Bab 20

Romance Series 59219

Aku mewarna lukisan di atas canvas. Tangan ligat mencampurkan kesemua warna yang ada.

Stress!

Dah dua hari Rayqal membatukan diri. Aku ke yang kena cari dia?

Dia ego!

Aku terdengar perbualan di luar bilik. Pintu tidak tertutup rapat. Pasti Kila datang menjenguk aku.

"Hi, Cindy. Iris ada?"

Kila berselisih dengan Cindy di luar bilik.

"Ada. Tapi kan, I rasa you jangan ganggu dia. Dia tengah moody tu."

"Moody? Dia senyap je ke? Ada marah-marah tak?

"Dia senyap je. Tengah sibuk mewarna."

"Okay. Takpe. I jumpa dia kejap."

Pintu bilik aku dibuka.

"Iris, kau balik sini tak bagitau aku pun."

Aku tidak menjawab.

Kila melabuhkan punggung di depan aku.

"Kau kenapa wei?"

Aku diam. Tidak memberi respons. Tangan masih laju menconteng.

"Kalau tak suka aku datang, aku baliklah."

Dia mahu pulang. Merajuk agaknya bila tidak dilayan.

"No. Tunggu... Sorry, Kila."

Aku meletakkan berus. Memicit dahi.

"What's wrong?"

Aku hela nafas berat.

"Aku gaduh dengan Rayqal."

"Pasal Bella?"

Aku geleng laju.

"Pasal Megat. Aku tak tahu dari mana mamat tu boleh muncul."

"Syilla kot."

"Tak mungkin."

Aku menidakkan. Syilla tahu aku dengan Rayqal.

"Apa jadi sebenarnya kat Australia? Kau takde cerita lengkap pun."

Aku mula bercerita. From A to Z.

"Ada yang tak kena ni. Something wrong somewhere. Baik kau hati-hati."

Aku tak faham maksud Kila.

"Do not trust anyone walaupun aku."

"Meaning?"

Apa Kila cakap ni? Makin terbelit jadinya.

"Jangan percayakan Syilla. Jangan percayakan Megat."

"Kau tu sedang dilamun cinta. Tengah bahagia. Masa ni la anasir buruk datang menghampiri. Datang bagaikan angin, pergi bagaikan ribut. Tolong hadam kata-kata aku."

Kila ni. Kot ye pun nak berfalsafah janganlah makin buat aku pening.

"Kau sayangkan Rayqal tak?"

Aku mengangguk. Mestilah aku sayangkan dia.

"Ajak dia keluar. Pujuk dia."

"Ishh. Aku malu la."

Kila bangun.

"Kau ni. Be a romantic girl, boleh tak? Flirt la habis-habisan. Masa ni la nak tunjuk diri kau tu Juliet."

Kila tersengih.

"Banyaklah kau punya Juliet. Kalau aku Juliet, dia Romeo. Menangislah aku kalau dia jadi Romeo."

"Barulah sepadan. Bagai pinang dibelah dua."

Kila cuba membuat lawak hambar.

"Asyik aku je yang nak kena pujuk. Aku pun ada maruah sebagai perempuan."

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih."

Wajah Kila bersahaja memerli aku.

"Ada satu masalah lagi. Megat add aku kat Fac. Dia mesej ajak aku keluar."

"Sebab itulah aku cakap kat kau, be careful. Ada orang cuba mengorat kau. Dan ada orang cuba mengenakan kau."

Takkanlah Syilla nak kenakan aku lagi?

"Susahlah jadi orang cantik dan manis ni. Ramai sangat kejar. Dulu waktu kau single takde pulak yang nak dekat. Oh ada, Rayqal je yang bertahan dengan maki seranah kau."

Mendengar nama Rayqal, aku menjadi semakin rindu padanya.

Hmm.
. .
. Majalah yang aku pinjam dari Linda aku belek buat kali yang ke lima.

Entah kenapa sesuatu menganggu fikiran.

Lukisan itu. Mengapa diterbitkan di dalam majalah sana?

Aku memerhati lukisan yang sama di dinding. Siapakah pemilik lukisan ini? Siapakah dia?

Pagi tadi aku terima lagi satu bungkusan. Karya Anonymous yang terbaru.

Lukisan yang berlatarkan pemandangan awan di waktu senja.

Sekeping nota turut terselit.

'Aku ingin menjadi awan putih di bawah sinar matahari. Yang meski tak kau minta, yang diam-diam melindungimu dari terik matahari.'

Pergh. Puitis gila. Seram aku jadinya.

Kenapa orang suka berteka-teki dengan aku?

Aku menekan keyboard di atas meja. Mencari nama recipient. Alamat email Anonymous.

Jari aku menaip sesuatu.

'Who the hell are you?'

Butang send aku tekan. Jangan buat hidup aku saspens boleh tak?

Cukuplah Rayqal dan Megat memeningkan kepala aku.

Satu emel masuk. Nampaknya Anonymous membalas email aku.

'Someday, you'll know. :)'

Kurang asam.

Argh. Malas aku nak ambil tahu pasal Anonymous ni. Lantak kaulah.

Aku melihat laman Fac. Rayqal online. Tapi dia tak mahu cari aku pun.

Sampai hati.

Jari aku menekan laju ke profile dia. Menatap gambar dia yang tersenyum.

Kalau aku begini, dia begitu.

Menatap wajahnya, mampu memberi debaran kencang.

Jantung aku berdegup laju.

Benarkah jika kita mula mencintai seseorang, hati kita tidak mampu mengawal rasa degupan?

Tiada lelaki yang mampu membuat aku rasa begini selain Adam Zarieyl dan dia sahaja.

Dup dap. Dup dap.

"Kalau rindu, call jela. Kau tahan ego, kau yang bodoh."

Kata-kata Kila asyik terngiang di corong telinga.

Call?

Sudi ke dia nak angkat?

Jari aku hampir menekan butang call. Namun, ada satu panggilan masuk.

Eh, nombor siapa pulak ni? Kacau daun betul la.

Aku mengangkatnya juga.

"Hello. Iris Nadia here."

"Hi, Nadia."

Alamak. Suara Megat di hujung talian.

"Yes. Ada apa?"

Aku menjawab malas.

"Saya nak jumpa awak kejap. Kenapa awak tak reply messenger saya?"

Adakah Megat sedang mengingatkan aku bahawa aku perlu mempedulikan dia?

Kau nak apa, Megat? Kau bukan watak utama di dalam cerita Mencari Mr. Dia.

"Sorry. I'm too busy right now."

"Kejap je, Nadia. Jumpa la saya. Esok saya kena pulang ke France da. Lagipun, kita dah lama tak bersembang."

Dia memaksa aku dengan ayat simpati dia.

"Okay. Kat mana? Pukul berapa?"

"Yeay. Thanks, Nadia. Dekat Bangsar. Nanti saya send location. Jam 9 malam."

Aku jadi berat hati. Apa mamat ni nak?

"Alright. Bye."

Aku terus mematikan talian. Kalau Rayqal tahu, perang dunia ketiga la jadinya. Lelaki dan cemburu tidak dapat dipisahkan.
. .
. Aku mencari wajah Megat. Katanya dia sudah tiba 15 minit yang lalu. Lebih awal dari waktu yang dijanjikan.

Seseorang melambai. Megat Zafril.

Wajahnya ceria sahaja. Aku akui dia semakin tampan. Persis wajah artis Korea. Yang namanya sudahku lupa.

Aku menghampiri meja.

"Sorry. I'm late."

"Duduklah. Saya yang datang terlebih awal."

"So, ada apa awak nak jumpa dengan saya?"

Dia memandang aku lama. Kemudian dia tersenyum.

"Pilih menu dulu. Awak nak makan apa?"

Aku membelek menu di meja.

"Fish and chips and watermelon juice."

Suara aku sedikit dingin. Tiada rasa teruja.

"Okay. Waiter..."

Pesanan diambil.

"You owe me one things."

Hah?

Dia senyum nipis menampakkan lagi kumis yang tidak terlalu tebal.

"Jangan buat-buat tak faham, Nadia. Pulangkan semula hati saya."

Apa benda la dia merepek?

"Mengarutlah awak ni. Kalau takde benda penting saya nak balik."

"Nadia, saya tak pernah lupakan awak. Cinta pertama saya."

Aku semakin tidak keruan. Kenapa aku rasa berdebar?

Aku memandang wajah Megat Zafril. Adakah debaran ini kerana Megat?

"Saya nak balik. Awak ni dah gila agaknya."

"Tak. Saya tak gila. Saya masih sayangkan awak. Saya tahu awak tak pernah suka dan akan terima saya."

"Megat, saya... Saya cintakan orang lain. I'm so sorry."

"Yes. I know. Rayqal Farish, kan?"

Aku diam.

"Saya ada segalanya malah mampu beri awak segalanya."

"Apa awak cakap ni? Kita baru jumpa. Dan suddenly awak buat confession?"

Aku semakin keliru.

"I'm sorry. I have to go. Hati saya cuma milik Rayqal seorang."

Megat menghalang aku dengan memegang tangan aku.

"Megat, lepaskan."

Dia buat tidak peduli.

"No. I said let me go!"

Suara aku sudah naik ke oktaf 4.

Aku cuba menarik tangan. Tapi dia semakin mengetatkan pegangan.

"Iris..."

Suara Rayqal. Aku terkesima. Dia juga terkejut dengan adegan tarik menarik tangan.

"Rayqal, apa awak buat dekat sini?"

Dia menggeleng.

"Saya tak sangka yang awak curang belakang saya. Perempuan jalang!"

Air mata aku mengalir laju. Semua ni salah faham.

Tidak, Rayqal. Awak kena percayakan saya.

Dia panggil aku jalang.

"Rayqal, semua ni cuma salah faham, kan Megat?"

Rayqal menggeleng lemah.

"Kita putus la, Iris. Awak memang tak guna."

"No!"

"Megat, say something please!"

Megat cuma diam membisu.

"Damn you, Megat Zafril!"

Aku menarik pegangan dengan sekuat hati.

Rayqal berlalu pergi. Meninggalkan aku.

"Rayqal Farish!"

Dia tidak mengendahkan jeritan aku.

Megat Zafril tertunduk. Aku melangkah semula ke meja tadi.

Gelas air mineral aku pegang dan simbah ke arahnya.

"Megat Zafril, aku takkan maafkan kau sampai bila-bila kalau kau tak jernihkan semula hubungan aku dengan Rayqal. Get lost."

Aku betul-betul marah. Rasa mahu mencekik leher lelaki di hadapan aku ini.

Rayqal, tolong maafkan saya.

Air mata aku tak mampu berhenti lagi.

Jangan tinggalkan saya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience