Bab 40

Romance Series 58660

Aku memusingkan badan ke arah kanan. Cuaca di luar yang mendung sepertinya langit mahu memuntahkan hujan.

Bestnya sambung tidur. Boleh lupakan semua masalah.

Tiba-tiba terasa diri ini dihimpit sesuatu. Katil yang begitu luas terasa sempit.

Terasa ada sesuatu yang melingkar di pinggang.

Aku terus membuka mata. Ya Allah...

Satu wajah yang begitu hampir dengan pipi aku. Bukan begitu hampir tetapi pipi aku berlaga dengan pipi dia.

"Apa awak buat ni? Macam mana..."

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, dia mengetatkan pelukan.

"Rayqal Farish, awak sedar tak apa yang awak buat ni?"

Aku cuba menolak dia jauh.

"Seinci awak tolak saya, I'll kiss you."

"Astaghfirullahalazim. Bawak mengucap. Awak ni dah hilang kawalan."

"Mungkin ni je cara untuk kita kahwin."

"Janganlah buat benda bukan-bukan."

"Kan saya cakap jangan cabar saya."

Aku meneguk air liur.

"Kejap, macam mana awak boleh masuk ke dalam bilik saya?"

Dia senyum nakal.

"I have my own ways."

"Pecah masuk?"

Dia menggeleng.

"Saya guna laluan yang betul."

"Sama jela macam pecah masuk. Gila."

Aku bangun.

"Apa yang awak dah buat kat saya?"

Aku melihat diri yang masih tersarung dengan pakaian tidur.

Suara sendu aku tidak tertahan lagi.

"Takde apa. Baru setengah jam saya masuk."

Suara dia hanya bersahaja. Tak guna betul.

"Kalau awak macam ni, memang awak dah tak berotak."

"Yes."

Dia mengakui.

"Kita berdua dah takde apa-apa. Awak kahwin tanpa beritahu saya."

Dia hanya diam membeku.

Aku cuba menjarakkan diri. Ternyata dia menarik aku dan pantas mengetatkan lagi pelukan.

"Rayqal, tolonglah. Janganlah ambil kesempatan. Saya bukan perempuan murah."

"Kita akan kahwin kan nanti? Tak salah."

Kahwin? Aku tak rasa aku akan kahwin dengan dia.

"Saya takkan kahwin dengan awak. Hati saya dah tawar. Maaf."

"Are you sure?"

Tangan dia membelai rambut aku.

"Saya tak suka berkasar. Tapi jangan paksa saya berkasar. Saya bukan baik hati macam Adam."

Kata-kata dia membuatkan aku jadi takut.

"Kenapa diam?"

"Kita takde jodoh. Lepaskan saya pergi."

"No way."

Dia masih bertegas mahukan aku.

"Dengar sini, malam ni kita balik KL. Saya jumpa Bella dan ceraikan dia. Lepastu, saya bawa awak jumpa Mama. Then, kita nikah. Settle."

Rayqal begitu tekad mahu menjadikan aku miliknya.

"Iris..."

Aku memandang dia. Penat asyik nak bertekak.

"Saya tak rasa perkara akan jadi semudah yang awak sangka, Rayqal. Tolonglah, jadi lelaki yang bertanggungjawab."

"Saya takkan ubah fikiran. Awak fikir dulu hal ni ye. Kalau setuju, kita proceed je."

Aku mengeluh perlahan. Aku tak sanggup nak hadap. Aku takut.

"Hmm suka hati awak la, Rayqal."

Dia senyum. Mungkin kata-kata aku akan memudahkan kerja dia.

Dia melepaskan pelukan.

"Saya bukan nak berkasar, saya cuma nak pastikan awak masih cintakan saya. Dan ternyata, awak masih sayangkan saya, Iris. Saya dapat dengar degupan jantung awak yang laju tak menentu tu."

Wajah aku memerah menahan malu.

Memang, aku masih cintakan dia. Memang.
. .
. "Cik, cik kena tolong saya."

Aku terpaksa meminta bantuan daripada seorang receptionist.

"Apa yang boleh saya bantu?"

Aku menghela nafas. Berharap dia boleh bantu aku.

"Saya nak pinjam telefon bimbit dengan duit. Saya nak balik KL. Tolong saya..."

Aku nak larikan diri daripada tempat ni.

"Cik nama apa ye?"

"Iris Nadia."

"Cik Iris, saya dimaklumkan oleh Encik Rayqal saya atau mana-mana pekerja di sini tak dibenarkan bantu Cik Iris Nadia. I'm sorry."

Shit.

Resort ni kepunyaan dia ke?

Mana aku nak lari? Jalan terakhir, report polis.

Wajah aku seperti mahu menangis di kala ini. Sampai hati Rayqal buat aku macam ni.

Tak lama kemudian, aku terlihat Rayqal keluar dari lif hotel.

Cepat-cepat aku menyorok di balik tiang.

Nampaknya aku takde cara lain. Terpaksa juga ikut dia pulang. Tidak gunanya aku berkeras hati.

Telefon bimbit dia berdering. Aku cuba
mencuri dengar perbualan dia.

"Hello, Kila."

Kila?

"Kau nak apa asyik call aku? Mana la aku tahu Iris kat mana. Tak payahlah asyik call aku. Macamlah aku culik dia."

Kila, tolong aku... Rayqal dah gila.

"Taklah. Aku tak tahu. Jangan tanya aku boleh tak! Okaylah. Bye."

Sampai hati Rayqal buat aku macam ni.

Dia terus mematikan telefon bimbit. Matanya tegak memandang hadapan. Tiba-tiba dia bersuara...

"Iris Nadia... Keluar. Saya tahu awak menyorok kat situ."

Gulp. Dia tahu aku menyorok di sini dari tadi. Rayqal benar-benar kawal hidup aku.

Dia menarik lengan aku kasar.

"Nak main hide and seek ke?"

Aku menggeleng laju. Entah kenapa aku jadi tak selesa dan takut dengan dia.

Dia senyum.

"Bagus. Jom. Temankan saya makan. Lapar la."

Mood dia jadi berubah tiba-tiba. Sekejap gila, sekejap sweet.

"Saya penatlah."

Mata dia tajam mencerlung marah.

"Temankan jugak."

"Boleh tak awak bagi kebebasan untuk saya bersendirian dekat resort ni? Awak kawal saya 24 jam. Saya rasa terkurung."

"Nanti awak lari."

Aku tak tahu nak cakap macam mana dah. Cukuplah tu.

"Saya tak lari pun."

"Jom."

Dia menarik tangan aku begitu sahaja. Dan aku terpaksa membuntuti langkahnya.

Aku dibawa ke suatu tempat makan dalam suasana romantik. Sea view.

"So, macam mana tempat ni? Okay?"

Aku memandang sekeliling.

"Nice."

"Nak makan apa?"

Aku mengangkat bahu. Tiada selera.

"Senyumlah sikit."

Aku rasa aku kena buat sesuatu untuk bagi dia faham.

"Awak order jela apa-apa. Saya makan je."

Aku taknak dia rasa tertekan dengan sikap dingin aku.

"Sure?"

Aku mengangguk laju.

Dia memanggil pelayan. Mata aku terpandangkan seseorang berselang dua buah meja.

Mr. Aiman Radzi.

Macam mana dia tahu aku dekat sini?

Dia memberi isyarat senyap supaya aku kawal riak wajah. Aku kena alihkan perhatian Rayqal.

10 minit kemudian, makanan tiba.

"Selamat menjamu selera." Rayqal cuba berseloroh.

Aku cuma tersenyum nipis. Kami banyak mendiamkan diri. Aku mula rasa semakin menjauh dari dia.

"So, how? Sedap?"

"Yeah, sedap."

"Iris..."

Suaranya tiba-tiba tegas.

"Saya harap awak terima saya. Kalau saya tak dapat awak, orang lain pun takkan dapat."

Makanan seakan tersekat di celah kerongkong. Pedih.

Aku terus meneguk air.

"Kalau takdir kita berdua bukan untuk bersama macam mana?"

"Tapi saya tak boleh hidup tanpa awak."

"Awak kena redha. Terima hakikat. People come and go. Nothing's permanently."

"Saya tak boleh."

Dia terus menghempaskan sudu.

"Okay. Sorry. Saya tak berniat buat awak marah."

"Apapun, kita serahkan semuanya pada Allah. Boleh?"

Dia tidak membalas. Aku tahu dia sedang tertekan dengan apa yang jadi.

Allah lebih tahu, Rayqal.

Mata aku meneroka ke dalam restoran. Ada sebuah piano.

"Awak, saya nak ke sana boleh tak?"

Aku menunjuk ke arah piano itu.

"Nak main piano?"

Aku mengangguk.

"Dah lama tak main."

Aku tersengih.

"Boleh kalau nyanyikan satu lagu untuk saya."

"Okay."

Memang aku nak dia faham melalui lagu yang aku cuba dendangkan.

Aku bangun dan menuju ke arah piano.

"Hi guys. I have a song to sing especially for someone."

Semua mata yang sedang menjamah di restoran itu tertumpu pada aku.

Dengan tenang, jari aku mula memetik piano dan menyanyikan sebuah lagu untuk dia.

Jangan lagi kau sesali keputusanku,
Ku tak ingin kau semakin kan terluka,
Tak ingin ku paksakan cinta ini,
Meski tiada sanggup untuk kau terima.

Aku memang manusia paling berdosa,
Khianati rasa demi keinginan semu,
Lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku,
Karena takkan pernah kau temui, cinta sejati.

Berakhirlah sudah semua kisah ini,
Dan jangan kau tangisi lagi,
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu,
Sejuta kata maaf terasa kan percuma,
Sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya.

Semoga saja kan kau dapati,
Hati yg tulus mencintaimu,
Tapi bukan aku...

Lagu ni. Lagu sedih. Khas untuk dia. Aku mahu dia mengerti. Hati aku perlukan ruang, kerana telah terluka.

Takdir aku bukan bersama dia.

Aku melihat Rayqal menunduk. Aku tahu dia sedih. Aku juga sedih.

I'm sorry. Semoga takdir kita lebih indah selepas ini. Kerana kita telah dipermainkan takdir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience