Bab 25

Romance Series 59219

Kila memandang aku. Tanpa soalan. Aku faham maksud renungan dia.

Tangannya lincah memasukkan barangan peribadi aku ke dalam beg.

"Kau ada pape nak tanya ke?"

Soalan aku membuatkan pergerakannya terhenti.

"Err..."

"Yes. Rayqal datang sini tadi. Thanks but not thanks."

"Kau marah dia?"

"Kenapa aku nak marah dia?"

"Err..."

Tiba-tiba minah ni cakap tersekat-tekat.

"Spill it out."

Ringkas saja aku memaksa dia bersuara.

"Okay. Fine. I'm sorry. Aku bagitahu dia sebab aku tak sampai hati tengok kau dalam keadaan sedih."

"I told you, Kila. I'm fine."

"Kau tipu. Kau perlukan Rayqal."

Aku tertunduk.

"Aku tak perlukan dia. Aku cuma perlukan sedikit waktu. Untuk kisah aku dan dia."

"Itu cuma ego kau. Just tell him that you miss him so much."

Tak mungkin. Dia sendiri tak percayakan aku.

Aku berdiri. Bersedia untuk pulang ke rumah.

"Aku dah ready nak discharge. Jom balik."

Kila masih berdiri di hujung katil.

"Apa yang kau tercegat tu? Nak jumpa doktor Fuad?"

Kila terus mencebik sebaik dengar aku menyebut nama doktor muda itu.

Something's fishy.

Aku rasa macam Kila mengaturkan sesuatu untuk aku.

"Kau jangan nak cakap yang Rayqal ada di luar?"

Kila diam.

"Kila!"

Geram aku dengan dia. Semalam membebel macam mak nenek. Harini diam semacam.

"Tak. Bukan."

"Then?"

Kening dijongketkan. Tak faham aku dengan Kila ni.

"Rayqal tunggu kau dekat depan rumah."

"Untuk apa? Nak tambahkan sakit aku lagi ke?"

"Bagilah dia peluang. Sekali lagi."

"Aku cuma nak bersendirian. Aku ikut kau balik rumah eh, Kila."

Tanpa mengendahkan Kila, aku terus keluar dari bilik wad dan menuju ke kaunter bayaran.

Bukan sekarang masanya untuk fikirkan dia.
. .
. Aku menoleh ke belakang. Terasa seperti diperhatikan oleh seseorang.

"Kenapa beb?"

"Aku rasa macam ada orang tengah pandang kita dari jauh."

Kila turut memandang sekeliling.

"Perasaan kau je tu. Jomlah balik."

Pintu kereta Myvi dibuka.

Adakah aku yang berasa begitu? Am I too paranoid?

Pagi tadi aku menerima satu email. From Anonymous.

'Moga cepat sembuh, Iris Nadia.' - Anonymous

Mana dia tahu aku dekat hospital ini? Peliknya.

Tekanan aku dibuatnya. Aku terus delete mesej di inbox tu.

Kila memandang aku pelik.

"Kau kenapa?"

Aku geleng kepala. Tangan menarik seatbelt.

"Nothing."

Banyak persoalan yang buat aku bingung.

Ah, sakitnya kepala!

"Wei, kau okay tak ni?"

Muka aku berkerut menahan sakit.

"Okay. Aku nak balik cepat. Nak rest. Rumah kau, Kila. Aku tak bersedia nak berdepan dengan Rayqal."

"Oh, okay okay. Sabar."

Kila memecut kereta dengan laju. Meninggalkan perkarangan hospital.
. .
. Bella keluar dari celah bangunan. Dia yang skodeng Iris tadi.

"Cis, apesal kau tak mati je? Biar mudah kerja aku."

Bibirnya yang merah terkumat-kamit menyumpah seranah Iris.

"Rayqal ni pun satu. Aku call kau tak angkat. Mesej tak reply. Kau tunggu la sikit je lagi and you'll be mine."

Tangan kanannya memandang skrin di telefon bimbit.

Dia tersenyum sinis.

Sedang merangka plan jahat dalam otaknya. Tanpa Megat dia juga boleh usaha untuk dapatkan apa yang dimahukan asalkan hajatnya tercapai.

Nombor didail. Mendail seseorang yang dirindui.

Tiga saat kemudian, panggilannya berangkat.

"Hello sayang, what are you doing right now? I miss you. I datang kondo you malam ni tau."

Hati Bella tersenang riang.

Mahu bertemu seseorang. Yang pasti dia mahukan belaian malam ini.

Urusan dia dengan Rayqal kemudian saja. Dia mahu bagi chance kepada Iris dan Rayqal untuk menyulam rasa.

Never underestimate me, Iris Nadia. Kau bukan lawan aku. Tak lama lagi air mata kau takkan berhenti mengalir.

Bella membetulkan dress birunya dan melangkah ke kereta BMW.

Dia mahu melawat seseorang. Dan dia pasti seseorang itu akan berganding bahu dengannya.

Mama Rayqal.

Rancangan Bella takkan pernah gagal.
. .
. Bella menekan loceng di pintu pagar berkali-kali.

Ish, mana pembantu rumah ni. Bukak la cepat pintu ni. Lembap betul.

Heels kanannya menghentak kuat ke permukaan jalan tar.

Ting tong! Ting tong!

Orang dalam rumah ni pekak agaknya. Bella menjenguk kepala di balik celahan pagar. Kereta Mama Rayqal ada je.

Tidak lama kemudian, pintu pagar automatik terbuka dengan sendirinya.

Bella tersenyum riang.

Nampaknya kedatangan aku ke sini amat dialukan. Bisiknya di dalam hati.

Dia melangkah masuk ke dalam persekitaran rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah.

Seorang pembantu rumah datang menyapa.

"Bik, Puan Sri Zalia ada?"

"Ada neng, jemput ke dalam yuk."

"Call me Miss Bella. Tak lama lagi kau boleh panggil aku madam. Aku akan jadi mem besar dalam rumah ni."

Bibik terkebil-kebil melihat Bella merungut sendirian.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Lagak gayanya seperti menganggap itu rumahnya sendiri.

"Auntie..."

Bella melaung nama Puan Sri Zalia. Sudah lama tidak ketemu wanita tua ini.

Puan Sri Zalia menuruni anak tangga. Dia tersenyum melihat Bella.

"Bella, my dear. Kenapa dah lama tak jenguk auntie?"

Bella tersenyum sinis. Dalam hati mula mengutuk macam-macam. Dia tidak ikhlas pun ke sini.

Aku datang ni pun bersebab. Tak hingin aku nak datang saja-saja. Anak kesayangan kau tu dah campak aku ke tepi lepas putus.

"Bella?"

Puan Sri Zalia pelik melihat air wajah Bella yang sedang berkerut seperti marahkan sesuatu.

"Err ya auntie. Actually, dah lama Bella nak jenguk auntie. Cuma masa tak mengizinkan. I busy la. Ni pun datang sebab rindu yang menggebu kat auntie."

Dia mengucup pipi kanan dan kiri Mama Rayqal. Muka separa tak ikhlas ditayang.

"Come. Kita duduk kat sofa."

Bahu Bella dipeluk erat.

"Auntie rindukan Bella tau. Lepas you all putus, nampak macam Bella merajuk je. Call auntie pun tak sudi."

"Yela. Dah takde hubungan dengan Rayqal takkanlah Bella nak menepek muka kat sini. Bella pun ada harga diri. Rayqal campak Bella jauh-jauh. I'm so upset."

Bella mempamerkan riak sedih yang dibuat-buat.

"Bik! Come here."

Terkocoh-kocoh pembantu rumah warga Indonesia itu berlari.

"Buatkan air untuk Bella. Hidangkan donut yang I buat tu."

"Baik, Puan Sri."

"Auntie taknak masuk campur hal you all. Pandai-pandailah setelkan."

Kalau anak kau tu masih single bolehlah aku goda. Ini tak, Iris yang tak cantik tu pun dia terhegeh-hegeh. Huh. Mak dengan anak sama je. Ego.

"But auntie... I really need your help."

Bella menundukkan muka. Menayang wajahnya yang mendung.

Puan Sri Zalia terkesima melihat Bella yang seperti berada di dalam masalah.

"What is it, dear?"

"Hmm Takpelah auntie. Tak cakap pun takpe."

Dia sengaja mahu wanita tua itu tertanya-tanya.

"Cakaplah. Kalau auntie boleh tolong sedaya termampu. Do you need a money?"

Wahh, mahu berikan aku duit.

"Hmm nope. Bella pun ada duit. Lagipun, Bella bukan kaki kikis."

Puan Sri Zalia menjongketkan kening.

"Ini antara hidup dan mati. But, Rayqal doesn't have to know."

Dia sedang menjerat Puan Sri Zalia dengan kata-kata.

Kita tengok siapa lagi pandai, Rayqal. Mama kau ni akan bantu aku dapatkan kau.

Anak dengan Mak sama-sama bodoh.

Bella sudah bergelak ketawa di dalam hati.

"Tell me now. Apa yang Rayqal Farish dah buat dengan Bella? Jangan sembunyikan apa-apa dari auntie."

Bella menarik nafas panjang. Teragak mahu menyambung kata.

Dia merapatkan sesuatu ke telinga Mama Rayqal. Membisikkan sesuatu. Tidak mahu bibik menghantar laporan kepada Rayqal.

Mata Puan Sri Zalia terbelalak.

Hah, terkejut besar kau. Oh Oh, nampaknya Mama Rayqal sudah termasuk jerat.

"What?"

Dia terus terbangun dari duduk.

"Seriously?"

Bella mengangguk.

"I'll teach him a lesson." Puan Sri Zalia sedang menahan perasaan marah terhadap anaknya.

Bella menahan senyuman. Tak lama lagi anaknya bakal terperangkap dalam jerat.

Kita tengok je nanti.
. .
. Aku menyeret kaki malas masuk ke dalam rumah Kila.

Aku mahu pulang ke rumah. Tapi Rayqal ada di sana.

Perlahan punggung dihenyak ke atas katil. Selimut ditarik menutupi muka.

Kila hanya mampu menggeleng melihat sahabat baiknya itu.

"Kau ni, sampai bila nak lari dari kenyataan?"

"Kenyataan apa?"

Kila serta merta menarik selimut itu.

"Kenyataan yang kau masih cintakan dia."

"Dia?"

Aku menayang wajah pelik. Siapa dia yang Kila maksudkan?

"Both."

"Hah?"

Aku semakin kurang menangkap maksud Kila yang sebenar.

"Adam Zarieyl dan Rayqal Farish."

"Apa kau cakap ni?"

"In fact, kau masih cintakan kedua-duanya."

Kila buatkan kepala aku bertambah pening.

"You know what I mean."

Aku mendiamkan diri.

"Selesaikan. Never runaway from a problem. Kau bukan remaja lagi, Iris."

Aku memejamkan mata. Menahan air mata jatuh.

"Aku penat. Can you leave me alone?"

Aku terus menyembamkan wajah ke bantal di sebelah.

Menahan rasa hati yang sedang sakit bukan perkara mudah.

Cinta ini mungkin tiada akhirnya.

Rayqal...

Benarkah kisah kita perlukan masa? Atau kita cuba berlari meninggalkan masa?

Aku memejamkan mata dan hanya membiarkan air mata merembes jatuh.

Tidurlah. Kalau itu yang bisa membuatkan hati aku jadi lega.

Lari dari masalah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience