Bab 21

Romance Series 59219

Rayqal menghempas tangan ke stereng kereta.

"Argh!"

Dia rasa kesal datang ke sini. Kalau nak ikutkan hati, mahu dihayunkan penumbuk ke wajah Megat Zafril. Mengapa mahu ganggu hak dia?

Hak?

Rayqal sendiri tidak punyai ikatan bersama Iris.

Dia tidak tahu mahu rasa apa di kala ini. Sedih? Marah?

"Kenapa kau jumpa Megat jugak, Iris?"

Air mata Rayqal tidak dapat ditahan dari mengalir. Iya, benar dia rasa cemburu.

Tangan Iris sepatutnya dia saja yang genggam bukannya Megat tak guna tu.

Jeritan Iris memanggilnya sebentar tadi tidak diendahkan langsung. Rayqal telah terlepas kata.

"Kita putus la, Iris. Awak memang tak guna."

Kata-katanya bergema di ingatan.

Dia tidak sengaja berkata begitu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?

Dia memandang telefon bimbit, seseorang telah menghantar location kepadanya di WhatsApp sebelum kejadian tadi berlaku.

Tidak diketahui nombor milik siapa.

'Rayqal, ada kejutan untuk kau. Kalau nak tahu datang ke alamat ini. Iris ada di sana.'

Dia terlalu ikutkan kata hati. Dia memang tidak percayakan Iris bila Megat muncul. Dia rasa tergugat.

Sepatutnya jika dikawal rasa cemburu, pasti tidak jadi begini.

Sebaik saja dia tiba di cafe, dia melihat adegan pegang tangan. Masakan tidak dia berasa cemburu.

Benarlah kata orang, bila cemburu menguasai lelaki, bakal binasa hati seseorang.

Ada orang mahu mengenakan mereka berdua. Rayqal perlu menyiasat siapa dalang di balik semua ini.

Pedal minyak kereta ditekan. Kereta berderum laju meninggalkan Antipodean Cafe, Bangsar.

Aku berlari keluar. Mahu mengejar Rayqal. Dah terlambat. Rayqal sudah pergi.

Aku terduduk di kaki lima cafe.

"Rayqal..."

Pandangan orang yang keluar masuk ke dalam cafe tidak aku peduli lagi.

Rayqal pasti tidak mempercayai aku lagi.

He called me perempuan jalang. Allah... Beratnya tuduhan.

Aku kesal. Aku tidak patut menjejakkan kaki ke sini.

"Nadia..."

Megat Zafril memandang aku simpati.

Kau dah hancurkan segalanya, Megat. Aku benci kau.

"I'm so sorry. I don't expect things getting worse because of me. Forgive me, Nadia."

Setan.

Aku menjeling marah.

"Jangan ganggu hidup aku lagi. Kau... Jangan sesekali tunjuk muka depan aku."

Dia mahu membantu aku berdiri. Cepat-cepat aku tepis.

"Don't touch me!"

Aku mengherdiknya kasar.

"Nadia..."

Apa Nadia-Nadia? Aku tak suka orang kenakan aku begini.

Benar kata Kila, aku tidak patut mempercayai Megat atau Syilla.

Sekarang, nasi dah jadi bubur. Aku dah pun putus dengan Rayqal sebelum bernikah dengannya.

Lelaki yang berdiri di depan aku telah menghancurkan segalanya.

"Saya hantar awak balik."

"No! Aku tahu nak balik sendiri."

Aku melangkah laju meninggalkan Megat yang masih berdiri kaku di situ.

Apakah semua ini cuma salah faham ataupun telah dirancang?

Sebaik saja menyelitkan diri ke dalam kereta, aku terus menelefon Kila.

"Hello, Iris. Aku baru nak makan ni."

"Kila..."

Aku menangis tersedu-sedan.

"Beb, kau kenapa?"

"Rayqal, Kila. Rayqal..."

"Tarik nafas. Kau kat mana?"

"Kami dah putus."

Kila terus terbangun dari duduk. Hairband yang melilit rambutnya terus terurai jatuh.

"Apa? Eh macam mana boleh jadi macam tu?"

Aku menangis dengan kuat.

"Shh... Okay, kau datang rumah aku sekarang. Drive elok-elok. Jangan ikutkan perasaan."

Aku terus mematikan talian. Menuju ke destinasi. Ke rumah Kila, sahabat baik aku di kala susah dan senang.
. .
. Kila sedang menanti aku di muka pintu.

"Beb..."

Aku menerpa ke arahnya.

"Apa yang dah jadi sebenarnya? Jom masuk."

Aku duduk terhenyak di atas sofa.

"Nah, milo panas untuk kau. Biar hangat sikit hati kau tu."

Kila tahu aku kurang gemar kafein. Coffee mengingatkan aku pada dia.

"Tell me. Kenapa kau menangis teruk ni?"

"Megat."

"Megat tak guna tu? Dia memang nak kena dengan aku."

Kila menyingsing lengan baju pijamanya itu.

"Alahai. Macam mana Rayqal ada kat situ?"

"I don't know. Dia tiba-tiba ada kat situ."

"Mesti ada benda yang jadi kan? Yang buat Rayqal bengang."

"Megat gila tu pegang tangan aku. Waktu tu Rayqal terus terjah aku."

Kila mengumam bibir. Seperti memikirkan sesuatu.

"Something fishy. Kan aku suruh kau berhati-hati."

"Memanglah ada benda tak kena. Nak ikutkan, aku taknak jumpa Megat pun. Megat paksa aku datang."

"Kau pujuklah Rayqal."

"Rayqal taknak dengar dah. Dia cakap putus dan terus tinggalkan aku."

Kila menggaru kepala.

"You know what, Rayqal tu memang ego. Dan dia sepatutnya percayakan kau."

Rayqal tak percayakan aku.

"Dia cemburu, Kila. Cemburu buta dia telah binasakan hati aku dan dia."

"Esok kita cari dia dan jelaskan, okay?"

Kila menepuk bahu aku. Cuba meredakan hati aku yang gusar.

"Aku penat. Penat terseksa dengan hati. Sepatutnya aku pergi bersama Adam."

"Apa kau cakap ni, Iris Nadia. Bawak mengucap."

Aku memandang Kila dengan air mata yang masih bersisa.

"Kau tak faham. Aku takkan bahagia. Apa yang aku sayang, semua ditarik pergi. Jangan kau tinggalkan aku pulak, Kila."

Aku memeluk Kila. Menangis teresak di bahunya.

"Kau ada aku. I'm here for you."

Kila memandang aku lembut.

"Malam ni tidur sini, aku temankan kau. Aku taknak kau buat benda yang bukan-bukan."

"Aku sayang Rayqal. Aku taknak dia pergi macam Adam tinggalkan aku."

"Okay. Okay. Bersabar. Doa banyak-banyak."

Aku mahu tidur. Melupakan apa yang telah terjadi tadi. Semoga esok segalanya akan pulih seperti sediakala.
. .
. Megat mendail nombor seseorang. Pandangan dihalakan ke arah panorama malam.

"Aku dah buat apa kau suruh. Sekarang aku minta kau tunaikan janji kau pada aku."

Megat sakit hati. Iris tak pernah pandang dia langsung. Dua kali cintanya ditolak.

Tapi sebenarnya, jauh di sudut hati, dia merasa simpati melihat tangisan Iris. Iris menangis kerana seorang lelaki?

Kenapa bukan dia yang dipilih?

Cinta telah membutakan hati Iris. Juga hati Megat Zafril telah dicemari dengan titik hitam. Iri hati.

"Good. Kita tunggu step seterusnya. Esok aku nak kau datang ke galeri dia dan pujuk dia. Buat dia jatuh hati pada kau."

Suara seseorang mula mengarahnya itu ini.

"Kenapa aku nak kena dengar cakap kau?"

"Sebab kau tu lembap. Ikut jela cakap aku. Kau akan dapat Iris kalau kau usaha!"

"Argh!"

Megat terus mematikan talian. Dia bungkam.

Tidak sanggup melukakan hati Iris Nadia, gadis yang masih jadi pujaannya.

Nadia takkan gembira kalau aku menggantikan tempat Rayqal. Kerana di dalam hatinya cuma ada Rayqal Farish.

Apa hebatnya dia berbanding aku? Pandanglah aku sekali, Nadia. Sekali sahaja.
. .
. Seseorang ketawa berdekah di balkoni rumah.

Baru kau tahu siapa aku. Padan muka!

Aku takkan biarkan korang bahagia. Iris... Iris... Kan aku dah bagi amaran, tinggalkan Rayqal untuk aku.

Dia mengusap perutnya.

"Jangan risau, dear. Nanti dear akan ada papa. Hahahahaha."

Dia gelak berdekah bagaikan esok dunia miliknya seorang.

"Rayqal, tu la degil sangat. Kau yang nak aku complicated kan keadaan. Jangan salahkan aku."

Dia senang hati bila Megat Zafril sudi bekerjasama dengannya.

Mamat lembap tu penakut. Tapi ikut juga apa yang aku suruh buat.

Dasar. Demi Iris Nadia, sanggup lakukan apa yang aku suruh.

Baru kau tahu wujudnya the devil Bella. Huh. Kita tunggu esok. Let the game begin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience