Bab 1

Romance Series 59219

Aku cuba menahan tangis. Gambarnya ku renyuk kasar.

Kila menghampiriku. Dia cuba memujuk. Tidak semena-mena, air mataku gugur juga.

Ya Allah! Mengapa kau mengambilnya dariku?

Awan mendung di langit ku tatap lama.

"Sabar... Aku tahu kau kuat!"

Kila dari tadi memeluk bahu aku.

"Kila, dia dah pergi... Takde apa yang tinggal untuk aku. Semua pergi tinggalkan aku sendirian. Aku cuma ada kau seorang."

Aku menahan sendu.

"Sabar... Jodoh kau dengan dia tak panjang. Dia milik Allah. Istighfar banyak-banyak."

Kila menatapku dengan mata yang berair. Sempat dia menyeka air mataku.

"Aku rindukan dia. Baru semalam dia janji nak datang sini jumpa aku. Semua salah aku. Aku paksa dia datang. Kalau tak... Dia... Dia takkan accident."

Aku mengongoi. Semua salah aku. Kala ini, aku tak mampu untuk berfikir.

Hati aku tersiat. Tunang aku, Adam Zarieyl. Dia pergi macam tu aje. Tanpa selamat tinggal.

"Aku nak ikut dia, Kila. Iya... Aku nak ikut dia."

Aku mula meracau.

"Mengucap, Iris. Dia dah takde. Kau kena kuat!"

Kila mengenggam jari jemariku dengan erat. Seakan memberi semangat baru. Aku menatap Kila lama.
. .
. Seseorang muncul di muka pintu.

"Assalamualaikum."

Empunya suara memberi salam. Aku mengalihkan pandangan. Tidak mahu dia terkesan dengan air mataku yang tak berhenti berlinangan.

Aku memandang dengan pandangan kosong. Suram.

Dia masih tersenyum tanpa sepatah kata. Aku meneliti raut wajahnya.

Aku jadi panasaran. Hati ini bertambah luka. Pedih. Mr. Dia aku tidak akan lagi akan menemani aku di sini.

"Hai..."

Akhirnya dia bersuara. Aku diam tidak berkutik.

Kila dari tadi hanya menyaksikan babak kami berdua. Akhirnya, Kila menggeleng melihat kebisuan aku.

Aku tak mampu bersuara.

Melihat dia... Mengingatkan aku kepada Mr. Dia.

Sedikitpun aku tidak menjawab sapaan dia.
. .
. Aku termimpikan dia semalam. Dia cuma tersenyum manis sambil menatap mendung di wajahku.

Sungguh... Aku masih rindukan dia. Di dalam doa, berharap aku dan dia bakal bersatu.

Takdir lagi hebat. Sebaik baik kita merancang, Allah menetapkan tiada jodoh antara aku dan dia.

"Kila... I miss him so much."

Aku bertatapan dengan Kila. Keluhan berat dilepaskan.

"Tak salah kau lepaskan dia. Biarkan dia tenang di sana. Dia hanya wujud sebagai memori indah kau, Iris."

Kila memaksa aku melupakan dia. Tak mungkin...

"Mana bisa aku lupakan dia, kau tahukan dia dah lama jadi sebahagian dalam hidup aku?"

Amarah dan kecewa tergumpal menjadi satu. Kila terdiam lama.

"I don't know what to say. Lagi lama kau biarkan diri kau begini, lagi parah hidup kau nanti. Jangan seksa diri. Tolong bangkit sebelum aku bertambah kecewa dengan kau."

Sejurus Kila berkata begitu, dia terus bangun dan meninggalkan aku sendirian.

I need more time, more space...

Aku merenung langit kelam. Lama.

Berharap esok pelangi akan muncul.

Iya. Dia hanya wujud sebagai memori indah. Hanya memori, Iris.
. .
. Aku dan Adam saling bertatapan.

"Iris, katakan kalau Adam tiba-tiba tiada lagi dalam hidup Iris suatu hari nanti, boleh ke Iris hidup tanpa Adam?"

Aku mengerut dahi.

Apa Adam ni cakap bukan-bukan?

"Awak janganlah cakap merepek. Jangan takutkan saya."

Kalau dia takde, hidup aku akan sunyi. Sepi.

Adam adalah dunia aku. Aku tiada mak ayah. Adam ialah Mr. Dia aku. Tempat aku bergantung harap. Satu-satunya kekasih hati.

Dia tergelak.

"Jangan marah. Adam cuma cakap je. Kita tak tahu masa akan datang. Mungkin harini Iris bercakap dengan Adam. Esok lusa kita takkan bersembang, bergelak tawa lagi."

Aku jadi tidak sedap hati dengan bicaranya.

"Dahlah. Saya nak kahwin dengan awak tau, Adam Zarieyl. Saya taknak orang lain. Saya cuma nak tunang saya yang kacak ni je."

Aku mengusik dia.

"Kalau anything happens, tolong jaga diri Iris baik-baik, okay. Move on. Dan cari Mr. Dia yang lain."

Aku jadi sedih. Cara dia berkata seolah mahu meninggalkan aku esok.

Adam merenung aku lama.

"Adam cuma cakap je, gurau. Biar takdir yang tentukan ye, sayang."

Aku jadi tidak selera mahu menghabiskan makanan di meja.

"Dah. Sambung la makan. Sedap tau laksa tu. Penat je Adam tapaukan. Mak masak khas untuk Iris tau."

Aku memuncungkan bibir.

Tidak suka dengan dengan gurauan seumpama itu.

"Sayang Adam tak?"

Aku membekukan diri. Merajuk.

"Sayang..."

Dia cuba memujuk aku.

"Nanti mesti Iris rindukan Adam Zarieyl."

"Dahlah. Janganlah cakap macam tu. Iya. Saya sayang awak. Kalau awak takde, hidup saya sepi. Kelam. Hancur."

"Okay. Adam pun sayanggggg sangat dekat Iris Nadia."

Dia menghulurkan sesuatu.

"Apa ni?"

Jarang dia membelikan aku sesuatu. Aku juga tidak suka meminta.

"Special. For you, my pretty fiance."

Jam tangan. Rolex.

Baru dua hari lepas aku katakan padanya mahu tunggu gaji untuk gantikan jam lama.

"Saya tak mintak semua ni. Kenapa awak susah payah belikan?"

Menyesal aku beritahu dia.

Adam senyum.

"Takpe. Sekali sekala. Tak luak pun."

"Cantik. Terima kasih, Adam. I love you so much."

Dia memegang tangan aku.

"Dah, kita sambung makan eh. Habiskan laksa tu."

Aku mengangguk. Ceria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience