.

“Nah, ini istimewa untuk merawat keletihan Mira yang bersusah payah memenuhi permintaan Shah,” ujar Shah dengan senyum terukir penuh bermakna. Apa makna tak tahu.

Sebuah kotak baldu bersaiz segiempat tepat dihulur kepada Mira. bukan susah nak beli hati perempuan senang aje! Mata Shah yang redup terus menikam wajah Mira yang sememangnya cantik, tapi sayang nampak galak saja. Akhirnya Shah meleraikan pandangannya apabila dia menyedari Mira kurang senang diperhatikannya sebegitu.

“Boleh buka sekarang?” soal Mira.

Tanpa ucapan terima kasih Mira terus saja meminta izin untuk membuka kotak yang dikatakan istimewa itu, walaupun dia sudah mengagak isi dalam kotak yang familiar di matanya itu.

“Silakan,” jawab Shah sepatah.

Pandangannya masih tertumpu pada wajah Mira. harapannya agar Mira tidak menolak pemberian itu.

“Terima kasih Shah, tapi saya tak berhak menerima pemberian ini, benda ni sangat berharga,” kata Mira sopan.

Tidak mungkin dia menerima rantai tangan emas pemberian Shah itu. apa makna semua ni? dua hari kenal, dah nak bagi barang mewah macam ni! Mira dipagut rasa pelik.

“Mira fikir, Shah nak lamar Mira ke?” soal Shah tiba-tiba.

“So, apa semua ni, saya tak fikir ada lelaki yang suka-suka memberi barang berharga ni tanpa sebab,” soal Mira kehairanan.

Kalau difikir-fikirkan balik, rasa malu pun ada sebab perasan dilamar jejaka bernama Shah. Adoi….mana nak simpan muka! Mira pura-pura mati rasa.

“Shah memang sukakan Mira tapi ini bukanlah tujuannya untuk melamar. Ini pemberian ikhlas dari Shah sebagai tanda perkenalan kita. Saya dah jemu hanya mengenali Mira melalui Fac. Saya pun tak rasa nak melamar Mira dalam masa dua hari perkenalan. Sekurang-kurangnya Shah kenalah bagi Mira masa nak mengenali Shah lebih dekat,” jawab Shah penuh taktik.

Walau apa pun alasan, Mira tetap Mira. takkan menerima semua suapan itu dengan mudah. Baginya itu semua tak masuk akal. Sepuluh peratus kecurigaan Nina diakuinya. Yang selebih nya Shah masih Arif Mulia dalam perasaan Mira.

Shah terpaksa akur dengan penolakan Mira. rasanya kalau perempuan lain yang di beri kilauan ini, pasti senyumnya sampai ke telinga atau pun gediknya makin mengancam. Dalam dian Shah memuji keperibadian Mira. sekurang-kurangnya dia jual mahal yang berkualiti, bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience