Bab 27

Romance Series 59219

Rayqal duduk termenung menghadap tasik di hadapannya. Dia kini buntu. Terperangkap. Bella jahat.

Kalau Iris tahu akan hal ini, pasti dia takkan dimaafkan sehingga bila-bila.

Rayqal meraup wajahnya yang makin serabai. Otaknya rasa serabut. Mama mahu dia bertanggungjawab sedangkan dia tak pernah sentuh Bella. Sekalipun tak pernah tidur sekatil!

Entah anak haram kau dengan jantan mana, aku pulak kena paksa jadi pak sanggup. Dunia ini sungguh tidak adil.

Iris... Saya cuma nak kahwin dengan awak je.

Tolong maafkan salah silap saya. Saya taknak lukakan hati awak lagi.

Apa yang harus dia lakukan untuk lari dari semua ini? Mahu saja dia ingin mengajak Iris lari bersama. Jauh dari kehidupan semua orang.

"Bro, apesal kau nak jumpa aku ni?"

Seseorang muncul di sisinya. Rayqal hanya memandang dan mengeluh panjang.

Amir Rizqi. Sahabat baiknya yang selalu mendengar luahan hatinya.

"Aku... Aku kena paksa kahwin."

Mulut Am ternganga luas.

"Kau... Seriuslah. Kau tu bukan anak dara yang macam dalam slot Akasia pukul 7 petang yang kena paksa kahwin dengan anak orang kaya."

Rayqal hanya membuang pandang.

"Masalah aku ni lagi berat dari watak dalam drama. Ni soal hidup dan mati. Aku kena tuduh. Bella sudah melampau."

"Sabar. Bertenang."

Am menepuk bahu Rayqal seolah mahu memberi semangat dan mahu sahabatnya menenangkan diri.

"Sabar? Bertenang? Kalau dua tu je perkataan kau nak cakap, baik kau balik je."

Wajah masamnya ditarik. Hatinya benar-benar rasa sakit. Kalau boleh, mahu saja dia bunuh Bella, biar tamat semua cerita ini.

"Aku nak kau bersabar dan bertenang menghadap semua ini. Allah sedang menguji kau. Aku percaya kau tak buat semua tu. Aku kenal kau bukan sehari dua."

"Kau percayakan aku tapi Iris takkan percayakan aku. Dia akan benci aku sampai mati."

"Tarik la semula kepercayaan dia. Kalau kau tak salah, kenapa kau nak ketakutan? Melainkan kalau kau memang buat kerja macam tu..."

Ayat Am seolah mahu menuduh aku. Bukan aku takut. Hati aku jadi tak sedap. Sesuatu yang buruk akan berlaku dalam masa terdekat.

"Aku takut. Takut kehilangan Iris. Aku dah janji nak kahwin dengan dia. Nak jaga dia sehingga nafas terakhir."

"Kau tu lelaki. Kau yang berhak buat keputusan. Bukan Bella."

"Tapi, dia tuduh tu anak aku."

"Lawan. Kau boleh upah lawyer. Kau berduit. Upah private investigator. Jangan tunduk pada kemahuan Bella. Itupun kalau kau masih punya otak untuk berfikir."

Aku tersentak dengan ayat padu Am. Sedikit tajam.

"Jangan kusutkan kepala. Kau ignore Bella. Kau kejar Iris dan minta maaf. Aku percaya semuanya akan berakhir dengan baik."

Bukan semudah itu.

Iris... She's different. Dia bukan Nur Erina. Dan aku juga bukan Amir Rizqi. Kisah kami tidak sama. Beza aku dan Am, Erina dan dia sama-sama cinta. Kerana cinta yang menguatkan mereka bersama.

Sedangkan aku? Aku hanyalah Rayqal Farish yang sukar mengejar Iris Nadia. Dalam hati Iris cuma ada Adam. Walaupun Adam pergi, aku tetap menjadi yang kedua.

Kisah aku dan Iris...

Tak mungkin kami akan bersama.

"Aku cuma mampu bagi nasihat. Selebihnya kau kena fikirkan. Aku percaya Iris bukannya keras kepala. Hati dia juga lembut sama macam Erina. Kau kena sentiasa jujur. Jangan tipu dia."

"Ya Allah. Aku buntu."

"Kau kena percayakan takdir. Aku dulu lagi kena teruk dari kau. Kau cuma kena uji sikit. Kau nak aku ungkit kisah cinta Erina yang hilang pada aku dulu? Lagi sakit. Lagi teruk dari apa yang kau hadap. Penghujungnya, kami berbaik. Bahagia."

Am memandang aku sambil senyum.

"Berdoa banyak-banyak. Semoga kau jumpa jalan yang lurus. Good luck, bro. Aku doakan Iris percayakan kau dengan naluri dia tu."

Am bangun.

"Aku takleh nak berlama. Nanti datanglah rumah. Aku suruh Erina masak sedap-sedap. Ajak Iris sekali tau."

Am mengerling jam di tangan.

"Aku dah kena gerak. Bye, bro. Jangan kusut sangat. Take it easy peasy lemon squeezy."

Aku hanya mengangguk.

"Thanks Am. Sebab sudi luangkan masa selama 15 minit untuk aku. I really appreciate it."

Dia cuma senyum nipis dan berlalu pergi. Maka, tinggal aku keseorangan di sini. Melayan hati yang masih tidak mampu cari jalan pulang.
. .
. Aku tergerak hati mahu ke tasik ini. Pagi tadi saja je nak datang jogging di sini.

Dah lama tak amalkan gaya hidup sihat. Tu yang asyik sakit je.

Peluh di dahi aku kesat. Lega dapat keluarkan peluh. Aku mengambil tempat berhampiran abang yang sedang bermain seruling.

Sedihnya lagu dia. Tapi aku tak tahu apa tajuknya.

Aku duduk menongkat dagu sambil memerhatikan orang lalu lalang. Ada kanak-kanak sedang membeli aiskrim. Ada pasangan yang sedang bergurau senda.

Sedangkan aku? Terasa sunyi. Hidup aku kosong tanpa Rayqal.

Kenapa hati aku rasa lain? Rasa seperti dia sedang dilanda masalah. Melihat wajah kusutnya dua hari yang lalu membuatkan aku rasa simpati.

Rayqal buatkan aku percaya cinta itu wujud. Aku rindukan gurau senda dia. Walaupun rasa terluka dengan kata-kata dia, aku masih simpan dia di dalam hati. Tak pernah sekalipun aku buang.

Cuma... Aku takut mahu menyayangi dia lebih. Takut jika dia tinggalkan aku.

Sebaik saja lagu seruling itu tamat, aku mengeluarkan not merah dan memasukkan ke dalam kotak di hadapannya.

"Terima kasih, dik. Banyak sangat adik bagi."

Aku membalas senyuman dia.

"Takpe. Saya ikhlas, bang. Sedap lagu yang abang mainkan tu."

"Oh. Lagu ni, tajuk dia ialah Waktu Yang Salah by Fiersa Besari."

Aku tak pernah dengar lagu itu sebelum ini. Tetapi lirik lagunya sangat mendalam. Seperti menggambarkan jiwa aku ketika ini.

Luka. Tiada sembuh. Ambil masa untuk merawat hati yang berbekas.

Aku mengesat air mata.

"Eh, kenapa adik nangis?"

Aku senyum.

"Entahlah, bang. Saya rasa lagu tu seperti seseorang pernah nyanyikan untuk saya. Liriknya... Benar-benar buat hati saya tersentuh."

Abang seruling itu cuma tersenyum nipis. Barangkali tidak tahu mahu menjawab apa.

Aku berjalan melewati dedaun bunga berwarna pink yang berguguran jatuh. Sejak bila entah pokok ini mengeluarkan bunga yang cantik seperti ini.

Sedang aku teruskan langkah, kaki aku terhenti pada salah satu kerusi yang diduduki oleh seseorang.

Dia bangun. Kami sama-sama terpandang.

Aku jadi gugup. Berhadapan dengan dia bukan lagi perkara mudah.

Rupanya, ini naluri yang membuatkan aku tergerak hati untuk datang ke sini.

Mata dia masih mencari anak mata aku. Memandang aku dengan sedalamnya.

Aku segera menunduk. Dada aku sedikit berdebar.

"Iris..."

Dia menyebut nama aku.

"Saya rindu awak."

Tiba-tiba ayat itu terkeluar dari bibir aku. Aku telah terlepas kata di hadapannya.

"Saya juga rindukan awak, Iris."

Setitik air mata aku jatuh. Kami berdua menyulam rasa rindu yang sama, tapi kami cuba menepis rindu yang tidak akan berganjak pergi.

"Awak dah sihat?"

Aku mengangguk.

"Alhamdulillah. Saya risau sangat bila dapat berita awak jatuh pengsan. Saya tahu sayalah penyebab awak jadi begitu. Maafkan saya, Iris."

Aku terdiam. Bukan salah dia.

Salah aku kerana terlalu mencintai dia. Hati aku bakal disia-siakan.

"Encik Rayqal, saya rasa buat sementara waktu, kita jangan bertemu. Jangan datang cari saya."

Aku sendiri tidak tahu mengapa aku menuturkan kata-kata sebegitu.

Wajah Rayqal semakin mendung. Seperti ada awan kelabu yang menenggelamkan dia. Aku perlukan masa.

Jika Allah menetapkan jodoh aku dan dia, pasti kami akan disatukan. Aku perlu meletakkan jarak dan garis sempadan. Aku mahu diberi petunjuk.

"Iris..."

Rayqal memandang aku dengan riak wajah yang tersangat sedih. Bagaikan ada masalah besar yang sedang menimpa dirinya.

Tanpa berlengah lagi, aku terus berjalan melintasi dia. Menuju ke arah yang tidak tahu ke mana lagi.

Rayqal, saya percaya yang kita punyai takdir yang indah. Hidup ini sangat adil. Cuma, biar masa yang menentukan.

"Iris Nadia... Saya akan tunggu awak. Saya janji."

Aku hanya mendengar kata-katanya yang agak sayup di pendengaran.

Air mata aku seka dengan jari.

InsyaAllah, Rayqal. Semoga urusan hati kita akan dipermudahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience