Bab 4

Romance Series 59219

Aku tersenyum sendirian menatap lakaran di atas meja.

Kesemuanya lakaran wajah aku ketika kumpulan aku menjadi juara dalam pertandingan akhir bola jaring.

Adam Zarieyl yang melukisnya. Tak sangka dia sempat melakarkan aksi aku ketika itu.

Kelibat seseorang datang menghampiriku.

"Hei... Kau Iris Nadia, kan?"

Sergah seseorang tanpa memberi salam.

Aku mendengus kasar. Apa masalah minah senget ni?

Tiada angin, tiada ribut mahu mencari pasal dengan aku. Rude.

"Amboi, cantiknya bahasa! Kau datang tak beri salam, menjerkah aku tanpa rasa bersalah. What is wrong with you?"

Aku turut membentak meja di hadapanku dengan kasar.

Dia mempamerkan riak terkejut. Dia ingat aku nak bersopan santun ke?

You're messing with the wrong person, young lady.

Aku membelek penampilannya dari atas ke bawah.

Hmm. Bergaya. Cantik. Tapi, kurang bijak.

Aku mencebik.

"Hei, apesal kau pandang aku dengan muka tak puas hati?"

Dia menghentak-hentakkan kasut tumit tingginya.

"Excuse me, Miss. Sepatutnya aku yang ajukan soalan tu kepada kau."

Dia mengetapkan bibirnya yang merah menyala.

"Aku nak bagi warning kat kau. Hei, perempuan! Kau dengar sini. Rayqal is mine. Mine. Kau jangan nak menggedik dengan dia."

Rayqal? Dia girlfriend Rayqal rupanya. Hmm. Macam tak sepadan je. Opss.

"Bila masa aku menggedik dengan dia? Kau jangan nak memfitnah aku ye."

"Dia cakap dia suka kau. Dia pilih kau."

Aduh, apa pulak musibah datang ni?

Aku dah lama tak nampak Rayqal muncul depan aku. Tup-tup je kena serang macam ni.

"Cik..."

"Call me, Bella."

Dia cepat-cepat menyampuk. Aku menarik nafas panjang. Bersedia untuk beri tazkirah kepadanya.

"Cik Bella, saya rasa awak dah salah faham. Saya dengan Rayqal tak pernah ada apa-apa hubungan."

"Tipu."

Dia menjeling marah.

"Saya tak couple dengan dia. Dan, saya tak suka dia langsung."

Suaraku mula bergetar. Iya. Aku sedang menipu. Aku menipu hati aku. Tapi, cinta Adam Zarieyl takkan pernah hilang dari hati ni. Aku cuba mengawal air muka.

"I love Adam Zarieyl. Cuma dia sahaja."

Aku menundukkan wajah. Air mataku mula bergenang.

"Ohh, Adam Zarieyl yang dah mati tu? I heard about that. Sorry for your loss. But, the point is Rayqal is mine."

Tanpa rasa bersalah dia menyebut nama Adam.

Berani dia sebut perkataan 'mati' di depan aku?

Kau memang nak cari pasal.

Aku rasa macam nak menangis je ketika ini. Seolah-olah kalah sebelum berjuang.

Aku mengorak langkah. Kali ini benar-benar di hadapannya. Dia mengundur sedikit. Aku tertawa pahit. Barangkali dia sedikit cuak.

"Mulut kau memang celupar kan? Kau tak layak sebut nama dia. Iya. Dia dah tiada, tapi dia hidup dalam hati aku. Dan... Rayqal kau tu, ada aku kisah ke? Ambik la bawak masuk kubur!"

Perempuan gedik macam ni tak sepatutnya aku berbudi bahasa. Air wajahnya berubah cemberut.

"Eh, kau ni memang nak kena."

Bella mengangkat tangannya tinggi untuk menampar pipi aku. Aku sempat mengelak malang sekali tamparan itu terkena pada seseorang yang tiba-tiba muncul di sebelahku.

"Rayqal! I tak sengaja..."

Bella kelihatan agak takut.

Rayqal? Dia datang? Aku jadi kelu.
. .
. Rayqal mengusap pipinya yang merah. Kuat jugak tamparan Bella. Nasib baik aku sempat mengelak.

"Behave, Bella. Apa you buat kat sini? Datang serang orang. Tak malu ke orang tengok?"

Bella berpeluk tubuh.

"I bagi warning dekat dia. Supaya dia tak rampas you daripada I."

"Apa you cakap ni, Bella?"

"You ni buat-buat tak faham. You tu milik I sorang."

Aku tidak memandang mereka. Rayqal sudah punya kekasih rupanya.

Patutlah tak lagi menghiraukan aku.

Rayqal gelak.

"Listen, kita dah takde pape hubungan tau. You lupa ke yang you tu ada jantan lain?"

Merah padam air muka Bella.

"I still sayangkan you lagi, Rayqal. Please... Kita kahwin, jom."

Bella merangkul lengan Rayqal.

Aku menyaksikan drama di depan mata.

Apa yang ada pada Rayqal sehinggakan perempuan bernama Bella sanggup beria merayu mahu berkahwin?

"Kita dah putus. You pergilah dekat jantan yang you sayang tu. I ada Iris. I sayang Iris Nadia."

Rayqal menarik tangan aku.

Terkejut aku dibuatnya.

Kenapa aku perlu berkaitan dengan mereka?

Bella mengetip bibir.

"No!!! You milik I sorang. Dia tak boleh dapat you. I takkan biarkan you dengan dia bahagia!"

Wah, Bella memang nekad.

Ambiklah Rayqal ni. Aku taknak. Apa perlunya berebutkan seorang lelaki seperti dia?

Biar je aku undur diri. Dan cari Mr. Dia yang lain.

"Rayqal. Awak dah salah faham ni. Saya tak suka..."

Belum sempat aku menghabiskan bicara, Rayqal menarik aku pergi.

Meninggalkan Bella sendirian di situ.

"I swear, Rayqal. You akan jadi milik I jugak!"

Bella menjerit. Seperti perempuan gila.

Aku masuk ke dalam kereta dia.

"Apa semua ni? Kenapa saya jadi mangsa keadaan?"

Aku memicit kepala yang sedikit berdenyut.

Dia memerhatikan tingkah aku.

"Pening? Nak saya picitkan tak?

Dia tidak menjawab soalan aku, lalu menyoal aku kembali.

"Jawab soalan saya, Rayqal Farish."

Suara aku mula mendatar.

"I'm sorry pasal tadi. Saya dah lama putus dengan Bella."

Jawapan kurang tepat.

Aku memeluk tubuh.

"Dan... Awak jadi mangsa keadaan kerana dia dapat tahu saya sukakan awak."

Rayqal tidak berani memandang mata aku.

Betul ke apa yang aku dengar ni? Pengakuan dari mulut dia.

"Tapi saya tak sukakan..."

Dia menunjukkan sesuatu di tangan.

Bulat mata aku memandangnya.

Potret. Potret wajah dia.

Aku meneguk air liur.

"Mana awak jumpa?"

Patutlah bila aku cari tiada. Rupanya dia yang menjumpai.

"Belakang kertas ni tertera ILY, Rayqal."

Dia tersenyum sinis.

Mati la. Malunya...

Aku mengetip bibir.

"Awak silap ni. Saya cuma tulis je macam tu."

Sedaya upaya aku mahu menyelamatkan diri.

Arghh... Rayqal tak perlu tahu apa perasaan aku sebenarnya.

"Yeke, bukan ke awak sedih bila saya tak hiraukan awak?"

Kila ke yang jadi tukang report?

Dia pegang tangan aku.

"Saya sukakan awak, Iris Nadia. Dan saya tahu awak juga begitu."

Tapi, dia dah ada Bella.

Aku menunduk.

"Bella masih sayangkan awak. She needs you. Saya boleh jaga diri saya."

"Bella is my past. Dia curang. Dan saya tak boleh terima perempuan macam tu."

Patut ke aku mengaku je?

"Iya. Saya suka awak, Rayqal."

Aku memejamkan mata rapat-rapat.

Dia senyum nakal.

"Since bila?"

"Since awak mula tak pedulikan saya. Saya rasa kehilangan. Saya mula rasa suka kat awak."

"Berjaya jugak la rancangan saya dengan Kila."

Apa? Rancangan? Kila?

"Saya berpakat dengan dia. Nak tahu sejauh mana perasaan awak. Dan saya yakin, saya dapat pikat awak. Buat awak jatuh hati pada saya."

"Sampai hati awak..."

Aku menyambung kembali kata-kata.

"Saya jadi sedih. Seolah awak nak tinggalkan saya, macam Adam tinggalkan saya."

"Tu je cara buat awak sedar kehadiran saya, Iris."

Okay. Kau menang. Aku kalah.

"So, betul la kan awak betul-betul sukakan saya?"

Sekali lagi Rayqal bertanya. Mahukan kepastian agaknya.

Aku mengangguk.

"Terima kasih, Iris Nadia. Saya takkan tinggalkan awak. Saya janji."

Aku membalas senyuman dia.

Aku harap, dia jadi jodoh aku.

Rayqal menghidupkan enjin kereta dan meluncur pergi meninggalkan kawasan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience