Bab 7

Romance Series 59219

Aku menggeliat malas. Mendepakan tangan di atas hamparan rumput yang segar.

Hari ini aku mengambil aura baru. Menconteng lakaran di atas rumput yang segar.

Mata bertatapan seketika dengan Rayqal.

Dia suka memandang aku lama. Entah apa yang ada di wajah aku.

"Apa yang buat duk tenung saya dari tadi?

Bibirnya menguntum senyuman.

"Saja. Nak tengok puas-puas."

"Sekeh nak?"

Dia tergelak kecil.

"Iris tak bosan ke hari-hari pegang berus lukisan?"

Aku takkan bosan. Menconteng membuat jiwa aku jadi tenang.

"Ini jiwa saya."

Aku menunjukkan lakaran lukisan yang belum siap sepenuhnya.

"Selagi saya memegang berus, selagi itulah hati saya rasa gembira walau dia telah tiada."

Aku menunduk.

"Awak dan dia memang sepadan. Saya faham kenapa awak sayang sangat pada Adam."

Intonasi suara Rayqal agak berlainan.

"Tapi awak ada saya, Iris. Saya takkan tinggalkan awak."

Bukan aku taknak percayakan dia. Tapi selalunya manusia mudah berubah hati. Kita takkan tahu apa yang akan jadi di masa depan.

Dan aku kena berhati-hati dengan hati. Takut tercarik lagi.

Mungkin hari ini Rayqal berada di sisi aku. Sedangkan esok, lusa?

"Kalau awak memang maksudkan begitu, baguslah. Jangan cuba berjanji tapi tak mampu melaksanakan."

"Cuba tutup mata."

Rayqal tiba-tiba mengarahkan aku menutup mata.

"Kenapa?"

Aku mengerutkan kening.

"Tutup je."

Aku sengih. Sambil tutup mata.

"Okay. Sekarang buka mata."

Aku buka mata.

Rayqal masih di sebelah.

"Nah."

Dia menunjukkan sesuatu di atas tapak tangan.

"Ladybird?"

Aku memegang ladybird yang kecik comel.

"Iya. Ladybug."

"Awak tahu apa petanda ladybug bila ianya mendarat atas tangan kita?"

Aku menggeleng. Manalah aku tahu. Aku bukan budak ekologi flora fauna.

"The person may then succeed in love, have good weather, experience financial success or simply receive some other desired wish."

"Other cultures presume having a ladybug land on you brings good luck, or that whatever a ladybug lands on will be replaced with an improved version."

Aku ternganga dengar huraian daripada Rayqal.

"Dalam erti kata lain, tiada apa yang buruk akan berlaku dalam hidup awak selagi saya ada. Dan, awak akan berjaya dalam kehidupan."

"Yela tu. Karut je."

"Betul la. Wikipedia cakap."

Ek eleh.

Kami sama-sama senyum.

Rayqal beri aku kata semangat. Tapi... Sampai bila rasa gembira ni akan berpanjangan?

"I love you, Iris Nadia."

Aku terkedu.

Dia tak pernah kata begini. Aku tidak tahu mahu membalas apa.

"Rayqal... Hari dah nak hujan. Jom kita kemas barang dan pulang."

Dia tunduk.

"Awak taknak balas kata cinta saya. Takpe. Saya faham."

Tidak. Bukan begitu.

Aku sayangkan dia. Tapi aku takut. Kalau aku mula cintakan dia, dia mungkin tinggalkan aku.

"Kata cinta saya terlalu mahal, Rayqal. Saya taknak permainkan cinta. Tanpa kata-kata, awak juga tahu perasaan saya yang bagaimana, bukan?"

"Okay. Saya faham. Takpe."

Air muka dia nampak keruh.

Rayqal, maafkan saya. Saya nak awak tahu yang saya juga cintakan awak. Tapi saya terpaksa berdiam diri.

Saya taknak takdir mencemburui dan jauhkan kita.
. .
. Aku keluar makan tengah hari bersama Kila. Lama tak lepak bertukar cerita.

"Muka kau nampak ceria je harini, Iris."

Mestilah. Harini birthday, Rayqal. Aku nak celebrate dengan dia.

Aku membelek menu makanan dengan wajah selamba.

"Iris..."

"Of course aku ceria. Tak sabar nak jumpa Rayqal."

"Ada apa-apa yang special ke?"

Aku sambung senyum.

"Harini birthday Rayqal."

"Ohh. Patutlah muka happy sangat. Kau nak bagi hadiah apa untuk dia?"

"Ada la. Sibuk je nak tahu."

Kila memuncungkan bibir.

"Cakap jela nak bagi dia kiss."

"Hei, kau ingat aku ni da gila ke?"

"Mana la tau. Kan tengah dilamun cinta. Lautan api pun sanggup ku renangi."

Sukati je cakap macam tu.

"Aku kan... Sebenarnya buntu..."

"Sebab apa?"

Aku mengeluh perlahan.

"Aku taktau Rayqal suka apa. Takut apa yang aku belikan dia tak berkenan."

"Kau bagi dia hati kau kat dia pun da cukup. Dia tak harapkan lebih pun."

"Aku macam takde hak nak bagi hadiah special."

"Kau ni overthinking sangat. Kau tu sekarang kekasih dia."

"Sebab tu la aku cakap aku takde hak. Aku cuma kekasih. Aku takde ikatan kekal dengan dia."

"Ajak la dia kahwin."

"Aku baru je kenal dia."

Pelayan restoran menghantar makanan ke atas meja.

"Itu dah jodoh namanya. Kenal sekejap then kahwin. Kau nak tunggu apa lagi? Kau nak dia disambar orang?"

Bella yang akan sambar dia.

"Kau tak faham, Kila. Aku perlukan masa."

"Jangan sampai segalanya terlambat."

Kila cuba mengingatkan aku.

Susah la nak cakap.

"Dah. Tak payah serabut nak pikir. Jom makan. Nanti sejuk dah tak sedap."

Kila terus menikmati santapan dengan penuh selera.

Sedangkan aku...

Mati selera aku bila sebut tentang perkahwinan.

Fobia aku masih tak hilang lagi.
. .
. "Buat apa susah-susah reserve makan kat sini? Saya boleh masak untuk kita tau."

Aku menjemput Rayqal duduk.

"Sebab... Ni first time saya celebrate birthday awak."

"Ohh. Kalau macam tu apa yang saya request malam ni awak boleh tunaikan?"

"Apa dia? As your wish saya akan tunaikan."

Dia senyum melebar.

"Cepat cakap."

"Betul ni? Tak menyesal?"

Aduh, Rayqal ni. Nak menakutkan aku je.

"Hehehe."

"Janganlah gelak macam tu. Awak takutkan saya je."

"Saya nak..."

"Nak apa?"

Aku cepat-cepat menyambung ayat dia.

"Hahahahaha. Cuak la tu."

Aku menjulingkan biji mata.

"Awak jangan nak main-main."

"Saya tak main-main. Saya serius."

Makanan di atas meja sudah terhidang dengan kek dan beberapa menu lain. Kesemuanya menepati citarasa Rayqal.

"Saya nak..."

Aku sudah menunduk.

Risau kalau Rayqal mintak bukan-bukan.

"Iris..."

Dia sentuh tangan aku lembut.

Aku kelu.

"Kenapa diam? Takut ke?"

Aku beku.

"Saya cuma nak mintak... Awak suapkan saya. Tu je."

Serta merta aku memandang dia. Terus rasa semangat.

Terbang rasa takut seperti tadi.

"Betul ni? Suapkan makan?"

Dia mengangguk laju.

"Okay. Saya setuju."

Dia tergelak.

"Nampak sangat awak pikir bukan-bukan."

"Mana ada."

Aku menjeling.

"Awak ni nak kena kunyah ni."

Aku membuat muka.

"Okay. Open your mouth, Encik Rayqal Farish. Saya nak suapkan kek ni."

Dia membuka mulutnya luas. Bersedia dengan suapan aku.

Tangan laju menyuap dia.

"Awak ni kan, Rayqal. Macam kanak-kanak Ribena. Manja semacam. Sama je macam dia."

"Mestilah. Nak bermanja dengan orang kesayangan. Tak salah kan?"

"Tak salah."

"Saya ada lagi satu kejutan untuk awak."

Mata Rayqal kembali menyinar.

"Apa dia?"

"Ada la. Habiskan makan dulu, okay."

Aku menyambung kata lagi.

"Nanti kita ke sana."

Dia mencubit pipi aku perlahan.

"Girl saya ni memang jenis suka buat kejutan eh?"

"Yes. Ini lah Iris Nadia yang sebenar."

"Okay. Okay. Saya dah tak sabar dah ni."

Senyuman Rayqal masih bersisa.

Nampak teruja di wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience