"Hello. Awak kat mana?"
Aku menelefon Adam. Aku rindukan dia. Entah kenapa hati aku meronta mahu ketemu dengan dia.
"Kat tapak projek. Why, sayang?"
"Balik KL tak harini? I want to see you. Rindu."
Kedengaran keluhan di corong talian.
"Tak kot. Adam tengah busy ni."
Ala... Aku nak jumpa dia jugak.
"Awak tak sayang saya. Awak ada orang lain kan?"
Aku mula serkap jarang.
Kebelakangan ni, dia banyak mengelak. Asyik bagi alasan busy je. Dia dah tak sayang aku lagi agaknya.
"No la. Kenapa cakap macam tu?"
"Sebab awak dah mula ignore saya. Kalau awak ada orang lain, cakap jela!!"
Aku mula membentak kasar.
"Look. Adam tak tipu. Memang Adam tengah busy. Projek baru masuk. Nak siapkan proposal lagi. Nak jumpa client lagi."
"Nak luangkan masa dengan saya pun tak boleh ke? Kalau busy sangat, cari la masa!"
Aku tak tahu kenapa aku nak marah sangat sampai nak naik hangin tak menentu.
"I'll call you back. Tunggu Adam setelkan semua kerja."
Aku diam. Tanda memprotes.
"Hello..."
Aku terus mematikan talian. Geram.
Dah mula takde masa untuk tunang dia ni.
.
.
.
Aku bergaduh besar. Dia call aku tak jawab. Dia mesej aku tak balas.
Aku mahukan perhatian dari insan tersayang. Salah ke tindakan aku?
Dia call aku menggunakan video call. Nak taknak aku terpaksa angkat.
Bila ego mengatasi segalanya, aku mahu ego menang. Tapi, aku terlalu sayangkan dia.
"Iris Nadia... Awak kat mana? Kenapa Adam call tak angkat. Marahkan Adam ke?"
Aku melihat wajah sayu dia.
Adam.
"I'm so sorry. Adam bukan saja gunakan alasan busy. I miss you too."
Hati aku jadi sejuk mendengarkan perkataan rindu dia pada aku.
"I love you, Iris Nadia."
Bila dia ucapkan kata cinta, aku kalah. Aku jadi cair.
Aku senyum.
"I love you too. Balik la sini cepat."
Sehari tak tatap wajah dan dengar suara dia, aku jadi murung.
"I wish I can. Adam akan balik sana. Maybe esok petang."
Lamanya.
"Balik harini tak boleh ke?"
"Sayang... Jangan macam tu. Adam kerja keras untuk kita jugak. Supaya Adam dapat menyenangkan hidup awak."
"Saya tak mintak duit awak. Saya pun berduit. Galeri ni cukup untuk tampung hidup kita berdua. I just want you to be my side."
Mungkin aku yang tak faham dia. Mungkin aku yang terlalu mendesak. Atau mungkin dia makin bosan dengan kerenah dan rengekan aku.
"Adam janji. Kita jumpa esok. Can't wait to see you."
Aku senyum. Dia juga senyum.
"Iris..."
"Yes."
Dia memandang aku, seolah mahu berkata sesuatu.
"Hmm takpela... Esok je kita borak panjang, okay. Take care, my dear. Apapun yang jadi, Adam tetap sayangkan Iris Nadia. Selamanya..."
Lega hati aku mendengarnya.
Tak sabar nak jumpa dia esok. Aku nak prepare candle light dinner.
"Okay. Baik-baik kat sana. Drive jangan laju-laju. Bye."
Selalu aku mengingatkan dia. Dia suka pandu laju. Risau. Aku taknak apa-apa berlaku pada dia.
.
.
.
Aku dah reserve restoran untuk dinner malam ni.
Aku mengacau air minuman di atas meja.
Adam lambat!
Sepatutnya dia dah tiba di KL. Tapi dia terlewat. Katanya hujan lebat di sana. Entah kenapa hati aku berdebar. Bagaikan sesuatu akan terjadi.
Aku memandang rintik hujan di balik cermin tingkap restoran.
Aku kenal Adam dah lama. Dari zaman universiti lagi. Teringat kali pertama aku kenal dia, selalu je bergaduh. Ada je yang tak kena. Sehinggalah aku dan Adam sekumpulan dalam menyiapkan tugasan. Masa tu baru aku kenal hati budi dan sikap dia.
Penyayang dan bertanggungjawab.
Dia kata akan menyayangi aku sehingga ke hari tua. Sebab itulah aku tak ragu untuk bertunang dengan dia. Tinggal satu lagi fasa je iaitu perkahwinan.
Adam Zarieyl.
Aku selalu katakan padanya yang cuma dialah Mr. Dia aku. Lelaki pertama dan terakhir yang akan aku sayang.
Deringan telefon mematikan lamunan.
Tertera nama My Darling di talian. Aku senyum.
"Hello, sayang."
Dia bersuara terlebih dahulu.
"Hello. Awak dah sampai mana?"
Aku masih menanti dengan penuh sabar.
"Sayang, Adam masih lagi dalam perjalanan. Sorry. Ada kerja last minit tadi."
Aku kehampaan. Aku sangkakan dia sudah hampir tiba. Sudah sejam lebih aku tunggu.
"Lama lagi ke? Penat saya tunggu awak nak candle light dinner sama-sama."
Dahi aku berkerut. Geramnya. Dari tadi aku duduk tercongok kat sini.
"Sayangku Iris Nadia..."
Nada suara dia mendayu.
"Adam minta maaf. Bukan niat Adam nak mungkir janji. Tunggu Adam sampai, boleh?"
Nak merajuk la camni.
Aku diam. Malas mahu melayan dia.
"Sini masih lagi hujan lebat."
Aku faham. Aku taknak dia tergesa-gesa untuk sampai ke sini. Keselamatan lagi penting. Kadang-kadang pemanduan dia buat aku kecut perut.
"Takpelah. Awak drive elok-elok. Hati-hati memandu tu. Jangan bawak laju. Ingat orang tersayang."
Aku memberi peringatan padanya.
"Okay sayang... Setengah jam lagi Adam sampai. I love you sayang. Jaga diri baik-baik kat sana."
Ada kelainan pada nada suaranya.
Kejap lagi kan nak jumpa, kenapa suruh aku jaga diri? Aku perhatikan perangai Adam dari haritu macam pelik. Dia banyak mendiamkan diri. Tidak seperti kebiasaan.
"Okay awak. Saya tunggu awak kat sini. Stop la conversation kita ni, nanti awak tak fokus drive."
"Baiklah. Haish... Kereta depan ni. Dahlah tengah hujan lebat, bawak terhuyung hayang."
Aku sempat dengar dia berleter seorang diri.
"Kenapa tu?"
Perasaan aku jadi makin kurang enak.
"Kereta depan ni tadi dia potong Adam. Pastu laju gila dia bawak. Macam mabuk je pemandu tu."
Aku diam. Telinga menangkap rembesan air hujan dan bunyi jalan raya.
"Eh gila la kereta depan ni!!"
Aku hanya mendengar rungutan dia dari dalam telefon.
"Allahuakbar!!!"
Aku dengar bunyi dentuman kereta seperti berlanggar.
Apa jadi? Aku terus terbangun dari tempat duduk.
"Adam!!! Apa yang jadi tu?"
Tiada sahutan di corong talian sana.
"Awak... Adam Zarieyl!!!"
Aku sudah tidak mempedulikan mata yang memerhati aku. Aku menjerit sekuat hati. Lalu bergegas keluar dari restoran.
Dia kat mana? Ya Allah. Selamatkan dia. Selamatkan tunang aku.
Air mata laju mengalir. Aku takut perkara buruk berlaku padanya.
Aku masih lagi tidak putuskan talian. Keadaan sunyi sepi di sebelah sana.
Apa jadi pada Adam aku?
.
.
.
Sukar untuk aku terima hakikat. Adam meninggalkan aku buat selamanya. Ini semua salah aku. Aku yang paksa dia balik sini.
Aku menatap jasadnya yang kaku.
Kila di sebelah menemankan aku di hospital ini.
Adam meninggal di tempat kejadian. Tidak dapat diselamatkan.
Pemandu yang mabuk itu juga cedera parah. Semua salah dia yang menyebabkan tunang aku kemalangan.
"Sabar, Iris. Anggap ni semua ujian. Kau kena kuat."
Aku memandang Kila.
"Adam dah tinggalkan aku. Tiada siapa akan sayang aku lagi seperti dia sayangkan aku."
"Kau jangan cakap macam tu. Jodoh kau dengan dia setakat tu je. Terima la ketentuan Allah."
Takdir kejam. Meragut insan yang aku sayang pergi. Aku tiada mak ayah. Tiada juga adik beradik lain. Aku keseorangan di dunia ini.
"Kau masih ada aku, Iris. Kita kan kawan dari kecik."
Aku memeluk Kila. Aku cuma ada Kila seorang.
"Ini semua salah aku. Aku yang menyebabkan dia pergi. Aku paksa dia balik sini. Aku ikutkan sangat hati yang meronta nak jumpa dia. Kalau tak, semua ni takkan terjadi."
Patutlah Adam asyik suruh aku jaga diri. Dia dapat rasakan agaknya dia bakal pergi.
Ibu Adam tiba di bilik mayat.
Sebaik saja menatap wajah anaknya, dia terduduk dan mengongoi.
Aku mendapatkan mak Adam.
"Makcik..."
Kami berpelukan.
"Adam dah tinggalkan makcik."
Aku menangis lagi. Kali ini lebih lebat dari tadi. Perasaan bersalah menerpa diri.
"Mungkin ni semua salah, Iris. Kalau dia tak balik tadi, mungkin ni semua takkan jadi."
Ibu dia mengusap rambut aku.
"Allah lebih sayangkan dia. Jangan salahkan diri."
Ibu Adam cuba menenangkan aku.
"Sayang, Iris kena kuat lepasni. Kena hidup tanpa Adam."
Aku tak mampu. Kata-kata Ibu Adam buat aku sebak.
Tenanglah di sana sayangku, Adam Zarieyl. Saya sayangkan awak... Awak tetap Mr. Dia saya sampai bila-bila.
Share this novel