Berat hati mencuba,
Menghapuskan segala yang ada dijiwa,
Mungkin kau tak merasa,
Apa yang aku rasa.
Tetap kuberikan semua,
Akan aku doakan dirimu,
Untuk bahagia,
Hanya Tuhan tahu
Tetap kamu ada dihatiku,
Biarpun kita terpisah jauh.
Aku memandang lama kad jemputan walimatul urus di tangan.
Kejam. Kenapa aku dijemput? Kenapa aku harus menjejakkan kaki ke sini? Memandang mereka dari kejauhan. Melihat lelaki yang aku cinta jadi milik orang lain. Pedih. Aku kehilangan Rayqal buat selama-lamanya.
Rayqal segak berdiri di sisi Bella. Memakai busana songket berwarna biru. Diiringi bunyian kompang alunan bergema indah.
Aku dapat melihat wajah Bella yang tersenyum riang di sisi Rayqal.
Cantiknya dia. Kacak. Sama padan. Hati mula merintih sedih.
Aku mengetip bibir. Tekak terasa pahit. Mata seakan pedih. Aku cuba tahan tangisan.
"Women is too complicated. Sometimes stupid."
Aku mengangkat muka. Melihat seseorang di sebelah.
Stupid? Akukah si stupid itu?
Suara yang entah muncul dari mana, hanya menerjah aku tanpa rasa.
Dia memandang aku. Tersenyum sinis.
Lelaki ini... Dia rupanya.
"Awak cakap dengan saya ke?"
Memang aku sorang je kat sini.
"Kad jemputan di tangan, tapi taknak jejakkan kaki dalam majlis. Cuma lihat dari jauh. Dia yang sudah menjadi bekas teman lelaki merangkap suami orang."
So funny. Aku ketawa berdekah...
"Hello. Excuse me... Takde kaitan dengan awak pun, Mr. Aiman."
Dia tersenyum sinis lagi. Tetapi agak senget.
Senyuman sinis dia, mahu saja aku siram dengan sirap limau.
"It's true, right? You are stupid, girl."
Dia cakap aku bodoh. Statement dia. Aku rasa nak menangis. Nak tergelak juga.
"Tak perlulah nak perli saya sinis. Awak tak sepatutnya wujud dalam kisah kami."
"Marah atau terasa, maknanya betul."
Macam mana dia boleh teka apa yang aku tengah rasakan?
Aku mengetip gigi.
"Shut up. Please shut up."
Aku menutup kedua belah telinga. Tidak mahu dengar apa-apa dan cuba berlagak tenang.
Dia ketawa berdekah. Setan betul. Sengaja mahu menyakitkan hati aku.
"None of your business, mister."
Aku menjeling marah.
"Pity you, girl. I can see through your eyes. You are still upset."
Aku nak tergelak. Aku... Jejakkan kat sini maknanya hati aku dah cukup kuat. Air mata aku dah lama kering la. Yang kau nak provok aku kenapa?
"Look. Jangan nak pandai buat andaian sendiri."
"Tak guna pura-pura jadi kuat, Cik Iris."
Dia membidas aku sekali lagi. Jahat betul mulut dia. Rasa mahu tenyeh dengan cili api. Biar pijar!
"Saya cabar awak, kalau awak dah tak rasa apa, awak pergi wish congratulations kepada malaun tu. Sanggup?"
Malaun? Kelakarnya mamat ni.
Dia cabar aku.
Baru saja aku menoleh kepala ke sebelah kanan, dia sudah menghilang.
Aikkk... Bila masa dia blah?
Okay, cabaran diterima. Aku tak gentar. Tiada air mata untuk ditangisi lagi. Air mata Iris Nadia sepatutnya kering.
.
.
.
"Hai Rayqal. Hai Bella. Congratulations. Selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga ke Jannah."
Ucapanku yang tidak berapa ikhlas.
Aku tersenyum sinis menatap mereka berdua. Baguslah. Dah kahwin. Setel. Jangan ganggu hidup aku lagi.
Air muka Bella sangat ceria. Dia menang. Aku kalah. Rayqal merenung aku dengan riak serba salah. Mungkin tak menyangka aku akan datang.
Move on. Sampai bila Iris Nadia nak rasa sedih? Cukuplah, Adam Zarieyl dah mati. Dah tinggalkan aku. Sekarang, sepupu dia lakukan perkara yang sama.
Bagus. Hebat.
Lelaki tadi mendekati aku.
Aku memandangnya. I did it. Aku dah wish congrats.
"Cik Iris."
Dia memberi isyarat supaya aku berlalu pergi tinggalkan majlis ini.
Mata aku tidak berkedip memandang Bella memegang erat lengan Rayqal. Seolah menandakan Rayqal sudah menjadi haknya yang mutlak.
Ya Allah. Mengapa aku perlu menyaksikan semua ini? Apakah hati aku memang harus disakiti sehingga begini sekali?
"Iris..."
Rayqal bersuara. Seolah mahu menyatakan sesuatu tetapi tersekat.
Dia memandang aku silih berganti dengan lelaki asing yang muncul di sisi aku secara tiba-tiba.
.
.
.
Lelaki tadi menarik tangan aku pergi.
"What are you doing?"
"Awak cabar saya tadi. Dah lupa?"
"Berhenti menyakitkan hati sendiri."
"Apa?"
Aku geram. Tadi dia cabar aku.
"Saya dah tak rasa apa. Once dia dah kahwin, it's over."
Lelaki tadi tersenyum sinis.
"Saya tahu Iris tipu. Tipu diri sendiri itu pahit."
Kau siapa? Kau tak kenal aku.
"Stop it. I know what I'm doing. Awak... Tak kenal saya."
Aku memalingkan muka ke tepi. Menahan marah.
Dia memerhatikan aku atas bawah.
"Awak tengah bersedih. Pura-pura. Tengok penampilan awak. Baju kurung hitam dengan selendang hitam. Hati awak sedang berkabung sedih."
Aku ketawa berdekah. Kelakarnya.
Mamat ni dramatik sangat. Apa kena mengena warna pakaian aku dengan emosi aku sekarang?
Tanpa berkata apa-apa, aku terus meninggalkan dia di situ.
Mamat ni psikik. Bahaya. Dia tahu apa yang aku tengah rasakan. Berkabung? Mungkin iya. Mungkin tidak. Hati aku sakit. Apa yang sudah terjadi telah terjadi. Aku tak mampu nak undurkan masa.
.
.
.
Bella memandang Rayqal tidak puas hati.
Memang dia berjaya memiliki Rayqal, namun hati Rayqal masih lagi milik Iris Nadia.
"Baby, kita dah kahwin. Look at me."
Mata Rayqal berkaca. Memandang Iris dari jauh yang berlalu pergi.
Bella jahat.
"You dengar sini, kalau I tak dapat you, dia pun takkan dapat. Tapi I dah dapat you, dia tetap takkan dapat you sampai bila-bila."
Bella tertawa sinis.
"Puas la hati kau kan?"
Rayqal mengenggam penumbuknya. Hatinya tetap rasa sakit. Terluka seperti Iris. Bukan ini yang dia inginkan. Dia mahu hidup berdua dengan Iris. Bukan Bella.
"Yes. Memang I rasa puas. Padan muka you dengan dia."
Bella berbisik. Tidak mahu ada yang mendengar.
"Sayang, lupakan Iris. Dia tu cuma singgah kejap je dalam hidup kita."
Tak. Aku cintakan Iris Nadia.
"Rayqal, you nak jadi anak yang baik kan? Mama you sayang sangat dekat you. Jadilah anak yang dengar kata."
Bella mencebik dan berlalu ke bilik air.
Sakit betul hatinya dengar Bella berkata begitu. Sengaja menambahkan bara di hatinya.
Aku takkan lepaskan Iris macam tu je. Lebih-lebih lagi dia melihat seseorang menarik tangan Iris pergi di hadapan matanya.
Bella keluar dari bilik air.
"Baby..."
Dia memanggil Rayqal. Kosong. Tiada sesiapa di dalam bilik.
"Rayqal Farish!"
Bella menjerit sekuat hati.
Tuala di kepala dilemparkan ke atas sofa. Rayqal tinggalkan dia keseorangan di bilik hotel pada malam pertamanya.
Dah kahwin dengan aku pun masih mahukan Iris Nadia. Apa la yang istimewanya perempuan tu?
Dia takkan biarkan Rayqal mendekati Iris lagi. Tidak akan sesekali.
Kau jangan permainkan aku, Rayqal Farish. I'm your wife.
Dia duduk di sofa dengan hati yang membara. Rayqal takkan pulang malam ini. Dia kenal perangai Rayqal. Pasti mencari Iris untuk jelaskan semuanya.
Share this novel