Susuk tubuh dia aku pandang dari jauh. Dia sepertinya sedang mengelamun.
Hujan masih tidak lagi berhenti. Payung milik Linda yang dipinjamkan aku pegang erat.
Rayqal berdiri di dalam rintik hujan. Tidak takut demamkah dia?
Aku menghampirinya dari arah belakang. Tangan kanan memayungkan dia.
"Rayqal..."
Dia memusingkan badan.
"Iris... Awak datang jugak akhirnya. I'm so sorry, saya..."
Aku meletakkan jari di bibir dia.
"Jangan meleret. Saya taknak dengar kata maaf dari awak. Saya cuma nak tahu kebenaran."
Rayqal memandang aku dengan pandangan sedih. Air hujan berjuraian jatuh dari rambutnya.
"Saya... Saya minta maaf. Tolong percayakan saya."
Aku mencari kebenaran dalam anak matanya.
"Bella... Saya taktahu dia akan jadi client saya."
Client?
Boleh diterima masuk akal ke?
Aku mengerutkan dahi. Kurang mengerti apa yang cuba disampaikan.
"Company saya memerlukan Bella sebagai ambassador. Awak tahu kan kerja Bella dalam modelling. Dan dia jadi role model untuk mempromosikan produk syarikat. Bella tu cuma..."
Aku mengangkat tangan. Tanda suruh dia memberhentikan cerita.
Bukan itu yang aku nak dengar, Rayqal.
"Okay. Jadi dia ke sini atas urusan kerja? Atau sebab nak menggoda awak semula?"
Berdesing telinga Rayqal mendengar ayat pedas dari aku. Biarlah. Aku tanya terus terang. Tak payah nak belok kiri kanan.
Rayqal terdiam. Agaknya dia sendiri tidak tahu apa plan Bella.
Mahu hancurkan hubungan aku dan dia yang baru saja terjalin.
"Saya tak rasa dia nak buat macam tu. Saya selalu nampak Bella keluar dengan lelaki lain kat sini. Maybe dia dah move on."
Wah, backup Bella nampaknya!
Aku yang berprasangka atau kau yang buta, Rayqal? Takkan kau tak sedar yang dia cuba pikat kau kembali.
Aku tergelak kecil.
"Patutlah Bella permainkan awak macam tu, awak buta. Senang diperdayakan dia."
Wajah Rayqal berkerut. Seolah tak boleh terima apa aku katakan.
"Awak tak percayakan saya ke?"
Dia menyerang aku dengan pertanyaan itu?
"Saya percayakan awak. Tapi saya tak percayakan Bella. Dia sanggup buat apa saja untuk pisahkan kita. Dia dah bagi saya amaran banyak kali, Rayqal."
"Bella tak mungkin kejam macam tu."
Kejap, kenapa kau beria backup dia?
"Kalau masih sayangkan dia, mengaku jela."
Aku membaling payung ke tepi. Buat apa bertekak dalam hujan kalau apa yang aku cakap Rayqal sedaya upaya tepis?
"Awak cemburukan Bella. Kenapa? Bukankah awak tak ikhlas langsung terima saya? Awak pergunakan saya untuk lupakan Adam."
Dia sebut sekali lagi nama Adam.
"Bella dah racun fikiran awak ke? Iya. Saya mengaku. Saya cemburukan dia. Awak lebih dengar kata Bella dari saya."
Aku rasa sakit sangat. Aku datang ke sini nak dengar penjelasan. Bukannya nak bertekak soal percaya, cemburu dan apa-apa lagi.
Aku memusingkan badan. Cuba banyakkan bersabar. Kerana Bella kami bertekak.
"Saya tak tipu awak. Saya cakap perkara benar. Saya tak berminat lagi dengan Bella. Once she's become my ex, then forever my ex."
Huh. Mudahnya kau bercakap.
"Oh. Kalau kita putus maknanya awak pun takkan pandang saya selamanya la? Ego."
"Iris sayang... Saya berani bersumpah yang saya berurusan dengan Bella hanya kerana urusan kerja. Awak nak saya terangkan macam mana lagi? Dan tolong jangan keruhkan lagi keadaan. Jangan sesekali cakap nak putus, kita baru je nak rasa happy."
Aku percayakan Rayqal. Tapi Bella tetap akan jadi toxic ganggu hidup aku dan Rayqal.
Kata-kata Linda bergema dalam fikiran.
"Akak jangan keras hati sangat tau. Ingat, dengar dulu penjelasan dia then baru nilai."
Rayqal memusingkan bahu aku untuk menghadap dia. Dia mengelus rambut aku.
"Lupakan Bella. Lupakan Adam. Yang penting kita."
Dia cuba memujuk aku.
"Awak datang ke sini pun tak bagitahu saya langsung. Saya tertunggu awak call saya, tanya saya stay di mana. Nasib Kila terlepas cakap. Dan tengok awak upload Insta story. Kalau tak sampai bila-bila saya takkan tahu awak datang sini senyap-senyap."
Eh, Kila terlepas kata? Hmm. Patutlah asyik tanya aku dah jumpa Rayqal ke belum.
Aku tahu aku salah. Rahsiakan kedatangan aku ke sini daripada pengetahuan dia. Aku cuma nak beri kejutan. Nak dia tahu yang aku rindukan dia.
"Sorry... Saya cuma nak beri kejutan kat awak."
"Kejutan? Awak tahu tak saya risau sangat bila awak datang sini seorang diri. If anything happens, saya tak boleh maafkan diri saya, Iris."
Aku cepat-cepat sembunyikan tangan kiri. Tidak mahu Rayqal ternampak tangan aku berbalut. Tetapi matanya sempat menangkap tangan aku.
"Eh kenapa tangan tu? Bak sini nak tengok."
Aku menggeleng laju. Takut dia marah.
Dia menarik tangan kiri aku. Riaknya tampak kerisauan.
"Apa yang jadi tadi? Tell me."
"Saya kena ragut."
Aku tidak mahu bercerita panjang tentang itu. Mimpi ngeri dalam hidup aku.
"Apa? Kat mana? Bila?"
Rayqal mengasak pertanyaan.
"Iya. Saya kena ragut dekat lorong belakang bangunan. Masa tu saya rushing nak ke bangunan pejabat awak. Saya tak sedar beg saya ditarik dan saya ditolak jatuh. Tangan tergesel dan terjadinya luka."
Aku menerangkan details seperti yang dia mahukan.
Tiba-tiba Rayqal menarik aku dalam pelukan. Aku tergamam.
"Kenapa tak minta pertolongan saya tadi? Siapa bawa awak ke klinik? Dalam tak luka tu?"
Rayqal terlalu risaukan aku.
"Saya okay. I'm fine. Linda tolong saya tadi."
"Linda?"
"Nanti saya cerita siapa Linda. Awak lepaskan saya dulu boleh tak?"
Aku rasa lemas. Malu diperhatikan orang lalu lalang.
"Taknak. Saya risau sangat ni. Nak peluk lama-lama."
Kepala hotak dia.
Itu namanya cuba ambil kesempatan dalam sedar. Kalau peluk lebih 1 minit maknanya kau memang sengaja.
Oh taknak lepaskan eh.
Tangan kanan aku memiat telinga dia.
Apa dia ingat romantik ke moment macam ni, macam dalam Eiffel... I'm in love ke?
"Ouchh... Kenapa awak piat telinga saya?"
Serta merta Rayqal melepaskan pelukan.
"Padan muka. Sengaja je kan buat macam tu?"
"Ala... Nak romantik sikit je pun macam dalam movie."
Banyaklah kau punya romantik, aku dah puas menangis tadi.
Dia memegang telinga kanan dia.
"Garang tak bertempat."
Rayqal menjeling kasar.
Mestilah garang, aku bukan macam Bella acah-acah gedik manja.
Kalau nak tunjukkan manja pun kenalah bertempat.
"Tangan sakit pun garang lagi. Meh sini saya tiup biar lekas sembuh."
Dia meniup tangan kiri aku. Aduh lawaklah dia ni.
Macam mana lah aku boleh berkenan dengan lelaki tingtong tiga suku ni. Suka buat aku tergelak dalam diam.
Rayqal senyum. Senyuman yang sama masa dia curi perhatian aku dulu.
"Awak maafkan saya tak?"
Rayqal menjongket kening kanan.
"Saya maafkan awak. Awak tak salah pun."
Aku percayakan Rayqal. Aku harap dia juga percayakan aku.
"So?"
"So?"
Dahi aku berkerut. Mengulang semula ayat tanda tanya dia.
"No more talking about Bella."
Dia mencuit dagu aku.
Aku juga tidak mahu dengar nama Bella lagi.
"Okay."
Rayqal menggosok kepala aku.
"Dah explore area bandar sini?"
Aku menggeleng laju.
"Okay. Esok kita jalan-jalan area sini."
Aku mendongak memandang dia.
"Awak tak kerja ke esok?"
"Tak. Kerja saya dah tamat. Tadi tu saya nak keluar lunch beramai-ramai. Tak sangka orang tu datang terjah menangis-nangis."
Muka aku sudah memerah. Malu ingat insiden tadi. Macam dalam drama Melayu.
"Yela. Dah nampak awak jalan berdua dengan dia, memang la salah faham. Orang tengok pun akan fikir bukan-bukan sebab mesra semacam."
Aku mencemikkan bibir.
"Dahlah. Jangan ungkit lagi."
Aku menutup muka. Malu. Salah faham boleh menyebabkan sesuatu jadi berantakan.
"Next time, dengar dulu apa saya nak cakap."
Hujan tiba-tiba lebat.
Aku mencapai semula payung Linda tadi. Menarik Rayqal masuk ke dalam payung.
"Ala. Hujan lebat ni potong moment romantik la. Tapikan Linda tu siapa?"
Rayqal merungut.
"Jom. Kita cari tempat berteduh dulu. Nanti saya ceritakan semua."
Aku menarik tangan Rayqal. Menuju ke bawah pondok kayu yang berhampiran di situ.
.
.
.
Aku mendepakan tangan. Merasai udara segar.
Rayqal menghulurkan aiskrim Vanilla. Aku menyisip aiskrim tersebut.
Dia melabuhkan punggung di sebelah.
"Sayang, awak balik Malaysia bila?"
Rasa macam taknak pulang. Aku menjongketkan bahu.
"Eh, angkat bahu pulak."
"Entahlah. Malas la nak balik."
Balik sana banyak kena fikir kerja. Hal galeri lagi. Serabut.
"Taknak balik Malaysia?"
Aku tidak memberi respons.
"Jom kita kahwin dekat sini."
Aku memandang wajah Rayqal. Selamba saja riak wajah Rayqal.
"Saya kena uruskan banyak perkara kat galeri."
Aku mengelak pertanyaan.
"Jom kita kahwin."
Rayqal sedang propose aku ke? Dekat tasik ini? Saat matahari membahang panas?
Riak wajah dia tampak serius.
"Iris..."
Dia menghulurkan sesuatu di tangan.
Sebentuk cincin. Ada satu permata di atasnya.
Aku menelan air liur. Gulp. Aku menyambutnya juga.
"Saya serius. Saya nak kahwin dengan awak."
Hati aku rasa berdebar.
"Rayqal, kita baru kenal. Saya tak ready lagi."
Aku masih fobia. Kehilangan seseorang yang aku pernah cintai.
"Bila awak boleh ready?"
Aku menunduk.
"Saya... Saya tak tahu."
Aku sayangkan Rayqal. Akan tetapi, aku rasa takut. Takut untuk memberi komitmen dalam perkahwinan.
Bagaimana jika aku akan kehilangan dia sekali lagi?
Dia pegang jari jemari aku.
"Awak tak sayangkan saya ke? Setiap kali saya ajak awak kahwin, awak tolak. Awak memang tak boleh lupakan Adam Zarieyl ke?"
Wajah Rayqal mendung.
Bukan begitu.
"Saya sayang awak. Tapi saya tak bersedia nak kahwin sekarang. Let me think about it first."
Dia menghela nafas.
"Okay. Baiklah. Jangan sampai awak kehilangan saya baru awak nak kahwin dengan saya."
Rayqal bangun. Mahu berlalu pergi. Sedang merajuk barangkali.
"Rayqal..."
Dia tidak mengendahkan panggilan aku.
Cincin tadi aku simpan dalam kocek baju.
"Awak... Tunggulah saya. Janganlah merajuk."
Aku mengejarnya sambil berlari anak.
Seseorang mengintai dari jauh. Bibir yang merah menyala diketip geram.
You are not suppose to be happy, Iris Nadia. Aku akan buat hidup kau merana.
Perutnya diusap perlahan.
Rayqal, kau akan sengsara. Aku takkan biarkan kau bahagia.
Share this novel