Kami ke suatu tempat. Sengaja aku memilih tempat ini sebagai kejutan. Aku mahu dia sentiasa ingat pada aku. Dan takkan lupakan malam ini sampai bila-bila.
"Iris, awak nak bawak saya ke mana ni? Siap tutup mata segala?"
"Ada la. Awak sabarlah sikit."
"Hmm. Saya tak nampak apa-apa."
"Cuba la merasa jadi buta kejap, Encik Rayqal."
Aku membuka kain hitam di mata dia.
"Kejap, jangan bukak lagi."
Aku memberi isyarat pada beberapa pekerja di situ.
"Okay. Bukak mata."
Perlahan-lahan dia membuka mata.
Rayqal agak terpegun dengan suasana di sekeliling.
"Happy birthday yang ke 27, Rayqal Farish."
Senyuman terbit di bibir dia.
"Cantiknya. Awak buat semua ni?"
"Saya cuma arahkan. Yang lain tolong buat semua ni."
Rayqal pandang aku. Matanya agak bersinar.
"Thank you, Iris. Saya rasa happy sangat... Dengan awak."
Tangannya mahu memeluk aku.
"Eh eh. Kejap. Jangan nak peluk saya."
"Yela. Tanda nak berterima kasih."
"Banyaklah awak punya terima kasih. Saya cubit kang."
Seraya tangan memiat telinga kanan dia.
Padan muka. Gatal.
"Aduh. Sakitlah. Garang la awak ni."
Memang aku garang.
"Awak lebih-lebih, siaplah awak."
Aku memberinya amaran.
"Okay. Okay. I'm sorry. Saya gurau je. Saja je nak sakat awak. Saya masih respect awak tau, Iris."
Aku merangkul lengan dia.
"Jom kita pergi sana."
Cahaya menerangi taman bunga ini. Aku sengaja melilitkan lampu di balik bunga.
Aku menarik Rayqal ke satu sudut.
Ada sebuah piano.
"Awak duduk sini."
Dia hanya mengikuti.
"Rayqal Farish, saya minta maaf sebab saya tak mampu jadi perempuan yang terbaik dalam hidup awak. Dulu, saya banyak sakitkan hati awak. Saya selalu herdik awak."
Aku terdiam. Dan menyambung kembali.
"Saya tak mampu nak beritahu perasaan saya. Tapi saya nak awak tahu segalanya melalui lagu."
Jari jemari mula memainkan piano. Aku menyanyi dengan mendayu.
"Jujur saja ku tak mampu
Hilangkan wajahmu di mataku
Meski malam menganggu
Kau tak disampingku setiap waktu
Ku sadari, aku cinta padamu
Meski ku bukan yang pertama di hatimu
Tapi cintaku terbaik untukmu
Meski ku bukan bintang di langit
Tapi cintamu yang terbaik
Jujur saja ku tak mampu
Tuk pergi menjauh darimu
Meski hatiku ragu
Kau tak di sampingku setiap waktu
Ku sadari aku cinta padamu
Meski ku bukan yang pertama di hatimu
Tapi cintaku terbaik untukmu
Meski ku bukan bintang di langit
Tapi cintamu yang terbaik."
Alunan piano yang sedih membuatkan air mata aku menitis sedikit.
Aku senyum pada dia.
Wajah Rayqal... Dia menangis?
Ada air jernih di tubir matanya. Aku nampak dia kesat air mata.
"Rayqal. Kenapa awak nampak sedih?"
Jangan menangis. Saya jadi turut sedih.
"Saya rasa terharu. Tak sangka awak sayang jugak kat saya. Saya ingat awak benci saya selama ini."
Aku bangun. Duduk sebelah dia.
"Kenapa cakap macam tu? Saya sayang awak. Cuma saya takut nak lebihkan perasaan ini. I don't want to lose anybody."
"Pertama kali saya rasa dihargai, dulu masa dengan Bella, saya yang buat semuanya. Dia tak appreciate pun saya. Tapi dengan awak, saya nampak awak sayang saya tapi dengan cara awak tersendiri."
Aku senyum.
"Sebab saya adalah Iris Nadia. Bila saya mula sayang orang, saya sanggup lakukan apa saja."
"Janji dengan saya, Rayqal. Jangan lupakan saya. Jangan tinggalkan saya."
Rayqal mengangguk.
Aku hulurkan sesuatu padanya.
"Nah. Untuk awak."
Potret kami berdua. Aku lukiskan wajah aku dan dia. Di tengahnya ada lambang hati.
"Ini je yang saya mampu lakukan. Maaf, jika tak seberapa."
Aku menunduk.
Aku risau Rayqal kurang suka dengan apa yang aku lakukan.
"Suka. I love it."
Aku dan dia. Sama-sama tergelak.
Aku tak sangka yang aku seromantik ini. Semoga Rayqal takkan lupakan aku.
.
.
.
Aku menatap lukisan abstrak di dinding galeri.
Anonymous masih tidak memunculkan diri.
"Cik Iris, you okay tak ni?"
Aku memandang Cindy.
"Saya okay."
"Kalau okay, kenapa dari tadi duk tatap lukisan yang tiada nama n?"
"Cindy. Saya rasa pelukis sengaja hantar karya ke sini."
Cindy mengerutkan dahi. Tanda kurang faham.
"I mean... Anonymous nak saya pilih karya dia. He or she going to tell me something."
Aku yakin. Dia sengaja timbulkan tanda tanya.
"Maybe you je kot rasa macam tu. Dia malu agaknya. Taknak dikenali ramai."
Entahlah. Aku bingung.
Untuk apa lakukan begitu? Sepatutnya bila karyanya dikenali ramai, dia patut muncul. Biar semua tahu siapa dia. Semua mengagumi lukisan seni dia. Jadi, tiada apa yang perlu dimalukan.
Sebenarnya, aku kerap terima email tanpa subject dan content. Cuma blank.
Aku rasa dia adalah anonymous. Dia mahu aku fill in the blank.
Siapa kau sebenarnya, anonymous?
Setiap bulan dia akan kerap hantar karyanya di galeri ini. Semalam aku baru terima satu lagi bungkusan lukisan.
Wajah seorang perempuan cantik. Namun di wajahnya ada air mata kesedihan. Kemudian ada sesuatu yang menganggu fikiran aku.
Wajah perempuan itu dikaburi kabus.
Seram, bukan?
Mungkin aku perlu cari tahu siapa anonymous yang sebenarnya. Dan mengapa identitinya jadi tanda tanya?
Share this novel