Hari yang dinantikan kini menjelang tiba. Majlis pelancaran karya seni pelukis baru berlangsung dengan lancar.
Aku sempat bertegur sapa dengan pelukis baru. Kesemuanya masih muda. Tapi punyai bakat yang menyinar untuk pergi lagi jauh.
Anonymous. Kenapa dia tak datang?
Tidak tahukah dia karyanya sedang ditatap orang ramai?
Aku tidak akan sesekali menjual karya ini selagi tuan empunya badan tidak memunculkan diri.
Lukisan ini... Sukar untuk aku rungkaikan. Terlalu mendalam.
Atau aku yang tidak punyai fikiran untuk meneroka jauh?
"Lukisan ini dilukis ketika dia sedang keliru. Titik warna yang menyambungkan adalah maksud hati yang sedang celaru. Mungkin pelukisnya sedang hilang arah tujuan hidup."
Seseorang berdiri di sebelah.
Lantas mematikan lamunan aku. Aku mengerling dia dari sisi.
Lelaki. Lingkungan umur mungkin lewat 20-an.
Dia masih menatap karya itu.
"Mana you tahu? I rasa pelukisnya tahu apa yang dilukis cuma... Dia sengaja menimbulkan banyak persoalan."
Dia berpeluk tubuh. Pusing menghadap aku.
"By the way, you Iris Nadia ke? Pemilik galeri IrisNa?"
Dia tidak menjawab soalan aku.
Dia menghulurkan tangan. Mahu bersalam dengan aku.
Aku membiarkan tanpa mahu menyambut.
"Mana you tahu I Iris?"
Soalan aku membuatkan dia tergelak.
"I rasa you adalah dia. Iris Nadia. Am I right?"
Baru aku mahu menjawab bicaranya, Cindy datang menghampiri.
Lalu membisikkan sesuatu.
"You, ada orang nak jumpa you."
Siapa pulak yang mahu ketemu dengan aku?
Aku memandang lelaki tadi.
"Sorry. I got to go."
Dia mengangguk tanda mengerti.
Aku menghampiri seseorang. Perempuan cantik bergaya.
Kenapa dari susuk tubuhnya aku seakan mengenali dia?
Dia memusingkan badan. Tiada senyuman di bibir. Kelat.
"Iris Nadia. Kau ingat aku lagi kan?"
Perempuan bimbo ni. Of course aku ingat. Bekas kekasih Rayqal, Bella Ayana.
"Apa yang membuatkan kau datang sini?"
Dia senyum jengkel.
"Soalan yang bagus. Tapi aku nak ucapkan tahniah atas pelancaran karya baru."
Ucapan tahniahnya agak kurang ikhlas.
"Thank you."
"Aku cuma nak kau tahu satu perkara. Kau takkan dapat miliki Rayqal. Dan lebih baik kau tinggalkan dia, Iris."
Wahh... Datang nak serang aku lagi ke?
"The best woman wins."
Simple je ayat aku.
Dia mengetip bibir. Seperti tahan geram.
"Ini amaran terakhir. Aku nak kahwin dengan dia. Kau jangan cuba nak rampas. I still love him."
Pedihnya. Aku tak patut dengar semua ini.
"Kau jangan tertipu dengan Rayqal."
"Apa maksud kau?"
Dia senyum sinis.
"Nanti kau tahu jugak."
Apa yang Rayqal tipu aku selama ini?
Agaknya Bella sengaja nak menyakitkan hati aku.
"Apa-apalah, Cik Bella. Because I don't care."
Malas mahu melayan kerenah Bella.
"Iris, aku tak main-main tau. Kau jangan nak cabar aku. And one more things, aku akan tetap kahwin dengan Rayqal. Keluarga dia suka aku. Bukan kau."
Bella dan Rayqal dah lama bersama. Tentulah family dia sukakan Bella. Sedangkan aku...
Aku menahan tangis.
Aku tetap akan kalah walau bermacam cara aku perjuangkan.
"Okay. Ada pape lagi nak cakap?"
Aku menghalau Bella. Rasa menyampah. Datang sini sengaja nak menyakitkan hati.
Mood jadi mati.
Dia geleng.
"Good. Cik Bella tahu pintu masuk, pasti tahu juga pintu keluar, bukan?"
Dia menghentakkan kaki. Tanda bengang aku menghalau dia.
"See you later, Iris."
Dia berlalu dengan wajah mencuka. Padan muka.
Aku tak jemput pun kau datang.
Cindy memegang bahu.
"You okay tak ni?"
Dada aku berombak kencang. Mahu nangis tapi ditahankan saja.
Rayqal tak patut muncul dalam hidup aku.
Aku terpandang lelaki tadi. Lelaki yang agak sinis.
Dia mencuri dengar rupanya apa yang telah terjadi tadi.
"Cindy, I nak masuk office. Kalau ada sesiapa cari tolong katakan I tiada."
Segera aku berlalu meninggalkan ruang utama galeri.
.
.
.
Aku menconteng lukisan dengan tekun.
Setiap kali aku merasa sedih, melukis buatkan aku jadi tenang.
Aku tidak mahu diganggu sesiapa.
Ada 27 missed call. 5 mesej.
Rayqal cari aku bagaikan orang gila. Pintu ofis aku kunci dari dalam.
Biarlah aku sendirian hari ini.
Jam tangan aku kerling. 11 malam. Cepatnya masa berlalu.
Aku perlu pulang ke rumah. Malam kian gelap membukat.
Aku melalui ruang galeri. Cindy lupa menutup lampu. Cahaya lampu terang benderang.
Aku terkejut dengan susuk tubuh seseorang.
Rayqal Farish.
"Iris..."
Wajahnya sendu. Letih terpapar juga.
"Apa awak buat kat sini sorang-sorang?"
"Saya tunggu awak. Kenapa awak mengelak dari saya?"
"Takde pape. Saya cuma nak bersendirian."
Aku taknak mengadu tentang kejadian siang tadi.
"Tipu. Awak marahkan saya, kan?"
Aku diam.
"Rayqal, jom balik. Saya penat."
Aku taknak bergaduh dengan dia.
"Biar saya hantar awak balik."
"No. It's okay. Saya drive. Saya bawak kereta pagi tadi."
"Tinggalkan jela."
Aku kelelahan. Tidak larat untuk bertikam lidah.
Nak taknak aku kena beralah.
"Okay. Saya ikut awak."
Dia senyum lebar.
"Jom. Tapi sebelum tu kita pergi makan, boleh? Saya lapar la."
Dia merengek bagai anak kecil. Telatahnya buat aku tergelak kecil.
"Okay. Jom..."
Dia menghulurkan tangan dan aku menyambutnya.
Rayqal tahu nak menceriakan hati aku. Sukar nak memarahi dia.
.
.
.
Rayqal pandang aku semacam dari tadi. Masakan tidak, aku order banyak makanan.
"Awak okay tak ni?"
Aku angguk. Tanpa mempedulikan dia. Mulut mengunyah tak berhenti.
"Sure boleh habiskan semua ni?"
Aku angguk lagi. Tanpa suara.
Rayqal meletakkan sudu di tepi pinggan.
"Iris. Cuba bagitau saya kenapa? Apa yang jadi harini? Kenapa moody semacam?"
Aku tidak mempedulikan dia.
Tiba-tiba dia pegang tangan aku yang baru hendak memotong ayam chicken chop dengan pisau.
"Lepaskan. Saya tengah makan ni."
Tadi sibuk ajak aku makan, sekarang bila aku dah makan masih lagi nak bertanya.
"Jawab dulu soalan saya."
"Taknak."
"Kalau taknak jawab, saya bawak awak kahwin lari."
Aku menjeling dia.
"Dari bawak saya lari, baik pergi je kahwin dengan Bella."
Makin kuat cengkaman dia.
"Apa dia? Bella?"
Aku diam lagi.
"Kenapa tiba-tiba sebut nama Bella? Apa dia buat kat awak?"
"Nothing."
Sepatah aku menjawab.
"I know there's must be something."
Aku percayakan Rayqal. Aku tahu Rayqal sayangkan aku. Dia takkan tinggalkan aku.
"Taktau."
"Iris Nadia..."
"Bella datang jumpa awak ke?"
"Takde pape la."
Dia menghela nafas. Tahan sabar.
"Dia cakap apa?"
Aku terus merentap tangan.
"Dia cakap... Awak... Akan kahwin dengan dia."
Aku menyedut air sirap bandung dengan rakus.
"No way. Saya takkan kahwin dengan dia. I don't love her."
"Remember, Rayqal. She's your ex. Love will coming back again."
Alasan.
Akhir nanti, pasti aku akan ditinggalkan.
Aku bukan Snow White. Aku bukan Cinderella. Aku takkan temui cinta sejati macam dalam kisah fairytale.
"Kalau awak mahu kembali pada dia, just tell me straight forward. Saya izinkan. Saya taknak terluka lagi."
Aku tunduk.
"Tak. Apapun yang jadi, saya tetap pilih awak, Iris."
Aku menatap mata Rayqal. Tidak tahu mahu menafsir pandangan yang bagaimana.
Mungkin Rayqal tidak menipu. Mungkin juga sedang menipu.
Kenapa perlu ada rasa ragu untuk dia?
"Awak kena percayakan saya."
"Iya. Saya percayakan awak selagi awak tak khianati saya. Tapi, kalau awak khianati saya sekali, mungkin takkan ada peluang. Awak tak kenal diri saya yang sebenar, Rayqal."
Dia diam.
"Dahlah. Lupakan soal Bella. Saya nak sambung makan."
Rayqal terus terdiam tanpa bicara.
Aku tidak mahu berharap apa-apa. Takut di penghujungnya sakit.
Dan aku melihat dia dari ekor mata... Sedang mengelamun panjang.
Share this novel