Rayqal pergi outstation selama empat hari. Aku rasa sunyi. Rindu pada dia.
Tu la, Iris. Bila dia di depan mata, pandang dia lama-lama taknak. Sekarang, hati sudah merindui.
"Tatap gambar buah hati ke, Cik Iris Nadia?"
Aku tersentak. Kila. Dia menjengah melihat gambar yang aku tatap.
"Bila kau sampai? Aku tak dengar pun."
Kila melabuhkan punggung di atas sofa.
"Ada la dalam beberapa minit. Aku perhatikan je kau ni. Kena penyakit angau eh?"
Aku memuncungkan bibir.
"Penyakit rindu tak berlagu."
"Oh. Kalau rindu berlagu macam mana pulak?"
Aku menjongket bahu.
"Kau ni kan, keras hati. Bagi jela tahu kau rindu dia. Pastu kau pergi sana dan suruh dia jemput."
Hmm bolehkah begitu?
"Taknak la. Nanti dia rimas. Nanti dia cakap aku ni ganggu kerja dia di sana."
"Kau yakin dia kata begitu? Jangan-jangan dia lagi suka kalau kau bagi perhatian walau dia tengah busy."
Yeke?
"So, kalau aku buat kejutan datang sana, kau rasa dia suka ke? Aku risau lah. Tapi nak tunggu dia balik sini terasa lama."
"Aku kenal Rayqal tu macam mana. Dia kat mana beb sekarang ni?"
"Dekat Australia."
"Oh I see. Mamat ni selalu sangat outstation. Kesian kau. Cepat-cepatlah ada ikatan. Nanti kau boleh follow ke mana sahaja dia pergi."
Kalaulah boleh macam tu...
Tapi, aku kena pulihkan diri dari fobia akibat kehilangan Adam.
"Nanti aku search tiket flight. Harap-harap dapat jumpa dia kat sana."
Kila pandang aku.
"Serius?"
Aku angguk laju.
"Yes. Aku nak cari dia kat sana. Aku nak buat kejutan kat dia. Taknak bagitau dia. Kau pun Kila, jangan bagitau dia aku akan ke sana."
Aku mengingatkan Kila. Taknak kantoi.
"Bila kau nak pergi sana?"
Aku masih berkira-kira. Maybe esok pagi.
"Kalau tiket masih available, maybe esok."
Tak sabar nak jumpa Rayqal. Aku rindukan suara dia.
Parah penyakit angau ni. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.
"Take care, Iris. Kalau da jumpa dia, contact aku cepat-cepat. Risau kau pergi sana seorang diri."
Kila menepuk bahu aku.
"Okay. Tahulah aku jaga diri. Maybe aku ambil cuti seminggu. Boleh jalan-jalan kat sana. Haha."
Aku nekad. Mahu ke sana. Wait for me, Rayqal.
.
.
.
Hari ini aku sengaja tidak reply mesej dia. Mahu dia rasa tertunggu.
Saya nak surprise kan awak, Rayqal.
Aku memandang papan waktu berlepas flight di depan. Lagi satu jam setengah. Kejap lagi nak boarding.
Nasib baik seat masih banyak kosong pagi ni. Kalau tak, jenuhlah kena tunggu petang.
Mesti dia busy kan kat sana?
Kesian, Rayqal. Terlalu workaholic.
Aku janji takkan ganggu kerja dia. Aku cuma nak tengok dia dari jauh je.
Satu announcement kedengaran.
Aku mula melangkah masuk ke imigresen. Untuk check in luggage dan pemeriksaan passport.
Selesai semua, aku mencari seat dalam kabin. Penat. Aku mahu melelapkan mata. Mahu Rayqal muncul di dalam mimpi.
.
.
.
"Cik, bangun. Kita da sampai."
Seorang pramugari MAS mengejutkan aku. Orang ramai mula menyusur keluar dari kabin.
Kepala aku rasa pening. Mual. Barangkali jarang terbang ke luar negara.
"Cik, are you okay?"
Aku menggeleng.
"A little bit dizzy."
Aku cuba gagahkan diri. Perlahan-lahan.
"It's okay. Take your time, miss."
"Nak air panas tak?"
Aku mengangguk. Mungkin boleh melegakan sedikit.
"Tea or coffee?"
"Tea. Saya tak suka kafein."
"Okay, wait ya."
Aku menunggu cik pramugari tadi berlalu pergi.
3 minit kemudian, dia kembali. Di tangannya menatang secawan teh panas.
"Thank you."
Aku menyisip teh panas tadi. Lega bila air suam melalui tekak.
Habis saja hirup secawan teh tadi, aku segera bangun.
"Thank you so much, cik pramugari. Saya pening kejap tadi."
"Takpe. Tugas saya memang kena pastikan keselamatan penumpang dalam flight sentiasa terjamin dan beri bantuan jika perlu."
Aku senyum.
"By the way, siapa nama you?"
Aku sekadar mahu tahu nama dia. Disebabkan dia sempat tolong aku tadi.
"Call me Linda."
Dia senyum. Manis sangat senyuman dia. Aku jangkakan dia lagi muda dari aku.
"Alright, Linda. Ada jodoh kita jumpa lagi."
Tangan aku menarik beg sandang di laci atas kepala penumpang.
"Sama-sama. Insyaallah. Cik juga jaga diri baik-baik."
Aku mengangguk.
Mula rasa bersemangat dalam misi Mencari Mr. Rayqal di Australia.
Baru saja aku mahu melangkah, Linda memanggil aku.
"Ada apa, ya?"
"Cik ada pen dan kertas tak?"
Aku mencari di dalam beg tangan.
"Ada. Nah."
Dia mencatat sesuatu di atas kertas yang aku berikan tadi.
"Ni nama penuh saya. No telefon. Dan alamat saya. If you need anything, just contact me. Saya juga tinggal di Australia ni untuk beberapa hari."
Wahh... Baiknya hati dia.
"Okay. Thanks sangat-sangat. Jika saya perlukan bantuan atau lost, saya cari Linda ya."
Dia senyum lagi.
"Take care tau."
Aku mengangguk. Pasti dia melihat aku terkial-kial menjejakkan kaki ke tanah Australia ini.
Demi Rayqal, aku sanggup redah benua, dan lautan api juga sanggup ku renangi. Cewah...
Share this novel