Keadaan Bella sudah kembali normal. Dia hampir kehilangan kandungan. Namun berjaya diselamatkan. Cuma dia masih tidak sedarkan diri.
Rayqal merenung Bella yang terlantar. Dia menjadi punca berkelakuan begitu. Namun, perasaan dia pada Bella telah lama hilang.
"Rayqal..."
Puan Sri Zalia masuk ke dalam wad.
"Menungkan apa tu?"
Dia mengambil tempat di sebelah anaknya.
"Takde apa, Ma."
"Nanti lepas Bella dah sedar, Mama harap Rayqal boleh jaga Bella dengan baik. Mama tahu tu bukan cucu Mama."
Rayqal tidak mengendahkan kata-kata Mamanya.
"Rayqal tak boleh kahwin dengan Iris."
Puan Sri Zalia memandang Rayqal tajam.
"Kenapa Ma? Rayqal sayangkan Iris sangat-sangat."
Wajah Rayqal tampak kecewa.
"Dia tak sesuai untuk Rayqal."
Puan Sri Zalia mengalihkan pandangan.
"Ma nak keadaan lagi teruk ke?"
Sekarang pun keadaan dah bertambah teruk. Bisik Puan Sri Zalia di dalam hati.
"Rayqal nak bawak Iris datang jumpa Mama."
Puan Sri Zalia rasa gelisah. Dia khuatir rahsianya selama ini bakal terbongkar.
"Tak nampak keadaan Bella tu macam mana? Masih lagi nak kahwin dengan Iris?"
Dia menjegilkan mata ke arah Rayqal. Degil betul budak ni.
"Lepas Bella sedar, Rayqal nak ceraikan dia."
Kata-kata Rayqal memanaskan hati Puan Sri Zalia.
Rayqal masih berkeras.
"Hmm. Suka hati Rayqal la. Apa-apa jadi tanggung sendiri."
Dia malas nak membantah apa yang anaknya inginkan.
"Mama nak pergi meeting persatuan. Anything call Mama segera."
Nampaknya, Puan Sri Zalia tidak boleh mengelak lagi. Dia perlu berhadapan juga dengan kenyataan. Dia perlu memohon kemaafan daripada Iris.
.
.
.
Aku memandang diri di cermin. Entah kenapa mahu berdandan cantik pulak malam ni. Pergi dinner je pun. Apa la kau ni, Iris.
"Iris, yuhuu... Jom keluar. Eh, kau pakai cantik-cantik nak pergi mana malam ni?"
Kila memasuki ruang bilik aku. Pelik melihat aku yang sedang bersolek bagai.
"Keluar jap. Sorry la. Aku dah janji nak dinner dengan orang lain."
Kila memuncungkan bibir.
"Keluar dengan siapa? Rayqal?"
Sebaik saja mendengar nama Rayqal, aku hanya menunduk.
"Bukan."
"Then, siapa?"
Kila tak pernah tahu kewujudan Aiman Radzi. Dia cuma tahu Mr. Anonymous je.
"With somebody."
Mata Kila bersinar.
"Wow. Rayqal tahu tak yang kau dah ada someone?"
Mati mood aku nak keluar dinner. Asyik sebut nama dia je.
"Dia tak penting lagi dalam hidup aku. Kahwin pun taknak bagitahu. Suka hati aku la nak dating dengan siapa."
"Sorry. Aku takde maksud nak sakitkan hati kau."
"Hmmm. Okaylah. Aku gerak dulu. Bye."
Malas mahu bersoal jawab dengan Kila. Terus saja aku mencapai beg dan berlalu pergi.
Setibanya di restoran yang dijanjikan, aku terlihat dia sedang duduk mengelamun.
Pertama kali melihat wajahnya yang agak murung. Seperti seseorang yang sedang putus cinta.
"Hai..."
Aku menyapanya dengan senyuman manis.
"Terima kasih sebab sudi datang."
Wajah dia tiba-tiba bertukar jadi ceria.
"Welcome. Lagipun, kita tak pernah keluar dinner secara proper. Terasa macam tengah dating pulak."
Aku tergelak perlahan.
"Order la makanan."
Dia kelihatan... Seperti tiada mood.
Setelah memesan makanan, matanya merenung aku lama.
"Iris, awak cantik malam ni."
Aku dapat rasakan bukan itu yang dia mahu katakan.
"Terima kasih."
Kami diam menyepi.
"I have something important to tell you."
Terasa berdebar.
"Iris, do you remember me?"
Tidak semena, dia menghulurkan sebuah patung beruang untuk aku.
"Awak... Adalah dia?"
Dia hanya diam.
"Encik penyelamat saya."
Air mata aku terus mengalir.
"Patutlah saya rasa macam kenal awak dah lama. Kenapa awak tinggalkan saya dengan Mak Leha macam tu je?"
Dia diam.
"Jawablah."
Aku mengasak pertanyaan.
"Saya tak menghilang. Saya tahu semua kisah awak. Tentang Adam. Tentang Rayqal. Tentang Bella. Everything, Iris."
"Kenapa awak menghilang macam tu je? Saya tunggu awak sebab nak bagi awak coklat. Hari-hari saya tunggu awak kat tepi tingkap. Mengharapkan awak datang pujuk saya."
Aku sedih. Waktu tu setiap hari aku rindukan dia.
"Rindu sebagai adik kepada seorang abang kan?"
Aku menunduk.
"Jarak umur kita jauh. Saya hanya boleh pantau awak dalam diam, Iris."
"Masa tu saya takde sesiapa untuk bergantung harap. My parents died in front of me. Tak adil untuk saya."
Aku meluahkan rasa geram.
"Just forget everything, Iris."
"No. Kemalangan tu dirancang kan? Kenapa awak tak tolong saya tangkap pembunuh tu?"
"Tak guna simpan dendam. Papa awak tak ajar anaknya menyimpan dendam."
Huh.
"Awak mesti tahu siapa penyebabnya."
"Maafkan je dia."
Bukan aku berdendam. Aku cuma rasa terkilan. Aku menjadi anak yatim piatu pada usia yang muda. Apa salah keluarga kami?
Makanan tiba.
"Baik kita makan dulu."
Selera aku termati. Walaupun banyak makanan terhidang di atas meja.
Aku malas mahu makan. Bengang.
Telefon berdering. Rayqal.
Ni lagi sorang. Entah apa yang dia nak entah.
"Jawablah phone tu. Rayqal?"
Malaslah nak jawab.
Satu mesej masuk.
'Iris, awak kat mana?'
Aku hanya membiarkan. Tidak lama kemudian, masuk lagi satu mesej.
'Mama nak jumpa. Saya jemput awak.'
Aduh, masa ni la sibuk nak jumpa aku.
'Busy. Lain kali je.'
Malas nak layan.
'Saya pasang trackers kat phone awak. Tunggu saya datang sebab saya dah dapat location.'
Gila la dia ni. Ni mesti dia pasang masa aku tengah dilarikan haritu.
Aku terus campakkan telefon ke atas meja.
"Rayqal wants to meet me."
Wajah Aiman agak kecewa. Rayqal menganggu waktu lapang aku.
"Pergilah. Kalau itu yang awak mahukan."
Ayat dia seperti sedang berjauh hati.
"Banyak perkara yang kita perlu cakap. Everything."
Suara aku mulai tegas. Aku mahu tahu semua cerita dari A hingga Z.
"Let's eat first."
Dia memujuk aku untuk makan terlebih dahulu.
Melihat dia mencapai sudu dan garfu, aku juga memujuk hati aku dengan melakukan perkara yang sama.
Lima belas minit kemudian...
Rayqal tiba. Aku sedang keseorangan melayan berbagai persoalan di meja makan.
Aiman pergi ke tandas.
"Iris..."
Dia berdiri di tepi aku. Matanya sorot ke arah makanan yang terhidang.
"Pakai cantik-cantik. Candle light dinner dengan siapa?"
"Bukan urusan awak."
Dia ni datang tambah memeningkan kepala aku.
"Sejak bila saya bukan lagi jadi urusan awak, Iris?"
Suara dia mula meninggi.
"Awak nak apa datang cari saya? Ajak jumpa dengan Mama awak?"
"Yes."
"Saya busy malam ni."
Aku menolak. Aku sudah rasa serabut.
"Busy?"
Dia tergelak sinis.
"Busy dating dengan jantan lain ke?"
Dia mula menyindir aku dengan menyerang pertanyaan yang menyakitkan hati.
"Jangan nak tuduh saya la."
"Betul la kan?"
"Whatever la, Rayqal."
"Tolong hormat dinner kami, Mr. Rayqal."
Satu suara menerjah kami. Aiman muncul. Bakal menyambung pertelingkahan kami. Petir bakal berdentum sebentar lagi.
"Kau siapa? Oh, mamat haritu."
Aku sendiri tak faham perangai Rayqal yang caring mula bertukar darjah.
Aiman duduk selamba.
"Jom, Iris."
Rayqal menarik tangan aku. Memaksa aku mengikut langkah dia.
"Awak boleh tak jangan nak paksa saya? Hari lain tak boleh ke?"
Aku cuba tahan sabar. Rasa mahu menangis. Aku mahu cari jawapan daripada Aiman. Tentang kemalangan itu.
"Sekarang. Jom."
Aku memandang Aiman. Cuba meminta pertolongan. Wajah dia masih tenang.
"Pergilah. You'll get an answer. Do not mind me."
Rayqal ni... Kenapa la dia muncul di saat begini?
Aku menghela nafas.
"Awak dah ganggu perbincangan saya yang paling penting, Encik Rayqal! Thanks."
Aku bangun sambil menjeling geram ke arah Rayqal.
"Sorry Aiman. Saya kena ikut angin gila dia ni. We'll talk about this later."
Rayqal sempat tersenyum sinis ke arah Aiman. Mahu kata dia sedang menang la tu. Perangai tak matang. Geram aku.
Dia menarik tangan aku. Memaksa aku mempercepatkan langkah.
"Lepaslah."
Suka hati je nak tarik aku macam lembu.
Sampai di pintu kereta, baru dia lepaskan tangan aku.
Aku tahu apa yang dia bakal kata sebentar lagi.
"Jantan tu boyfriend baru ke?"
Kan... Boleh agak.
Aku cuma diam.
"Iris..."
Tangan aku masih terasa sakit dicengkam dia. Aku melihat telapak tangan aku yang memerah.
"Saya tak bermaksud nak seret awak. Tapi, malam ni penting buat kita..."
Kita? Not both of us anymore.
"Ada apa Mama awak nak jumpa dengan saya? Nak maki hamun saya? Nak tuduh saya perampas?"
Kereta bergerak laju.
"Dia nak jumpa bakal menantu dia yang manis ni. Salah ke?"
Bakal menantu?
Aku sudah terkedu. Tiba-tiba rasa takut nak berhadapan. Aku tidak pernah melihat wajah Mamanya.
"Relaks, okay. Kejap lagi kita sampai. Saya nak ada kesudahan baik dengan awak."
Kesudahan yang baik?
Nasib Iris Nadia tak pernah baik. Semuanya buruk.
Share this novel