BAB 38

Humor Completed 44234

"Nah, istimewa untuk awak."

Sebuah kotak yang dibalut cantik bercorak pink warna kegemaran Nina diletakkan di atas ribanya. Kalau tak bagi nanti mulut Nina pasti pot-pet pot-pet pula nak mengungkit segala pemberiannya . Huh! Tinggal dengan Nina sengih ni sabar sajalah. Kalah tukang karut dikir barat!

"Cantiknya...terima kasih Mira sayang," ucap Nina sambil tersengih memeluk kotak hadiah.

Yang memberi tu tak pula dipeluknya, penat-penat orang cari, mujur terjumpa Shah yang macam Salman Khan tu! Hilang penat atau lebih tepat kalau dipanggil hilang jual mahal. Mira buat selamba.

Nina kemudiannya membuka hadiah itu. sengih di bibirnya semakin lebar. Dia tak sangka Mira bersusah payah nak bagi hadiah untuk dia walaupun doktor itu sentiasa sibuk tahap gaban.

"Hah! Ini yang engkau kata istimewa untuk harijadi aku?" tempik Nina.

Sehelai 'cawat' diangkat paras kepala dengan dua belah tangannya kearah Mira. kelihatan mulutnya menahan tawa melihat sehelai cawat berwarna pink yang kecil sikit dari sumo.

"Mira....! engkau dah melampau tau!" pekik Nina membuatkan Mira terkejut beruk.

Tadi kelihatan menahan tawa, tiba-tiba pula mengaum macam harimau. Langkah kaki Nina besar menuju kearah Mira yang sedang duduk di atas sofa menikmati buah anggur. Mira menanti saja Nina datang 'mengerjakannya'.

"Nah, rasakan!" Nina menggumam geram.

Dari arah belakang sofa Mira duduk, Nina mengangkat dagu Mira lalu di tekupnya 'cawat' itu ke mulut Mira membuatkan mulut Mira terkatup rapat tak dapat bercakap jelas melainkan tangannya saja yang melawan tangan gagah Nina.

"Kau biar betul, engkau ni nak bunuh aku ke apa!"

Mira menggosok-gosok mulutnya setelah kepalanya terlepas dari tangan hulkagen. Kalah superman! Hisy....ganas perempuan ni, mampus Shahir yang kurus melidi tu kalau dibuatnya macam tu! Mira menyambung kunyahannya.

"Haha.. tahu pun takut, siapa suruh main-mainkan aku." Nina menghamburkan gelaknya.

"Tukar hadiah tu, kalau tak ada aksi yang lebih mencabar engkau kena lakonkan bersama aku!" ugut Nina.

"Hei, sebelum aku kena tukar hadiah tu, nah! Lihat dulu hadiah yang engkau bagi aku ni," gumam Mira pula.

"Hahaha..sekali lagi gelak Nina terhambur.

Rupa-rupanya coli yang ditunjukkan Mira itu bukanlah hadiah untuknya. Nina tersilap bungkus. Sebenarnya coli menyusu itu untuk makciknya yang baru bersalin sewaktu itu. makciknya pun satu takkan muat coli cup A tu, opps..terlepas cakap!

"Saya rasa benda ni dah lama berlaku, apasal baru nak bangkitkan sekarang?" soal Nina dengan tawa masih bersisa.

"Sajalah nak ambil kesempatan nak balas engkau pula, macam aje tak ada hadiah lain engkau nak bagi aku," balas Mira bersahaja walaupun yang kena belasah dia juga.

Nampak benar seorang pendendam. Kan dendam dah meletus!

"Sebenarnya kami nampak kau semalam. Bukan nampak beli 'cawat' tu! Tapi kami nampak kau bersama seorang lelaki, boyfriend baru ke?" ujar Nina menukar topik. Tawanya terlepas seketika menyebut perkataan 'cawat' yang sengaja ditekan sebutannya.

"Oh..taklah, namanya Shah. Dia kata kenal aku melalui Fac," jawab Mira bersahaja.

Dia pun bukannya kaki Fac sangat. Paling-paling pun nama Lee Ji Woo dan Arif Mulia saja yang menarik perhatiannya di Fac itu. nama Shah tu, macam tak perasan. Mira buat tak peduli. Dibawanya kursor mencari nama Shah pada senarai rakannya. Sah! Nama itu tak wujud. Mira yakin shah itu sama ada Lee Ji Woo atau Arif Mulia, tapi dalam hati rasa famous pula. Ngee...

"Ni, dengar sini! Aku bukan nak campur tangan hal engkau tapi lelaki semalam tu macam mencurigakan, aku dan Shahir memerhatikan korang berdua dari jauh semalam," ujar Nina bersungguh.

Nina menbetulkan silanya di atas sofa di depan Mira. Mira bukannya ada pengalaman berkawan dengan lelaki. Dengar kata-kata yang manis je terus lentok. Konon syok kat dia. Yelah muka cantik semua orang pun nak, tapi bukan semua lelaki tu baik, ada yang hisap manisan je.

"Yelah, jangan risaulah tahulah aku jaga diri," jawab Mira selamba.

~Pertemuan itu berlaku tanpa dirancang

Perpisahan juga terjadi tanpa kerelaan.~

Mira mengulum senyum membaca status terbaru Arif Mulia. Kalau difikirkan logiknya, macam ayat ini simbolik pada pertemuannya dengan Shah semalam. Keyakinan Mira naik lima puluh peratus yang Shah itu Arif Mulia.

"Kau rasa Shah ke pendukung nama Arif Mulia tu?" soal Nina tiba-tiba.

"Entah," jawab Mira sepatah.

Nampak secarik senyum di bibirnya, seperti mengiakan apa yang diusulkan oleh Nina tadi.

"Jangan percaya sangat, muka buku ni bukan boleh percaya tapi tiada masalah kalau kau mesej kat Arif Mulia, kau kata terhutang budi dengan kata-kata dia," usul Nina lagi.

"Yang kau tiba-tiba nak suap aku ke ayat status Arif Mulia tu kenapa?" soal Mira galak.

"Aii...aku bukan suap engkau ke mulut buaya, suruh kenal dengan dia aje, mana tahu boleh jadi kawan baik." Nina tersenyum.

"Yalah...banyaklah kau punya usul tu," jawab Mira bosan.

Kalau tak iakan apa yang dikata Nina sengih ini, alamatnya tak cukup tidur lapan jam.

Dalam keributan berbalas dendam antara Nina dan Mira, tiba-tiba terdengar derap kaki yang sengaja dikuatkan bunyinya di hadapan pintu rumah mereka, Nina terintai-intai diluar tingkap. Terlihat wajah cengkung Natasya di muka depan pintu mereka.

"Eh, Natasya silalah masuk." Nina mempersilakan Natasya setelah pintu dibukanya luas, namun Natasya mengambil keputusan untuk duduk sahaja di depan pintu itu berpemandangankan selipar dan dua buah kereta yang terparkir di situ. Sesuatu yang sukar dipercayai tapi itulah yang berlaku, Natasya mengunjungi rumah mereka tanpa salam dan tanpa diundang namun Nina dan Mira memahami keadaan itu, iaitu keegoan yang telah mula dicabar oleh kebenaran.

"Saya dimadukan oleh suami saya dengan sahabat saya sendiri yang bernama Umairah, itu hanya saya ketahui setelah setahun mereka berkahwin. Dan sekarang dia pergi entah ke mana." Bagaikan peglipur lara yang menjajah hikayat diri, begitulah agaknya gambaran diri Natasya. Yang pastinya dia tak gembira dengan hikayatnya itu.

Mira dan Nina terkedu, ternyata teka-teki mereka mengenai Umairah yang telihat pelik sebelum ini telah terjawab dan inilah sebenarnya kisah hidup mereka. Sebuah wayang pentas kehidupan yang tulen, bukan diatas layar yang dipertontonkan kepada umum untuk mengaut jutaan wang tapi mengaut jutaan malahan billion ataupun tak ternilai sama sekali jumlah kesedihan yang mampu menggugah iman untuk menanamkan bibit-bibit kebencian, dendam dan semacamnya ke dalam jiwa. Natasya telah membuktikan yang hidup ini menyembunyikan lukisan nasib pelbagai corak. Semakin kreatif corak itu semakin banyak tersembunyi alatan rahsianya barangkali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience