Bab 18

Romance Series 59219

Kami segera ke balai polis. Aku memerhatikan Linda yang dari tadi tidak senang duduk.

Apa yang dia takutkan sangat?

"Linda, kenapa ni?"

Aku menyentuh lembut bahu Linda.

"Linda taknak jumpa Syilla. Kalau dia tahu Izwan kena tahan polis, mesti dia mengamuk."

Takutkan Syilla?

Kalau boleh aku pun taknak menghadap wajah dia. Lepas apa yang dia pernah buat pada aku dulu.

Kata kawan baik, tapi suka mengata aku di depan kawan-kawan yang lain. Okay, tu cerita lama. Malas nak ungkit dah.

"Biarkan. Kalau dia nak mengamuk, akak ada. I'm here for you."

"So, Linda da ready dengan report statement?"

Aku tahu Linda berat hati nak sabitkan Izwan dengan kes culik. Tapi mamat gila tu benar-benar melampau.

Linda mengangguk lemah.

"It's for your own safety. Kalau kita tak report polis, keadaan akan jadi lagi teruk. Dia akan ugut dan ganggu hidup Linda. Akak faham Linda sayangkan dia, kadang-kadang kita kena ketepikan perasaan. Fikir baik buruk. Linda."

"Tapi, kesian dekat dia, kak."

Lihatlah, cinta mampu membutakan manusia. Kala kita sedang kesakitan terseksa dengan hati, kita masih lagi nak pertahankan sesuatu yang bukan milik kita?

Kenapa mesti begitu? Allah uji hambanya dengan hadirkan perasaan yang tidak bertepi. Jadi kita kena bijak kawal hati.

"I know. Tapi terpulanglah pada Linda. Akak taknak masuk campur. Keputusan di tangan Linda. Kita sabitkan dulu dia atas tuduhan menculik. Biar dia tidur lokap sehari dia, then akak akan tarik balik dakwaan. Bagi dia pengajaran, Linda. Kalau tak, sampai bila-bila dia takkan sedar tindakan dia tu salah."

"Linda buntu..."

Wajahnya serabut.

"Ingat tak apa akak cakap, follow your instinct. Tapi dalam masa yang sama fikirkan consequences."

Aku mahu Linda sedar. Dan tahu cara buat keputusan dengan bijak. Bukan terlalu ikutkan hati dan nafsu.

Rayqal hanya membisu dari tadi. Hanya memerhatikan aku dan Linda.

Aku mendekati Rayqal.

"Awak mesti penat. Pergilah balik Malaysia, Rayqal."

Wajah dia sugul. Tidak bermaya.

"Takpe, saya nak temankan awak sampai segalanya selesai."

Melihat keadaan Linda, aku tak yakin semua ni boleh selesai dengan mudah.

"Linda kata apa?"

"Dia buntu. Takut nak buat laporan Izwan culik dia."

"Eh, kenapa pulak? Izwan memang salah. Menculik. So, biar dia rasa tidur dalam lokap."

Wajah Rayqal bengang.

"Awak marah sangat kenapa? Saya susahkan awak eh?"

Rayqal menggeleng.

"Tak. Tindakan dia melampau la."

Aku sentuh pipi dia.

"Saya ingat awak nak side Izwan. Awak kan lelaki."

"Hello, saya masih boleh berfikir. Yang salah tetap salah."

"Tahu pun. Jangan jadi macam dia tau. Buat tindakan tak fikir langsung."

"Hmm. Dah tu sampai bila kita nak tunggu semua ni?"

"Linda akan beri keterangan. Pihak polis baru saja hubungi isteri dia."

"Perang la kejap lagi."

Yup, perang.

"Of course, tapi saya rasa menyampah nak hadap wajah isteri dia."

Rayqal menayang muka pelik.

"Eh kenapa pulak?"

Oh, lupa nak bagitau Rayqal.

"She's my bff masa sekolah menengah."

"Really?"

Aku cepat-cepat mengangguk.

Rayqal ternganga. Tidak menyangka langsung la tu.
. .
. Seseorang melangkah masuk ke dalam balai polis.

Dia melangkah ke kaunter. Cermin mata hitam ditanggalkan. Terserlah wajah dia yang semakin putih melepak. Hampir aku tidak mengenali dia.

"Hi, I am Shilla Ardiany. Izwan's wife. I'm going to bail out him."

Seperti yang aku jangka, Shilla pasti cuba bebaskan suaminya.

"Hi, Mrs. Syilla Ardiany. Have a seat first."

Dia membelakangi aku. Pasti tidak terperasankan aku di sini.

"Okay. I'll wait. But, may I know where's Alinda Balqis binti Suhaimi?"

Syilla sempat bertanyakan di mana Linda ketika ini.

"Aku kat belakang kau."

Linda berdiri di belakang Syilla.

Mendengarkan suara Linda, Syilla bingkas bangun. Menghadap Linda. Mata bertentang mata.

Pang!

Tidak semena-mena, pipi Linda ditampar.

Syilla Ardiany melampau. Buat onar di balai polis.

"Kau tarik balik laporan tu! Kau sengaja nak kenakan Izwan, kan?"

Jarinya telunjuk cuba pula menunjal kepala Linda.

Eh, ni dah melampau.

"Syilla! Stop it."

Aku sempat menarik tubuh Linda ke belakang.

"Kau siapa nak masuk campur?"

Syilla berang. Namun, matanya terbeliak memandang aku atas bawah.

"Kau... Iris Nadia, kan?"

Aku tersenyum senget.

"Yes I am."

Sejurus saja aku mengiyakan, Syilla memeluk aku. Lama.

Aku terkaku. Linda dan Rayqal tergamam.

"Iris... Aku dah lama cari kau. I miss you so much."

Miss me so much? Syilla dah buang tebiat ke?

Aku meleraikan pelukan.

"Sorry. Aku tak rindu kau pun."

Aku masih melayannya dingin.

"Iris... Aku nak minta maaf. Pasal hal kita dulu tu."

Hal lama. Perlu ke ungkit lagi?

"Dah lama. Aku taknak ingat lagi la, Syilla."

"Aku memang jahat. Aku cemburukan kau dengan Megat. Macam-macam cerita aku fitnah kau supaya Megat jatuh hati pada aku."

Bukan ini yang aku nak dengar.

"Kau nak tebus semula salah kau tak?"

Syilla menatap mata aku dalam-dalam.

"Macam mana?"

Wajahnya keliru.

Aku mengenggam tangan Linda.

"Kau kena minta maaf dengan Linda, bukan dengan aku."

"Linda?"

"Linda adik angkat aku. Pulangkan semula hak dia, Syilla."

"Hak... Hak apa? Ap... Apa kau cakap ni?"

"Kau buat-buat tak faham ke?"

Aku kegeraman.

"Okay. Aku jelaskan apa yang aku faham mengikut kronologi. Kau rampas cinta Linda. Kau paksa Izwan terima kau. Kau sihir dia dan Linda. Tapi kau lupa kuasa Allah. Dan sekarang kau tak mampu pisahkan cinta mereka yang utuh."

"Aku sayangkan Izwan. Aku tak salah."

"Kau kejam. Kau pisahkan dua hati yang saling mencintai. Dan seperkara lagi, Izwan jelas tak sayangkan kau pun. Dia masih mahukan Linda. Don't you get it?"

"Izwan berhutang banyak. Kau tak tahu apa-apa, Iris. Linda pun tak tahu hal ni. Aku yang tolong langsaikan semua hutang dia. Izwan perlukan aku. No, duit aku sebenarnya."

Syilla menunduk.

Dia sedar rupanya dia tidak disayangi.

"Berapa Izwan hutang kau? Aku boleh tolong langsaikan bagi pihak dia. Kau... Tolong jangan jadi manusia kejam."

Suara aku mula bergetar.

"Aku tahu. Izwan takkan sentuh aku sampai bila-bila. Dah 2 tahun kami kahwin, hati dia tetap pada Linda. Aku kalah, Iris. Mungkin ini kifarah untuk aku sebab banyak buat salah dengan kau. Maafkan aku, Iris. Maafkan aku, Linda."

"Fix all of this. Lepastu kau akan rasa tenang, Syilla. Buat apa kau seksa diri dengan orang yang takkan terima kau sampai bila-bila?"

"Okay. I'm sorry, Linda. Aku bukan kawan yang baik."

Dia mengenggam jari jemari Linda. Pipi Linda yang kemerahan, diusap dengan tangan.

"Aku tamak. Aku iri hati pada kebahagiaan orang lain. Aku sakit, Iris. Allah dah balas segala perbuatan aku. Aku takkan hidup lama. Sehingga hujung nyawa, aku takkan rasa disayangi."

Syilla menangis teresak di bahu Linda.

Aku terkejut.

Syilla sakit. Dia takkan hidup lama. Allah. Beratnya ujian. Aku dah lama maafkan, Syilla.

Aku memegang bahu Syilla.

"Aku dah lama maafkan kau. Tu cerita zaman kita tak matang. Sekarang kau kena berlaku adil pada Linda. Kau sakit apa, Syilla?"

"Aku... Aku sakit kanser hati. Aku takkan dapat hidup lama. Aku mahukan kasih sayang daripada Izwan, salah ke?"

Allah...

Kami bertiga berpelukan.

Kasihan berada di posisi Syilla. Baru aku faham. Dia sukakan perhatian.

"Korang bertiga berbincang la elok-elok. Jangan gaduh. Fikirkan penyelesaian."

Aku tidak mahu masuk campur. Ini urusan hati mereka.

"Aku dah fikirkan yang sebaiknya sewaktu perjalanan ke sini tadi, aku nak ikat jamin Izwan. Lepastu, aku akan minta Izwan ceraikan aku. Linda, Izwan milik kau. Selamanya."

"Syilla, kenapa kau tak bagitahu kami yang kau sakit? Iz pun tak tahu ke?"

Syilla menggeleng.

Nampaknya Syilla merahsiakan hal ini dari pengetahuan orang lain. Patutlah wajahnya yang mulus kelihatan pucat sedikit.

Rayqal hanya menjadi pemerhati. Dia hanya membiarkan kami menahan rasa.

"Iris, kau dah kahwin?"

Aku menggeleng.

"Baguslah. Megat Zafril pun belum kahwin. Aku rasa dia masih sayangkan kau."

Aku menayang wajah keliru.

"Kau tak tahu ke selama ni kau tu cinta pertama Megat?"

Hah? Apa dia? Betul ke apa yang aku dengar ni?

Megat jatuh hati pada aku sewaktu umur aku 17 tahun ketika itu? Biar betik.

"Aku dah agak kau tak tahu langsung."

Syilla melirik ke arah seseorang yang dari tadi hanya membisukan diri. Jadi penonton kami.

"Sebelah kau ni siapa? Hensem."

Aku membeliakkan mata.

Janganlah Syilla nak ganggu Rayqal aku pulak.

Jari jemari aku cepat-cepat mengenggam jari dia. Aku bertatapan mata dengan Rayqal.

Aku menunjukkan cincin di jari.

"Kenalkan dengan bakal suami aku. Dia Rayqal. Cinta hati aku. Kami bakal berkahwin tak lama lagi."

Rayqal tersipu malu.

Aku sendiri yang umumkan aku akan berkahwin dengannya.

Syilla senyum.

"Ala, ingatkan single lagi, melepas."

Syilla memuncungkan bibir. Memandang Rayqal dengan pandangan galak. Aku membeliakkan mata.

Mana boleh. Rayqal bakal jadi milik aku.

"No entry. He's mine."

"Wah, first time aku tahu kau ada perasaan rupanya. Ingatkan hati kau tu batu. By the way, tahniah Iris. Semoga kau berbahagia dengan Rayqal."

Aku senyum lebar.

Dan, kami semua ketawa untuk redakan air mata. Lupa sebentar persengketaan yang berlaku sesama kami.
Alhamdulillah. Segalanya terlangsai dengan baik. Barulah hati aku tenang untuk pulang ke Malaysia.

Aku menguap. Menahan rasa mengantuk dari tadi.

I'm going to back Malaysia tomorrow.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience