Bab 42

Romance Series 59219

Bella memandang tajam ke arah Rayqal. Seminggu Rayqal menghilang tinggalkan dia terkapai-kapai. Bila pulang, hanya buat muka selamba. Seolah kehadirannya sebagai isteri tidak dipeduli.

"You ni memang tak guna, Rayqal!"

"Nak sangat kahwin dengan I kan?"

Jawapan Rayqal bertambah menyakitkan hati Bella.

"You pergi mana seminggu tinggalkan I macam tu je?"

"Bukan masalah kau, Bella."

Tali leher dibetulkan. Dia sudah terlambat nak pergi kerja. Perempuan gila ni pula muncul di biliknya.

Pasti Mama menghubungi Bella untuk memberitahu dia sudah pulang.

Bella menghampirinya.

"Sampai hati you buat I macam ni? Mana Rayqal yang I kenal?"

Bibir Rayqal menjongket senyum.

"Bella, kau yang cabar aku. Aku dah ikutkan apa kau nak. Sekarang ni, kau kena ikut rentak aku pula."

Bella memandang Rayqal seakan tidak percaya. Dia tak sangka kata-kata itu yang dilontarkan dari bibir Rayqal.

"I ingat bila kita kahwin, I dah dapat jiwa you. Rupanya you yang seksa hati I, Rayqal."

Suara Bella seakan mahu menangis.

Rayqal mencapai briefcase. Mahu segera ke pejabat yang telah ditinggalkan lama.

"I have to go. Bye."

"I'm not finish my words yet!"

Bella menjerit kasar. Bengang bila Rayqal tidak mengendahkan kata-katanya.

Rayqal terus menuruni anak tangga tanpa mengendahkan Bella.

"Rayqal Farish, I swear you akan menyesal sebab buat I macam ni."

Jeritan Bella bergema seisi rumah.

Kata-kata Bella membuatkan langkahnya terhenti.

"Bella Ariana, do whatever you wants. I don't care."

Dia memandang tajam ke arah Bella yang masih berdiri di hujung tangga paling atas.

Belum sempat dia membuka pintu rumah, terdengar jeritan bibik yang sedang menghidangkan sarapan pagi di meja makan.

"Ya Allah. Puan Bella!"

Rayqal memusingkan badan. Dan sekujur tubuh yang berlumuran darah jatuh dari tangga yang paling atas.

"Bella!"

Dia sendiri tidak menyangka yang Bella tekad mencederakan diri sendiri.

"Bibik, call ambulans."

Dia memaut lengan Bella yang sedang mengerang kesakitan.

"Bella, tolong bertahan. I akan cuba selamatkan anak you."

"I love you, Rayqal."

Air mata Bella berjuraian sebelum dia menutup mata.

"Bella! I'm sorry!"

"Bibik, tolong cepat sikit."

Tangannya masih terketar-ketar memaut Bella yang sudah tidak sedarkan diri.

Bella, kenapa sanggup buat macam ni?

Rayqal kesal. Dia tidak sangka Bella akan bertindak gila sebegini.
. .
. Puan Sri Zalia datang tergesa-gesa ke hospital. Pagi tadi dia tiada di rumah ketika perang mulut berlaku. Ada perjumpaan dengan persatuan. Dia tinggalkan rumah sekejap sahaja, dan tidak menyangka semuanya berlaku dalam sekelip mata.

"Mama tak tahu nak cakap apa. Anything happens to her, you kena tanggung semuanya, Rayqal."

Wajah anaknya kelihatan serabut.

Mereka masih berada di luar bilik pembedahan. Ibu bapa Bella tiada di sini. Mereka tinggal di German. Oleh sebab itu, Bella sering melakukan tindakan di luar kawalan kerana tiada siapa yang memantau.

"Salah Rayqal ke semua ni terjadi?"

Dia meraup wajahnya. Menahan air mata. Dia tidak inginkan pengakhiran yang sebegini.

Puan Sri Zalia hanya diam membisu. Dia sudah jangka perkara sebegini akan terjadi lagi.

Dia gagal mendidik anaknya dengan baik.

Pintu bilik pembedahan terkuak. Seorang doktor keluar.

"Siapa di sini ahli keluarga Puan Bella Ariana?"

"Saya ibu mertua dia. Parents dia tiada di sini kerana berada di German."

"Keadaan Bella agak kritikal. Dia kehilangan banyak darah. Dan kami cuba sedaya upaya menyelamatkan kandungannya."

Rayqal dari tadi hanya menunduk. Dia akan dipersalahkan dengan kecelakaan yang menimpa Bella.

"Sama-sama kita doakan agar Bella kembali dalam keadaan normal."

Doktor tersebut memasuki ruang bilik pembedahan semula.

Rayqal terus terhenyak duduk di kerusi. Dia penyebab Bella bertindak di luar jangkaan sebegitu.

"Just pray for her. Anggap ni pengajaran untuk you."

Dia tahu anaknya terlalu ikutkan kata hati. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Dia pernah merasakan apa yang Bella rasa. Ditolak. Dendam. Dia sepatutnya menasihati Bella dan menghalang Bella dari bertindak sebegitu.

Tidak sangka Rayqal mengikuti jejak langkah Arman.

Apapun, dia mendoakan agar menantunya itu sedar apa yang telah dilakukan adalah salah.

Bella, masih belum terlambat mahu bertaubat dan meminta keampunan daripada Allah. Allah itu Maha Pendengar dan Pengampun.
. .
. Aku duduk berteleku di bangku sambil memandang air tasik. Duduk sebentar melepaskan lelah. Banyak round juga dia jogging tadi untuk mengeluarkan peluh.

Indahnya hidup ini kalau tiada masalah.

Sambil dia merehatkan diri, matanya terpandangkan anak kecil yang berlari-lari sambil dikejari ibunya.

"Laila... Penat Mama kejar. Come here."

Anak kecil itu berlari mendakap kaki Iris. Dia mendongak memandang Iris yang masih terkebil-kebil pelik melihat dia.

"Kakak..."

Kakak? Alahai comelnya. Kalau dia selamat berkahwin dengan Adam Zarieyl dari dulu, pasti dia sudah punyai anak dalam lingkungan umur begini.

"Kakak..."

Seluarnya ditarik.

Iris senyum.

"Ye sayang..."

"Nak menyo...rok. Mama ke...jar."

Anak kecil yang bernama Laila itu berusaha tidak mahu dilihat oleh mamanya.

"Laila..."

Seorang perempuan yang agak manis wajahnya mendekati mereka.

"Nur Laila binti Amir Rizqi. Kan Mama dah cakap jangan nak main sorok-sorok. Degil eh?"

Erina mula bercekak pinggang.

Laila menyembamkan wajah ke paha Iris.

"Err... Cik, sorry. Anak saya memang nakal sikit."

"Mama garang. Takut..."

Erina sudah tergelak mengekek. Drama betul anak dia ni.

Aku hanya tersenyum melihat telatah si Laila yang comel tu.

"Adik... Mama tak garang. Mama tu sayangkan adik."

Aku mula memujuk.

"Kakak garang tak?"

Erina tertawa lagi. Kakak? Rasanya perempuan di hadapannya ini dalam lingkungan baya dia je.

Aku menggeleng laju.

"Kakak baik."

Aku mendukung Laila.

"Yeay. Bwekk. Taknak kawan dengan Mama."

Laila menjelirkan lidah.

"Mama potong lidah tu tahu la."

Geram dengan kelakuan nakal anaknya. Ikut perangai siapa entah.

"By the way, sorry susahkan awak. Saya Nur Erina. Panggil je Reen."

Ceria benar wajah Erina melihat Iris.

"Hai Reen. Saya Iris Nadia. Atau boleh panggil je 'kakak'. Hahaha."

Kami sama-sama tertawa.

"Sedap nama Iris Nadia."

"Dari tadi saya nampak Iris jogging sorang-sorang. Cik abang mana?"

Peramah betul Erina ni. Baru kenal dah tanya macam-macam.

"Saya takde cik abang."

Jawabku jujur.

"Aik, macam pelik je. Perempuan secantik Iris Nadia tidak ditemani sesiapa."

Erina mengerutkan dahi. Aku tergelak.

"Cantik apanya saya ni."

"Iris, awak cantik tau. Saya tak percaya kalau awak masih single lagi. Belum kahwin?"

Pertanyaan dia... Aku cuma menggeleng.

"Hmm. Maybe belum sampai jodoh. Nanti datanglah tu jodoh awak."

Aku diam.

"Sorry. Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak."

"It's okay. Saya masih mencari diri sendiri."

Entah kenapa, aku rasa selesa berbicara dengan Erina.

"Need to talk?"

Aku mengangguk.

"Saya perempuan. Saya faham apa yang awak rasa."

"Saya rasa lelah dengan semua ni, Reen. Banyak kali saya rasa kehilangan. Saya jadi takut nak hadap lagi."

Erina mengusap lembut bahu aku.

"Apapun yang awak hadap, kena banyakkan bersabar. Memang tiada siapa akan faham masalah kita."

"Saya cuba untuk lari dari kenyataan. Tetapi, saya masih berbalik pada kenyataan."

"Jangan lari. Hadap. Awak kena belajar untuk redha, Iris."

"Reen, kalau awak jadi saya, patutkah saya lepaskan semuanya pergi bila dia bukan takdir saya?"

Erina senyum.

"Iris, kita ni banyak persamaan tau. Kebetulan kita ditemukan. Awak mengingatkan saya pada diri saya yang dulu. Saya dulu hadap lagi teruk dari awak. Suami saya yang sekarang ni, tinggalkan saya sehari sebelum perkahwinan."

Aku terlopong dengar cerita dia.

"Waktu tu, dunia saya kelam. Lelaki yang saya cinta tinggalkan saya tanpa alasan. Saya belajar membenci dia dan menghindari. Takdir Allah itu indah. Awak kena banyak bersabar. Cinta saya masa tu pada dia hilang."

Tak sangka Erina punya kisah lebih menyedihkan dari aku. Cuma cerita cinta kami berbeza.

"Apapun yang jadi, awak kena yakin. Jika dia memang takdir awak, dia tetap akan jadi milik awak."

Aku menunduk. Terasa mahu menangis dengan ayat Erina.

Nampaknya, misi mencari Mr. Dia aku bukan mudah.

"Reen..."

Suara seseorang memanggil dia.

Oh, itukah suaminya? Wajahnya macam familiar.

Amir Riqzqi menghampiri.

"Penat abang cari Reen dari tadi. Rupanya berborak kat sini ye."

Erina senyum.

"Abang, Laila ni buat hal. Main kejar-kejar pulak. Penat Reen kejar dia tau."

"Laila... Kan Papa dah cakap, jangan susahkan Mama lagi."

Comel. Keluarga bahagia.

Amir mengerling aku.

"Eh, macam pernah tengok la muka."

Soalan lelaki itu membuatkan aku berfikir benda yang sama.

"She's Iris Nadia."

Erina menjawab bagi pihak aku.

Amir memejamkan mata.

"Iris... Iris Nadia?"

Aku mengangguk.

"Patutlah familiar, Iris Nadia yang Rayqal sayang tu kan?"

Hah?

Suami Erina tahu tentang aku?

"Panjang umur kita bertemu, saya teringin nak jumpa siapa Iris Nadia."

Erina terkebil-kebil memandang suaminya.

"Iris, ni suami saya. Amir Rizqi. Panggil dia Am je."

"Ni ke perempuan cantik yang buat kawan abang jadi serabut tak menentu tu?"

Am mengangguk.

"Yes. She is."

Erina senyum.

"Well, Iris. Saya banyak tahu pasal awak tau. Rayqal selalu cerita kat kami masa dia cuba flirt awak dulu."

Wajah aku memerah.

"Patutlah Rayqal tu dah macam serupa orang gila. You deserve him, Iris."

Benarkah aku layak hidup bersama Rayqal?

"Iris, don't worry. Takdir awak dan dia akan bersatu. Jangan putus doa."

Iya. Itu yang aku harapkan. Jika benar Rayqal Farish akan menjadi Mr. Dia aku selamanya, kau dekatkanlah hati kami.

Aku amat mencintainya.

"Iris, kitorang ni dah ada anak dua. Sorang lagi namanya Arfan."

Kami menyembang tak ingat dunia. Erina sudah jadi kawan baru aku selain Kila. Dan, aku jadi lupa pada kesedihan seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience