Bab 23

Romance Series 59219

"Iris!"

Suara seseorang menerjah gegendang telinga.

Aku membuka mata. Cindy dan Kila di ruang mata aku.

"Aku kenapa?"

"Kau pengsan. Nasib baik kau tak apa-apa."

Aku membetulkan duduk.

"Aku pengsan?"

"Yes. You tak cukup rest. Atau you mengantuk sebab tak cukup tidur?"

Aku memicit kepala.

"Aku penat."

"Wajah kau pucat ni. Jom, pergi hospital."

"Takpe. Taknak."

Kila mencekak pinggang.

"Apesal kau ni degil semacam?"

"Aku okay." balas aku dalam nada yang lemah.

"Aku call Rayqal, nak?"

Mendengar nama Rayqal mata aku terus tercelik.

"Jangan. Tolong jangan. Dia dah buang aku."

"Kau dengan Rayqal cuma mangsa."

"Biarlah dia. Jangan ganggu hidup dia lagi."

Aku bangun.

"Kila, hantar aku balik rumah. Aku nak sambung tidur."

Bila tengah bersedih, tidur merupakan suatu terapi terbaik.

"Okay. Jom."

Kila mencapai beg tangan aku.

Kepala aku masih sakit. Kenapa aku berasa mengantuk secara tiba-tiba ye?

Ada yang tak kena ni.

Aku berpaut pada sofa. Kila memandang aku pelik.

"Kau masih tak okay ni."

"Jomlah aku bawa kau pergi hospital."

Aku tidak mampu menjawab. Pandangan aku masih berbalam. Aku betul-betul tak larat. Rebah sekali lagi.

"Iris!"

Kila menjerit cemas melihatkan keadaan Iris Nadia yang jatuh pengsan buat kali kedua.
. .
. "Doc, macam mana dengan keadaan kawan saya?"

Kila memandang Iris yang masih lena. Menanti butir bicara daripada Doktor Fuad.

"Don't worry too much. She's fine. Cuma dia kena banyak rest. Terlalu stress pun tak elok untuk kesihatan."

Kila menarik nafas lega. Jatuh kasihan dengan sahabat baiknya itu.

"Saya risau dengan keadaan dia. Iya, lately dia asyik stress. Takpe, nanti saya nasihatkan dia untuk perbanyakkan rest."

Doktor Fuad tersenyum.

"Awak kawan dia kan, so jaga dia baik-baik. Saya akan bagi beberapa jenis ubat, jangan lupa suruh dia makan mengikut dos yang ditetapkan. Nanti ambil di kaunter farmasi ye."

Sejurus berkata begitu, Doktor Fuad mengenyit sebelah matanya ke arah Kila.

Eh doktor muda ni, sempat nak kenyit-kenyit mata pulak.

"Saya pergi dulu. Jangan risau sangat, kawan awak tu okay je."

Kila menghampiri Iris yang sedang lena
ketiduran.

Patut tak aku beritahu Rayqal? Tapi kalau Iris marah macam mana?

Tidak betah melihatkan keadaan Iris begini. Semua ni cuma salah faham.

Rayqal sepatutnya mendengar penjelasan dari mulut Iris. Bukan menuduh macam-macam.

Iris, sabarlah. Mungkin kebahagiaan kau datang lewat. Kuatkan hati, okay?

Kila mengenggam jari jemari Iris yang masih tidak sedarkan diri.
. .
. Bella mengintai dari dalam kereta bila terpandangkan Megat yang tergesa-gesa keluar dari galeri Iris.

Mamat lembap ni tak buat ke apa yang aku suruh?

Tak boleh diharap!

Bella terus keluar dari kereta. Menjerit nama Megat.

"Megat!"

Megat berpaling mendengar suara jeritan seseorang.

Bella mendekati sambil berpeluk tubuh.

"Kau buat tak apa yang aku suruh?"

Megat terdiam.

Dia telah ingkar arahan Bella.

"Kau ni bodohlah. Aku suruh kau setelkan sorang perempuan pun susah!"

Megat mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluarnya.

"Nah... Ambil balik barang kau."

Bella merentap kasar.

"Aku dah agak kau ni lembap buat kerja."

"Bella, aku taknak terlibat dengan kau lagi. Dan for sure, Rayqal patut tahu hal sebenar yang kau ni jahat. Snake."

Wajah Bella mula membengis.

"Kalau kau beritahu Rayqal hal sebenar, aku akan seksa hidup Iris. Dia dan Rayqal takkan boleh bahagia."

"Kau jangan ganggu hidup Iris Nadia lagi. Rayqal dah tak sayangkan kau. Terima la hakikat."

Megat memang sengaja memprovok kemarahan Bella. Dia mahu Bella sedar yang menghancurkan hubungan orang tidak berbaloi.

"Suka hati aku la! Kau dah terlibat dengan aku. So, kau kena tolong aku. Aku suruh kau masukkan pil tu dalam minuman dia pun kau tak boleh buat. Lembap."

Bella menjeling marah.

"Aku sayangkan dia sebab dia cinta pertama aku. Tapi, aku tak sekeji macam kau. Tak sanggup aku nak buat Iris macam tu."

"Yela, sebab kau tu bodoh. Kalau kau tolong aku, kita akan sama-sama dapatkan apa yang kita nak!"

Suara Bella mula meninggi.

Megat menarik tangan Bella ke tepi bangunan.

"Eh Bella, kau dengar sini. Kalau apa-apa jadi kat Iris Nadia, aku dakwa kau sampai meringkuk dalam penjara."

Megat memulas lengan Bella kasar.

"Kau pun akan diseret sama."

"Tak. Aku tak sekeji kau. Aku masih ada hati yang baik. Bukan macam kau. Hati hitam legam."

"Lepaslah!"

Bella cuba merentap lengannya. Terasa sakit dengan cengkaman Megat.

"Ingat, aku takkan berdiam diri kalau kau sentuh Iris Nadia."

"Aku cuma nak Rayqal aku! Itu je."

"Then, go after it. Jangan ganggu orang yang aku sayang."

Seraya berkata begitu Megat melepaskan lengan Bella.

"Mark my words. Rahsia aku memang dah pecah tapi rahsia kau... Kau jangan ingat kau selamat, Bella."

Megat terus masuk ke dalam kereta Audi miliknya. Malas mahu berlama di situ. Dia mahu berjumpa dengan Rayqal. Untuk terangkan perkara sebenar.

"Tak guna kau, Megat."

Bella bengang bila Megat cuba menggagalkan rancangannya.

Takpe, aku masih punya cara lain. I just want my Rayqal. Jangan cabar aku.

Dia hanya terpaku melihat kereta Megat berderum pergi dengan laju.
. .
. Rayqal memandang lama skrin telefon bimbit. Dua panggilan masuk namun dia hanya membiarkan deringan tersebut tanpa mahu menjawab.

Apa mamat tak guna ni nak lagi? Nak rampas Iris aku? Dah berjaya pun.

Kenapa aku rasa sakit hati dengan Megat sedangkan puas Iris bilang yang dia dengan Megat tidak ada apa-apa hubungan?

Nampaknya cemburu aku semakin menebal.

Satu mesej masuk.

'Aku tahu kau tengah marah. Please pick up my call. Urgent.'

Megat masih berusaha menghubunginya lagi.

Lantas, kereta diberhentikan di tepi jalan. Rayqal mendail nombor Megat.

"Kau nak apa lagi?"

"Nak jumpa kau kejap."

"Aku takde masa la nak jumpa setan macam kau."

"Bro, kejap. Kau kat mana? Aku datang sana."

Rayqal mula berhangin. Nak jumpa aku apahal?

"Aku busy. Sorry."

Rayqal mahu mematikan talian namun dia masih mendengar butir bicara dari mulut Megat.

"Kalau kau letak sekarang kau bakal menyesal."

Helaan berat dilepaskan.

"Jumpa aku dekat Ara Damansara. Jam 4 petang. Malam ni aku dah nak naik flight balik France. Please, kejap je."

Suara Megat kedengaran agak berlainan. Macam suara nak menangis.

"Tengoklah macam mana. Aku tak janji."

Talian terus dimatikan. Hatinya masih sebal. Bengkak.

Iya mungkin kerana Iris tak jujur padanya.

Atau aku yang ego tinggi melangit?
. .
. Megat duduk memandang telefon bimbit. Dah setengah jam dia menunggu kelibat Rayqal.

Nampaknya tiada peluang untuk dia menjelaskan hal sebenar. Lagi setengah jam dia akan tunggu, jika Rayqal masih tidak muncul, dia akur. Sudah tentulah Rayqal terlalu marahkan dia. Kacau girlfriend orang.

Seseorang menarik kerusi di hadapannya.

Rayqal duduk dengan wajah yang tegang. Wajah yang agak serabut.

"Apahal kau nak jumpa aku?"

"Sorry bro. Aku tahu kau masih marah."

"Eh aku takde masa la nak layan cerita palsu meleret kau. Just straight to the point la."

Megat menarik nafas panjang. Berharap Rayqal tidak melenting dengan apa yang cuba disampaikan.

"Aku yang nak jumpa Iris Nadia pada malam tu."

"So? Tu je kau nak cakap?"

"Dia tak tahu pape waktu tu. Pasal aku mesej kau suruh datang sana. Aku saja nak kau tengok dengan jelas apa yang terjadi."

Rayqal bengang. Dia mencengkam kolar baju Megat Zafril. Rasa mahu mengayunkan penumbuk.

"Kau nak apa sebenarnya ganggu kami?"

"Sorry. Aku tak tahu semua ni akan jadi lagi teruk. Yes, aku mengaku masih suka dia. Dan, aku nak ganggu hubungan korang."

Mendengar pengakuan dari mulut Megat lagi menambahkan bara di hati.

"Arghh!"

Cengkaman kolar baju dilepaskan. Nak marah, nak tumbuk pun dah tak guna.

Dia terlalu ikutkan perasaan. Nasi dah jadi bubur. Mereka berdua sudah putus. Tiada apa yang dapat kembalikan Iris padanya. Hati Iris telah terluka dengan kata-katanya.

"Aku minta maaf banyak-banyak. Semua ni terjadi sebab aku tamak. Aku ingatkan Iris akan pandang aku bila aku ada segalanya. Tapi... Dia tetap Iris yang sama seperti dulu. Terlalu agungkan cinta di hati daripada segalanya. Kau lelaki yang sangat bertuah, Rayqal. At least, Iris pandang kau. Sayang kau. Dia pandang aku kosong. Tidak seperti cintanya yang membara pada kau."

Megat tunduk.

"Kalau kau nak pukul aku, pukul la. Aku janji takkan ganggu korang lagi. Cuma satu je nak pesan, apapun terjadi kau jangan tinggalkan Iris."

"Aku dah putus dengan dia. Puas hati kau kan, Megat?"

"She still loves you."

"A words that can't taken back. Iris dah benci aku. Aku dah hina dia macam-macam."

"Pergilah jumpa dia. Itupun kalau kau masih cintakan dia. Buang ego kau."

Tak mungkin Iris akan maafkan dia.

I'm sorry, sayang.

"Kau jangan cepat percayakan orang lain. Ada orang nak hancurkan kau dalam diam. Hati-hati, Rayqal. Jangan jatuh dalam perangkap samar. Okaylah. Tu je aku nak cakap. I wish you good luck. Aku dah jumpa dia dan minta maaf. Seterusnya, kau yang kena main peranan dan pulihkan keadaan."

Megat Zafril bangun dan mula melangkah pergi.

"Tunggu, kenapa aku kena percayakan kau, Megat?"

Dia pelik kenapa Megat memberitahu kebenaran sedangkan Megat mahu meretakkan kebahagiann dia.

Megat senyum.

"Sebab kau ditakdirkan untuk menjaga Iris Nadia. Dan dia juga terlalu cintakan kau. Lindungi dia. Sayangi dia. Aku pergi dulu. Assalamualaikum."

Berat kaki Megat untuk melangkah.

Ini yang terbaik. Melepaskan Iris untuk Rayqal Farish. Cinta tak semestinya memilikki. Pengorbanan adalah pengajaran cinta yang terbaik dalam hidup kita.

Rayqal memandang Megat yang berlalu pergi tanpa kata-kata yang terluah. Dia kurang mengerti pada kata-kata Megat.

Terlalu cintakah Megat pada Iris sehingga lelaki itu beriak begitu tenang?

Apa yang pasti dia harus memperbetulkan keadaan. Hati Iris Nadia perlu disembuhkan sebelum semuanya terlambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience