Bab 12

Romance Series 59219

Aku keluar dari bangunan. Rayqal mengejar aku.

"Iris Nadia!"

Dia merentap tangan aku.

"Kenapa awak pergi macam tu je? Boleh tak dengar explanation saya?"

"Lepaslah."

Aku tidak sudi memandang anak mata dia.

"Saya taknak dengar apa-apa. Tadi tu da cukup membuktikan yang awak tak jujur. Awak tipu saya. Konon busy. Sedangkan awak dengan dia."

"Bagi saya ruang untuk terangkan."

Jari jemari dia kuat mencengkam tangan aku. Sakit.

"Takde apa yang saya perlu dengar. Dahlah. Saya penat la. Tak berapa sihat ni."

Suhu badan aku tiba-tiba panas mendadak.

Rayqal melekapkan tapak tangan di dahi aku.

"Awak demam ni."

Biarlah kalau aku demam pun. Aku ni kan tak penting.

"Jom, ikut saya."

Aku menarik tangan dari cengkaman dia.

"Saya taknak."

"Iris..."

"Saya tak boleh tengok muka awak sekarang. Sorry, Rayqal."

Tiba-tiba perasaan menyampah menjengah.

Aku melajukan langkah. Tangan menahan teksi.

"Iris... Awak nak pergi mana?"

Dia menjerit memanggil aku.

"Balik Malaysia!"

Buat apa aku duduk di negara orang ni? Sekadar nak menyakitkan hati sendiri?

Stop it, Rayqal. Bodohnya aku.

"Jangan pergi. Please..."

Aku menekup kedua belah telinga. Tanda tidak mahu dengar apa-apa.

Mahu lari jauh dari sini. Mahu tenangkan diri.

Teksi bergerak laju. Dan dia...

Seperti hilang semangat melihat aku berlalu pergi.

Hati siapa yang sedang sakit sekarang, Rayqal?

Aku melihat wajahnya dari kejauhan. Dia nampak sedih.

Aku mahu tenangkan diri. Teksi meluncur laju ke sungai tempoh hari.
. .
. Apa yang Bella buat dekat sini? Mungkin mereka sudah berjanji nak menghabiskan masa di sini.

Rayqal curang di belakang aku? Ataupun Rayqal tipu aku selama ini?

Dada yang berombak kencang ku usap perlahan. Cuba redakan hati yang kegusaran.

Kalau Rayqal jujur dengan aku beritahu Bella ada di sini mungkin aku boleh terima penjelasan dia. Tapi bila dia mendiamkan diri, seolah dia cuba memperdaya aku selama ini.

Sepanjang perhubungan aku dengan dia, tidak sekalipun aku kawal hidup dia. Aku taknak dia rasa terkongkong. Aku cuma mahukan kejujuran.

Aku taknak kehilangan dia macam aku kehilangan Adam. Benar aku sayangkan dia. Walaupun masih belum sepenuhnya.

Telefon bimbit berdering. Terpapar wajah Rayqal di skrin telefon.

Aku rasa marah sangat. Aku cemburu.

Pantas, aku mematikan telefon bimbit. Padan muka.

Tahu pulak risaukan aku. Ingatkan kau memang tak pedulikan aku.

Aku membuang pandang. Mahu tenangkan fikiran sedalam-dalamnya.

Sedar tak sedar, dua jam aku berada di sini. Ada pasangan melintasi aku.

Sesuatu yang membuatkan anak mata aku melekat pada mereka berdua.

Si perempuan kelihatan sedang merajuk. Si lelaki sedang mengejar. Aku perhatikan sketsa di depan mata.

Terimbas kembali saat Rayqal cuba tarik perhatian aku dahulu.

"Iris Nadia!"

Rayqal mengejar di belakang.

"Awak nak apa lagi?"

"Saya nak awak."

"Tak penat ke buat itu ini. Saya tak berminat kat awaklah, Rayqal."

"Saya suka awak, Iris."

Aku tersenyum sinis.

"Awak tak suka saya. Awak cuba nak tarik perhatian saya, kan?"

Rayqal mengeluh.

"Saya nak awak terima saya. Cuba buka hati awak untuk saya. Macam yang awak buat masa awak terima Adam Zarieyl."

"Jangan sebut nama Adam lagi!"

Aku cuba lupakan sebaris nama satu-satunya yang pernah bertakhta dalam hati aku.

"Cinta tak boleh dipaksa, Rayqal."

Aku tak percaya yang Rayqal betul-betul sukakan aku.

"Memang cinta tak boleh dipaksa. Tapi, saya nak awak tahu yang saya dah mula sayangkan awak, Iris Nadia. Dari hari pertama kita bertentang mata kat kubur arwah."

Aku memalingkan wajah.

Patutkah aku percayakan kata-kata Rayqal?

Tiba-tiba dia melutut. Tangan aku digenggam.

"Apa... Apa yang awak cuba lakukan ni?"

Aku bukan rasa terharu. Aku rasa terkedu.

"Bangunlah. Orang tengah pandang kita ni. Saya malu tahu tak?"

Dia kucup tangan aku.

"Rayqal Farish!"

"Saya takkan lepaskan tangan awak. Dan saya takkan bangun. Sampai awak terima saya."

Nampaknya Rayqal masih tidak faham.

"Rayqal, janganlah macam ni."

"Iris, please..."

Rayqal memang suka merayu. Aku taknak dia merendahkan maruah dia sebagai lelaki disebabkan cinta yang tidak berbalas.

"Okay. Bangun dulu."

Aku tarik tangan dia. Memaksa dia berdiri. Matanya aku tatap. Ada sesuatu di situ. Perasaan dia yang ikhlas.

Tidak semena aku mengukir senyuman.

Dia mengerutkan dahi. Memandang aku pelik.

"Kenapa awak senyum?"

"Nak tahu tak apa jawapan saya?"

"Nak."

Dia persis anak kecil. Tak matang langsung.

"Jawapan saya Tidak."

Aku terus berlari anak tinggalkan dia.

"Iris! Sampai hati awak kan?"

Aku malas mahu melayan dia.
. .
.
Rintik hujan menyembam turun ke tanah.

Pasangan tadi sudah tiada di depan mata.

Lamanya aku melayan perasaan. Rayqal mungkin betul. Aku patut dengar penjelasan dia dahulu sebelum fikir yang bukan-bukan.

Hujan makin lebat. Aku mahu cari tempat berlindung. Jaket kelabu sudah lencun dibasahi air hujan.

Aku menyusuri jalan belakang bangunan. Jalan pintas untuk sampai ke bangunan tempat kerja Rayqal.

Aku memeluk badan. Sejuknya. Dalam keadaan aku yang sedang demam, pasti bertambah lagi demam.

Sedang aku berjalan dalam kebasahan, ada motor mencelah. Beg tangan aku direntap.

Ya Allah! Aku diragut.

"Hey, idiot. Let go of my handbag."

Aku cuba tarik semula tali beg tangan. Namun pembonceng tersebut menolak aku jatuh.

Rayqal! Tolong saya...

Tiada siapa yang lalu di kawasan ini. Tiada siapa yang boleh bantu aku.

Selepas bergelut, aku kalah. Mereka berjaya melarikan beg tangan aku.

Stupid punya pencuri. Mentang-mentang tahu aku ni pelancong asing. Suka-suka je nak ragut aku.

Tangan kiri aku luka. Tergesel dengan jalan tar.

Aduh. Sakitnya.

Macam mana aku nak contact Rayqal? Telefon bimbit aku...

Aku baru teringat sesuatu.

Telefon bimbit aku ada di dalam kocek jaket. Alhamdulillah. Nasib baik aku tak masukkan dalam beg tangan tadi.

Passport aku tidak bawa pagi tadi. Hanya beberapa barang kosmetik dan not kertas di dalam beg tersebut.

Aku cuba untuk bangun. Tetapi rasa pedih menusuk.

Malang datang bertimpa hari ini. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Air mata menitis perlahan.

Mungkin aku tidak patut jejakkan kaki ke tanah Australia ini.

Seseorang lalu di kawasan ini.

"Miss, help me."

Aku cuba meminta bantuan.

Seorang perempuan muda menghampiri aku.

"Oh my god. What happened?"

Aku berdiri.

Cik tadi membulatkan matanya.

"Eh, akak..."

Aku memandang wajahnya lama.

"Ni sayalah. Linda."

Oh iya. Baru aku teringat. Linda. Pramugari yang membantu aku semasa di dalam kabin.

"Thanks god. Tuhan pertemukan kita, Linda."

"Kenapa jadi macam ni?"

"Akak kena ragut."

"Jalan sini memang bahaya sikit, kak. Jomlah. Saya bawa akak pergi klinik."

Aku memandang Linda.

"Linda... Akak kena jumpa seseorang. Sekarang."

"Nanti jela. Kita pergi klinik. Tangan kiri akak tengah bleeding tu."

Tapi Rayqal... Aku mahu jumpa Rayqal.

Aku rasa kesal tinggalkan dia tadi. Nasib baik aku cuma cedera ringan. Kalau tidak, pasti aku tak dapat jumpa Rayqal buat selamanya.

Melihat aku tidak berganjak, Linda memaut lengan aku.

"Nanti kita cari kawan akak tu. Keselamatan akak yang perlu diutamakan sekarang."

Aku mengangguk.

Semoga aku sempat bertemu Rayqal sebelum dia pulang ke Malaysia.

Maafkan saya. Sebab tak percayakan awak...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience