Cahaya matahari menemborosi tingkap kereta. Silauan yang terik menyedarkan lena aku yang tidak berapa panjang.
"Morning."
Suara dia menyapa gegendang telinga aku. Aku menggosok kelopak mata.
Aku terdengar desiran ombak yang menghempas pantai.
"Kita kat mana?"
Suara aku jadi serak.
"Cuba teka."
Rayqal tersenyum manis.
"Saya tak tahu."
"Iris sayang... Harini kita tidur kat resort ni okay. Esok kita kahwin."
Hah?
Rayqal ni pun, janganlah bergurau macam ni.
"Apa awak cakap ni? Janganlah main-main."
"Takut?"
Aku diam. Memang aku takut pada kata-katanya.
"Don't worry. Saya gurau je. Kita relaks kat sini, okay?"
Dia membuka pintu kereta.
"Jom. Saya dah booking dua bilik."
Aku menarik nafas lega. Nasib baik Rayqal takkan apa-apakan aku.
"Get some rest. Saya tahu awak tak boleh tidur lena."
Aku tidak memandang wajahnya.
"Iris..."
Dia memanggil aku. Dan aku menoleh.
"I love you."
Kata-kata cinta. Dah terlambat. Perasaan aku jadi tawar. Kosong.
Aku terus menarik luggage dan meninggalkan dia tanpa membalas bicaranya.
I love you konon. Pergi matilah dengan cinta kau.
Yang penting sekarang ni, macam mana aku nak lari daripada dia? Telefon bimbit kena rampas. Dompet pun dia ambil. Melampau betul mamat mental ni.
.
.
.
Aku merebahkan diri ke atas katil yang empuk. Selesanya bilik ni. Balkoni berhadapan dengan sea view.
Tetapi, berhadapan dengan Rayqal Farish sangat menyakitkan hati. Aku rasa tak mampu nak menahan sedih di depan dia.
Ting tong.
Loceng pintu berbunyi.
Aku membuka pintu bilik.
Seorang pekerja hotel tersenyum manis memandang aku.
"Cik Iris... Ni ada makanan untuk lunch."
Mata aku terpaku ke arah hidangan yang banyak.
"Saya takde buat reserve menu pun."
"Ya. Encik Rayqal suruh saya hantarkan. Katanya mesti Cik Iris lapar."
Hmm. Nak tunjuk baik pulak.
"Okay. Terima kasih."
Aku membuka pintu seluas yang mungkin bagi memberi ruang pekerja tersebut masuk ke dalam bilik.
"Encik Rayqal suruh habiskan semua ni."
Aku ni macam orang suruhan pulak kena ikut semua arahan dia.
"Okay."
Malas nak menjawab lebih.
Pekerja tersebut terus keluar setelah meletakkan kesemua hidangan ke atas meja makan.
Selera aku jadi tumpul. Dah berhari-hari aku tak selera nak menjamah apa-apa.
Ada satu kertas nota berwarna pink diselitkan di tepi pinggan.
'Irisku sayang, jangan lupa makan. Saya tahu awak masih marahkan saya. Tapi, kesihatan kena jaga juga. Take care.' - Rayqal
Kertas nota tergelincir dari tangan.
Apa yang patut aku rasa sekarang? Bahagia?
Tak. Aku sedih.
Semua dah terlambat untuk aku. Apa lagi yang aku harapkan daripada dia? Hanya sisa perasaan je.
Aku takut nak lawan takdir. Takut keadaan bertambah parah.
.
.
.
Puan Sri Zalia menutup album lama. Satu gambar ditatap lama. Matanya terpaku memandang satu wajah yang dia sudah lupakan.
Seseorang yang dia pernah cinta. Cinta yang membuatkan dia jadi buta dan hilang kawalan.
Dia bencikan lelaki itu. Kerana dendam. Dia telah melakukan kesilapan besar. Satu kesilapan yang tidak akan terampun.
Arman.
Maafkan salah silap Lia pada keluarga Arman.
Lia betul-betul berdosa.
Matanya memandang satu persatu wajah di dalam gambar itu. Seorang wajah anak kecil yang tersenyum gembira.
Aku telah merampas kebahagiaan anak kecil itu kerana ketamakan aku.
I have to fix all of this!
Dia perlu cari siapa anak kecil itu untuk menebus semua dosa yang telah dia lakukan.
Maafkan aku, Arman.
Dia tidak mahu anak lelakinya, Rayqal melakukan kesilapan yang sama seperti apa yang telah Arman lakukan padanya.
Cukuplah dulu dia menderita. Dan dendam yang menguasai diri membuatkan hidupnya jadi hancur.
Kifarah selalu menerjah tanpa memberi salam.
Dia sudah tua. Jangka hayat hidupnya juga mungkin tidak lama.
Berbalik pada Rayqal, anak lelakinya kini makin memberontak. Sudah tidak mahu mendengar kata-katanya lagi.
Rayqal sudah jatuh cinta? Tindakan anaknya kelihatan pelik. Sejak arwah suaminya, Rafiqi meninggal dunia, Rayqal telah menjarakkan dirinya daripada dia.
Mama rindu anak Mama. Where are you, Rayqal?
Kesian melihat Bella yang terkapai-kapai seperti dirinya satu ketika dulu.
Satu keluhan berat dilepaskan.
.
.
.
Ada sesuatu yang menghimpit jiwa. Malam ini aku tidak dapat melelapkan mata.
Aku keluar menuju ke balkoni.
Memandang bintang di langit. Mengira betapa banyaknya bintang yang berkerdipan. Rasa tidak sedap hati. Aku mengurut dada. Terasa sesak.
Kenapa ye? Ada sesuatu yang kurang enak. Bad feelings.
Rasa mengantuk tapi tidak mampu lelapkan mata.
Memandang bilik sebelah. Pasti Rayqal sudah dibuai mimpi. Dan aku... Masih lagi memandang langit yang kelam. Suram. Tiada bulan di langit.
"Kalau tak boleh tidur, cuba kira kambing biri-biri."
Suara itu... Menjengah lagi. Kebelakangan ini, suara Adam kedengaran di corong telinga.
Mungkin aku rindukan dia. Mungkin juga aku sudah lama tidak menziarahi kubur dia.
"Rayqal boleh jaga awak dengan baik, Iris. Saya amanahkan dia untuk jaga awak. Percayakan dia. Dengar kata hati awak."
Aku memejamkan mata. Meletakkan tangan di dada.
Cuba dengar kata hati sendiri.
Rayqal bukan Mr. Dia saya, Adam.
Naluri saya mengatakan keadaan akan bertambah buruk. Saya perlu lepaskan dia pergi. Dan dia juga perlu lepaskan saya.
"Cuba tenung mata Rayqal, Iris. Awak akan tahu perasaan dia yang sebenar. Dia takkan permainkan awak."
Aku menutup kedua belah telinga. Mengusir suara Adam pergi.
Tidak. Segalanya tak mungkin.
Dengar kata hati kau, Iris.
.
.
.
"Kita nak ke mana?"
Rayqal tersenyum.
Dia memberhentikan kereta di hadapan butik pengantin.
What?
Aku terlopong. Terkaku. Terkesima.
Impian aku dari dulu. Jejakkan kaki bersama orang yang aku sayang. Pelamin anganku musnah tanpa Adam Zarieyl.
"Jom. Kita test baju pengantin."
No way. This is wrong. Aku taknak kahwin dengan Rayqal.
Aku menggeleng.
"Saya taknak. Saya nak balik."
Rayqal berubah wajah. Senyumannya terus mati.
"Jangan degil, Iris. Ikut saya."
"Taknak. Taknak. Taknak. Jangan paksa."
"Keluar. Kalau tak, saya seret awak."
Dia mengugut aku. Peduli apa.
Kau gila. Kau dah tak siuman, Rayqal.
Dia keluar dari kereta. Membuka pintu di sebelah aku. Menarik aku keluar dari kereta.
"Sakitlah. Jangan kasar boleh tak? Awak dah gila. Siapa yang nak kahwin dengan awak?"
Aku menarik muka.
Tanpa mempedulikan rungutan aku, dia menarik lengan aku kasar.
Tak guna kau, Rayqal.
Sampai sahaja di depan pintu butik. Aku mahu melarikan diri. Namun, dia lebih cekap memaut lengan aku.
"Senyum. Tak lama lagi kita akan kahwin."
Mamat ni memang dah putus fius.
"Hai... Selamat datang. Perlukan baju yang bagaimana?"
Aku cuma diam. Pelayan butik itu berbual dengan Rayqal.
"Sayang, nak baju warna apa?"
Aku menjeling marah.
"Hitam."
Warna berkabung. Padan muka kau.
"Maafkan tunang saya. Hormonnya tengah tak berapa baik."
Damn you, Rayqal. Pandai kau reka cerita.
"Bagi kami warna peach. Sesuai dengan warna kulit dia."
Aku menahan geram. Rayqal benar-benar melampau.
"Sayang, cuba senyum. Tak happy ke kita nak kahwin?"
Happy? Rasa mahu bagi penampar.
Nak taknak aku terpaksa mencuba baju tersebut.
Rasa sedih bila impian musnah. Berkecai. Allah lebih tahu.
Adam... Awak je yang memahami saya. Rayqal tak macam awak. Tapi, saya tak boleh bencikan dia.
Sempat aku mencuri pandang wajah Rayqal. Kesian dia. Kesian juga aku. Salah akukah? Salah diakah? Atau salah Bella? Mungkinkah salah takdir?
Aku berlalu ke bilik persalinan. Melihat dia tersenyum, aku rasa sedih. Inikah petanda rasa kurang enak dari malam tadi?
Bukan ini yang aku mahukan. Aku mahu keadilan buat kami bertiga. Tiada jalan lagi. Aku yang harus undur diri. Bukan Bella. Tapi aku.
Sedar diri kau, Iris. Rayqal sudah jadi milik Bella.
Berdiri di hadapan cermin. Memandang wajah sendiri. Air mata gugur perlahan.
Share this novel