Bab 39

Romance Series 59219

Aku keluar dari bilik persalinan. Gaun pengantin yang tersarung di tubuh ditatap lama.

Rayqal tergamam. Inikan yang dia mahu?

Aku memandang dia. Dia kaget. Tak lama kemudian, dia tersenyum.

Aku cuba menahan hati. Pedih.

Kalau Bella tidak wujud dalam hidup kami, mungkin sekarang aku dan Rayqal akan kahwin.

"Cantiknya. Awak cantik sangat, Iris Nadia."

Aku tersenyum. Pahit.

Baju pengantin ini menyeksa jiwa aku.

Benarkah jika kita menyayangi seseorang, maka kita harus melepaskannya pergi?

Kejamkah aku pada diri sendiri jika masih berpaut pada kenangan lalu?

Aku melihat dia juga. Berbaju Melayu lengkap. Nampak kacak.

"Iris, kenapa muram?"

Aku menggeleng.

"This is wrong. Kita tak boleh kahwin, Rayqal."

"Why not? Kita saling mencintai."

Huh.

Mudahnya kau berkata. Sedangkan aku yang menanggung segala risiko.

Aku akan dipersalahkan, dituduh menjadi punca keretakan rumahtangga kau dan Bella.

"Iris, jangan risau. Takkan ada perkara buruk yang bakal berlaku. Saya janji. Tentang Bella, kita akan tempuh sama-sama."

Aku taknak menghadap Bella. Cukuplah dia tampar wajah aku.

"Awak tempuh la seorang diri. Saya tidak mahu ditampar Bella lagi."

Aku berterus terang. Tiada apa perlu disorokkan lagi.

Rayqal terkejut.

"Saya tak tahu Bella serang awak."

"Maaf, Iris. Semua ni salah saya."

Aku tak perlukan kemaafan. Aku mahu tamatkan semua ni.

"Iris. Saya janji. Saya akan perbetulkan semua ni. Tolong... Jangan tinggalkan saya."

Ada air jernih bertakung di tubir mata Rayqal. Dia menangis?

Simpan air mata kau, Rayqal.

Aku dah puas bersedih. Terlalu banyak kehilangan orang yang aku sayang.

Mama, Papa, Adam Zarieyl. Dan sekarang, Rayqal pula yang akan tinggalkan aku.

Pada aku, bila dia dah bergelar suami orang, aku telah kehilangan dia.

"Saya taknak jadi isteri nombor dua. Saya taknak digelar perampas. Dan saya taknak ada apa-apa kaitan dengan awak. Kita kena belajar melupakan."

Aku menyelinap semula ke bilik persalinan. Menangis semahunya.

Apa yang aku perlu lakukan, ya Allah?
. .
. Aku memanjat bukit yang terletak bersebelahan pantai.

Memandang ke langit.

"Rayqal! Aku benci kau! Benci!"

Aku menjerit sekuat hati.

"Awak benci sangat kat saya ke?"

Ada satu suara menyampuk.

Macam mana dia ada di sini? Aku tak tahu dia follow aku dari belakang.

"Awak ikut saya?"

Dia senyum.

"Saya nampak awak keluar dari lobi hotel secara tergesa-gesa. Saya risaukan awak, Iris."

Aku menjeling.

Sibuk je. Buat apa ikut aku lagi?

"Stop it, Rayqal."

"Awak lari dari butik pengantin haritu macam tu je, Iris."

"Jangan ganggu hidup saya lagi."

Aku mahu menamatkan semuanya. Tetapi, Rayqal masih tidak mahu beralah.

"Iris..."

"Jangan panggil saya dengan nama tu. Awak tak layak."

Dia menghampiri aku.

"Jangan dekat. Pergi. Saya taknak tengok muka awak sekarang."

Aku mengundur ke belakang.

"Iris, baik-baik nanti awak jatuh."

Aku tidak menghiraukan kata-kata dia. Aku mahu jarakkan diri daripada dia.

Sedang aku mengundur, entah macam mana kaki aku tersadung.

Aku tidak dapat seimbangkan badan.

Aku jatuh tergolek ke curam bukit itu. Namun, tangan aku sempat berpaut.

Ya Allah...

"Iris!"

Rayqal menjerit memanggil nama aku.

"Pegang tangan saya."

Dia menghulurkan tangannya.

Aku tidak tahu mahu menyambutnya atau tidak.

Iris, dalam keadaan genting macam ni, kau masih berdegil. Sambut tangan dia atau maut bakal menjemput.

Aku menutup mata. Tak sanggup tengok gaung yang curam.

"Sayang, sambut tangan saya."

Rayqal sanggup buat apa saja untuk aku. Termasuk selamatkan aku.

"Mungkin ini kesudahan kita. Saya taknak masuk dalam hidup awak lagi, Rayqal. Biar saya ikut Adam Zarieyl."

"Apa awak merepek ni, Iris? Sambut tangan saya cepat."

Rayqal menjerit. Mahu aku menyambut tangannya.

"Kita cakap hal tu nanti. Yang penting awak kena selamat. Cepat, sambut."

Kau masih muda, Iris Nadia. Takkan kau nak mati sekarang?

Aku pantas menyambut tangan Rayqal. Dia berjaya menarik aku ke atas.

"Iris Nadia, awak dah gila ke?! Saya risau awak jatuh. Tangan awak bukan kuat pun berpaut."

Rayqal marah aku.

Aku tak mampu tahan sebak. Aku terus memeluk dia.

Menangis semahunya di bahu dia.

Rayqal tergamam.

"Saya takut sangat tadi kalau saya betul-betul mati."

"Dah. Jangan nangis. Saya ada kat sini. Awak selamat."

"Saya rindu pelukan awak yang dulu masa awak tengah gelisah."

Aku tersedar. Rayqal mengingatkan aku sesuatu. Ya Allah.

Pantas, aku menolak tubuh dia. Melepaskan pelukan.

"Maaf, saya tak sedar tadi. Saya tak patut peluk awak."

Aku bingkas bangun.

"Terima kasih, Rayqal. Sebab selamatkan saya."

Rayqal menarik lembut tangan aku. Dia meletakkan tangan aku di dadanya.

"Can you feel my heartbeat?"

Aku terasa denyutan jantungnya yang bergema. Laju.

"I love you, Iris. Dan takkan ada perkara yang boleh halang kita."

"Rayqal, awak jangan lupa pada Allah. Dia lebih berkehendak atas sesuatu perkara. Lepaskan saya. Saya nak balik."

Rayqal menggeleng.

"Iris, please. Kenapa nak complicated kan keadaan?"

Dia masih tak faham ke? Yang aku tekad untuk melupakan dia.

"Saya tak cintakan awak. Tolong terima kenyataan. Hati ini telah saya beri pada orang lain."

Aku terpaksa menipu dia. Sedangkan...

"Tipu. Tak mungkin."

Dia mengenggam tangan aku seerat yang mungkin.

Aku tidak berani menatap anak matanya.

"Kalau awak tak cintakan saya, kenapa mata awak sedih?"

Aku terdiam. Tidak tahu mahu menjawab apa.

"Look at my eyes."

"Habistu, awak nak dengar pengakuan apa?"

"Sebab lelaki tu ke?"

Allah... Dia mahu mengaitkan Mr. Anonymous dalam urusan kami.

"Bukan. Dia takde kaitan dengan kita."

Wajah Rayqal masam mencuka.

"Awak kan dah ada Bella. Jaga la dia baik-baik. Saya kena teruskan hidup. Lagipun, bukankah awak cuma berpegang pada janji Adam, kan?"

"Saya betul-betul sayang dekat awak, Iris Nadia. Saya bawa awak balik jumpa Mama, okay? Lepastu, saya ceraikan Bella."

Wah, semudah itu harga diri perempuan diperlakukan.

Kahwin. Cerai.

"Awak dengan dia dah terlanjur kan? Anak yang Bella kandung tu anak awak?"

Wajah Rayqal berubah riak.

"Saya tak pernah sentuh dia. Tolong jangan tuduh saya."

Aku tergelak.

Tak pernah sentuh konon. Macamlah kau tu alim sangat.

"Apapun yang jadi, she's pregnant. Dan, awak kena jaga anak dia."

"Saya nak balik. Saya nak telefon bimbit dan dompet. Lepaskan saya."

Aku melepaskan pegangan.

"Jangan cabar saya, Iris."

"Buatlah apa yang awak nak buat. Benda dah jadi. Blah lah."

Aku berjalan laju menuruni anak bukit. Malas layan mamat mental.

"Okay. Kita tengok sejauh mana awak boleh lari."

Suara dia menjerit dari kejauhan.

Allah ada dengan saya, Rayqal. Dia akan lindungi saya.

Share this novel

Nia Elysa
2019-09-17 15:49:12 

Yup betul. Thanks for info :)

Aqila Mustaqim
2019-09-16 14:24:40 

Sekarang DNA baby boleh dketahui se awal


NovelPlus Premium

The best ads free experience