Rayqal merempuh masuk ke dalam pejabat Bella. Dia berasa bengang dengan kenyataan palsu yang dikeluarkan oleh Bella kepada pihak wartawan.
Anak Tan Sri Rafiqi bakal berkahwin dengan model terkenal, Bella Ariana.
"Encik Rayqal... Cik Bella tengah busy photoshoot."
Rayqal menjeling tajam ke arah PA Bella.
"Ada aku kisah?"
Pintu bilik studio ditolak kasar.
"Bella!"
Semua orang tercengang memandang kelibat Rayqal yang sedang berhangin satu badan.
Lengan Bella ditarik.
"Sini kau. Ikut aku!"
Rayqal sudah naik hantu. Bella juga kecut perut melihat Rayqal yang jarang mengamuk.
Dia menarik Bella ke suatu bilik tersorok. Tidak mahu ada yang mencuri dengar.
"Hey, kau tarik semula kenyataan palsu dalam majalah kau tu."
Bella cuba menarik lengannya dari dipaut kasar oleh Rayqal.
"Lepaslah. You hurting me so much!"
Semakin kuat cengkaman tangan Rayqal.
"Kau cakap kat wartawan tu jangan libatkan aku."
Bella mencebik.
"Ada ke I tulis nama you? I cuma cakap I nak kahwin je."
"Aku taknak kahwin dengan kau la. Jangan perasan. Aku takkan kahwin dengan kau."
"Betul you taknak kahwin dengan I? Baby ni anak you. Nak I burukkan nama you? I boleh tipu wartawan kata you taknak bertanggungjawab dengan I."
Wajah Rayqal makin kusut.
"Aku tak pernah sentuh kau."
Suara Rayqal makin dikeraskan.
"My dear, I nak you. You kena jadi pak sanggup. Kahwin dengan I sebelum perut ni makin membesar."
"Bullshit."
Rayqal melepaskan lengan Bella.
"Siapa jantan tu? Dia yang patut kahwin dengan kau. Bukan aku."
Bella mengangkat bahu.
"Entah. I tak ingat la siapa yang tidur dengan I waktu tu."
Bella menayang muka malas nak ingat.
"Kau ni memang perempuan tak tahu malu kan? Oh lupa, kau bukan perempuan, kau tu betina!"
Bella mengangkat muka.
Sakit hatinya bila Rayqal memanggilnya betina. Dia mahukan Rayqal yang jadi suaminya. Dia cintakan Rayqal. Susah nak jumpa lelaki yang begitu baik seperti Rayqal. Memang dulu dia banyak abaikan Rayqal. Tidak menghargai Rayqal. Dan banyak skandal dengan lelaki lain.
Tapi kini, dia sedar yang dia perlukan Rayqal. Baby ni perlukan seorang bapa. Jantan di luar sana hanya mahukan tubuhnya yang meliuk lentuk di hadapan kamera.
"I nak you je. Kahwin dengan I, Rayqal. You dah lupa ke semua kenangan kita?"
"Aku takde kenangan dengan kau. Sikit pun takde."
"Yela, kenangan manis you tu cuma dengan Iris Nadia. Sana sini Iris."
Bella mengeluarkan sebatang rokok dan pemetik api dari dalam poket bajunya.
"Sejak bila kau ni smoking?"
Rayqal terus merampas rokok itu lalu dipijaknya.
"Kau tu tengah pregnant. Tak elok untuk kesihatan."
Bella memandang Rayqal dengan mata yang sudah berkaca.
"Kenapa halang I? Biar I dengan baby ni mati je."
"Bella... Kalau kau mati, hidup kau bakal musnah. Your career. Your life. Kau berhak dapatkan cinta yang lagi baik."
"Tapi, I cuma nak kahwin dengan you. You baik, Rayqal. I rasa menyesal tinggalkan you dulu."
Setitis air matanya jatuh. Bukan dia cuba meraih simpati.
Tapi, dia dah terima balasan yang setimpal. Dia telah ditinggalkan oleh lelaki yang merosakkan dia.
"I'm sorry. I cuma nak kahwin dengan Iris je."
Bella menggigit bibir.
"Iris... Iris... Tak boleh ke you lupakan je dia? Biar dia bahagia dengan lelaki lain. You tu hanya tahu sakitkan hati Iris. Dia baik. Dia berhak dapatkan lelaki yang takkan sakitkan hati dia. You... Tak layak untuk dia."
"Diam. Kau tak berhak nak komen pape. Iris cuma ditakdirkan untuk aku."
Bella meneguk air liur.
Dia tahu Rayqal takkan menerima dia. Merayu la sebagaimanapun.
"Rayqal..."
Dia masih cuba memujuk Rayqal.
"You tak kesiankan I ke? Baby ni... Dia perlukan seorang bapa."
Rayqal memandang perut Bella yang semakin membuncit.
"I tak kisah kalau you nak madukan I. Iris boleh jadi isteri kedua. Atau I pun boleh jadi isteri kedua. I cuma perlukan you. Please, Rayqal."
Rayqal terdiam.
Dia sendiri tidak boleh menduakan perasaannya sendiri. Inikan pulak hendak berpoligami.
Rayqal menggeleng kepala.
"No. Maaf. Hati I tidak boleh dibahagi. I cuma mahu hidup berdua dengan Iris."
Wajah Bella kembali cemberut.
"Okay. Then, kita tunggu dan lihat je. You jangan nak cabar I, Rayqal Farish."
Bella menolak dada Rayqal kasar. Meninggalkan Rayqal keseorangan di bilik itu.
Rayqal meraup wajah. Dia tahu Bella takkan biarkan hidup dia dan Iris bahagia.
Ya Allah... Mengapa takdir aku diuji begini?
.
.
.
Aku hanya berkurung dalam pejabat. Tanpa mahu bersua muka dengan sesiapa.
Pergi kerja, hadir meeting dan balik kerja.
Berbual dengan Cindy atau staf lain juga tidak mahu.
Aku terus melakar potret wajah seseorang. Hati aku rasa terluka. Mengapa aku tidak mengetahui akan hal perkahwinan Bella dan Rayqal lebih awal?
Tuk. Tuk. Tuk.
Seseorang di luar bilik.
Aku memekakkan telinga. Dah beratus kali aku cakap dekat Cindy yang aku tak mahu bertemu dengan sesiapa.
"Beb, aku ni. Buka la pintu ni. Janganlah kunci."
Suara Kila memecahkan kesunyian aku. Dia ketuk pintu macam nak roboh. Nak taknak, terpaksa la aku buka juga.
Terpacul wajah Kila yang menyengih di balik pintu.
"Kau ni dah kenapa? Monyok je muka tu."
Aku kembali sambung mewarna. Kila menjengah ke arah lukisan aku.
"Again? Kau lukis wajah Rayqal?"
Aku cuma diam. Tiada mood mahu bergurau senda.
"Kalau rindu, jangan disimpan. Go tell him that you miss him."
Kata-kata Kila tidak ku balas.
"Kalau kau jual wajah dia ni, memang kau boleh kaya. Ni kiranya termasuk lukisan yang keenam la kan? Nanti jangan lupa bagi royalti kat dia."
"Iris... Kau kenapa ni? Diam je. Ni aku belikan kau ayam golek. Kita lunch sama-sama, okay."
Kila membuka bungkusan ayam golek. Harum semerbak satu bilik. Aku tiada selera mahu menjamah apa-apa.
"Jomlah. Makan dengan aku. Kalau kau tak makan, nanti kau jatuh sakit lagi."
"Aku tak lapar. Kau makanlah. Habiskan semua."
Sorry, Kila. Kalau kau tahu mengapa aku jadi begini, pasti kau akan suruh aku lupakan Rayqal terus.
"No. Temankan aku makan. Meh makan sama-sama."
Aku menggeleng.
"Kau tahu tak, muka kau tu kurang vitamin C. Kurang minum air. Kurang makan. Kau nak jadi apa?"
"Mungkin lagi elok kalau aku mati kot. Biar senang tak menyusahkan kau atau sesiapa saja."
Kila berhenti mengunyah. Memandang wajah aku serius.
"Apa jadi yang sebenarnya ni? Kau macam nak mengelak dari kami semua. Kau duduk dalam dunia kegelapan kau tu."
Aku melarikan pandangan.
"Takde pape."
"Tipu. Cindy cakap kau asyik berkurung. Kurang melayan customer yang datang berjual beli lukisan."
Aku tertunduk.
"Aku okay. Aku cuma takde mood."
"Rayqal?"
Aku tidak mahu membuka topik itu. Aku jadi takut.
"Kila, bawa aku lari dari sini. Tolong..."
Akhirnya, tangis yang aku tahan sejak beberapa hari lepas, jatuh jua. Aku menangis teresak.
Dunia aku mungkin runtuh. Macam mana nak padamkan ingatan semua ini?
Kila menghampiri aku. Memujuk aku.
"Kalau boleh, memang aku nak bawa kau lari. Kau ada aku. Kau boleh luahkan apa yang terpendam dalam hati kau."
Aku memeluk Kila erat.
"Dia dah nak kahwin. Dengan Bella. Bukan aku yang bakal jadi pengantin perempuannya."
Air mata mengalir semakin deras.
Kila menekup mulut.
"Mana kau tahu? Dia bagitahu kau sendiri?"
Aku menggeleng.
"Cindy told me a few days ago."
"Aku tahu kau tengah sedih. Tapi mungkin rumors tu tak benar. Bella kan suka sakitkan hati kau."
"Dia bagitahu semua pihak wartawan. Kau boleh baca majalah kat atas meja tu."
Kila menyelak majalah itu.
"Mungkin ini cuma rancangan busuk Bella. Dia nak hancurkan hati kau. Nak jauhkan hati kau dengan Rayqal. Kau pun kena la tanya Rayqal sendiri. Dengar dari mulut dia sendiri."
"Aku takut. Takut dengan kebenaran."
Kila mengeluh perlahan.
"Itu cuma andaian kau. Kita tak tahu perkara sebenar."
"Aku nak lari jauh dari sini. Aku penat nak hadap semua ini lagi."
"Sabarlah. Kau kena kuatkan hati. Aku percaya Rayqal sayangkan kau. Suatu hari, jodoh kau pasti dengan dia."
Aku tergelak sinis.
"Jodoh dia dengan Bella. Aku pasti tarikhnya makin hampir."
"Aku... Aku taktau nak komen apa, Iris. Aku tak percaya Rayqal tergamak buat kau macam ni."
Aku tunduk. Air mata dikesat.
"Aku penat nak jadi manusia bodoh, Kila. Dipersendakan cinta. Aku takkan maafkan dia."
Aku bangun dan mencapai tas tangan di atas meja.
"Kau nak pergi mana?"
Kila memandang aku dengan penuh kerisauan.
"Lari."
Aku terus meninggalkan Kila yang masih termangu dengan tindakan aku.
Maafkan aku, Kila.
Aku mahu memulangkan hati ini kepada dia. Hati yang sepatutnya bukan milik aku lagi. Aku kena lepaskan dia.
Lepaskan awak pergi, Rayqal Farish bin Tan Sri Rafiqi.
Aku sendiri tidak tahu dia rupanya anak orang kenamaan. Mana layak aku berdiri di sebelah dia. Rayqal tidak pernah jujur pada aku tentang latar belakang hidup dia.
Tiada lagi cinta,
Tinggallah ku sendiri,
Menahan rasa sakit ini,
Pedih.
Pergilah engkau, pergi,
Jangan pernah kembali,
Biar ku pujuk hati sepi.
Share this novel