Bab 10

Romance Series 59219

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Rambut aku sisir dengan rapi.

Memandang diri di cermin. Aku tak dapat hubungi Rayqal. Dia mematikan telefon bimbit.

Aku membaringkan diri ke atas katil. Mata meliar memandang ke pelusuk bilik hotel.

Mana Rayqal?

Dia busy agaknya. Taknak la ganggu.

Aku menghela nafas. Aku taknak pisang berbuah dua kali.

Aku taknak jadi kekasih yang busy body. Aku takut kehilangan dia.

Aku benar-benar sayangkan Rayqal. Bukan kerana aku lupakan Adam. Tapi kerana aku percaya Rayqal mampu bahagiakan aku.

Dia mungkin sedikit berbeza perwatakan dengan Adam. Tetapi dia punyai aura yang tersendiri.

Aura yang membuatkan aku jadi seorang perindu.

Tak... Kau kena control hati kau, Iris. Jangan sampai terluka sekali lagi.

Aku memberi peringatan pada diri sendiri.

Sedar tak sedar, mata mulai layu. Dan aku terlena di atas tilam yang empuk.
. .
.
Deringan telefon yang bingit mengejutkan aku dari lena.

Kila.

Aku mengangkat malas.

"Hello. Kau buat apa lambat sangat angkat?"

Mata aku terpisat-pisat. Memandang bilik.

Oh baru teringat. Aku di Australia rupanya. Aku menguap. Mengantuk sangat.

"Aku tertidur tadi. Penat sangat. Jet lag."

Pukul berapa ye? Lapar la pulak.

"Da jumpa Rayqal?"

"Belum."

Suara aku jadi serak. Angin dingin Australia membuatkan aku jadi demam.

"Kau okay tak tu? Lain macam je suara."

Aku terdiam.

"Iris..."

"Hah ye. Aku demam ni. Tadi masa dalam flight, kepala pening. Tak sempat nak beli panadol."

"Jaga diri. Kau pergi la farmasi kejap lagi. Jangan lupa makan ubat. Anything call aku."

"Thanks, Kila. I'm fine."

Aku sejenis yang tak berapa suka telan ubat. Jika pening, aku biarkan je dia lega sendiri.

"Beb, aku nak bersihkan diri jap. Mandi, solat, makan dan pergi farmasi."

"Okay. Bye, Iris."

Kila mematikan talian.

Laparnya perut. Lama aku tidur. Sakit kepala dah semakin okay. Cuma, aku tak tahan sejuk. Udara di sini dingin sekali!
. .
. Usai membeli beberapa jenis ubat dan minyak angin, aku mengambil angin di tepi jambatan sungai.

Cuaca agak baik. Langit tidak mahu memuntahkan hujan.

Aku menyimpan tangan di dalam kocek coat labuh.

Tenangnya perasaan berdiri di sini menghadap sungai yang bergemerlapan cantik.

Aku memejamkan mata. Mahu mengambil feeling.

Rambut yang beralun, aku tocangkan. Biar selesa sedikit. Kerana angin bertiup agak kencang di waktu malam.

Aku mendapat inspirasi. Mahu jadikan jambatan ini dimasukkan ke dalam lakaran seterusnya.

Terbayang wajah Rayqal lagi membuatkan aku tersenyum.

Apa khabar agaknya dia? Sihat ke tak? Dah makan ke belum?

Aku tak tahu dia berada di mana.

Mahu bertanya tetapi takut dia tahu aku di sini.

Aku memandang telefon bimbit.

Tiada mesej dari dia. Kosong.

Dia merajuk dengan aku ke? Sebab aku tak hiraukan mesej dia?

Bosannya. Datang sini tidak berteman.

Aku mula mengambil gambar suasana di sini. Juga gambar swafoto.

Terus saja aku memuat naik di laman Instagram.

Saja nak cemburukan Kila. Hehehehe.

Tidak lama kemudian, Kila memberi komen di bawah gambar tadi.

Aku meletakkan caption 'Feeling alone here.' Kila membalas, 'Where's your mister?'

Hahaha. Nanti kalau Rayqal nampak, habislah aku. Mesti dia membebel sebab datang sini tak bagitahu dia.

Hari makin beransur gelap. Aku menyusuri tepian jambatan ini. Langkah dilajukan mahu segera ke Hotel Issabel.

Sedang aku berjalan, terasa seperti diekori seseorang.

Langkah dipercepatkan. Aku memandang belakang. Lelaki tadi memandang ke arah lain. Aku tidak dapat lihat wajahnya. Dia memakai hoodie hitam.

Oh gosh. Siapa pulak yang ekori aku di waktu begini?

Perompak? Perogol bersiri?

Akal aku mula memikirkan yang bukan-bukan. Aku ketakutan.

Makin aku laju, dia juga laju.

Habislah aku. Ya Allah, tolong selamatkan aku.

Dada mula berombak kencang.

Sedang aku berlari, aku terlanggar bahu seseorang.

"Hey, watch your sight!"

Alamak, satu lagi bala datang. Aku tersungkur di atas kasut dia.

"Sorry. Sorry, sir."

Aku menoleh ke belakang, lelaki yang mengekori aku tadi menghilang entah ke mana.

Aku bingkas bangun. Membetulkan rambut dan baju.

Mata aku mula menatap dia.

Eh, ni kan lelaki annoying di galeri hari tu. Apa dia buat kat sini?

"I think I know you."

Dia mengelak pandang.

Aku menatap wajah dia. Yes. That's him.

"Encik hari tu kan, yang datang ke galeri saya?"

Betul la mamat haritu.

"I don't know what are you talking about. Sorry, miss."

Eh. Buat-buat tak kenal aku pula.

Ni yang aku jadi tak puas hati.

Dia mahu berlalu pergi tinggalkan aku. Rasanya aku tak silap orang pun.

Kalaulah aku tahu nama dia...

"Tunggu... Nanti kejap."

Aku segera menahan dia dari pergi. Dia terhenti di situ.

Aku berdiri di depan dia.

"Encik, saya jarang silap orang."

Aku mendekatkan muka. Mahu mengecam wajahnya dengan dekat. Dahi makin berkerut.

Aku ni kan rabun, lupa nak pakai contact lens tadi.

Dia agak terkejut dengan perlakuan aku.

Senyuman senget terbit di bibir.

"Yes. That's you."

Dan dia... Terkebil-kebil melihat aku yang tidak putus asa memerah ingatan dari tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience