Bab 37

Romance Series 59219

Dari tadi, aku dan dia hanya mendiamkan diri.

Aku memerhatikan pemandangan kiri dan kanan kereta. Hutan belantara. Hari makin gelap.

Dia mahu membawa aku ke mana? Aku memandang wajah Rayqal. Wajahnya nampak tenang. Pemanduan yang sunyi sepi.

"Kenapa?"

Dia bersuara akhirnya. Aku menggeleng.

"Lapar? Kita berhenti makan kejap."

Aku membatukan diri. Tidak mengiyakan. Tidak juga menidakkan.

Aku mahu selesaikan semua ini segera. Kau milik dia, Rayqal.

Dia memberhentikan kereta di persimpangan jalan.

"Jom. Makan dulu. Lepastu kita sambung lagi perjalanan."

Dia terus turun dari kereta. Menanti aku di pintu kereta.

Kau memaksa aku lagi.

Nak taknak aku terpaksa ikutkan juga. Kami mengambil tempat.

"Nak makan apa?"

Tanpa mahu memandang dia, aku menjongketkan bahu.

"Iris, tolong pandang saya. Jangan macam ni."

Huh.

"Nak minum je kot. Tak rasa lapar."

Selera aku terus jadi tumpul.

Seorang perempuan muda menghampiri ke meja kami, mengambil menu.

"Dik, bagi saya dua pinggan nasi goreng kampung. Dua air fresh orange. Itu je. Terima kasih."

Pelayan itu mencatat menu dan berlalu pergi.

"Kan dah cakap taknak makan. Siapa suruh pandai-pandai order?"

Aku mula membentak marah. Pandai-pandai je. Tak faham bahasa.

"Makanlah sikit. Perjalanan kita jauh lagi."

Aku menjeling marah.

"Awak nak bawak saya lari pergi mana? Awak jangan nak buat benda gila."

Dia ni bukan boleh jangka. Suka hati dia je. Menyampah aku.

Rayqal tersenyum sinis.

"Lari jauh dari sini. Lari ke sempadan siam."

Aku terbatuk.

Mamat ni mental.

"Awak ni memang dah gila. Fius wayar kepala awak dah putus."

"Cakaplah apa sahaja. I don't care. Nobody can't stop me, even you."

What?

"Okay. Kita makan dulu, baru sambung gaduh."

Makanan sampai. Dan aku... Terus terdiam.

Rayqal, Rayqal. Kau buat aku macam tunggul. Tarik dan tolak sesuka rasa kau.

Sesudah makan dan bayar, dia menarik tangan aku dan berlalu dari situ.

"Iris. Sebelum kita ke sana, saya nak bawak awak ke satu tempat."

Ke mana?

Pemanduan diteruskan. Sampai saja ke destinasi yang dimaksudkan. Air mata aku terus mengalir.

Tempat ini. Tempat kali terakhir aku bersama Adam Zarieyl.

Kenapa mesti ingatkan aku dengan memori lama?

"Iris. Jom keluar."

Aku menggeleng. Aku tidak mahu turun dari kereta.

"Taknak. Tolong. Saya taknak. Jom kita pergi."

"Kejap je. Please."

Aku memejamkan mata. Aku tak sanggup nak hadap semua ni. Tak sanggup.

"No, Rayqal. Jom pergi dari sini."

"Iris. Saya dah janji dengan Adam. Nak jaga awak baik-baik."

"Janji tu dah lama mati. Tolonglah. Saya bukan patung perhiasan dalam almari."

"Bukan setakat jaga awak, for the rest of my life nak hidup dengan awak sampai ke syurga."

Dia membuat janji sekali lagi. Aku benci kau, Rayqal. Jangan tipu aku lagi.

Impian aku dah lama berkecai.

"Macam mana susah saya kejar awak dan dapatkan awak. Awak fikir semudah itu untuk lepaskan awak pergi?"

Aku tergelak.

"Siapa yang langgar janji? Saya ke awak? Awak dah pilih Bella. Jangan nak berangan lebih. Tolong sedar diri, Rayqal."

Dia terkedu dengan kata-kata. Lantaklah. Telan semua kata-kata aku.

"Sampai bila kita nak macam ni? Awak jadi ego dengan saya, Iris. Not fair."

Hidup memang tak adil. Dan, aku cuma mahu berlaku adil. Pada diri sendiri dan Bella.

Aku takkan ganggu hak orang. Takkan.

"Awak kena terima hakikat. Takdir awak dengan dia. Takdir saya selalu ditinggalkan keseorangan. Cukuplah Adam pergi. Cukup. Saya taknak hadap lagi. Sakit, Rayqal. Sakit sangat."

"Kenapa nak biarkan hati kita terseksa? Kita kena pilih bahagia kita. Bella perangkap saya. Saya terpaksa kahwin dengan dia. Awak nampak saya cintakan dia ke?"

"Cinta atau tidak itu bukan persoalannya. Bahagia awak dengan dia. Bahagia saya tanpa sesiapa. Saya lebih rela keseorangan. Asalkan awak bahagia, Rayqal. Jangan abaikan Bella."

"Tak. No way. Saya takkan lepaskan awak, Iris Nadia. Saya nak kahwin dengan awak juga. Kita kahwin lari."

Aku panik. Kahwin lari? Kila, tolong aku... Rayqal dah gila.
. .
. "Iris Nadia."

Aku berpaling. Sepertinya suara Adam Zarieyl. Aku memandang laut di hadapan.

Adam menghampiri aku. Melabuhkan punggung di sisi aku.

"Lama temenung. Tatap bulan lama dari tatap wajah saya."

Aku memandang dia di sisi.

Adam sentiasa menenangkan. Renungan mata dia mengasyikkan.

Dia tidak pernah buat aku rasa mahu marah. Tidak penah meninggikan suara. Sentiasa hargai aku.

"Iris. Kalau saya tiba-tiba suatu hari takde, saya harap awak jaga diri awak dengan sebaik mungkin."

Aku menatap dia. Awak nak tinggalkan saya ke, Adam?

"Jangan cakap macam tu. Saya tak boleh hidup tanpa awak."

Dia mengeluh panjang.

"Saya juga takut kalau saya tiba-tiba tiada, siapa nak jaga awak, Iris? Awak cuma ada saya dan Kila. Ibu bapa awak pun dah tiada."

Aku menahan sebak.

Adam Zarieyl buat aku rasa mahu menangis. Jangan tinggalkan saya, Adam.

"Hidup ini cuma sementara, Iris. Kita takkan tahu apa yang bakal jadi. Kalau ada jodoh, semoga ianya berkekalan hingga ke syurga."

Aku benci bila dia berkata begini. Iris Nadia sayangkan Adam. Sampai bila-bila.
. .
. "Iris Nadia."

Seseorang memanggil nama aku. Aku membuka mata.

Bayang Adam serta merta menghilang. Rayqal yang menggantikan bayang Adam tadi.

Rayqal. Sepupu Adam yang paling rapat. Dia dan Adam jauh beza. Perangai juga kurang sama. Rayqal lebih agresif.

"Are you okay?"

Aku menggeleng. I miss Adam so much.

"Iris."

"Saya rindukan Adam."

Aku mengesat air mata dari mengalir.

Rayqal terdiam.

"Adam dah takde. Sekarang awak ada saya."

"Adam tetap ada dalam hati saya, Rayqal."

"Saya cemburu."

"Pada dia yang sudah tiada?"

Dia mengangguk.

Adam dan Rayqal dua manusia yang berbeza. Aku pilih Rayqal bukan kerana dia seperti Adam.

Kerana dia adalah dia. Aku sayangkan dia kerana dia Rayqal. Perasaan yang berbeza. Tidak sama. Dia tak pernah mengingatkan aku pada Adam. Tiada persamaan langsung. Perasaan itu hadir ketika aku cuba menidakkan rasa yang bertandang.

Sebenarnya, agak sukar aku terima Rayqal kerana rasa yang ada pada Adam sukar untukku buang. Dan bila aku mula menerima Rayqal, tiba-tiba wujudnya Bella. Oh tidak, Bella sudah tersedia ada wujud.

Lalu, ini takdir yang tidak sempurna untuk kami bertiga. Aku tidak mahu kehilangan Rayqal. Tetapi Bella... Aku tak sanggup lukakan hati perempuan lain.

Dan, sekali lagi... Impian aku berkecai. Musnah.

"Esok kita habiskan masa bersama-sama. Saya nak luangkan masa dengan awak, Iris."

Aku tertunduk.

Ini hukuman untuk aku. Dulu, aku terlalu bencikan Rayqal. Benci yang teramat.

"Iris. Kenapa ni?"

Aku menggeleng. Cuba untuk tersenyum.

"Saya penat. Saya taknak fikir apa-apa lagi."

Aku segera bangun. Berlalu meninggalkan dia dan menuju ke dalam perut kereta.

Rayqal, saya harus pergi. Awak kena terima kehilangan saya. Tolong terima takdir ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience