Bab 24

Romance Series 59219

Aku memandang sorotan cahaya lampu di luar jendela. Cahaya yang agak malap. Namun mampu membuatkan aku terjaga dari lelap yang panjang.

Seseorang berdiri di muka pintu. Aku mengerdipkan sebelah mata kanan.

"Rayqal."

Seorang lelaki memandang aku. Dia senyum. Benarlah, dia memang Rayqal.

Aku terus bangun. Mahu mendekati dia.

"Rayqal, awak datang melawat saya?"

Dia berdiri tegak. Wajahnya yang senyum manis kembali pudar.

"Awak..."

Dia hanya memandang aku tanpa kata.

"I'm sorry, Rayqal."

Di matanya ada kesedihan. Aku tahu Rayqal sedang berjauh hati dengan aku.

Dia sambung senyum lagi. Dia berpaling pergi. Mahu meninggalkan aku dari bilik ini.

"Rayqal, please... Don't go."

Dia tidak mengendahkan panggilan aku. Dia tetap pergi. Makin menjauh.

"Rayqal Farish!"

Pintu tadi kembali tertutup kuat.

Aku tersentak kuat.

"Iris..."

Bahu aku ditepuk kuat. Aku membuka mata.

"Iris, kau menggigau ke?"

Aku meraup muka.

"Aku mimpi."

Kila menghulurkan segelas air. Tekak aku haus. Dan aku meneguknya dengan rakus.

"Mimpikan Rayqal?"

Aku diam. Kila memandang aku tepat. Diam tandanya benar.

"Aku nak beritahu Rayqal, kau tak bagi."

Sebab aku taknak dia kata aku mahu tagih simpati.

"Tapi... Aku dah pun bagitahu dia."

Ayat terakhir Kila membuatkan aku sedih.

Kalau dia tahu aku di sini, kenapa dia tidak datang menjenguk aku. Tidak sudikah dia?

"Dan, dia cakap malu nak jumpa kau. Lepas dia hamburkan kata cacian."

Aku tak marah dia. Aku tak merajuk. Dia yang berjauh hati.

"Tak boleh ke dia lupakan semua tu?"

"Give him some more time."

Kila memandang aku tanpa mahu menatap anak mata aku.

"Aku mimpi dia datang sini tadi."

"You're just dreaming. He's not here."

Benarlah, itu cuma mimpi.

"Kau rest. Jangan fikir banyak. Aku nak kau sihat semula."

Aku mengangguk. Bantal dibetulkan sebelum aku baring semula. Mata dipejamkan semula.

"Good girl. Yeah, goodnight, Raisa. Sleep tight, sweet dream, pretty..."

Kila menutup suis lampu. Dia keluar dari bilik wad. Tinggal aku sendirian. Sepi yang aku benci.

Kila menutup pintu bilik. Dia memandang wajah seseorang.

"Dah dengar semuanya kan?"

Rayqal terduduk.

"Baliklah. Esok je kau datang sini. Aku taknak dia bertambah tekanan. Kau nak tengok kawan aku tu jadi sewel ke?"

Kila menjeling Rayqal tajam. Seperti mahu menelan Rayqal hidup-hidup.

"Aku tak sengaja."

"Tu la. Lain kali, fikir banyak kali sebelum main cakap lepas. Allah bagi kau 9 akal. Takkan satu akal pun tak berguna?"

Pedas menikam ayat Kila.

"Iris pasti bencikan aku."

"Kalau dia bencikan kau, takdela kau masuk dalam mimpi dia."

Sinis ayat Kila.

"Balik. Esok je muncul depan dia. Atau kalau kau taknak selamatkan hubungan kau, kau jangan sakitkan hati dia lagi. Kau pilih la!"

Kila berlalu tinggalkan Rayqal yang masih terkaku di situ.
. .
. Aku mengunyah buah epal hijau sambil menonton televisyen di hadapan.

"Iris. Morning..."

Kila membawa makanan seperti yang aku minta.

Aku membuka beg plastik. Ada bubur ayam, sandwich dan kuih karipap.

"Ala, mana aiskrim Kit Kat yang aku suruh kau beli tu?"

"Banyaklah kau punya aiskrim. Kena sihat dulu baru boleh makan sedap-sedap."

Bibir dimuncungkan.

"Kau tak sayang aku."

"Ish, aku sayang kau. Tapi tunggu kau baik sepenuhnya dulu."

Aku memandang Kila. Kosong. Wajah yang tiada perasaan.

"Aku sihat la. Tengok ni, kalau sakit dah lama aku terlantar."

Kila duduk di sofa. Malas mahu melayan Iris. Degil nauzubillah.

"Morning girls."

Doktor Fuad menghampiri katil aku.

"Cik Iris Nadia, how are you feeling? Feel better?"

Aku senyum sedikit.

"I heard from outside you wanna eat ice-cream."

Ceh, curi dengar pulak doktor muda ni.

"Kalau nak makan aiskrim, make sure you betul-betul sihat."

"Saya dah okay. Saya nak discharge cepat."

Doktor Fuad tersenyum. Mengerling Kila yang dari tadi memandang aku silih berganti.

"Boleh. Kalau you bagi saya nombor telefon kawan you tu. She's so cute. She is my taste."

Perlahan saja nada bicara doktor ini. Takut Kila dengar la tu.

"Serius doktor nak? Boleh. Tapi dia tu garang. Kuat bebel macam mak nenek."

Sempat aku mengutuk Kila. Tapi sebenarnya aku sedang melobi kawan baik aku.

"Itu yang saya suka."

Wah. Untung jadi Kila. Ada hikmah aku terlantar sakit seketika.

"Okay. Nanti saya bagi nombor dia."

Aku sedang mengikat janji dengan doktor muda itu.

"Ehem. Awak boleh discharge dalam lewat petang. Nanti jururawat akan check tekanan darah. Jangan lupa makan ubat yang saya syorkan. Bye, Kila."

Dia sempat mengenyit mata pada Kila. Aku tahan gelak dari tadi.

"Eh, doktor Fuad tu dah buang tebiat la. Asyik kenyit mata dengan aku je."

Tanpa sempat menahan, terletus juga ketawa.

Kila memandang aku pelik.

"Kau dah kenapa gelak? Berjangkit buang tebiat jugak dengan doktor tu."

"He likes you."

"Ish, takdela. Merepek la kau ni."

Kila sudah tidak keruan.

"Dia minta nombor telefon kau. Nanti aku bagi ye."

"Iris!"

Kila menjegilkan mata.

Dan aku ketawa dengan riang hati tanpa mahu memikirkan masalah yang melanda. Lupakan Rayqal Farish buat seketika.
. .
. Tak sabar mahu pulang ke rumah. Kerja di galeri sudah melambak. Aku kena sihat secepat mungkin.

Tiba-tiba dada aku rasa berdebar. Mungkinkah...

Derap kaki seorang menghampiri.

Aku cepat-cepat menyelubungkan diri dalam selimut sehingga menutupi paras muka.

Bauan minyak wangi menyucuk lubang hidung. Aku tahu siapa yang datang melawat.

Air liur aku telan. Aku tak bersedia nak jumpa dia.

"Iris..."

Suaranya mampu menggetarkan hati aku.

Rindu...

Masih tersisa rindu itu.

"Saya datang melawat awak."

Aku menahan diri dari bersuara. Mana Kila ni?

"Saya minta maaf. Saya yang salah."

Pergilah, Rayqal.

"Iris Nadia... Bagi saya betulkan semua silap saya."

Aku masih diam tidak berkutik. Tidak pasti mahu memberi respons yang bagaimana.

Derap kaki dia makin dekat menghampiri. Satu... Dua... Tiga...

Kakinya terhenti di sebelah katil aku. Aku menahan nafas. Dada terasa mahu pecah. Sesak yang teramat.

Tanpa disangka, selimut aku ditarik.

Gulp.

"Apa ni?"

Rayqal tersenyum. Sinis.

"Saya ingatkan salah masuk bilik wad tadi."

Aku memandang dia tak puas hati.

"Nak apa?"

"I'm sorry."

Sorry? Sorry boleh naik lori la.

"Takde apa yang perlu dimaafkan dan tidak perlu minta maaf."

Aku tidak memandang dia. Hati aku masih rasa sakit. Masih menepis rindu yang tidak tahu ke mana.

"Saya ego. Saya bersalah. Menuduh awak tanpa usul periksa."

"Kata-kata awak yang bagaikan pisau belati tidak dapat saya maafkan. Cukup, Rayqal."

Dia mengeluh perlahan.

Apakah mudah bila menghamburkan segala kemarahan, sedangkan keesokan harinya meminta maaf bagaikan tiada noktah?

Aku bukan seperti yang dia sangka...

"Sebab tu saya nak mohon kemaafan."

Dia memegang tangan aku pula.

"Apa ni? Don't. Touch. Me."

Aku menepis tangan dia.

"Saya bukan girlfriend awak lagi la. Jangan sesuka hati nak sentuh saya."

Aku mengiring wajah ke sebelah kanan. Panas hati menghadap wajah dia.

"Give me a chances."

"Go away. Baliklah."

Aku tak mampu nak menghadap dia sekarang. Lagi-lagi dalam keadaan yang begini. Sangat meletihkan.

"Okay. Saya faham. Awak masih marah."

Aku diam lagi.

"Iris, saya balik dulu. Nanti kita jumpa lagi. Saya ada bawa bunga matahari. Untuk awak, Iris."

Aku menoleh. Dia sudah tiada.

Tiga kuntum bunga matahari. Aku tersenyum tanpa sedar.

Ada sekeping nota.

'Kita adalah rasa yang tepat, di waktu yang salah.' - Rayqal.

Aku mencium bunga matahari itu.

"Sejauh mana awak melangkah, rindu saya pada awak takkan berhenti, Encik Rayqal Farish. Saya cintakan awak."

Aku berkata perlahan.

Aku terpaksa menjarakkan diri aku dengan dia. Tidak mahu rasa tertekan lagi.

Asyik bergaduh. Aku penat.

Beri kisah kita sedikit waktu, Rayqal.

Dan aku, memandang bunga di tangan dengan hati yang berbelah bahagi.

Rayqal sempat mendengar bicara Iris yang bercakap perlahan seorang diri. Dia senyum nipis.

Thank you, Iris. Kerana masih sudi terima bunga saya. Rindu saya juga tidak akan berhenti.

Kerana, kita memang ditakdirkan untuk bersama. Cuma biarlah waktu yang menentukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience