Bab 22

Romance Series 59219

Aku tidak mampu melelapkan mata. Aku menjengah ke dapur. Membuka peti ais Kila. Tangan mencapai mangkuk aiskrim Vanilla Coklat. Sudu dicapai.

Aku merebahkan diri di atas sofa empuk di ruang tamu. Duduk di dalam kegelapan.

Perlahan-lahan aku menelan aiskrim yang mencair sendiri di dalam mulut.

Kila keluar dari bilik tidurnya. Membuka lampu dapur.

Minum air agaknya dia.

Sebaik saja melintasi ruang tamu, Kila menjerit.

"Hantu!"

Sudu yang dipegang terus terpelanting jatuh.

"Mak oii terperanjat aku..."

"Ni aku la, Kila!"

Kila menekan suis lampu utama.

"Kau buat apa ni dalam gelap, Iris?"

Aku menunjukkan mangkuk aiskrim.

Kila mengusap dadanya perlahan.

"Nasib aku tak mati terperanjat."

Sudah menjadi satu kebiasaan, jika sedang bersedih, aku memerlukan aiskrim untuk mengawal rasa sedih.

"Esok aku ganti lain. Sorry termakan banyak."

Aku berlalu ke dapur, menyimpan semula aiskrim ke dalam peti ais.

Langkah diatur semula ke dalam bilik tetamu.

Kila hanya memerhatikan tingkah laku aku yang agak kemurungan.

Twinkle, twinkle, little star...

Aku bernyanyi kecil sebelum dibuai mimpi lena.
. .
. Wajah aku agak lesu. Mata kian sembap akibat menangis terlalu banyak.

"Kau okay tak ni?"

Kila menegur aku sambil tangannya mencedok makaroni goreng ke dalam pinggan aku.

Aku menggeleng. Rambut yang kusut masai aku tocangkan.

"Aku taknak pergi galeri la hari ini."

Kila memandang aku semacam.

"Bukan ke kau ada meeting dengan investor lepas lunch?"

"Biar jela. Cancel."

Tangan Kila terhenti menyapu Nutella di atas sekeping roti.

"Kau ni, putus cinta sampai macam ni sekali."

"Malas nak hidup da. Hilang semangat."

Aku mengunyah makaroni goreng dengan perlahan. Tiada selera mahu makan.

"Iris Nadia sayangku, hidup kena diteruskan. Stay strong, okay?"

Hidup tanpa Rayqal seperti tiada makna. Tiada perencah rasa. Tawar.

Aku memandang Kila atas bawah.

"Kau tak kerja ke harini?"

"Beb, aku temankan kau harini. Aku ambil cuti."

Aku mencemik. Mahu menangis.

"Thanks, Kila. Kau sahabat aku dunia akhirat."

"Eh, don't crying. Baby girls don't cry."

Kila memujuk aku.

"Aku takde tempat nak mengadu selain kau."

"Aku sentiasa jadi tempat untuk kau bersandar, Iris."

"Bersiaplah. Aku bawa ke mana saja yang kau mahu."

Baiknya hati, Kila.

"Aku takde mood."

"Kita pergi jalan-jalan. Lepastu, singgah galeri. Kesian Cindy handle semua seorang diri."

Aku terdiam. Ada betul kata-kata Kila. Aku kena kuatkan semangat.

"Okay. Nanti aku hadir jugak meeting tu."

"Hah, macam tu la Iris Nadia yang aku kenal. Hati kental."

Aku senyum sedikit sambil meneguk air Milo panas. Menyuamkan hati sendiri.
. .
. Perempuan bila sedang dilanda kesedihan, kena cuci mata.

Tapi aku tiada nafsu untuk membeli belah. Kila cuba menceriakan mood aku.

Kaki aku melangkah ke dalam ruang galeri.

"Iris, I ingat you taknak singgah sini. You okay tak ni?"

Cindy memandang aku kerisauan.

"I'm fine. I takkan biar you handle meeting tu sorang."

"Okay, okay. I da prepare everything. Tinggal nak tunggu you semak paperwork. Ada kat atas meja you."

Aku berlalu mahu segera ke bilik. Kila hanya membuntuti dari belakang.

"Oh by the way, before you masuk bilik, ada someone tunggu you dalam bilik. Dia memang nak jumpa you sangat."

Aku dan Kila berpandangan.

"Rayqal datang sini ke?"

Otak aku asyik memikirkan dia. Tapi, tak nampak kereta dia pun.

Aku bergegas ke bilik. Pintu dibuka. Seseorang sedang membelakangkan aku.

"Rayqal..."

Dia menoleh.

Tak. Dia bukan Rayqal.

Wajah aku jadi cemberut.

"Apa kau nak lagi, setan?"

Untuk manusia begini, aku takkan sesekali melayannya baik.

"Nadia, saya datang nak minta maaf."

Aku mencebik.

"Aku taknak dengar pape. Get lost."

Aku terus duduk di atas meja. Menyelak helaian paperwork tadi.

Dia hanya berdiri sambil memerhatikan tingkah aku. Selesai menyemak, aku terus menandatangani dan letak dokumen tadi ke tepi.

"Nadia, bagi saya ruang untuk jelaskan."

Megat berwajah sayu.

"Kalau kau melutut pun, aku takkan maafkan kau."

Aku duduk di depan meja kerja. Memandang canvas lama. Sedikitpun tidak mempedulikan dia. Seolah dia tidak wujud di situ.

Tangan mula melakar satu wajah.

"Nadia... Please..."

Aku tidak menghiraukan rayuan dia. Tangan masih menggawang berus warna mengikut kata hati.

Setengah jam kemudian, Cindy masuk.

"Cindy, Kila mana?"

"Oh, dia dekat ruang galeri. You da sign paperwork tu?"

Aku mengangguk.

"Jom. Meeting dah nak start."

Aku mencapai planner dan telefon bimbit serta paperwork tadi.

Megat Zafril masih menyemak di sini. Tak reti nak balik rumah ke?

Baru saja mahu membuka pintu, tangan Megat menghalang.

"Saya takkan pergi selagi awak tak dengar penjelasan saya."

Aku mendengus kasar.

"Do whatever you want. I don't care."

Aku terus menolak kasar tangan dia.

Wajah aku tegang gila. Rasa mahu bunuh saja dia ni. Biar wataknya mati.
. .
. Meeting berakhir dengan baik. Para investor sudah bersetuju untuk melabur. IrisNa Galeri akan mengadakan kerjasama bersama galeri di luar Malaysia. Satu permulaan yang baik untuk melebarkan sayap galeri aku.

"Thank you, Cindy. For everything."

Cindy tersenyum dan mengangguk.

"Kila, kau taknak lepak dalam bilik aku ke?"

Aku menegur Kila yang sedang membaca novel di ruang galeri.

"Megat tu ada lagi la wei."

Aku memandang bilik. Dia ni memang tak faham bahasa kan? Apa dia nak pun aku tak tahu.

Aku menolak pintu bilik.

"Megat Zafril bin Megat Tajudin."

Megat masih tersenyum memandang aku.

"Apa masalah kau ni? Dah lebih tiga jam kau kat sini. Kau tak reti nak balik rumah ke?"

"I told you, selagi tak dengar penjelasan saya, I'm not going anywhere."

"Wei, kau ni da melampau la, Megat."

Kila mula mencelah.

"Aku cakap dengan Nadia, bukan dengan kau, Kila."

"Kurang ajar la kau ni!"

Nada suara Kila mendadak tinggi.

"Megat, saya taknak dengar pape pun. Please. Saya nak bersendirian."

Suara aku semakin serak. Aku tak cukup tidur malam tadi.

"Okay. Tapi tolong dengar. Sekali je. Malam ni saya nak kena gerak balik France. Bagi saya peluang untuk jelaskan."

Aku duduk di sofa. Menghadap dia.

"Nadia, saya nak minta maaf banyak-banyak. Saya tamak."

Apa maksud Megat?

"Saya tamak nakkan awak. Walaupun saya tahu awak takkan sesekali pandang saya."

Megat mula tertunduk.

"Saya gembira bila dapat tahu yang awak terserempak dengan Syilla kat Australia. Tapi, dia takde kena mengena dalam hal ni. Seseorang cuba dekati saya dan mahu bantu saya dapatkan awak."

"Saya bukan barang, Megat. Yang boleh ditolak ke sana sini."

"Ya. Saya tahu."

"Dan saya takkan sukakan awak. I'm sorry, Megat."

"Okay. Saya faham."

Aku cuba menjelaskan yang aku tidak akan terima Megat. Kerana hati aku hanya untuk Rayqal.

Megat mengeluh lemah.

"Saya cuma nak minta awak berhati-hati, someone nak hancurkan hubungan awak dengan Rayqal. Please, be careful. Tentang Rayqal, awak jangan risau. Saya sudah mesej dia dan jelaskan semua ini. Saya takde niat nak memporak-perandakan hubungan awak. Lagi-lagi bila awak dah decide nak kahwin dengan dia. He's the one you love."

Aku dah jangka. Rancangan diatur nak mengenakan aku.

"Siapa orangnya? Someone that I know? Is she Bella?"

Megat hanya tersenyum.

Sah, itulah jawapannya.

"Awak tak patut dengar cakap dia, Megat. She's using you."

"Iya. Saya tahu. Saya kembali ke Malaysia sebab rindukan awak, Nadia. Saya cuba dapatkan awak, tapi awak masih sama seperti dulu. Masih lagi Iris Nadia yang tegas. Yang takkan buka hatinya untuk sesiapa kecuali Adam Zarieyl dan Rayqal."

Aku tersentak bila dia menyebut nama Adam.

"Awak tahu ke selama ni pasal Adam?"

Megat mengangguk.

"A lot about you."

"Saya takde niat nak tolak awak. Cuma awak kena faham, perasaan tidak boleh dipaksa. Saya sedih. Kami da putus."

"Saya la penyebabnya. Saya akan betulkan semua ni."

Megat tertunduk.

"Memang pun salah kau! Kalau Iris dan Rayqal tidak jadi kahwin, siap kau, Megat."

Kila yang dari tadi menjadi pemerhati tiba-tiba menyampuk kata.

"Kila!"

Aku menjeling Kila.

"Okay. Saya terima maaf awak. Kalau awak janji sesuatu dengan saya."

Megat memandang aku semula.

"Tolong jelaskan pada Rayqal dan minta dia datang cari saya. Sebab saya takkan cari dia."

Aku bangun.

"Pintu terbuka luas, awak boleh pergi, Megat Zafril. Dan semoga selamat perjalanan ke France."

Aku menghalau dia secara sopan. Mahu dia faham yang aku perlukan ruang.

Entah kenapa kepala aku rasa pening. Dan mengantuk sangat.

"Thank you, Nadia. Sebab bagi saya ruang untuk jelaskan hal yang sebenar. Semoga awak berbahagia dengan Rayqal Farish. Nanti nak kahwin jangan lupa jemput. Nak juga rasa nasi minyak awak."

Aku mengangguk. Kila masih menjeling Megat. Wajahnya masih masam mencuka seperti tadi.

Sebaik saja dia melangkah keluar dan jauh meninggalkan aku, aku rebah di atas sofa.

"Iris!"

Terima kasih, Megat. Sebab hati awak baik. Terima kasih sebab masih sayangkan saya walaupun saya tidak pernah menyukai awak. Rayqal, maafkan saya. Saya tak mampu nak buat awak percayakan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience