Bab 45

Romance Series 59219

Aku sedang berdiri tegak di depan rumah dia yang tersergam indah. Yela, Rayqal kan anak Tan Sri.

Dahlah tipu aku. Cakap orang biasa je masa mula-mula kenal dulu. Pembohong.

"Iris..."

Aku menoleh ke arah dia.

"Jom masuk. Mama dah tunggu tu."

Entah kenapa hati aku rasa tidak sedap. Rasa seperti bakal terluka lagi.

"Saya takut la."

Rayqal melirik lembut.

"Takde apa yang perlu dirisaukan. Mama saya tu okay je orangnya."

Benarkah?

Dia merangkul lengan aku.

"Baca bismillah banyak-banyak."

Sempat Rayqal berseloroh.

Semoga apa yang bakal hadapi ini akan menguatkan hati aku, ya Allah.

Kami sudah memasuki ruang tamu.

"Mama..."

Rayqal memanggil mamanya.

"Puan Sri suruh duduk dulu."

Gulp.

Aku merasakan seperti kedatangan aku tidak disambut.

Aku duduk sambil memerhatikan hiasan di dalam rumahnya.

Aku tidak dapat bayangkan penerimaan Mamanya setelah melihat aku. Takut sekiranya aku dihina dengan lebih teruk.

"Rayqal..."

Suara Mamanya memecah kesunyian kami.

Seorang perempuan berumur dalam lingkungan 50 an menuruni anak tangga. Walaupun berumur, masih lagi bergaya, elegan.

Puan Sri Zalia menghampiri kami.

Aku hanya menunduk dari tadi.

Aku memandang Mamanya. Ada satu riak wajah yang tidak dapat aku tafsirkan.

"Iris Nadia?"

Tangan aku hulurkan untuk bersalam. Salam aku bersambut.

"Kenapa macam tak ceria jumpa Auntie?"

Tiba-tiba aku diasak pertanyaan sebegitu...

"Err. Bukan macam tu."

Aku memandang lama wajah Mamanya.

Seperti ada satu tarikan yang membuatkan aku tidak melarikan bebola mata.

"Takut dengan Auntie ke? Ataupun bencikan Auntie kerana telah mengahwinkan Rayqal dengan Bella?"

Aku diam.

Puan Sri Zalia menghela nafas.

"Rayqal, Mama ada perkara penting nak cakap dengan Iris. Berdua sahaja."

Wajah Rayqal keliru. Pelik dengan permintaan Mamanya.

"Tapi Ma..."

"Jom, Iris... Ikut Auntie ke bilik bacaan."

Mamanya pula menarik tangan aku. Harini aku telah ditarik oleh ibu dan anak ini.

"Ma... Jangan marah Iris."

Rayqal sempat mengingatkan Mamanya.

Aku mula rasa kembali berdebar. Apakah aku bakal dimarahi teruk?

Kami memasuki ruang bilik bacaan.

"Duduk."

Mamanya mengarahkan aku duduk di sofa.

"Auntie ada benda nak cakapkan. Satu confession. Auntie harap Iris tak bencikan Auntie."

Confession?

Puan Sri Zalia memegang satu sampul surat yang berisi dokumen.

Apa yang aku perlu tahu?

Puan Sri Zalia memerhatikan aku lama.

"Wajah Iris... Saling tak tumpah dengan seseorang yang Auntie kenal."

Suaranya seakan tersekat di situ.

"Maafkan Auntie, Iris Nadia."

Tidak semena-mena tangan aku digenggam. Puan Sri Zalia menangis?

Kerana apa?

"Auntie, kenapa ni? Apa pulak salah Auntie pada Iris?"

Aku semakin keliru.

"Auntie... Adalah punca semua ini terjadi. Maafkan Auntie. Ampunkan dosa Auntie."

Mamanya menangis teresak seolah dosanya terlalu besar dengan aku.

"Kalau pasal Rayqal menikah dengan Bella, Iris dah redha. Iris maafkan Auntie dan dia. Mungkin ini bukan jodoh yang Iris cari selama ini."

"Bukan pasal tu."

Habis tu apa? Semakin pening kepala aku dibuatnya.

Lama dia terdiam, sebelum menyambung semula.

"Iris Nadia binti Arman."

Nama penuh aku disebut.

Aku mula menangkap sesuatu.

"Kat mana Auntie kenal papa saya?"

Suara aku mula bertukar nada.

Dia menghulurkan dokumen di dalam sampul surat besar itu.

"Buka la."

Tangan aku menggeletar. Takut nak berdepan dengan kebenaran yang pahit.

Sekeping gambar aku di zaman kanak-kanak. Yang lain kesemuanya gambar aku bersama Papa dan Mama.

Dan, mata aku terhenti pada satu gambar yang tidak asing di mata aku. Gambar Papa dan Puan Sri Zalia. Gambar mereka berdua.

Mata aku bulat memandang.

"Apa semua ini?"

Aku dapat merasakan kaitan antara kami. Itu yang mahu disampaikan oleh wanita berumur di hadapan aku ini.

"Siapa Auntie yang sebenarnya?"

Suara aku mula bertukar nada.

Wajah dia yang muda, mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang selalu memarahi aku ketika aku berduaan dengannya.

"Auntie Lia!"

Puan Sri Zalia terkejut mendengar aku menyebut namanya sebegitu.

Auntie Lia ialah kawan baik Mama. Kawan baik yang menikam belakang dalam diam.

"Apa maksud confession Auntie yang sebenarnya?"

Aku mulai rasa curiga.

Dia mula menunduk.

"Auntie... Takut nak mengaku. Kerana ini adalah satu jenayah."

Sedikit sebanyak aku dapat menangkap apa yang dia mahu sampaikan.

"What the hell are you doing?"

Suara aku mula bergetar.

Jangan katakan yang... ya Allah.

"Sebenarnya..."

Aku masih menunggu bicara ayat seterusnya.

"Let me enter this room!"

Suara yang aku kenali membentak dari luar bilik.

"Kau siapa nak jumpa Mama aku?"

Aku terdengar ada sedikit pergaduhan di luar bilik.

Pintu bilik dikuak luas.

"Hei, Zalia. Kau jangan nak apa-apakan Iris."

Mata aku membuntang bulat.

"Aiman. Apa awak buat dekat sini?"

"Saya datang nak bawak awak balik. Saya taknak perempuan jahat ni musnahkan hidup awak."

Apa semua ni?

"Kau nak burukkan Mama aku ke? Kau berambus dari rumah aku."

Rayqal mencelah kata.

Kepala aku mula rasa pening.

"Cukup. Jangan nak bertengkar kat sini. Pergi la gaduh kat luar."

Aku nak tahu perkara yang sebenarnya. Nak tahu sangat.

"Iris, Auntie yang jadi penyebab kematian parents Iris."

Dokumen yang aku pegang tadi terlepas dari tangan. Jatuh bertebaran ke atas lantai.

"Apa semua ni? Kenapa jadi macam ni?"

Air mata aku berguguran jatuh.

"Maafkan Auntie, Iris. Sebab dendam amarah, telah menyebabkan kematian orang yang Iris sayang."

Semua ini tidak adil.

"Mama!"

Rayqal bertempik marah.

Hati aku... Mula rasa benci. Memandang Rayqal dengan penuh kebencian.

"Kau... Bunuh jiwa aku. Parents aku. Hanya disebabkan dendam kau pada keluarga kami. Kau patut mati, Puan Sri Zalia."

Kata-kata yang keluar dari mulut aku mulai kesat.

"Iris... Tolong ampunkan segala dosa Auntie. Auntie sanggup bersujud dekat kaki Iris."

Aku memandang dia kosong.

"Menangislah air mata darah sekalipun. Sukar Iris nak maafkan dan terima semua ini."

Kebenaran... Sangat menyakitkan.

Tangan aku digenggam. Segera aku menepis.

"Awak, tolong maafkan Mama saya. Saya bagi pihak Mama memohon maaf. Saya tak tahu apa yang telah terjadi."

Rayqal memandang aku sayu.

"Benda dah berlalu. Takde apa yang perlu dimaafkan. Kecuali..."

Kata-kata aku tersekat.

"Kita berpisah selamanya."

Wajah Rayqal terkejut.

Pernikahan kami takkan terjadi. Aku memang tidak ditakdirkan dengan dia.

"Rayqal Farish bin Tan Sri Rafiqi, kau tataplah wajah aku puas-puas. Sebab lepas ni kau takkan lihat wajah aku lagi. Dasar pembunuh!"

Aku benar-benar marah. Menjadi benci melihat wajahnya.

"Saya tak tahu apa-apa. I'm so sorry, Iris."

Rayqal terduduk. Mengapa kesalahan Mamanya dia yang perlu tanggung?

"Pergi mati. Jangan muncul depan aku lagi."

Jiwa Iris mula menangis. Sedih. Takdir dia... Mengapa tertulis begini?

"Kita berdua berbumbungkan langit yang sama. Tapi langit saya sudah runtuh. Hanya disebabkan awak."

Benar orang kata, kebencian muncul kerana segalanya sudah ternoktah.

Aku memandang Rayqal. Anak pembunuh yang menyebabkan kematian ibu bapanya.

Mahu memaafkan atau melupakan?

Hati yang semakin sukar dikawal. Hati yang sarat dengan rasa kebencian.

"I won't forgive you, Rayqal. Never."

"Iris..."

Wajah Rayqal mendung.

Aku mahu berlari meninggalkan semua ini. Entah mengapa kaki aku masih terpaku.

"Aiman, tolong bawa saya pulang. Saya takkan jejakkan kaki ke dalam rumah ni lagi."

Aku tidak ingin melihat wajah mereka berdua.

Seharusnya kemaafan perlu aku berikan. Namun, hati masih menangis. Marah. Kecewa. Dan terluka.

Aiman cuma mengangguk. Menyaksikan segalanya di depan matanya.

Aku tidak perlukan Mr. Dia.

Kerana jiwa yang hancur, sukar untuk aku cantumkan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience