Epilog

Romance Series 58660

Aku memandang wajah dia. Lama. Cuba menghadam kata-katanya yang aku kurang dengar dengan jelas.

"Sombongnya."

Melihatkan aku berdiam diri. Terus saja dia menujukan perkataan itu kepada aku.

Bukan sombong. Aku kurang dengar dengan jelas apa dia katakan.

Aku terus mencabut wayar earphone di telinga.

"Saya nak sambung jogging. Bye."

"Tunggu kejap, Iris..."

Dia memanggil aku.

Dia berlari-lari anak ke arah aku. Kerana kedudukan kami yang jauh.

"Saya ada sesuatu nak bagi."

Macam-macamlah dia ni.

Tiba-tiba dia melutut...

Okay, yang ni memang buat aku terkedu. Tasik ni bukan milik aku seorang. Ramai mata sedang memerhati.

Aiman Radzi memandang aku dari kejauhan. Lantas, dia mengangguk sambil tersenyum. Seolah mahu aku menerima situasi di depan mata.

"Iris Nadia binti Arman. Saya... Rayqal Farish bin Tan Sri Rafiqi, cintakan awak. Sayangkan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak."

Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar.

Kotak cincin yang berisi cincin.

"Sudikah awak jadi milik saya untuk selama-lamanya? Mencintai saya dengan sepenuh hati. Menerima kekurangan diri saya. Menjadi makmum saya untuk seumur hidup. Dan membuka semula hati awak yang telah tertutup kerana luka yang saya beri?"

Panjangnya lamaran dia. Mukadimah betul.

"Awak serius ke main-main?"

Aku takut dia cuma bergurau.

Wajah Rayqal berubah.

"Saya serius la."

Aku berpeluk tubuh.

"Awak terlupa satu perkara, Rayqal Farish."

Dia menggaru kepala.

"Apa dia?"

Aku mengambil cincin itu.

"Hmmm. Takpelah, kalau awak lupa."

"Ala... Janganlah macam ni. Orang tengah tengok kita ni."

Aku tahu dia malu. Terus hilang macho. Terus runtuh segala ego.

Aku pegang tangan dia.

Eh, situasi sudah terbalik.

"Rayqal Farish bin Tan Sri Rafiqi, sudikah awak menjadi Mr. Dia saya? Kerana saya sudah lama mencari Mr. Dia saya yang hilang dari radar. Saya harap penantian saya berakhir."

Wajah dia berona merah.

Aku pula yang menterbalikkan lamaran.

"Saya yang lamar dulu."

Dia memuncungkan bibir.

Eh, mamat ni. Aku lepuk jugak karang.

"Taknak sudah."

Aku buat-buat malas nak layan.

"Eh, ala... Saya terima. Saya nak jadi Mr. Dia awak."

"Betul?"

Dia mengangguk laju.

"Rayqal Farish, saya tak perlukan orang lain. Kerana awak... Adalah Mr. Dia saya. Selamanya."

Aku menatap mata dia yang cantik.

Saya cintakan awak, dengan segenap rasa yang ada, Mr. Dia.

Kisah aku dan dia. Sudah berakhir. Berakhir dengan rasa gembira.

Denganmu, jatuh cinta adalah patah hati paling sengaja.

Denganmu, rindu aku tak pernah berhenti.

Denganmu, aku tidak punyai alasan untuk mencintai.

Semua orang sudah menemui penghujung cerita.

Kila dengan Dr. Fuad.
Linda dengan Izwan.
Megat Zafril dengan Shilla Ardiany.

Dan aku... Bersama Mr. Dia. Jodoh aku yang sebenar.

Beri kisah kita sedikit waktu,
Semesta mengirim dirimu untukku,
Kita adalah rasa yang tepat,
Di waktu yang salah.

-TAMAT-

by Nia Elysa
21 September 2019
16:28 pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience