Dia tergamam melihat keyakinan aku.
"Encik... Kenapa diam?"
Aku menjongketkan kening. Taknak mengaku ya?
Tidak semena-mena dia tergelak.
"Awak ni kelakar la. Nak jadi detektif pulak ke?"
Dia berpeluk tubuh.
"Tahu pulak cakap Melayu. Kenapa tadi Encik tak nak mengaku?"
Aku mempersoalkan kembali.
"Saya takde masa nak layan awak. Sebab tu saya buat-buat tak kenal."
Eh, macam tu pulak.
Dia melihat skrin telefon dan mahu berlalu tinggalkan aku.
"Tunggu..."
Aku menahan dia pergi.
"Saya nak mintak tolong."
Dia memandang aku berkerut.
Aku teragak-agak mahu meminta pertolongan.
Nak tanya ke tidak?
"Tolong apa?"
Wajahnya masih tidak senyum dari tadi.
"Saya takut nak jalan sorang. Tadi ada orang follow saya."
Dia gelak. Agak menjengkelkan.
"Ingatkan awak ni berani sangat. Penakut rupanya."
Dia sengaja provok aku. Hidung aku mula kembang kempis.
"Negara orang. Jalan seorang diri. Itu cukup membuktikan keberanian awak kan?"
Bukanlah aku ni penakut sangat. Bukan juga berani sangat.
Aku diam. Taknak teman sudah, tak payahlah memperolokkan aku.
"Okaylah. Takpe. Terima kasih."
"Iris Nadia..."
Aku memandang dia.
"Cik Iris tinggal di hotel mana?"
"Hotel Issabel."
"Okay. Kalau macam tu saya temankan sampai lobi hotel."
Relevankah aku meminta dia temankan aku? Tapi aku memang sedang ketakutan.
Mungkin Allah temukan aku dengan mamat annoying ni secara kebetulan di sini. Untuk jadi penyelamat aku di sini.
Aku hanya mengangguk. Kami jalan beriringan.
.
.
.
Sepanjang dalam perjalanan aku banyak mendiamkan diri. Dia juga tidak menyoal mengapa aku berada di tanah Australia ini.
20 minit berjalan kaki, akhirnya aku tiba di lobi Hotel Issabel.
"Okay. Kita da selamat sampai."
Dia senyum memandang aku.
"Saya tak pasti apa tujuan awak berada di bumi Australia ini. Cuma saya harap semua urusan awak dipermudahkan."
"Terima kasih sudi hantar saya pulang ke hotel dengan selamat."
Aku memandang dia lama. Mata tertancap pada keningnya yang berparut.
Mungkin dia pernah accident. Parut yang tidak berapa jelas kelihatan. Tapi kalau ditatap lama, pasti rasa ingin tahu turut berlegar di dalam kepala.
Melihatkan aku berdiam diri. Dia menyambung lagi.
"Hari dah lewat malam, Iris. Bahaya kalau awak keluar berjalan di waktu malam. Jaga diri baik-baik."
Dia senyum dan meninggalkan aku tanpa sempat aku membalas.
Bayang dia perlahan-lahan hilang dari pandangan aku.
Aku tidak sempat bertanya mengapa dia sini.
Dia juga tidak memperkenalkan dirinya tadi. Itu yang menjadi tanda tanya.
Siapakah diri dia yang sebenar?
.
.
.
Aku membelek laman Instagram.
Terdapat beberapa komen. Satu daripada Kila. Satu lagi daripada Rayqal.
Oppss, Rayqal.
Pasti dia sudah melihat gambar swafoto aku di sini.
Dia menghantar komen yang berbunyi 'Wahhh...'
Wahhh je?
Aku tak tahu apa maksud wahhh dia. Samaada terkejut. Samaada marah. Atau teruja?
Kenapa Rayqal taknak contact aku?
Kalaulah aku tahu dia stay mana sekarang ni, tentu aku sudah ke sana.
Aku mesej Kila.
'Kila, I need your help."
'Yes. Apa dia?'
Laju aku membalas.
'Aku nak kau tanyakan Rayqal dia di mana sekarang ni?'
'Aikk, kau tak cari dia kat sana ke?'
'Dia tak reply mesej aku. Dia juga tak call aku.'
Hati aku jadi gusar. Sesuatu telah terjadikah?
Pening kepala aku nak fikir.
Aku rasa perlu membalas komen dia.
Segera aku menaip laju di Instagram.
'I'm here.'
Sengaja aku menulis ringkas begitu. Mahu dia terus menanyakan aku di mana.
Setelah dua jam menunggu dia membalas komen, tetap juga dia mendiamkan diri.
Kila berjaya dapatkan alamat pejabat dan juga alamat penginapan di sini.
Thanks, Kila. Kau memang boleh diharap.
Aku memandang cahaya bulan. Semoga esok aku bakal bertemu dengan dia.
.
.
.
Aku berdiri di bangunan ofis Rayqal.
Aku nekad. Mahu ketemu dengannya. Aku melangkah masuk ke dalam bangunan.
Langkah diatur ke meja reception.
"Hi, good morning."
"Hi, miss. How can I help you?"
Seorang wanita perempuan Inggeris membalas dengan ramah.
"I want to find my friend. He's working here."
"His name?"
"Mr. Rayqal Farish..."
"Oh, Mr. Rayqal. He's here. But I think he's in a meeting with client."
Meeting? Waktu begini?
"It's okay. I'll stay. And waiting him."
"Okay. You may have a seat. Anything I'll tell you."
Aku mengangguk.
Ikutkan hati, mahu saja terjah ofis orang. Tapi, ini bukan Malaysia. Main terjah seperti di dalam drama.
Dua jam berlalu. Aku masih menunggu dengan sabar.
Rasa bosan menunggu orang yang masih tidak memunculkan diri.
Sedang aku meliarkan mata, aku terlihat Rayqal. Sedang berjalan di ruangan lobi utama.
Baru saja aku mahu memanggil, seseorang sedang berjalan di sebelahnya.
Apa yang membuatkan hati aku sedih, menikam ke jantung hati adalah seseorang itu orang yang aku kenal.
Rayqal tipu aku.
Dia ke sini bukan kerana kerja. Tapi kerana mahu mencari alasan rupanya.
Dengan rasa yang sakit hati, aku memberanikan diri untuk menghampiri mereka berdua.
"Mr. Rayqal..."
Dia menoleh. Alangkah terkejutnya dia melihat aku.
Aku lemparkan senyuman pahit campur sinis.
"Finally, jumpa juga awak di sini."
Wajahnya kalau ditoreh pasti tidak berdarah ketika ini. Pucat lesi macam buat salah.
"Saya cuba contact awak macam separuh mati. Awak tak reply. Tak call macam selalu. Rupanya..."
"Iris... Ni semua salah faham."
Salah faham apanya?
Ni bertentang enam mata tau. Perempuan di sebelahnya tersenyum jengkel memandang aku.
Kau menang perempuan! Kerana berjaya menyakitkan hati aku.
"Thank you, Rayqal. Buang masa je saya datang sini cari awak. Ingat nak buat kejutan, tapi ini kejutan yang saya terima."
Tanpa berlengah lagi, aku terus melangkah laju. Tinggalkan dia yang terkaku di situ.
"Iris!"
Aku menekup kedua belah telinga.
Get lost, Rayqal.
Share this novel