Bab 15

Romance Series 59219

Aku lepak di rumah Linda. Saja nak menghabiskan masa untuk hari-hari terakhir di sini.

"Akak dengan dia dah berdamai?"

Aku membelek majalah yang tersusun kemas di atas meja. Linda bertanyakan soalan itu sejurus saja melihat wajah keruh aku.

"Bila masa pulak akak bertumbuk, bertampar dengan dia?"

Aku memulangkan semula pertanyaan.

Linda mengambil tempat di sebelah aku. Sengaja aku tidak menjawab soalan Linda. Rayqal masih merajuk dengan aku.

"Kita cakap topik lain la, Linda."

Aku jadi tiada mood. Salah ke kalau aku perlukan masa? Aku tidak yakin untuk jadi isteri dia. I'm not good enough for him.

"Tak setel lagi ke? Bukan ke salah faham je?"

Linda masih tidak mengerti. Ini bukan soal aku dan Rayqal sahaja. Ini soal kami bertiga. Bella takkan biarkan aku bahagia.

Aku diam. Tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Linda yang bertubi-tubi.

Nafas panjang aku hela. Mata masih tertancap pada majalah di tangan.

"Rayqal lamar akak."

Mata Linda membuntang bulat.

"And your answer?"

Aku diam lagi.

"Kak Iris! He's proposing you, and you didn't say anything?"

Linda menepuk lengan aku geram. Memandang aku tidak keruan.

Apa yang aku perlu jawab?

Tersipu malu dan kata yes, I do? Ataupun, saya sudi menjadi isteri awak, Rayqal.

"Akak tak tahu nak terima ataupun tidak. I'm still thinking."

"Dia cakap apa bila akak diam?"

"Rayqal merajuk. Jauh hati. Taknak cakap dengan akak. Taknak reply mesej."

"Oh god. Kalau Linda jadi dia, of course Linda pun jauh hati. Akak tak bagi jawapan. Akak cakap akak perlukan masa. Tak ready lagi. But then, akak nak tunggu sampai bila akak rasa bersedia?"

Aku menggeleng lemah. Aku tak tahu.

Yes, I love Rayqal.

Tapi... Entahlah. Aku taknak merisikokan diri. Aku jadi tak sedap hati. Tidak mampu lupa pandangan Bella yang tajam menikam.

Bagaimana kalau dia bertindak agresif mengapa-apakan Rayqal? Bukan boleh percaya otak minah tu.

Aku menggigit bibir.

Aku menyelak helaian muka surat sebelah. Sesuatu menarik perhatian aku. Mata aku tertancap pada satu lukisan.

Lukisan ini... Seakan milik...

Belum sempat aku menghabiskan pembacaan, pintu rumah Linda digendang kuat.

Linda terus terbangun. Dia tiba-tiba jadi kalut.

"Linda! Bukak pintu ni, aku tahu kau ada kat dalam. Aku tahu kau balik sini."

Suara seorang lelaki memecah kesunyian kami. Aku sempat kerling jam di dinding, 8.30 malam.

Siapa yang datang terpekik di waktu begini?

Gang!

"Bukak pintu ni cepat. Linda, please..."

Aku memandang Linda. Mata kami bersatu. Linda menekup kedua belah telinga. Dia tampak risau.

Aku mahu melihat siapa gerangan kurang ajar datang memekik di waktu begini.

"Akak, jangan... Tolong jangan buka pintu."

Linda menghalang aku. Dia sangat ketakutan.

"Siapa tu Linda?"

Aku berbisik perlahan.

Linda diam. Dia menunduk.

"Linda please... I nak jumpa you sangat."

Suara lelaki tadi mula merintih.

"Linda, akak kena buka pintu. Takut jiran sebelah bising."

Linda menggelang. Takut sungguh dia.

"Biar akak slow talk dengan dia."

Bahaya Linda duduk bersendirian di sini. Nasib baik esok dia dah nak pulang ke Malaysia.

Aku menghampiri pintu. Nasib baik grill masih berkunci.

Terbuka saja pintu, seseorang berdiri di hadapan pintu.

Peluk memercik di wajahnya. Dia memandang Linda sayu.

"Linda..."

Dia senyum memandang Linda. Namun matanya tajam memandang aku.

"Kau siapa?"

Eh, biadapnya.

"None of your business."

Aku menjawab geram.

"Baby, I wanna talk to you."

Baby?

Dia boyfriend Linda ke?

"Izwan, better you pergi sebelum I jerit dan call polis."

Muka Linda merah menahan marah.

Aku kurang faham.

"Sayang... Jangan buat I macam ni. I tahu you kat Australia ni sekejap je."

Linda memalingkan muka. Sepertinya tidak sudi memandang lelaki itu.

"Bukak grill ni. Biar I masuk."

Eh, eh. Suka hati kau je nak masuk.

Grang!

Dia menggegar grill pula.

"Slow sikit, you tak reti nak respect jiran sebelah ke?"

Aku takde niat nak masuk campur urusan mereka, tapi oleh sebab aku terlibat dalam situasi ini, aku rasa aku perlu nasihatkan budak lelaki ni pergi saja dari sini.

"Kau tak payah nak sibuk, aku bercakap dengan Linda. Jangan nak busy body selak kain orang."

Aku menggerutu geram.

Kasar betul kata-kata. Tak pasal je aku ditempelak.

Aku menoleh ke arah Linda. Dia sedang menangis. Matanya menekur memandang lantai rumah.

"Linda! Kalau kau tak bukak grill ni, aku pecahkan grill ni."

Dia menggegar grill yang masih berkunci itu. Nasib baiklah Linda memasang mangga. Biar susah sikit dia nak menyelinap masuk.

"Hey, baik kau blah sebelum aku call polis. Kau jangan nak tunjuk samseng eh."

Budak mabuk ketum ni dah melampau. Dengan siapa pulak Linda berkawan ni?

Berkeras nak masuk juga ke dalam rumah orang.

Aku mencapai telefon bimbit. Buat-buat nak menelefon polis.

"Hello police..."

Belum sempat aku bercakap panjang lebar, budak lelaki tadi segera pergi.

Aku menarik nafas lega.

Cepat-cepat aku menutup pintu. Linda masih terkaku di situ.

Aku mendekati Linda. Memeluk dia.

"Apa semua tu tadi? You must tell me everything. Everything, Linda."

Aku tidak mahu Linda berterusan diganggu budak tak betul tu.

Gila!

Linda menangis teresak di bahu aku.
. .
. Air mata Linda masih bersisa.

Aku dah dengar semuanya. Dia mengesat air matanya perlahan.

"Izwan jahat, kak."

Aku faham. Aku tahu hati Linda kecewa. Lelaki yang paling disayanginya khianat cinta mereka.

"But you still love him, right?"

Linda tidak menjawab. Pasti dia masih sayangkan Izwan walaupun sebentar tadi dia meluahkan rasa geramnya di depan aku.

Mulut kata benci, tapi hati masih sayang.

"Linda benci dia!"

Aku memeluk bahu Linda. Menenangkan perasaannya itu.

"Akak tak tahu yang Linda juga sengsara dengan cinta. Tapi... Linda kena move on. Izwan suami orang. Suka ataupun tidak, you must go on with your life."

"Sebab tulah Linda join jadi pramugari, travel merata dunia. Linda cuba lupakan dia, kak. Tapi tipulah nak kata benci sedangkan hati Linda masih sayang."

Aku tak tahu nak kata apa. Sebab aku tak berada di situasi Linda.

Linda memang baik, manis, sopan santun. Pastilah lelaki di luar sana tergilakan dia.

"Tapi apa Izwan tu nak lagi sedangkan dia dah dapat apa yang dia mahukan?"

"Dia nak Linda semula. Katanya dia menyesal pilih isteri dia."

Mudahnya jadi lelaki. Habis sepah madu di buang.

Bila mahukan sesuatu, kutip dan belai. Bila sudah tidak perlukan lagi, renyuk dan buang.

"Jangan sesekali terima dia kalau Linda taknak kecewa lagi. Follow your instinct. Kalau Linda masih sayangkan dia. Linda tahu apa perlu buat. Jauhkan diri."

"Kak, jujur Linda cakap yang Linda sayang dia lagi. Tapi dia suami orang. Dan Linda taknak runtuhkan rumahtangga orang."

"Boleh tak akak tahu siapa isteri dia. Linda kenal ke?"

Linda memandang aku. Bibirnya mula mencemik.

"Kenal sangat, kak. Orang yang paling Linda percaya."

Siapa?

"Kawan baik Linda sendiri."

Aku terkedu. Kawan baik yang sanggup menikam kawan yang kita anggap seperti ahli keluarga. Kesian Linda.

"Dia jahat. Dia goda Izwan. Dia sihirkan Izwan agar jadi milik dia."

Sampai macam tu sekali cinta mampu ranapkan seluruh kepercayaan. Buat seseorang jadi gila dan terseksa jiwa merana kerana obsesi cinta.

"Linda kena perbanyakkan sabar. Allah pasti akan balas segala kejahatan manusia. Kifarah ada, Linda. Dia takkan bahagia."

Linda merenung kosong ke satu arah.

"Memang tak bahagia. Tengoklah sekarang, Izwan merayu cari Linda. Mana perempuan yang dia sanjung tinggi tu?"

"Siapa sebenarnya perempuan tu, Linda? Nak jugak tengok muka dia macam mana."

Linda membelek telefon bimbitnya. Dia menayangkan sesuatu di depan aku.

Seorang perempuan tinggi lampai yang agak bergaya. Cantik. Tapi Linda lagi manis.

"Syilla Ardiany namanya."

Eh, kejap. Kenapa aku macam kenal wajah Syilla ni?

Aku memejam mata. Mula mengerah ingatan.

"Kak Iris..."

Aku membuka mata semula. Aku dah ingat. Patutlah.

"Akak kenal dia. Kenal sangat."

Linda menayang muka pelik.

Dan memori aku mula menerawang jauh. Mula mengingati sesuatu yang aku tak mahu ingati lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience