Aku di sini. Tempat persembunyian. Lokasi yang tiada siapa ketahui.
Mahu lari dari semua ini.
Tanpa Kila dan Rayqal ketahui aku di mana. Aku perlukan ketenangan.
Akaun media sosial aku nyah aktifkan kesemuanya. Nombor phone aku tukar. Tidak mahu ada yang mengganggu.
"Kak Iris..."
Suara Linda menyapa. Dia memeluk lembut bahu aku.
"Linda..."
Dia berdiri di sebelah aku. Menghadap suasana malam di ruang balkoni.
"Linda dapat rasakan akak tengah ada masalah. Kalau tak, takkan akak lari ke sini."
Aku menggumam bibir.
"Dia dah nak kahwin."
Linda ternganga. Spontan mengusap lembut bahu aku.
"Sabarlah, kak."
"Akak datang sini nak rehatkan diri. Nak buang semua perasaan yang ada."
"Sejauh mana akak lari, dia tetap menjengah dalam ingatan akak kan? Dulu akak suruh Linda hadap semua kesulitan yang ada. Sekarang kenapa akak jadi macam ni?"
"Itu je pilihan yang akak ada."
Aku tak sanggup nak tengok dia bersanding dengan Bella.
"Tapi kak... Lari bukan jalan penyelesaian."
Iya. Aku tahu. Tapi aku cuba lakukan sedaya yang aku mampu.
"Did anyone know you coming here?"
Aku menggeleng. Dengan Kila pun aku tidak beritahu.
Linda mengeluh perlahan.
"Takpela. Ambil la banyak masa yang akak perlukan. Nanti bila tiba masanya, akak akan tenang. Tapi, Linda tak boleh nak temankan akak di sini. Linda kena pergi kerja."
Aku senyum nipis.
"Okay. Tak payahlah temankan akak. I'm fine. Akak cuma malas nak berhadapan dengan orang. Akak nak stay kat sini diam-diam."
"If you need anything, just call me. I'll be here for you."
Linda memeluk aku.
"Thanks Linda. Thanks for everything."
Aku menghantar Linda pergi dengan ekor mata. Dan aku, memandang langit kelam. Sekelam apa yang aku rasakan sekarang.
.
.
.
Aku melangkah masuk ke dalam restoran Subway. Perut beria mahu menjamah roti berintikan tuna.
Setelah selesai memilih menu dan membuat pembayaran, aku mencari tempat duduk yang kosong. Pelanggan ramai pula di waktu begini.
Puas aku amati keadaan sekeliling, lantas memilih satu tempat duduk di luar restoran yang menghadap ke arah sungai.
Baru saja mahu duduk di situ, ada dua orang warga Perancis telah duduk terlebih dahulu. Alamak.
Hanya tinggal satu tempat duduk kosong. Berhadapan dengan seorang lelaki yang memakai topi hitam dan menutup separuh mukanya dengan mafela.
"Excuse me, sir. May I sit here?"
Dia tidak memandang aku kerana sibuk berbicara dengan telefon di telinga.
Lantas, aku membuat bahasa isyarat. Dia mengangguk dan mengarahkan aku duduk.
Tray berisi makanan aku letak ke tepi. Tangan mula membuka bungkusan itu. Dan menggigit suku daripada sandwich itu.
Mulut yang mengunyah tidak lepas mata memerhatikan lelaki di hadapan aku. Aku mencuri dengar accent conversation dia, tahulah aku bahawa dia juga pelancong asing seperti aku.
Seraya mata kami bertatapan. Gulp. Pandangan mata yang aku sudah biasa lihat.
Tidak semena, dia membuka mafela di wajahnya.
Iris Nadia... Kau memang tempah bala duduk di depan dia.
Uhuk. Aku rasa tersedak. Mahu lari dari mulut buaya, termasuk pula dalam mulut naga.
Dia segera menghulurkan air. Aku meneguk dengan rakus.
Apa makna semua ini? Kenapa dia mengekori aku di mana-mana sahaja?
Dia tersenyum lebar.
"Cik Iris Nadia. As I mentioned last time, we meet again."
"Awak ikut saya ye?"
Terus hilang selera makan.
"Tak. Kebetulan. Ataupun, kita memang berjodoh."
"Stop it. Saya taknak dengar perkataan yang merepek keluar dari mulut awak."
Aku malas nak melayan dia. Dasar stalker.
"Kenapa marah sangat ni? Kenapa lari sampai ke sini?"
Suka hati aku la.
"Oh ye. Saya lupa nak perkenalkan diri. I'm Aiman Radzi."
Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan aku.
Aku tidak menyambut huluran tangan dia.
"Tidak sudi?"
"Saya tak bersalam dengan lelaki bukan muhrim."
Dia tergelak kecil dan menarik balik tangan dia.
"Oh okay. Sorry."
Aku melarikan pandangan.
"Saya rasa awak tengah menyembunyikan diri daripada semua orang."
Tepat sekali jangkaan dia. Bijak dia meneka.
Aku memandang dia tajam.
"Saya tak kenal awak. Dan tak mahu kenal. Tak mahu bersembang juga."
Aku tak mahu memeningkan kepala.
"Kita boleh berkenalan."
Aku menyambung semula kunyahan saki baki roti.
"Look. Saya boleh bantu awak. Untuk lepaskan diri dari semua ni. Awak nak lari ke mana? Saya boleh bawa, walaupun ke hujung dunia."
"No, thanks."
Kenapa dia beria sangat mahu mendekati aku? Who the hell are you, humans?
"Saya tahu awak rasa curiga dengan saya. Tapi saya tak berniat jahat."
Mana ada orang jahat mengaku dia jahat. Dan mana ada orang baik mengaku diri dia baik.
"Well, Mr. Aiman. Saya lari ke sini bukan nak meluahkan perasaan, bukan nak bersembang. Saya perlukan ruang. Tidak mahu diganggu sesiapa. Assalamualaikum."
Aku bangun.
"Cik Iris, ni bukan tempat awak. Bahaya berjalan seorang diri di sini. Biar saya hantar awak balik. Saya ada kereta."
Aku jadi teragak-agak dengan pelawaan dia.
"Percayalah. Saya tiada niat buruk pun."
Dia nampak seperti... Ikhlas.
Hmm, biar jela dia hantar kau balik, Iris. At least, kau selamat. Takdela kena berjalan seorang diri.
Ingatan aku terarah di saat kejadian aku diragut. Rasa trauma.
Lelaki ini... Dia menghantar aku pulang sehingga ke lobi hotel.
Aku mengangguk. Dan menghadiahkan senyuman kepadanya.
.
.
.
"So, awak stay kat hotel ni?"
Aku diam. Memandang dia. Kenapa aku asyik sangat memandang kening lebat dia yang berparut?
"Iris..."
Dia melambai tangan di depan aku.
"Err.. Ya ya..."
Aku jadi kalut. Dia gelak.
"Suka sangat tengok kening saya ni?"
Aku menunduk malu.
Buruk la perangai aku ni. Ish, mata ni pun, kenapa la gatal sangat pandang ke situ?
"Take care. Kalau hotel ni, okaylah. Nampak selamat."
"Thanks, Mr. Aiman. Saya... Hmm takpelah."
"Apa dia?"
"Banyak yang saya nak tanya pasal awak. Tentang Anonymous."
"Oh pasal tu. Feel pleasure to ask me anything."
"Maybe next time. If we meet again."
Aku menanggalkan seatbelt.
"Awak tahu mana nak cari saya."
Aku mengangguk. Rasa lega ada teman untuk berbual. Sekurangnya, aku boleh kurangkan menangis.
Melihat kereta dia berlalu pergi. Kelamaan makin jauh.
Aiman Radzi. Mr. Anonymous.
Kenapa kening dia yang berparut mengingatkan aku pada masa lalu?
Itu yang aku mahu tanya pada dia. Maybe next time. Until we meet again.
.
.
.
Kila menanti Rayqal yang belum kunjung tiba.
Jari dia lenguh mendail nombor telefon Iris. Mana la dia ni pergi? Hilang macam tu je.
Rayqal tiba. Wajah dia serius.
"Ada apa kau nak jumpa aku?"
Kila memandang tajam.
"Kau tahu tak apa yang kau dah buat?"
Rayqal diam. Dia tahu Kila pasti tahu akan kenyataan kahwin di majalah itu. Habislah kalau sampai ke pengetahuan Iris.
"Please... Jangan beritahu Iris."
Panas. Dia melonggarkan tali leher yang melilit di baju kemeja birunya.
"It's too late. Iris dah lama tahu. Dan sekarang, dia dah lari."
Kila memeluk tubuh. Rasa mahu sekeh kepala Rayqal.
Terus berubah wajah Rayqal.
"Iris lari ke mana? Kenapa baru sekarang kau beritahu aku?"
Suara Rayqal makin meninggi.
"Eh, manalah aku tahu. Aku ingat dia saja je cakap. Tak sangka dia lari betul."
Air muka Rayqal bertambah kusut. Jambang tumbuh meliar di wajah. Tidak terurus.
"Rayqal, kau kalau nak mainkan perasaan Iris lebih baik kau jangan ganggu hidup dia lagi."
"Aku cintakan dia."
Cinta? Semua lelaki sama sahaja. Suka mainkan hati perempuan.
Kila mencampak majalah ke atas meja.
"Ni, buktinya. Anak Tan Sri Rafiqi bakal berkahwin dengan model terkenal, Bella Ariana. Explain."
Rayqal memandang lama majalah itu.
"Aku tak tahu apa-apa. Bella perangkap aku."
"Tu masalah kau. Setelkan jela."
"Senanglah kau cakap. Kau tak duduk tempat aku."
Kila dan Rayqal sama-sama terdiam.
"Apa sebenarnya yang berlaku?"
Mata Rayqal semakin berkaca.
"Kalau aku beritahu semuanya, kau takkan mengadu pada dia kan?"
Dia perlukan tempat untuk meluah rasa. Bella membuatkan keadaan dia makin tersepit.
"You can trust me. Selama ni aku dah banyak tolong kau dengan Iris."
Rayqal menghela nafas sebelum menceritakan segalanya.
"Bella memang kurang ajar. Kau tak salah, Rayqal."
Rayqal diam. Dia buntu.
"Tolong cari Iris sampai jumpa. Aku taknak dia buat kerja bodoh. Aku sayangkan dia."
Kila tahu Rayqal dan Iris masih saling mencintai. Dia akan cuba sedaya upaya untuk membantu.
"I will. Trust me. Aku akan bawa Iris balik sini. Bawa jumpa kau."
"Thanks, Kila. Kau memang kawan Iris yang paling memahami. Aku tahu dia rasa terluka. Pasti dia menangis teruk. Iris perlu tahu yang aku tak salah dan tiada niat mahu lukakan hati dia."
Rayqal mengesat pelupuk mata. Maafkan saya, Iris.
.
.
.
Aku membuka telefon bimbit selepas tiga hari di sini. Sengaja membuka simcard lama. Aku tahu ramai yang sedang mencari aku.
Telefon berdering. Aku hanya diam dan mendengar.
"Hello. Iris..."
Aku tidak menjawab.
"Kau kat mana? Baliklah. Ramai cari kau ni."
"Iris, Rayqal cari kau. Janganlah buat perkara bodoh."
"Kau taknak cakap dengan aku lagi ke?"
"Iris!"
Aku masih lagi diam membisu. Hanya menahan desahan.
"Tell me, kau kat mana? Jangan buat aku macam ni. Kitakan kawan."
Tiba-tiba kedengaran suara Kila yang seakan menangis.
"Iris... Aku taknak perkara buruk jadi kat kau. Janganlah diam."
"Takpela kalau kau taknak cakap dengan aku lagi. Aku minta maaf sebab tak faham hati kau. Aku harap kau okay kat sana. Aku letak telefon dulu. Bye. Jaga diri baik-baik kat sana."
"Kila..."
Aku sempat menahan dia dari meletakkan telefon.
"Aku okay. Jangan risaukan aku."
Terus aku mematikan talian.
Tiada air mata yang mengalir di kala ini. Aku kena ajarkan hati aku untuk menjadi keras dan tegas.
People change for two main reasons, their minds have open or their hearts have been broken.
Share this novel