Sepuluh tahun lalu...
"Kita tak boleh teruskan hubungan ni lagi. Saya dah tersuka dekat orang lain, Nadia."
Aku memandang wajah Megat Zafril dengan pandangan kosong.
Nak putus? Okay je. Buat apa aku nak halang perasaan orang lain? Dia dah tak berminat dengan aku lagi, so bye-bye...
"Nadia..."
Mesti dia ingat aku akan rasa sedih.
Kau silap Megat. Kau cuma cinta monyet aku. No mutual feelings and connection between us.
Perlahan-lahan aku mengukir senyum.
"Okay."
Wajah dia keliru.
"Apa maksud awak dengan okay?"
"Megat, kita ni cuma budak sekolah yang taktahu pape pasal cinta. Kita ni masih mentah. Saya tak kisah. Kalau awak nak putus, saya okay je."
Aku menghalakan pandangan ke arah padang sekolah.
"Saya tak percaya awak boleh cakap macam ni. Saya ingat awak ada perasaan pada saya."
"Saya layan awak tak lebih dari seorang kawan. Sebab awak sukakan saya dan nak ada relationship jadi saya terima jela."
Tenang saja bait-bait kata yang terluncur dari mulut aku.
Sebenarnya aku dah tahu apa yang dia bakal sampaikan. Benar, aku tiada perasaan pada Megat Zafril.
"Sampai hati awak, Nadia."
Dia memang suka memanggil aku dengan nama Nadia.
"Awak juga sampai hati perlakukan saya begini."
Dia fikir aku akan merayu, menangis barangkali.
Aku senyum lagi.
"Kenapa awak tak terus terang kat saya tentang hubungan sembunyi awak dengan Syilla?"
Megat tersentak.
"Macam... Macam mana awak tahu?"
Dia jadi tergagap.
"Saya dah nampak. Saya dah lama tahu. Syilla memang cemburukan saya. Apa yang saya ada, dia nak semuanya."
Megat menunduk. Rasa bersalah tipu aku barangkali.
"I'm sorry, Nadia. Saya sukakan Syilla. Dia lagi caring berbanding awak."
"Okay. Tak payah bersembang panjang. Cakap kat Syilla yang saya maafkan dia. Lepas apa yang dia buat dalam diam. Memburukkan saya dekat awak. Sahabat yang saya percaya tikam saya."
Aku menarik beg sandang. Mahu berlalu dari sini.
"By the way, one more things... Kirim salam sayang dekat Syilla, kata pada dia saya dengan dia dah putus sahabat, saya tak perlukan lagi kawan tak guna macam tu."
"Iris!"
Syilla tiba-tiba muncul.
"Tergamak kau nak putuskan persahabatan kita!"
Syilla menjerit.
"Sorry guys, aku tak boleh hadap muka korang berdua lagi. Semoga kalian berbahagia. Well, korang nampak sepadan sangat. Goodluck on your SPM. Bye."
Aku berlalu pergi tinggalkan mereka berdua yang memandang sesama sendiri.
Sorang penipu. Sorang lagi pengkhianat. Hmm eloklah tu berpasangan. Aku tak perlukan kawan macam korang. Patutlah keduanya asyik mengelak nak study bersama aku kat library. Rupanya sedang menjalin kasih dalam diam. Takpela, aku tak kisah pun cuma aku benci ditipu.
Semenjak hari itu, aku selalu mengelak dan mengasingkan diri daripada mereka. Tidak mahu ada pertalian lagi.
"Akak!"
Suara Linda mengejutkan aku dari lamunan panjang.
"Hah?"
Linda membuat muka.
"Suka sangat mengelamun. I'm asking you, macam mana akak kenal Syilla?
Oh iya. Linda menagih jawapan dari tadi.
Aku tersengih.
"She's my bff a long time ago. Macam mana dia boleh terjebak jadi kawan Linda pulak?"
Linda ternganga.
Syilla Ardiany. Takkan aku lupa dia. Best friend aku waktu zaman sekolah menengah. Aku tak sangka dia masih tidak berubah. Masih lagi kejarkan hak orang. Spesis perampas.
"Seriuslah?"
Aku mengangguk. Takkan aku nak tipu pula.
"Akak dah putus kawan dengan dia. Dia tak pernah berubah. Suka ganggu hubungan orang. Dulu dia ganggu akak, sekarang Linda pula."
Baru aku faham, connection aku dengan Linda ada sebabnya. Allah pertemukan aku dengan Linda kerana takdir yang aku sangkakan cuma kebetulan. Rupanya kami berkait rapat tanpa sedar.
"Tak sangka..."
Linda menunduk.
Fikiran aku terlayang beberapa tahun yang lalu. Ah sudah, aku taknak ingat lagi. Megat Zafril. Cinta monyet aku.
Tak sangka dia tidak berkahwin dengan Syilla. Apa yang pernah jadi pada aku dulu sekali lagi terjadi pada Linda. Sampai ke tahap ini Syilla bertindak. Aku sangka dia sudah berubah menjadi seorang yang lebih baik.
Satu SMS masuk.
'Sayang, saya dekat airport sekarang. Flight saya pukul 11 malam.'
Rayqal.
Dia mahu pulang ke Malaysia. Sampai hati dia nak terus pulang. Taknak temankan aku di sini. Wajah aku mula mendung.
"Akak kena pergi airport sekarang. Rayqal mahu pulang ke Malaysia malam ni."
Aku bangun. Rayqal.
Masih merajuk dengan aku.
"Linda hantar akak pergi airport. Kejap, Linda ambik kunci kereta."
Rayqal, sampai hati awak. Kata nak balik Malaysia sama-sama.
"Linda, akak nak pinjam majalah ni boleh?"
Linda mengangguk. Seraya tangan memasukkan majalah yang tidak sempat ku baca tadi ke dalam beg tangan.
Dan kami berdua, bergegas segera ke airport.
.
.
.
Rayqal memandang resah orang di sekelilingnya. Orang yang ditunggunya dari tadi masih tidak memunculkan diri.
Nampaknya memang Iris tak sayangkan dia. Patutlah tak nak kahwin.
Iris takkan datang pun. Lebih baik aku masuk ke balai berlepas.
Rayqal menarik bagasinya.
"Hey, Rayqal. Tak sangka I jumpa you kat sini."
Suara gedik Bella dari jauh kedengaran. Bella menghampiri dan terus merangkul lengan Rayqal.
"You balik sana sorang ke? Mana Iris you tu?"
Bella cuba menghimpit tubuh Rayqal dengan niat sengaja mahu menggoda. Rayqal memandang kulit Bella yang putih melepak tu.
Bella lagi menggesel tangannya ke dada sasa Rayqal.
"You tak rindu I ke, baby?"
Rayqal sepertinya asyik dengan perlakuan Bella.
Sengaja dia merapatkan dirinya dengan Rayqal. Mahu Rayqal tergoda dengan dia. Sikit lagi je nak masuk perangkap.
Rayqal tersedar. Astaghfirullahalazim. Kalau Iris nampak pasti salah faham lagi.
Dia menolak tubuh Bella menjauh.
"What are you doing right now? You dah gila ke? Kita dekat public sekarang."
Rayqal risaukan dengan pandangan orang yang memerhati tingkah mereka. Pasti orang akan kata kalau dah tak tahan sangat, check in jela hotel!
"Apa! You tu dah kenapa? Selalu I buat macam tu you suka je."
Bella Ayana ni dah gila agaknya.
"Kita dah takde pape hubungan. Kita kan dah lama putus."
Bella menggeleng.
"No, I masih sayangkan you la, baby."
Bella masih mahu memujuk Rayqal. Dia tidak percaya yang Rayqal sudah menolak dia jauh hanya kerana perempuan bernama Iris Nadia.
Entah apa yang ada pada Iris Nadia tu. Biasa je tengok. Dari segi penampilan out bukan berapa seksi pun.
Tapi diakui wajah Iris itu manis bagaikan lakaran yang diconteng di atas canvas putih.
"Sayang? You memang cetek otak la, Bella!"
Rayqal menempelak Bella.
"You dah lupa ke apa yang you da buat?"
"I silap. Sekarang I da sedar."
Bella cuba menagih simpati.
"Tak. Kau tak pernah sedar, Bella."
Aku mencelah kata.
Laju langkah aku menerpa mereka.
Bella mahu merangkul semula lengan Rayqal.
Gedik betul Bella ni. Tak malu agaknya diperhatikan minah saleh yang menyaksikan drama tidak berbayar.
Aku meleraikan pegangan Bella.
"Iris..."
Rayqal memandang aku.
"Takpe, saya dah nampak semuanya tadi. Thanks, Bella. Sebab kau dah melengahkan masa. Kalau kau takde tadi, for sure Rayqal da masuk ke balai berlepas."
Aku menarik Rayqal jauh dari Bella.
"Sayang... Kata nak balik sama-sama?"
Rayqal memandang aku serba salah. Aku senyum. Sengaja mahu membakar hati Bella.
"Jomlah. saya ada benda nak cakap dengan awak."
Rayqal hanya mengikuti.
"Bye, Bella."
Bella memandang aku kegeraman. Bibirnya terjuih. Dia menghentak sebelah kakinya dan berlalu ke balai berlepas. Rancangannya gagal kali ni.
Aku melihat Bella yang semakin menghilang di balik celah manusia yang ramai.
Aku menggeleng. Bella... Bella...
Jangan ganggu Rayqal aku boleh tak? Tak faham bahasa sungguh perempuan bernama Bella Ayana ni.
Sebaik saja menjauh daripada pandangan orang, aku melepaskan tangan.
Memandang Rayqal tidak puas hati.
"Iris... Tadi tu..."
"Saya faham. Saya dah dengar dan nampak semuanya."
"Awak percayakan saya?"
Aku mengangguk laju.
"Thanks Iris sebab awak percayakan saya."
Aku merenung Rayqal.
"Kenapa awak nak balik tak tunggu saya?"
Rayqal diam. Hanya membiarkan keadaan kami jadi sepi.
"Awak marahkan saya ke? Sebab saya tak bagi jawapan?"
Dia diam lagi. Seolah berjauh hati.
"Janganlah merajuk. Karang saya cium kang."
Aku sengaja mengusik Rayqal.
"Ciumlah."
Eh, mamat ni. Aku main-main je.
"Okay. Tutup mata."
Dia menutup mata betul-betul.
Pap!
Aku menampar lembut pipi dia.
"Ouchh... Kata nak cium, tampar saya buat apa?"
Rayqal berpeluk tubuh. Aku menjulingkan biji mata.
"Awak dah gila? Kalau awak memang gila saya tak segan silu nak cium awak."
"Rayqal, saya ada benda nak bagitahu. Soal hidup dan mati."
Aku memandangnya dengan wajah serius. Okay, yang ni takde masa nak bergurau.
"Rayqal Farish..."
"Saya Iris Nadia... sudi jadi isteri awak."
Mata Rayqal memancarkan cahaya. Seronok la tu.
"Betul ke ni?"
Aku mengangguk laju-laju.
"Yes. Tapi dengan satu syarat."
"Bagilah banyak syarat pun, saya sedia ikut."
Yakin benar kamu, Rayqal.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Tidak pasti mahu menyuarakan padanya atau tidak.
"Cepatlah... Apa dia?"
Aku senyum. Namun bila terpandangkan Linda dari jauh yang melihatkan kami, senyuman aku jadi mati.
Lelaki bernama Izwan tu sempat menarik Linda dalam pelukan. Dan dia menyeret Linda pergi.
Linda enggan ikut namun seperti terpaksa.
"Rayqal, kita cakap hal ni lain kali boleh tak? Saya kena tolong Linda."
Rayqal mengerut dahi.
"Linda?"
Rayqal turut memandang ke arah pandangan yang aku hala.
"Linda!"
Aku menjerit. Namun mereka sudah menjauh.
"Awak, Linda kena culik."
Aku mahu bergegas mendapatkan Linda.
"Rayqal, awak balik dulu. Saya kena pergi selamatkan Linda. Dia dalam bahaya tu."
Aku tak sangka Izwan ikuti kami dari belakang.
"Iris..."
Rayqal menghalang.
"Saya temankan awak. Saya balik esok jela."
Dan kami bergegas mengejar Linda yang makin kejauhan.
Share this novel