BAB 44

Humor Completed 44234

"Saya dah lama simpan hasrat ni nak jumpa kau tapi aku malu," Diya menundukkan wajahnya.

Takut bertentang mata dengan Mira. sewaktu di bangku sekolah dulu, wajah dan tingkah laku Mira taklah segalak yang Diya nampak seperti sekarang. kau dah banyak berubah Mira! Getus hatinya.

"Aku nak minta maaf dengan kau sebab korang tertanya-tanya tentang perubahan dan kehilangan aku dulu," sambung Diya lagi.

Sekali sekala Diya menjeling sekilas wajah Mira yang duduk selamba di hadapannya sambil berbalas SMS yang entah dengan siapa.

"Straight to the pointlah Diya, aku pun dah tak mahu ingat perkara lepas tu. Aku fikir kita ni bukanlah kawan baik sebab tu engkau boleh berbuat demikian!" tempelak Mira.

Mulutnya saja yang bercakap tapi muka masih mengahadap telefon melayan SMS yang bertubi masuk dalam mesejnya.

"Aku dah kahwin dengan Cikgu Ashraf dan anak dalam kandungan aku ni adalah anak dia," akui Diya tanpa berselindung lagi.

Mira terpempan. Telefon yang yang dipagangnya terlepas dari tangannya. Matanya menikam ke wajah Diya tanpa sepatah kata pun. Perut Diya yang memboyot ditenungnya tajam. Dasar kawan makan kawan!

"So, inilah berita yang kau nak khabarkan sibuk-sibik nak jumpa aku. Kau nak beritahu aku yang kau tu sebenarnya hipokrit! Aku ingat dalam banyak-banyak kawan yang aku ada, engkaulah yang paling baik, rupa-rupanya ada agenda disebalik perubahan mendadak engkau tu dulu!" selar Mira tanpa mendengar penjelasan dan mempedulikan perasaan Diya yang sarat mengandung itu.

"Mira, aku tahu aku salah. Cuma satu perkara yang kau perlu tahu, aku dan Cikgu Ashraf tu dah lama kenal, sejak aku dalam darjah enam lagi. Waktu itu Cikgu Ashraf mengajar di sekolah rendah di kampung aku. Kami dah memang saling suka sejak itu tapi kami terpisah dan akhirnya kami bertemu kembali di sekolah kita dulu tu. Bila aku tahu kau cinta dia, aku jadi cemburu dan aku cuba mengelak daripada perasaan itu dengan cara membawa diri ke sekolah lain. Mira tahu tak yang Cikgu Ashraf dah kahwin ketika itu! Diya bukanlah orang pertama hadir dalam hidup dia. Dulu, dia pernah kahwin atas desakan keluarga. Aku pun tak nak jelaskan perkara itu di sini. Kalau kau nak tahu, Cikgu Ashraf tu tak cintakan kau sebenarnya. Dia hanya terpukau dengan kecantikan dan kecerdikan yang kau miliki. Cikgu Ashraf mengakui yang dia sedikit terleka dengan kelebihan kau itu tapi itu bukanlah cinta sebagaimana cintanya pada Diya. Minta maaf banyak-banyak, aku rasa sudah tiba masanya kau harus tahu tentang semua ini," jelas Diya panjang lebar.

Diya memuntahkan segala yang tersimpan di lubuk hatinya. Biarlah Mira tahu agar dia tidak berharap dan sekaligus melapangkan dadanya yang sesak dengan rahsia yang dipendamnya sejak dulu.

"Penipu! Ini semua rancangan kau, kan! Kamu sengaja mempermainkan perasaan aku dulu! Kau buat aku macam orang bodoh!" bentak Mira, kuat.

Amarah yang meluap-luap tadi dihambur sepuas hatinya. Sukar dia menerima kenyataan apa yang dijelaskan Diya sebentar tadi. Selajur Mira meninggalkan Diya terpinga-pinga di tepi tasik tempat pertemuan mereka itu.

"Eh, kenapa dengan Mira tu, nampak marah aje?"

Tiba -tiba seorang lelaki muncul di depan Diya.

Diya sedikit terkejut dengan sergahan lelaki itu. selajur dia mendongak ke wajah lelaki yang sedang tercegat di depannya itu. diamatinya setiap inci wajah lelaki itu. kiram? Benarkah dia yang aku lihat ini? bertubi soalan menerjah di mindanya.

Ketika mindanya masih dalam proses mencerna semua tohmahan Mira, Diya dikejutkan pula dengan kehadiran kiram yang memang dikenalinya sebagai samseng tegar plus mat rempit di sekolah abangnya dulu. Memang tak syak lagi muka inilah yang selalu membuli Abang Zul di sekolah dulu! Bisik hatinya. Pantas saja langkah lelaki itu mengejar Mira yang sudah jauh ke hadapan sebelum Diya sempat menjawab soalannya.

Ini tak bolah dibiarkan ni, apa tujuan kiram tu mencari Mira? apa hubungan mereka? dengan lelaki ni ke dia berSMS tadi? Persoalan menabrak di fikiran Diya.

Diya mengeluarkan telefonnya, mendail nombor telefon Mira, namun Mira tak menjawab. Fikirannya runsing memikirkan keselamatan Mira.

Sekali lagi nombor telefon Mira didail...

"Apa lagi yang engkau nak?"

Kedengeran suara keras Mira di hujung talian.

"Mira jauhkan diri kau daripada lelaki itu!"

Kedengeran suara cemas Diya di hujung talian.

"Lelaki mana, engkau nak kaut semua lelaki yang aku ada ke? Ambillah kalau kau nak!" bentak Mira.

"Lelaki di belakang kau tu, dia....."

Tut! Talian telefon diputuskan. Tak sempat Diya menghabiskan ayatnya, Mira dah mematikan fungsi telefonnya.

'Ya Allah, apa dah jadi dengan Mira ni, dengan samseng gila tu dia nak berkawan,' omel Diya sendirian.

Diya menyandarkan badannya di sebuah pangkin di situ sambil memegang perutnya yang memboyot. Anak yang membenjol di permukaan perutnya itu membuatkan dadanya terasa sesak. Janganlah berlaku seperti yang Nina katakana tempoh hari, anak ini terkeluar sebelum masanya! Diya mengurut-ngurut dadanya pula. Nasib baik Mira tak tolak aku masuk dalam tasik ni, fikirnya berasa gerun.

Diya meninggalkan tempat itu dengan hati yang sebak berbaur runsing. Kesedihannya berkali ganda. Rasa menyesal pun ada menjentik perasaannya. Menyesal kerana terlalu berterus-terang dengan Mira, tapi yang lebih merunsingkan fikirannya ialah tentang kewujudan Kiram tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience