BAB 48

Humor Completed 44234

Tidak seperti hari-hari lain, Mira melalui waktunya-waktunya dengan perasaan suram. Semangatnya seolah-olah hilang. Wajah Diya, Cikgu Ashraf dan Shah atau Arif Mulia sering menganggu fikirannya. Wajah-wajah yang sudah lama di buangnya daripada ingatan kini muncul kembali dan wajah baru yang kini mula mengambil tempat di hatinya pula bagai menanam benih curiga dalam fikirannya.

Entah hala mana nak di tuju, stereng kereta yang dipandu hanya mengikut arus jalan yang ada di hadapan. Tiada drama korea yang akan melayani sekaligus menunda-nunda gusar di hatinya. Seperti terkaannya, drama korea semalam berakhir dengan perpisahan, sangat mengecewakan! Hari ini mungkin drama baru akan muncul, tapi dia selalunya akan mengikuti drama ketika di bahagian klimaksnya rancak ditayangkan. Keterujaannya untuk menerka-nerka ending drama akan bermula di situ.

Pin! pin! pin! kereta di belakang kereta yang Mira pandu memberi amaran. Entah kesilapan apa yang dilakukannya.

“Pandu kereta ke tunggang kura-kura?” bentak seorang lelaki muda.

Lelaki yang memotong kenderaan yang dipandunya itu sempat melontarkan senyum sumbing sebelum meluncur laju meninggalkan kereta Mira jauh ke belakang.

Mira tersenyum pahit. Lupa dia seketika yang jalan raya ini bukan milikanya seorang. Nasib baik mamat tadi tu menyedarkannya.

Tiba di suatu persimpangan jalan, Mira menghentikan keretanya. Sederet gerai menjual buah-buahan menjadi perhatiannya. Sudah semestinya buah rambutan kegemarannya yang dijual bermusim itu menjadi habuannya.

“KAU diam! Kalau tak, kau nampak ni!” gertak seorang lelaki yang bertopeng separuh mukanya dan berkaca mata hitam.

Sepucuk pistol diacukan ke perut Mira sebelum Mira sempat menutup pintu keretanya selepas membeli buah rambutan. Lelaki itu kemudian bertindak memasuki kereta Mira lalu duduk di kerusi sebelah memandu tanpa melepaskan acuan pistol itu di perut Mira. Mira mengiggil ketakutan. Tak mampu dia melakukan apa-apa selain menurut sahaja perintah lelaki itu.

“Pandu kereta ni, ikut saja arah mana kereta di hadapan kita tu pergi! Arah lelaki itu lagi.

Sebuah kereta proton yang di pandu lelaki di hadapan keretanya itu mula bergerak.

“Kau ni siapa? Kau nak apa daripada aku?” Mira kebingungan berbaur takut. tubir matanya kini mula berkaca.

“Kau takut ya? Jangan takut, aku tak apa-apakan kau, aku cuma di tugaskan untuk membawa kau saja,” kata lelaki itu mencuit dagu Mira sambil ketawa.

“Kau nak bawa aku ke mana? Kau ni Shah ke? Soal Mira lagi bertubi-tubi.

“Aku bukan Shah. Nah, lihat muka aku ni!” kata lelaki itu sambil menayangkan mukanya yang dibaluti topeng ke muka Mira membuatkan Mira hampir hilang kawalan mengimbangi pemanduannya.

Mira terjerit, lelaki di sebelahnya itu benar-benar menakutkannya. Kalaulah bukan dalam kereta, aku dah lama sepak lelaki ini! fikirnya. Tapi mampukah aku? Mira teringatkan Saiful. Dia berharap agar Saiful muncul menjadi hero penyelamatnya ketika itu. lantas penyesalan muncul di benaknya kerana memperlekehkan keprihatinan Saiful kepadanya.

Setelah hampir tiga puluh minit memandu, Kereta Proton Saga yang menjadi pemandu arah keretanya itu, menyimpang di sebuah lorong yang agak terpencil. Sebuah rumah tinggal yang kecil menjadi destinasi terakhir. Mira semakin takut, bermacam andaian muncul menyerang fikirannya. Kisah keganasan dalam novel yang baru selesai dibacanya beberapa hari lepas tiba-tiba datang menerpa di mindanya. Apakah aku akan menjadi mangsa pembunuhan seperti yang berlaku dalam novel itu? air mata Mira mula menitis membasahi pipinya. Lelaki yang memandu proton saga itu tadi turun lalu meluru masuk dalam rumah tersebut.

“Sekejap sayang, ikat tangan tu ke belakang dulu ya, ini arahan bos,” kata lelaki di sebelah Mira itu selamba apabila Mira bertindak turun daripada kenderaannya lalu cuba melarikan diri.

Mira bengang dipermainkan sebegitu. Pui! Air ludahnya melekat di muka lelaki itu. lelaki itu pula ketawa terbahak-bahak.

“Uii…sedapnya kena ludah perempuan cantik. Diludah hari-hari pun tak apa. ludah pun harum oo…kalau orang cantik macam Mira. patut pun bos cemburu,” ejeknya lagi bersahaja.

Dia memuncungkan bibirnya sambil menghinjut-hinjutkan hidungnya konon-konon nak menikmati bau harum air ludah Mira yang menempek di pipinya.

Darjah kemarahan Mira semakin memuncak, namun tak kuasa dia bertekak dengan lelaki gila di sebelahnya itu.

Tangan Mira yang diikat ke belakang, direntap kasar oleh lelaki itu lalu membawanya masuk ke dalam rumah kecil itu.

“Shah?! apa semua ni Shah? Korang berdua ni siapa!?” bentak Mira apabila melihat Shah duduk bergoyang kaki di atas kerusi dalam rumah itu sambil tersenyum menantinya masuk. Rupa-rupanya kereta yang memandu proton tadi tu adalah Shah. Seorang lagi perempuan yang berdiri di situ sedang membelakanginya.

“Akulah, takkan tak kenal kut,” jawab Shah sambil tersenyum sumbing.

Perempuan yang berdiri di sebelahnya itu masih tidak mahu menampakkan wajahnya, sengaja menangguh-nangguhkan masa yang dibuang sia-sia itu. Shah pula seakan-akan bertunjangkan perempuan itu semata-mata bagi merungkai agenda mereka ini.

“Kamu bertiga nak buat apa dengan aku, jawablah, Shah?” Mira bengang. Sudahlah dia diikat sebegitu dibiarkan pula tercengang menanti makhluk di hadapannya itu menunjukkan mukanya yang entah siapa dan dari mana.

“Kau kenal aku?”

Mira tergamam, sungguh ke apa yang dilihatnya itu. beberapa kali matanya sengaja dikelip, memastikan perempuan yang ada di hadapannya itu adalah empunya diri yang sebenar. Ah, adakah aku bermimpi? Mira menarik nafas panjang.

“Doktor Nelly?” soal Mira mahukan kepastian.

“Hah, akulah, rakan sekerja engkau, tak kenal? Hahaha…yalah hari ini aku pakai yang engkau tak biasa lihat, tak seperti pakaian aku kat pejabat, mungkin sebab tulah kau susah nak cam mukaku.” Doktor Nelly beraksi gedik.

Mira semakin gerun, nak larikan diri dia tak mampu. Semakin dia berusaha nak melepaskan ikatan tanganya itu semakin galaklah ketawa Doktor Nelly.

“Nah, ambil habuan kau, pergi dari sini sekarang!” Doktor Nelly menghalau pergi lelaki yang mengikat Mira itu tadi sambil membaling sampul surat tebal ke arahnya. Lelaki itu terburu-buru pergi bersama kereta Proton Saga yang dipandu Shah tadi.

“Mira, bye….” Lelaki yang menerima sampul tadi tu kembali seketika. Topeng di mukanya di tanggalkan.

“Kau!” tak sempat Mira menghamburkan kata-katanya, lelaki tu cepat-cepat pula pergi.

“Dialah tu Balan, geng lama aku, rakan sekolah engkau dulu juga, kan?” selamba Shah memperkenalkan lelaki itu.

Mira tak tahu nak kata apa, ternyata perubahan Balan dulu itu hanyalah sandiwara. Apa hubungannya dengan Shah dan nak apa daripadanya dia tak tahu juga. Masakan ini kerja Natasya dan Umairah lagi! Mira kebingungan.

“Shah, doktor, kalau ya pun ada hal kamu berdua memanggil aku ke sini, lepaskanlah ikatan tangan aku ni, aku tak akan pergi mana-mana, aku janji, tolonglah sakit tangan aku ni,” rayu Mira.

Terasa nak terputus tangannya yang diikat kuat oleh Balan itu. Tak terduga oleh Mira apa yang dimahukan Doktor Nelly itu. manusia yang tak pernah wujud dalam senarai kamus hidupnya tiba-tiba menyimpan dendam yang tiada pokok pangkalnya.

“Akhirnya dapat juga aku bawa kau ke sini ya. Mudahnya engkau diperdaya oleh Shah yang bodoh ni. kau tahu tak, shah nilah orang suruhan aku, dengan dialah aku berhubung setiap hari untuk mematau pergerakan engkau, perempuan bodoh!” herdik Doktor Nelly ke telinga Mira. Dia mengangkat dagu Mira dengan kasar.

“Hubungi dia, minta supaya dia jumpa kau selepas waktu kerjanya, bawa gelang emas yang saya beli semalam tu dan serahkan padanya.” Dialog yang dituturkan oleh Doktor Nelly kepada Shah ketika dalam keadaan tak menyedari Mira memerhatikannya dari jauh di hospital tempoh hari. ‘Nampak macam kehilangan anak.’ Itu telahan Mira ketika itu. Ketika itu jugalah telefon bimbit Mira berdering daripada pemanggil yang tak bernama, yang akhirnya mengaku dirinya sebagai Shah.

Kereta Doktor Nelly yang dilihat oleh Doktor Nora terparkir di tepi jalan di ibu kota itu sebenarnya Doktor Nelly sedang menjalankan agenda rapinya bersama Shah. Ketika itulah Shah bertemu Mira buat pertama kalinya atas arahan Doktor Nelly. Pantas sahaja Doktor Nelly menghubungi Shah lalu mereka mengekori Mira ketika menyinggah di sebuah kompleks membeli belah ketika itu.

Mira tersentak. Tidak pernah dia menyangka Doktor Nelly adalah dalang di sebalik semua agenda Shah selama ini. mahu saja dilukunya kepala Shah ketika itu tapi apalah daya dia.

“Tapi doktor nak apa daripada saya. Saya tak pernah sekali pun ganggu hidup doktor malah saya tak tahu pun doktor ni siapa,” soal Mira, kebingungan. Yang dia tahu adalah doktor itu rakan sekerjanya. Walaupun doktor itu bersikap agak dingin di hospital tapi tak pernah terfikir di kepalanya doktor itu bertindak ke tahap ini tanpa di ketahui sebabnya.

“Sebab kau tak tahu aku ni siapa la…yang buat engkau tu bodoh, akulah bekas isteri Cikgu Ashraf, cikgu yang engkau cinta separuh gila tu dulu…sebab engkaulah aku dan dia bercerai, tahu tak! Bentak Doktor Nelly.

Anak matanya berkaca-kaca memandang Mira sambil menepuk-nepuk dadanya. Nampak macam gorilla pun ada. Mira mengundur ke belakang, menyandarkan badannya di sudut dinding rumah itu. sudahlah tangannya terikat, kalau Doktor Nelly bertindak menyerangnya apa yang mampu dia lakukan. Hanya itu jalan yang Mira terfikirkan. Sekurang-kurangnya badannya tidak akan berguling ke mana-mana sekiranya Doktor Nelly beraksi menyepaknya .

“Doktor silap, cikgu Ashraf tak mencintai saya, dia kahwin dengan Diya, bukan saya, mungkin doktor menjadi mangsa perasaan sendiri, bukan di sebabkan Cikgu Ashraf atau saya!” jawab Mira, berani. Apa nak jadi jadilah, fikirnya.

Menyeringai gigi Doktor Nelly memandang wajah Mira. Tuduhan menjadi mangsa perasaan sendiri ke atasnya membuatkan darahnya menyirap ke puncak ubun-ubun. Pantas tangannya menyeluk dan mengeluarkan sesuatu daripada beg tangan yang disandangnya. Sebilah pisau lipat kini di tangannya. Dia menikam wajah Mira dengan pandangan yang bagaikan dirasuk serigala jadian.

“Tolong doktor, jangan apa-apakan saya, Shah tolong saya Shah, saya tak buat salah seperti yang Doktor Nelly katakan itu,” rayu Mira.

Ketakutan Mira di tahap beku. Shah pula hanya duduk diam menerima sahaja arahan daripada bosnya. Doktor Nelly menampar muka Mira beberapa kali. Peritnya tuhan sahaja yang tahu. Mira terduduk, tidak mampu melawan kudrat Doktor Nelly yang ‘kerasukan’ itu. Nelly menendang Mira beberapa kali, tidak tahan dengan gasakkan kaki daripada Mira, Doktor Nelly mengangkat tangan mengarahkan pisaunya itu ke perut Mira pula. Maka berlakulah pergelutan di situ.

“Berhenti, letak senjata kamu!” arah suara lelaki yang tangkas memasuki rumah itu, namun semuanya terlambat, pisau di tangan Doktor Nelly itu telah pun membenam ke peha Mira. Mira mengerang kesakitan. Sempat tamparan kuat lelaki itu singgah di muka Doktor Nelly. Doktor Nelly jatuh terjelopok sebelum kedua tangannya diikat ke belakang. Shah yang cuba melarikan diri pula sedang bergelut dengan seorang lagi lelaki di halaman rumah itu.

“Mira!” lelaki itu menggerakkan badan Mira yang terkulai berlumuran darah. Segera dia mengangkat Mira ke dalam keretanya untuk di hantar ke hospital.

Doktor Nelly dan Shah yang sudah siap digari, dihantar oleh seorang lagi lelaki itu ke balai untuk siasatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience