Bab 17

Romance Series 59219

"Linda!"

Aku menjerit memanggil nama Linda. Lelaki bernama Izwan tu memang gila.

Dia memaksa Linda masuk ke dalam kereta.

"Awak, kita kena selamatkan Linda. Saya tak sanggup tengok dia kena bawak lari macam tu."

Rayqal mengesat peluh di dahi. Penat mengejar mereka.

"Jom."

Seraya Rayqal menarik tangan aku masuk ke dalam kereta. Sebaik saja enjin dihidupkan, kereta meluncur pergi dengan laju.

Aku sudah kecut perut berada di dalam pemanduan Rayqal. Laju gila!

"Awak, kejar Izwan tu. Jangan biar mereka terlepas."

Makin berderum enjin kereta. Rayqal pecut bagaikan terlalu mahir memandu di jalan raya sini.

Aku memejam mata. Tak pernah aku tengok Rayqal racing begini.

"Izwan tu siapa?"

Suara Rayqal memecah keserabutan aku.

"Ex-boyfriend Linda."

"Then, kenapa kita kena kejar dia? Biarlah dia setel hal dia."

Aku bukan nak masuk campur. Tapi, tengok gaya Izwan ni macam orang gila. Sanggup lakukan apa saja untuk tarik Linda dalam genggaman dia.

"Tadi mamat gila tu datang serang rumah Linda. Saya takut dia mengapa-apakan Linda."

"Lelaki kalau naik gila memang jadi setan."

Rayqal memulas stereng kereta. Memintas kereta di depannya. Tidak mahu Izwan hilang jejak.

Wajah Rayqal jadi bengang.

"Sorry. Saya takde niat nak libatkan awak. Tapi saya dah anggap Linda macam adik sendiri. Saya taknak benda buruk jadi pada dia."

"Mamat gila tu tak boleh terlepas!"

Makin laju Rayqal pecut. Aku tahan muntah. Pening kepala jadinya.

Izwan membelok ke satu kawasan perumahan.

"Dia nak bawak Linda ke mana?"

Aku rasa nak menangis. Risau benar jika dia mahu perlakukan perkara yang kurang baik.

Kami berhentikan kereta jauh dari mereka.

"Are you okay, Iris? Ada rasa nak muntah tak?"

"Saya okay. Tapi Linda tengah tak okay tu."

"What are we gonna do?"

Rayqal memandang wajah aku. Dia pasti letih memandu dalam keadaan begitu.

"Saya nak masuk dalam."

Aku semakin gelisah. Linda banyak tolong aku. Aku takkan biarkan Linda dalam kesusahan.

Aku mahu membuka pintu kereta.

"No. Bahaya masuk dalam tu sekarang."

Rayqal menghalang aku.

"Habistu, takkan kita nak biarkan Linda dengan mamat gila tu?"

Suara aku sudah naik 4 oktaf.

"Sabar. Sabar. Awak kena bertenang. Kita tak boleh bertindak sembarangan."

Darah aku naik menggelegak. Aku tengah risau. Rayqal pula mahu aku berdiam diri.

"Kita call polis. Biar pihak polis setelkan, culik dah jadi satu kes."

Aku faham yang Rayqal taknak masuk campur. Tapi bila mengenangkan Syilla tu isteri Izwan aku jadi panas hati.

Entah apa la nasib Linda.

Kami terus memerhati. Linda enggan masuk ke dalam rumah. Izwan berkeras mahu dia masuk juga.

"Dalam rumah tu, kita tak tahu siapa yang ada di dalam tu, takut mereka ramai dan bersenjata."

Aku memandang Rayqal geram. Kalau penakut tu cakap jela. Aku boleh masuk ke dalam tu seorang diri.

Aku mendengus kasar sambil membuka pintu kereta.

"Iris!"

Iya. Aku memang degil. Aku tidak peduli lagi. Langkah kaki semakin menghampiri rumah itu.
. .
. Linda memandang Izwan tidak puas hati.

Izwan memang hilang akal. Otak tak betul. Izwan muncul dari dapur dengan membawa segelas air di tangan.

Gelas dihulurkan.

Dia duduk di sebelah Linda. Dan melentokkan kepala di bahu kanan Linda.

"You ni dah gila ke?"

Izwan tersengih.

"Memang."

"Lepaskan I la. You buat macam ni kalau Kak Iris call polis macam mana?"

Mata Izwan mencerlung tajam.

"Siapa Iris tu?"

Linda terdiam. Tidak menjawab.

"Baby, kan kita pernah janji nak harungi semua ni sama-sama. You tak sayangkan I lagi ke?"

Linda menolak kepala Izwan jauh sedikit darinya.

"Tak. Sayang tu dah lama terkubur."

Linda bangun. Namun dia terduduk semula di atas riba Izwan apabila pinggangnya dipeluk.

"Aww, so sweet. I miss you."

Pipi Linda dikucupnya bertalu. Dia menghimpit tubuh Linda.

Linda tak boleh lari lagi. Dia takkan benarkan Linda jauh darinya lagi. Dia menyesal tinggalkan Linda dahulu.

"Iz, jangan macam ni."

Linda mula merayu.

"Okay. Okay. I akan lepaskan you kalau ikut cakap I."

Linda memandang Izwan geram. Rasa mahu menumbuk muka Izwan saat ini.

Dia mengelus rambut Linda.

"Jadi isteri I nombor dua."

Gila!

"Taknak. I takkan terima you lagi, Iz. Lepaskan I dan biarkan I hidup bahagia."

"Hmm. Nampaknya bahagia you bukan dengan orang lain tapi dengan I."

Izwan ketawa berdekah.

Dia suka tengok wajah marah Linda. Makin marah, makin comel.

Hanya dia yang berhak dapatkan Linda. Kalau dia tak dapat Linda, tiada siapa yang boleh miliki Linda.

"Stop it, Iz. Sedarlah you tu suami orang."

Suara Linda mula bergetar. Mahu menangis. Dia punyai maruah. Tapi Izwan pijak maruah dia sesuka hati.

"Shh... Baby, dengar sini, kalau you nak I ceraikan Syilla, I akan buat apa saja. Kalau itu yang you mahukan."

Air mata Linda mula menitis.

Izwan sudah naik gila. Cinta tu satu pengorbanan. Dia dah lama korbankan perasaan dia demi cinta dia pada Izwan.

"Taknak. I taknak kahwin. Jangan ceraikan dia."

"Habistu, you sanggup jadi isteri kedua?"

Linda diam. Mana mungkin dia berbuat sedemikian. Dia tidak akan sesekali menjadi perampas.

"Jangan layan I macam second options."

"Habistu, kau nak aku buat apa?"

Tiba-tiba Izwan melenting.

"Aku bagi kau dua pilihan. Kahwin dengan aku. Atau aku jual kau dekat lintah darat. Kau nak macam tu?"

"You ni memang dah gila! I benci you, Iz."

Linda mula menangis teresak.

"Itu je cara nak puaskan hati. Kau tu degil sangat!"

Linda kesal. Apa salah dia sampai Izwan sanggup perlakukan dia begini.

"Aku tahu kau masih sayangkan aku lagi. Mengaku jela!"

"Pergi mampus la dengan sayang tu semua, Iz. Cinta you tu macam kaca, buat hati I sakit."

Prang!

Linda geram. Gelas yang dipegang tadi dibalingnya ke dinding rumah.

"Linda!"
. .
. Aku mendengar bunyi kaca berderai.

Apa sudah jadi? Ya Allah, Linda. Ah, tak boleh jadi, aku kena masuk juga.

Pintu aku tolak kasar.

Mereka terpempan melihat aku.

"Kak Iris!"

Linda terus memeluk aku.

"Kau siapa? Jangan nak masuk campur hal aku."

"Dia adik aku. Kau jangan nak apa-apakan Linda."

Izwan memandang aku tajam.

"Huh, bila masa Linda ada kakak? Kau jangan nak buat lawak. Dia hak aku."

"Izwan, kau dah ada isteri. Jangan buat Linda macam ni."

"Kau jangan masuk campur hal aku la. Takde kena mengena dengan kau."

"Aku kenal Syilla. Dia pernah jadi bff aku dulu."

Izwan mencebik.

"So, nak pujuk aku supaya lupakan Linda?"

"Tak. Bukan macam tu. Apa yang kau buat ni salah. Linda takut dengan kau. Dia tak rasa happy bila kau jadi macam ni."

"Aku masih sayangkan Linda. Kau tak berada di situasi kami, Iris."

Mata Izwan merah.

Aku tahu dia juga rasa terluka. Cinta tiga segi sangat menyakitkan.

"Kau kena pilih. Linda ataupun Syilla. Don't be greedy, Izwan."

"Aku pilih Linda."

"Then, kenapa kahwin dengan Syilla?"

Izwan tunduk.

"Aku tak tahu. Semua ni Syilla punya angkara."

"Setelkan semua hal kau dengan dia. Baru la cari Linda. Jangan buat Linda sedih kalau kau memang sayang Linda."

Izwan terduduk di atas sofa.

Pintu pagar dirempuh.

"Police! Raise your hand!"

Aduh. Ni mesti Rayqal call polis. Memandai je dia ni.

Beberapa anggota polis, datang menggari tangan Izwan.

Aku jadi kasihan melihat dia.

"Akak..."

"Takpe. Nanti kita setelkan di balai polis. Linda kena jelaskan semuanya. Kalau Linda rasa Izwan takkan bertindak jauh, akak takkan dakwa dia atas tuduhan menculik. Linda fikirlah baik dan buruk, okay?"

Aku tidak mahu bagi tekanan pada Linda.

Rayqal datang menghampiri.

"Iris, awak okay? Linda okay?"

Aku menjeling dia. Suka bertindak tanpa memberitahu aku dulu.

"Things getting worse, thanks to you, Rayqal."

"Saya risaukan awak dan Linda."

Aku menghela nafas panjang.

Tadi penakut nak temankan aku. Konon taknak masuk campur.

"Cinta tu mampu jadi racun, Rayqal."

Sengaja aku berkata begitu. Mahu dia mencerna ayat aku yang tersirat.

Dahi Rayqal berkerut. Kurang faham dengan kata-kata aku.

Dan sebentar lagi, akan ada seorang manusia lagi yang aku terpaksa hadap.

Syilla Ardiany.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience