Bab 28

Romance Series 59219

"Iris..."

Aku sedang melakar sesuatu di papan canvas. Melukis sesuatu yang sama. Wajah seseorang.

Terkejut dengan suara Cindy. Aku menjeling sedikit.

"Opss, sorry. I lupa nak ketuk pintu. Sorry kalau ganggu privacy you."

"I told you many times, knock the door before you come in."

Aku tidak suka konsentrasi melukis aku terganggu. Sekarang pun aku dalam fasa menyorokkan diri.

"Sorry. I terlalu teruja nak bagitahu you something."

Tangan aku meletakkan berus lukisan di atas papan. Sarung tangan aku buka.

"Apa yang you excited? Sampaikan tak cukup nafas."

Cindy menutup pintu bilik. Duduk berhadapan aku.

"Can you guess what?"

Aku menjongket bahu. Masih tak faham.

"I ada hantar nama you ke salah satu contest lukisan. You terpilih."

Oh, pasal tu. Takdela rasa teruja pun. Aku selalu je join contest macam tu.

Cindy memandang aku pelik. Wajah aku tidak beriak.

"Tak excited?"

Aku menayang wajah kosong.

"Okay, lepas I cerita ni mesti you akan bertambah excited."

Aku mencapai semula berus tadi. Mahu sambung mewarna. Sikit lagi je nak siapkan lukisan kelima.

"You dan dia antara Top 3 yang terplih."

Dia?

"What do you mean that by mentioned Dia?"

Kening berrambah kerut.

"You dan Mr. Anonymous."

Aku ternganga. Berus tadi spontan terjatuh ke atas lantai.

"I dan dia? Dia join contest tu?"

Cindy mengangguk laju.

"Tapikan Anonymous tak suka identitinya diketahui."

"Yes. Tapi maybe dia mahu join our society. Mungkin dia ada masalah anxiety. Tu yang dia malu nak bergaul dengan orang."

Tak logik. Okay, boleh dikira logik kalau dia seorang yang pemalu. Tapi, cara dia bukan menunjukkan yang dia seorang introvert.

Ini peluang aku. Saat yang paling lama aku nantikan. Bertentang empat mata dengan Mr. Anonymous. Aku mahu tahu siapa yang tahu tentang diri aku selama ini.

"So, is that yes? You akan pergi event tu next week?"

"Event?"

"Yes. Meet up with him. You dan dia dapat invitation untuk hadir ke dinner anjuran Balai Seni Visual Negara."

Mata aku sudah bersinar. Teka teki harus dinoktahkan segera.

Aku bangun.

"Yes. I akan pergi. Tolong confirmkan dengan pihak mereka."

Aku memandang Cindy. Iya, aku terus rasa teruja. Lalu, kami sama-sama tersenyum. Tidak sabar mahu menantikan hari itu.
. .
. Aku tidak boleh berhenti melukis wajah dia. Perasaan ini... Hubungan yang tiada nama tetapi saling berkait perasaan. Rasa sakit tak?

Meruntuhkan ego bukanlah satu hal yang mudah.

Ah, lupakan dia sebentar, Iris. Dah seminggu kau berjaya menjarakkan diri kau daripada dia.

Apa khabar agaknya dia? Sihatkah?

Biarkan saja semuanya tersimpan dalam relung hati. Aku harap Rayqal sentiasa sihat. Aku tidak mahu dia sakit.

Rayqal menunaikan permintaan aku. Tidak menganggu hati aku lagi. Baguslah. Mungkin ini yang terbaik untuk aku dan dia.

Aku terbalikkan potret wajah dia dan menghalakan ke dinding. Ini caranya aku menyorokkan perasaan aku daripada semua orang.

Sudahlah, Iris.

Malam ni kau kena lupakan Rayqal sebentar. Kau kena dedahkan identiti Mr. Anonymous.

Aku memandang baju gaun berwarna hitam di atas sofa. Pinjam baju Kila. Tiada masa mahu shopping baju baru.

Malam ni aku akan matikan semua teka teki. Aku mahu tahu apa yang Mr. Anonymous mahukan daripada aku.

1 jam kemudian...

Aku tiba di kawasan parkir kereta. Hotel Boulevard, Midvalley.

Tidak la jauh mana. Aku melangkah keluar dari kereta. Membetulkan gaun. Baju Kila ni memang padan dengan tubuh aku. Tapi agak sendat di bahagian betis. Baju pinjam memanglah macam ni. Jangan nak banyak merungut, Iris.

Hati aku masih berlawan kata. Aku rasa sedikit debaran. Macam mana ye rupa Anonymous? Seperti yang aku bayangkan ke?

Adakah identiti rahsianya seperti Encik Mimpi? Hlovate? Ataupun Teme Abdullah?

Lelaki sebegini terlalu misteri. Bijak menyembunyikan rahsia diri. Dan juga pandai manipulasi kata.

Fokus, Iris. Kau kena perhatikan keadaan sekeliling dengan teliti.

Aku menuju ke lobi hotel. Sempat bertanyakan kepada receptionist. Kad undangan berwarna kuning keemasan aku pandang sekilas di tangan.

"Cik Iris, naik lif ke tingkat 12 ye. Nanti akan ada orang iring ke pintu masuk."

"Okay. Thanks."

Aku tersenyum mesra kepada staf di situ. Ada seseorang berjalan melintasi aku. Laju dia berjalan. Meninggalkan aku di belakang. Yang peliknya, aku hanya mengikut langkah kakinya dari belakang. Sampai di depan pintu lif, dia terus menekan punat lif dan pintu terus tertutup. Tanpa mahu menunggu aku.

Eh, teruknya. Tunggu la aku. Gaun ni dahlah ketat.

"Encik..."

Dia tidak mengendahkan aku.

Ish, sombongnya. Bukan nak bagi aku ruang untuk masuk. Dahlah pakai sut berwarna hitam. Apa salahnya kalau dia tunggu aku.

Ah, lantaklah. Aku boleh naik lif lain.

Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka. Dan aku melangkah masuk. Menuju ke tingkat 12.

Tiba saja di depan pintu, aku diiring masuk ke dalam dewan.

Wah, eksklusif betul!

"Ikut saya."

Staf itu membawa aku ke meja bernombor dua.

"Cik Iris kan? Duduk dulu tau. Kejap lagi majlis kita akan start."

Aku mengangguk. Perut terasa lapar. Dari tadi berbunyi.

Aku memandang sekeliling. Tidak berapa ramai manusia yang ada.

Aku berbual dengan orang di meja itu. Kebanyakkannya ramai yang aku kenal. Staf tadi menghidangkan kami kek red velvet. Buat pemanis mulut sebelum acara bermula.

"Iris, you ada dengar tak tentang Mr. Anonymous?"

Aku cuma diam.

"Dia datang tau malam ni. Semua teruja nak tengok wajah dia. Dia antara pelukis top yang tidak mahu mendedahkan identiti dia."

Aku cuma senyum. Yela, anonymous ni selalu ganggu hidup aku. Hantar quotes bukan-bukan.

Where are you right now, mister?

"By the way, I dengar dia selalu send lukisan dia kat galeri you kan?"

"Yes. Tapi I sendiri tak pernah bertemu dia."

"Ala, yeke. Hmm, macam mana la rupa dia kan? Hensem ke tidak?"

Eh, hensem pulak yang dipertaruhkan. Aku cuma nak tahu Mr. Anonymous ni cukup semua fizikal tak? Pelik sangat dia tu.

Aku cuma menggeleng kepala.

"Mana la dia duduk kan? Bukan nak join kat meja kita."

Sorang lagi pula menyampuk.

Tet. Tet.

Ada satu mesej masuk ke inbox email.

'Iris, you are so sweet tonight. Beautiful.' - Anonymous.

Hah?

Dia perhatikan aku wei. Aku menoleh di persekitaran sekeliling. Mana dia bersembunyi?

Mamat ni gaya dia serupa macam Tuxedo Mask dalam anime Sailormoon je. Mamoro Chan.

Nak main hide and seek pula.

'Looking for me? Nak saya muncul depan awak?'

Ah sudah. Janganlah. Bagi la aku peluang buka topeng kau.

'Biar saya yang kejar dan tangkap awak.'

Aku membalas dengan rasa geram.

'Catch me if you can.'

Erk? Aku meneguk air liur. Dia ni nak main game pula.

'Okay.'

Aku membalas sepatah. Geram.

'Kalau saya muncul depan awak sebelum awak dapat cari saya, awak kena temankan saya dinner. Berdua.'

Mata aku membulat. Nampaknya dia semakin berani.

Aku letakkan telefon ke atas meja. Tangan memeluk tubuh.

Malas nak layan dia.
. .
. Aku berlalu ke toilet. Memandang wajah di cermin.

Malam ni aku tiada mood mahu bercakap tentang lukisan dan seni. Jiwa aku berlari jauh entah ke mana. Aku banyak mendiamkan diri dan hanya mendengar. Tidak seperti kebiasaan.

Selalunya aku agak rancak bersembang dengan orang. Aku memberi alasan kurang sihat.

Wajah aku agak pucat.

Mungkin kepala aku sakit memikirkan siapa anonymous.

Hati aku rasa tidak keruan.

Keluar saja dari toilet, aku berjalan menunduk mengagau sesuatu di dalam tas tangan.

Gedebuk!

Aku terlanggar tubuh seseorang.

"Jalan tu guna mata."

Eh, aku tahu aku salah. Tapi tak perlulah kot nak perli aku sebegitu rupa.

"Sorry. Saya tak perasan."

Aku mendongak memandang wajah dia.

Eh, ni kan... Lelaki yang aku kejar masa
nak naik lif tadi.

Dia menghadiahkan senyuman manis. Seperti mengenali diri aku.

"Sah, awak rabun. Lain kali jalan tu hati-hati."

Aku mengecilkan mata. Seperti pernah melihat wajah dia sebelum ini.

Aku tidak membalas kata-katanya. Dan dia terus pergi.

Meninggalkan aku yang termangu di sini. Lantas, aku tersedar sesuatu.

Iya. Sepasang mata dengan kening yang berparut.

Mungkinkah dia, adalah Mr. Anonymous yang selalu menganggu hidup aku selama ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience