Bab 5

Romance Series 59219

Aku menghadap lukisan di atas canvas. Kali ini mood melukis datang membuak.

Lukisan yang hampir siap aku tatap dengan senyuman. Sikit je lagi, tinggal nak touch up.

Tangan masih menconteng lukisan yang penuh warna warni.

"Ehem..."

Aku tahu siapa yang menyapa aku begitu.

"Hai Iris..."

Dia datang. Membawa sesuatu di tangan.

Bunga matahari.

"Awak tak penat ke setiap hari datang ke galeri ni bawak bunga matahari? Membazir je duit tu."

Aku menyambutnya juga. Dia menarik kerusi lalu duduk di hadapan aku.

Senyuman tak lekang dari bibirnya.

"Takde apa yang membazir. Senyuman awak macam matahari, buat hati saya yang beku jadi cair..."

Suka mengusik aku. Nak beli jiwa la tu.

Aku buat-buat tercari sesuatu.

"Cari apa?"

"Cari duit syiling. Tapi tak jumpa. Sorry. Takde duit kecik nak bagi atas pujian melambung tu."

Dia gelak.

"Amboi. Nakal eh. Tak payah bayar pape. Puji free je ni. Upah dia senyum untuk saya hari-hari."

Pipi aku kemerahan.

Aku buat-buat tak dengar. Melihat aku diam, dia pun perhatikan je contengan aku.

"Cantikk... Lukisan abstrak."

Aku fokus menambah separa warna di kertas.

"Bila nak siap ni?"

"Hmm... Maybe lusa. Sikit lagi je ni."

"You are so talented. Pandai melukis. Ada galeri sendiri. Hebat."

Aku pandang dia.

"Terima kasih. Untuk sekali lagi."

Dia menongkat dagu. Matanya merenung aku.

"Rayqal... Kenapa pandang macam tu? Saya jadi tak fokus."

Dia mengekek ketawa.

"Saja nak pandang. Manis."

Kuat mengusik. Aku kurang selesa direnung begitu. Lagi-lagi bila sedang menconteng.

"Kita kenal dah tiga bulan. Saya cadang nak bawak awak jumpa Mama saya."

Serta merta tangan aku terhenti mewarna. Aku meletakkan berus di atas palete.

"Saya tak bersedia lagi, Rayqal."

"Kenapa? Kita kan suka sama suka."

Aku memejamkan mata.

Memang aku suka Rayqal. Tapi aku tak pasti sedalam mana perasaan aku pada dia. Mungkin aku cuma perlukan dia bila aku sendirian.

Atau mungkin juga kerana Rayqal suka aku. Itu yang membuatkan aku suka dia.

"Yes. Memang. Cuma... Baru tiga bulan kita kenal."

Aku fobia. Aku takut kehilangan sekali lagi.

"Awak masih tak dapat lupakan Adam ke?"

Aku diam. Mungkin itu jawapannya.

Rayqal tidak seperti Adam yang gentle. Rayqal seorang yang aktif. Dan aku masih tak kenal diri dia yang sebenar.

"Iris... Awak takut nak jumpa parents saya ke? Atau awak tak pernah ikhlas terima saya?"

Aku memandang Rayqal. Suara dia bergetar. Ada nada sedih di situ.

"Bukan macam tu. Bagi saya masa boleh?"

Aku perlukan masa.

Dia menghela nafas.

"Okay. Ambil la sebanyak mana masa, Iris. Saya cuma nak ada ikatan. Bila kita kahwin, baru awak akan kenal saya."

Aku tahu dia sedih. Bukan aku taknak serius dalam hubungan ini. Kalau boleh aku mahu lebih dari itu.

Tapi entahlah...

Mungkin benar aku masih rasa takut dibayangi kisah aku dan Adam.

"Awak lapar tak?"

Dia cuba mengubah topik.

"Lapar..."

Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu. Mangkuk tingkat.

"Taraa... Saya ada bawak lauk."

Eh, Rayqal suka buat kejutan.

Dia membuka satu persatu mangkuk tingkat itu.

"Ni saya masak special tau. Untuk Iris Nadia."

Mata aku membulat lihat masakan yang terhidang.

Ayam masak merah. Pajeri nenas. Dan yang paling aku suka Rendang Daging.

"Seriuslah awak masak semua ni?"

Dia mengangguk.

Huwaa... Sayang Rayqal.

"Thank you..."

"Suka tak?"

Aku angguk laju-laju.

"Tapikan... Takyahlah masak macam ni lagi. Saya macam menyusahkan awak je."

Dia menutup bibirku dengan jarinya.

"I'm okay. Saya suka buat semua ni. Untuk orang yang saya sayang. At least awak happy."

Tentulah aku happy. Terima kasih, Rayqal. Kerana hadir dalam hidup aku.

"Tapi lauk je ke? Nasi putih takde?"

Dia menggarukan kepala. Seperti tercari-cari sesuatu di dalam beg.

"Alamak. Macam tertinggal je kat rumah."

Eh... Mamat ni sengal la.

"Rayqal Farish..."

Aku mencekak pinggang. Dia nak buat lawak ke apa?

"Serius takde."

Aku memuncungkan bibir.

"Hmmm...."

"Sorry. Saya pergi beli nasi putih eh? Kita makan sama-sama."

Dia segera bangun.

"Tunggu saya tau. Jangan nak curi makan dulu."

Aku sengih.

"Yela. Yela."

Dia berlalu. Aku terhibur dengan telatah dia. Comel.

"Iris..."

Dia panggil aku dari jauh.

"Jangan makan lagi."

Sekali lagi dia beri aku amaran.

"Baiklah, Encik Rayqal Farish. Saya tunggu awak."

Aku kembali sambung mewarna. Bibir tidak lekang dengan senyuman.
. .
. Aku menyelak koleksi lukisan yang dihantar oleh beberapa orang pelukis.

Beberapa karya akan aku paparkan di dinding untuk dijual. Kesemua yang menghantar ke galeri ini punyai bakat.

Mata aku terhenti pada satu karya.

Seni. Lukisan yang mendalam. Nice.

Lama aku memandang. Mahu tahu apa makna disebalik lukisan itu.

Cindy masuk ke bilik.

"Cindy, siapa empunya lukisan ni ye?"

"Oh. Itu. Tiada nama. Anonymous. Kitorang pun tak dapat detect siapa yang hantar."

Aku mengerutkan dahi.

"Tiada details diri?"

Pelik. Dia mahu karyanya dipaparkan di galeri aku. Akan tetapi tidak mahu dikenali.

"I da try call. Tapi tak pernah berangkat."

Lukisannya itu menunjukkan sesuatu yang aku mahu tahu. Aku jadi tertarik dengan lukisan ini.

"Saya pilih yang ni. Start esok tolong paparkan di dinding."

Cindy mengangguk.

"Tapi... Not for sale. Saya yang akan beli lukisan ni."

Cindy membuat muka pelik.

"Saya mahu pemilik lukisan ini tahu karya dipaparkan. Jika dia singgah ke sini, kita boleh detect siapa dia."

"Okay bos."

Cindy keluar membawa dokumen yang sudah ditandatangani aku.

Esok akan ada majlis pelancaran karya baru. Dan akan aku tampilkan pelukis yang berbakat untuk diperkenalkan karya terulung mereka.

Aku harap majlis esok akan berjalan lancar.

Aku memandang kembali lukisan di tangan. Siapa pemilik lukisan ini?

Aku sukakan sesuatu yang sukar dinilai begini. Ada daya tarikan yang membuatkan mata aku tidak berhenti pandang. Tersirat.

Takpe, nanti pasti pemiliknya akan hadir juga ke majlis pelancaran nanti.

Aku akan tunggu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience