Puan Sri Zalia memandang gambar perempuan yang membuatkan anaknya menjadi separuh nanar.
Iris... Iris Nadia.
"Puan Sri, ini semua info mengenai Cik Iris. Semuanya dalam sampul surat ni. Info dari zaman dia kecil sehingga sekarang."
Ada sesuatu yang menyesakkan jiwa. Wajah perempuan itu.
Sama seperti...
Tidak mungkin.
"Betul ke dia ni Iris Nadia yang Rayqal cinta? Bukan Iris Nadia yang lain?"
Private investigator itu mengerutkan dahi. Pelik dengan pertanyaan wanita berumur di hadapannya ini.
"Yes. That's her."
Puan Sri Zalia meneguk air liur kasar.
"Okay. Takpela. You boleh pergi. Thanks carikan info yang berguna ni."
Dia menghalau P.I nya meninggalkannya sendirian.
Sesungguhnya, hatinya terasa tertekan di kala ini.
Perlahan-lahan dia membuka sampul surat yang mengandungi info mengenai Iris Nadia.
Sesuatu yang dia rasakan tepat dengan apa yang dilihat.
Ya Allah...
Tangannya menggeletar.
Iris Nadia binti Arman.
Anak perempuan Arman.
Dia menekup mulut kerana terlalu terkejut. Gambar Iris di waktu kecil bersama keluarga ditatap lama.
Rayqal tak boleh berkahwin dengan Iris. Aku tak boleh benarkan.
Iris akan berdendam dengan keluarga kami kerana aku yang menyebabkan kematian ibu bapanya.
Maafkan Auntie, Iris. Kerana dendam, Iris menjadi mangsa keadaan.
Rayqal, maafkan Mama. Bukan niat Mama nak menghalang cinta Rayqal. Tetapi, kita berhutang nyawa dengan keluarga dia.
Mama menyesal dengan apa yang Mama telah lakukan. Arman, maafkan Lia.
.
.
.
Aiman Radzi mengerling orang suruhannya.
"Kau dah bagi sampul surat tu pada dia?"
Lelaki di hadapannya mengangguk.
"Bagus. Sekarang dia tahu apa itu kifarah."
"Tuan nak saya hancurkan keluarga dia tak?"
Hatinya terasa sebal. Orang yang dicintainya dari dulu menderita kerana dendam amarah manusia yang membutakan.
"No. Kau tunggu arahan aku."
"Okay. Apa-apa, just let me know. Tahulah saya macam mana nak berurusan dengan perempuan tu."
"Okay. Thanks."
Dia perlu lindungi Iris walau apapun yang bakal jadi. Gadis polos itu tidak mengerti apa-apa.
Hutang nyawa sepatutnya dibayar dengan darah.
Dia merenung gambar Iris di screen saver telefon bimbitnya.
Cantik. Gambar Iris tersenyum menatap langit.
Dia cintakan Iris dalam diam. Sejak pertama kali dia menyelamatkan nyawa Iris Nadia.
Saya yang sepatutnya jadi Mr. Dia awak, Iris. Saya yang selalu lindungi awak. Bukan Adam Zarieyl. Bukan Rayqal Farish.
Semoga Allah permudahkan urusan hati awak. Siapapun yang jadi pilihan awak, saya terima.
.
.
.
Iris menongkat dagu. Menunggu kedatangan orang yang selalu menghadiahkannya tedy bear.
Kenapa orang tu tak datang ye harini?
Aku nak bagi dia coklat.
"Iris... Kenapa duduk dekat tepi tingkap tu? Dah nak senja dah."
Mak Leha mengejutkan aku dari fikiran angan-angan.
"Mak Leha, mana orang yang selalu bagi Iris teddy bear tu. Kenapa dia tak datang? Iris nak bagi coklat."
Mak Leha menggeleng dengan sikap aku.
"Orang tu busy la kot. Dia kan bekerja bawah syarikat papa Iris."
"Dia dah lupakan Iris agaknya."
Aku rindukan penyelamat aku. Aku hampir mati jika lewat seminit diselamatkan.
Mak Leha mengusap rambut aku.
"Nanti dia datang. Iris janganlah sedih. Mak Leha dan Kila kan ada."
Aku senyum tipis.
Bolehkah orang itu jadi Mr. Dia aku? Kerana dia adalah penyelamat aku.
.
.
.
Aku tersedar dari mimpi buruk.
Mimpi itu datang lagi.
Orang itu. Penyelamat aku. Siapa dia? Sudah dua hari berturut-turut aku termimpikan orang yang sama.
Aku menjengah kepala ke ruang tamu. Mana la Kila ni pergi? Asyik menghilang je sekarang.
Keluar dating ke? Musykil aku dengan sikap Kila ni.
Di atas meja makan, terdapat banyak lauk yang masih panas.
Rajin pulak dia ni masak. Kari ayam. Daging kicap. Sambal udang.
Wah. Laparnya. Thanks Kila.
Dengan perut yang berkeriuk, aku terus mengambil pinggan dan menjamah.
Lama tak singgah ke galeri. Kesian Cindy menguruskan seorang diri hal yang berkaitan investor luar.
Aku bercadang mahu membuka jawatan kosong bagi jawatan 'Curator'. Galeri aku seharusnya diurus dengan baik.
Ada seperkara hal misteri berkenaan galeri. Sejumlah wang yang besar setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun kewangan galeri aku.
Tidak pasti siapa pemberi dana tersebut. Terlalu banyak hal yang mencurigakan dalam hidup aku.
Tiba-tiba aku mendapat satu idea.
Entah kenapa ingatan aku terarah pada dia.
.
.
.
"Ada apa awak nak jumpa saya, Cik Iris?"
Wajah Aiman kelat. Tidak mahu memandang anak mata aku.
"Saya nak beri offer pada awak."
Dia sepertinya tidak berminat.
"Macam ni... Saya memerlukan seseorang untuk menjadi 'Curator' di dalam galeri IrisNa."
Dia menghirup kopi dengan selamba.
"So?"
"Saya nak awak yang uruskan hal galeri saya. Tolong Cindy. Saya tak mampu nak handle seorang diri. Awak tahukan keadaan saya macam mana?"
Dia senyum. Agak nipis.
"Wow. Cik Iris Nadia meminta pertolongan daripada saya. Macam terdesak sangat."
"Awak kan tahu hal selok belok galeri. Please..."
"Saya bekerja dengan orang lain."
Kata-kata dia membuatkan aku terdiam serta merta.
Aku tahu dia tidak sudi.
"Taknak tahu ke saya bekerja di bawah siapa?"
Aku menunduk.
"Apa perlunya saya tahu, sekiranya jawapan awak ialah tidak."
Dia senyum lagi.
"I didn't say anything. Tak terima. Tak menolak."
Berbelit lidah bercakap dengan dia ni.
"Mr. Aiman, kalau awak tak sudi takpela. Buang masa saya je datang sini."
Aku bangun. Mahu mengangkat kaki.
"Iris..."
Dia menahan aku.
"Saya setuju... Kalau awak sudi..."
Kata-kata dia menaikkan debaran di dada aku.
"Temankan saya dinner malam ni."
Fuhh.
Kenapa ayat dia yang tergantung membuatkan aku berdebar teruk?
Wajah aku jadi pucat. Seolah dilamar seseorang.
"If I said yes?"
Keningnya bercantum. Kerana matanya seakan tersenyum.
"Then the answer is okay."
Aku membalas senyuman dia. Dan mengangguk.
Share this novel