Bab 19

Romance Series 59219

Aku kini berada di dalam perut pesawat. Aku pulang bersama Rayqal. Hal Linda dan Izwan katanya akan diselesaikan, aku doakan yang terbaik buat Linda dan Izwan. Kalau benar jodoh mereka berdua, pasti Allah akan menyatukan.

Sekarang hal aku pula dengan Rayqal yang perlu diselesaikan. Aku memandang awan di kaki langit. Mengelamun memikirkan apa yang terbaik buat aku.

"Iris..."

Rayqal berbisik di telinga. Dekat sangat.

Aku kurang suka cara Rayqal, romantik tak bertempat. Adam Zarieyl pun tak pernah serapat ini dengan aku. Masih tahu jaga batas pergaulan.

Aku memusingkan muka. Memandang dia. Bibir kami hampir bertaut.

"Rayqal... Apa ni? Saya kurang suka la awak rapat sangat macam ni."

Aku meluahkan rasa bimbang. Bukan bimbang dengan dia tapi dengan diri aku sendiri. Takut tidak dapat mengawal diri.

Dia senyum.

"Yeke tak suka?"

Aku menjulingkan biji mata.

"Behave okay?"

"Siapa Megat Zafril?"

Aik, apesal sebut nama Megat pulak ni?

"Oh, dia tu boyfriend masa zaman sekolah."

Wajah aku tiada perasaan bila menyebut nama Megat.

"Boyfriend?"

Wajah Rayqal masam mencuka.

"Tak pernah cerita pun."

Dia menayang muka tak puas hati.

"Awak tak pernah tanya saya."

"Kalau saya tak tanya, tak bermakna awak kena mendiamkan diri."

Aduh. Takkan la Rayqal rasa cemburu dengan Megat Zafril?

Dia memeluk tubuh.

"Dia tu boyfriend zaman saya masih hingusan. No feeling, okay?"

Aku menjelaskan supaya tiada salah faham di sini.

"I thought that your first boyfriend was Adam."

"Boleh tak kita jangan ungkit hal lama. Saya tak pernah tanya pasal awak dengan Bella, kan?"

"Iris Nadia, no more secret between us. Kalau awak tanya, saya jawab. Kalau saya tanya, awak kena jawab."

Sah. Rayqal cemburu.

Dia menyelitkan helaian rambut di belakang telinga aku.

"Ehem. Kalau rasa cemburu dengan Megat tu cakap jela."

Wajahnya berubah.

"Mana ada. Dia kan cuma lelaki zaman hingusan awak."

Aku mencebik bibir. Senyum senget sedikit.

"Dahlah, saya nak tidur kejap."

"Nak mengelak ke? Awak janganlah cemburu, nanti saya makin sayang."

Aku senyum mengusik.

Terus saja dia membuka mata.

Comelnya dia.

"Apa dia?"

"Sayang..."

Sengaja aku mengedikkan suara. Gelinya. Sejak bila aku jadi gedik bila berdepan dengan Rayqal ni?

"Sebut lagi sekali."

"Sayang..."

Kali ini sengaja aku melembutkan suara.

"Sayang awak jugak, Iris."

Aku terus menjentik telinga Rayqal.

Aku harap hubungan kami akan terus berkekalan. Aku sayangkan dia. Tak mampu terima kehilangan lagi.

"Saya mengantuk. Nak ganti tidur semalam. Nanti kalau dah tiba Malaysia, jangan lupa kejutkan saya."

"Okay baiklah. Sweet dream, Mr. Rayqal Farish."

Dan aku... Menyambung semula lamunan ke luar jendela pesawat.
. .
. "Rayqal, tunggu la saya."

Ish dia ni, marahkan aku sampaikan aku ditinggalkan di belakang.

"Bagasi ni pun berat nak mati."

Terkial-kial aku cuba menariknya.

"Beratnya... Apa aku letak dalam ni. Dahlah roda sebelah kanan ni buat hal."

Aku merungut geram. Aku letak batu bata ke dalam beg ni?

"Rayqal!"

Dia sedikitpun tidak mahu menolong aku. Kurang asam betul la dapat boyfriend macam ni.

Sengaja je biarkan aku macam ni. Jalan menonong tak ingat dunia.

"Cik, nak saya tolong tak?"

Aku masih cuba menarik bagasi yang satu lagi.

"Tolong bawakan yang satu lagi tu."

Tanpa sedar mulut aku memberi arahan tanpa melihat empunya suara.

"Okay, Nadia."

Nadia?

Passport aku terlucut dari tangan.

Macam pernah dengar je suara dia ni. Tapi kat mana ye?

Setelah mengutip passport di lantai, aku bangun berdiri mahu menghadap gerangan manusia di hadapan.

"Aduh!"

Kepala kami berlanggar.

Aku memandang dia. Gulp.

Megat Zafril bin Megat Tajudin.

OMG. Bala datang.

"Hi, Nadia."

Seorang lelaki tinggi lampai berdiri dengan tegak di hadapan aku.

Panjang umur mamat ni. Baru je sebut tadi.

"Remember me?"

Dia melambaikan tangannya di hadapan muka aku.

"Of course. Megat Zafril. Apa awak buat dekat sini?"

Malunya ingat zaman sekolah.

"Traveling. And you?"

Aku senyum menampakkan gigi sambil tangan menunjukkan beg yang banyak.

Rayqal yang berjalan mendahului aku turut terhenti langkah memandang kami berdua.

Habislah, perang sekejap lagi.

Aku harap Rayqal mampu menolak api cemburu butanya itu.

"Iris..."

Rayqal memanggil nama aku. Dia mengerling aku semacam.

"Nadia, lama sangat tak jumpa awak. Sihat?"

Aku mengangguk. Rayqal menghampiri kami.

"Honey, kenapa lambat sangat jalan ni?"

Honey? Tak pernah pun mamat ni panggil aku macam tu.

Megat memandang aku dan Rayqal silih berganti.

"Nadia, kalau tak keberatan saya nak nombor telefon awak boleh? Senang nak contact nanti."

"Boleh. 01356..."

"No. Ambil nombor saya. 013543 tekan-tekan tak dapat. Jom Iris..."

Eh? Rayqal menarik tangan aku.

"Kejap, beg saya."

Rayqal menarik beg dari tangan Megat.

Dalam banyak-banyak tempat, kenapalah aku boleh terserempak dengan Megat kat sini?

"Tunggulah. Sakitlah tangan saya awak genggam."

Rayqal memberhentikan langkah. Memandang Megat dari jauh yang masih tercengang memerhatikan kami.

"Suka la kan? Megat tiba-tiba muncul."

"Mana ada suka. Awak fikir yang bukan-bukan kenapa?"

"Jangan nak cari Megat lagi eh. Kita kan nak kahwin."

Rayqal memberi amaran.

"Taklah. Awak ingat saya ni perempuan apa? Sampai hati tuduh saya."

Aku kecik hati. Kalau dia cemburu cakap jela, tak payahlah nak marahkan aku.

"Dahlah, Rayqal. Bak sini semua beg. Saya boleh balik sendiri la."

"Lagi satu, kalau cemburu tu cakap jela."

Aku menarik semua beg aku. Emosi jadinya.

Rayqal hanya membiarkan aku pergi. Tanpa mahu memujuk aku.

Lelaki dengan ego memang tidak dapat dipisahkan.

Kalau cemburu tidak mahu mengaku, tetapi lagi menyalahkan aku.

Mengapa aku pula yang dipersalahkan? Bila dia dengan Bella aku pulak kena buat-buat faham semuanya.

Aku dan Megat Zafril takkan ada apa-apa. Aku tak boleh terima dia disebabkan dia berkedudukan. Tidak sama taraf dengan aku. Aku tidak layak untuk Megat, sebab itulah aku tidak menyimpan sekelumit perasaan padanya.

Rayqal memang lelaki yang tinggi ego. Hubungan kami memang complicated kan?

Tak tahu la apa bakal jadi esok. Tak mungkin hubungan kami akan berkekalan jika tiada persefahaman dan kepercayaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience