End Note

Romance Series 59219

Salam.
Finally, Mencari Mr. Dia dah berjaya menemui perkataan Tamat. Agak susah Nia nak tamatkan cerita ni. Nia minta maaf sebab selalu buat readers tertanya-tanya. Ada masa Nia menulis, lepastu Nia senyap sebab terlalu busy. Jika jalan cerita tidak menepati cita rasa, I'm really sorry.

Mencari Mr. Dia ni terlalu konflik untuk Nia. Novel ni Nia start tulis dari tahun lepas. Banyak part yang Nia tulis random dan gabungkan ke dalam NGT. Ada juga apa yang Nia tulis tiba2 jadi kenyataan. Yang tu Nia sedih. Sebab tak sangka apa yang Nia imagine, dan pernah mimpi jadi kenyataan. Nia ambil masa untuk tenangkan diri untuk sambung menulis. Nia tahu ramai baca yang mahukan happy ending. Tapi kisah Nia takkan ada happy ending dengan dia.

Nia banyak olah cerita. Ada masa Nia rasa tertekan. Tulis padam. Tulis padam. Tapi sebab Nia menulis kerana readers yang tak berhenti bagi semangat. Nia teruskan jugak. Terima kasih kerana sudi dan setia baca Mencari Mr. Dia yang banyak air mata dan jalan cerita yang konflik, sukar untuk dihadam. Thank you for your support, guys.

Kepada awak, jika awak baca cerita saya. Saya harap awak bahagia dengan dia. Awak bukan Mr. Dia saya. Saya kena teruskan mencari Mr. Dia saya. Terima kasih untuk semuanya. Hati saya tetap terluka bila dapat tahu awak kahwin dengan dia secara senyap2. Tanpa berita. Tanpa update status. Tapi secara tiba2. Saya tahu awak bukan jodoh saya. Tapi saya masih tak boleh nak maafkan awak atas apa yang jadi. Saya tak boleh terima. Dan saya tak boleh nak maafkan. Luka yang saya rasa terlalu dalam.

Encik, saya harap awak boleh belajar menghargai orang lain selepas ini. Hargai yang datang dan pergi dari hidup awak. Saya tahu awak takkan kisah kalau saya buang awak. In fact, saya yang ditinggalkan. Bukan saya yang meninggalkan. Yang penting awak senyum dan bahagia. Sebab cinta saya, perasaan saya tiada makna langsung. Perasaan saya dipersenda. Sebaik saja awak bergelar suami dia, awak dah mati dalam hidup saya. Ini cara untuk saya melupakan.

Terima kasih untuk semuanya sebab kita takkan boleh berkawan lagi. Cukuplah tempoh dua tahun. Hati saya dah penat. Allah benar2 dengar luahan hati saya yang makin tenat dan akhirkan semua ini. Untuk tanya khabar tu semua, saya dah taknak ambil peduli. Awak ada seseorang yang boleh jaga life awak. Dan saya yakin, awak akan dijaga dengan baik. :)

Tiba masa untuk saya bebaskan hati saya. Susah untuk saya lepaskan rasa yang ada. Tapi untuk kebaikan, terpaksa juga. Sekurangnya, saya akan move on. Tetapi awak, masih berlegar di tempat yang sama. Tahniah kerana awak masih tak boleh move on dan patah balik pada dia. Susah saya nak jumpa lelaki yang benar2 setia dengan perasaan. Awak kena menghadap dia sehingga ke hari tua. :) Good luck, Encik K. Selamat pengantin baru untuk majlis belah lelaki pulak nanti.

Nia Elysa akan tetap menulis tanpa henti. Dan takkan patah semangat. Biarpun inspirasi menulis telah hilang, Nia masih ada readers yang menerima karya Nia. :)

"Cinta takkan buatkan kita kenyang. Feelings is just feelings. No mutual connection. Percaya pada takdir, kerana DIA Maha Berkuasa."

Big love,
Nia Elysa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience