Bab 13

Romance Series 59219

Aku memandang tangan kiri yang berbalut. Pada aku tidaklah sedalam mana luka itu berbanding luka di hati.

"Akak..."

Linda memanggil aku. Dia berjalan menghampiri aku.

"Jom. Duit rawatan ni semua Linda dah tolong bayarkan."

Aku memandang Linda. Gadis ini, hatinya terlalu baik.

"Thanks, Linda. Nanti akak ganti balik duit tu."

Linda senyum.

"Takpe. Tak payah. Linda ikhlas nak tolong akak."

Wajah aku celaru. Memikirkan Rayqal.

"Kak Iris... Okay tak ni?"

Aku memandang Linda. Kepala digelengkan. Mata dah mula bergenang.

"Akak tak tahu macam mana nak balas budi Linda. Kalau Linda takde tadi... Mungkin akak dah rebah kat situ."

"Jangan cakap macam tu. Kita dipertemukan pasti bersebab."

"Linda tak kerja ke harini?"

"Tak. Cuti. Lusa baru Linda pulang ke Malaysia."

"Akak... Jom. Ikut Linda pulang ke apartment."

Rayqal masih berada dalam fikiran aku.

"Akak masih nak jumpa kawan akak tu?"

Aku terdiam.

Hari sudah menginjak petang. Rayqal pasti sudah pulang ke tempat penginapan yang aku tidak tahu di mana.

"Hmm. Takpela. Akak jumpa kawan akak nanti jela."

"Okay. Jom. Kita ke rumah Linda."

Aku jalan beriringan dengan Linda menuju ke destinasi yang aku sendiri tidak ketahui.
. .
. "Jemput masuk. Ni la rumah sewa Linda menginap."

Aku memerhatikan persekitaran kawasan. Linda sedang membuka pintu grill.

"Linda selalu datang ke Australia ke?"

Aku melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Wah. Terpegun jadinya. Kemas teratur. Kontemporari. Cara kemasan dia seperti berada di dalam rumah aku sendiri.

"Jangan malu-malu kak. Buat macam rumah sendiri."

Punggung dilabuhkan ke atas sofa.

"Linda memang selalu duty ke sini. Kalau bukan Australia, travel ke tempat lain pulak."

Dia membancuh kopi di dapur.

"Akak langsung tak tahu menahu kawasan sini."

Aku datang ke sini kerana terlalu ikutkan hati.

Linda menghulurkan mug berisi air kopi.

"Thanks. Tapi akak tak berapa gemar kaffeine."

Aku menyisip sedikit. Mahu mengambil hatinya.

"Oh. Laa... Kalau Linda tahu, baik bancuh teh tadi. Haha."

"Takpe. Akak taknak susahkan Linda."

"Linda nak tanya sikit boleh tak."

Dia kelihatan takut menanyakan soalan.

"Tanya banyak pun takpe."

"Akak datang sini nak jumpa siapa sebenarnya?"

Soalan yang aku sudah jangka.

"Kawan."

"I'm very sure he's not 'just friend.' Maybe he is something special."

Bingo.

Rayqal dah diupgrade menjadi istimewa dalam hidup aku.

Sesuatu yang sukar aku kikis lagi.

"Dia teman lelaki akak."

Aku menjawab dengan tenang.

Linda senyum tiba-tiba.

"I can see through your eyes. He's your love. Akak jejak ke sini untuk cari dia. Kan?"

Mencari Mr. Dia.

Benarkah Rayqal itu Mr. Dia aku?

"Entahlah. Situasi dah berantakan. Something not expected."

"The more you give, the less you get."

Linda berbicara seperti seorang pakar cinta.

"Apa yang boleh Linda katakan, do not expect too much. Linda taktahu story akak. Linda pun tak tahu dia yang akak maksudkan tu seorang yang macam mana."

Aku diam. Bukan tidak mahu bercerita. Tetapi tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita.

"Sorry kak. Linda tak patut masuk campur."

Linda melihat wajah aku yang keruh.

"Tapi... Kalau akak nak luahkan. Akak boleh cerita apa saja. Telinga Linda sudi mendengar. I'm a good listener."

Linda senyum manis.

"Akak datang sini nak jumpa dia. Tanpa beritahu dia. Akak rindukan dia."

Ayat aku terhenti di situ. Ambil nafas untuk menyambung.

"Sebaliknya, dia dengan ex girlfriend dia."

Bella Ayana.

Tak boleh ke kau lepaskan Rayqal kepada aku?

I'm so in love with him.

"I'm sorry to hear that. Tapi akak tak boleh tuduh dia bukan-bukan."

Aku tahu. Aku dah buat silap. Aku tak percayakan dia.

"Dia ada terangkan tak?"

"Dia cuba terangkan. Tapi akak yang taknak dengar."

Linda mengeluh.

"Linda faham. Mungkin waktu tu akak tengah marah. Tengah kecewa. Tengah rasa tertipu. Tengah cemburu. A mixed feeling can lead to your emotion."

Iya. Aku terlalu ikutkan rasa hati. Emosi.

Sedangkan aku kenal Rayqal yang bagaimana. Aku tahu dia tak perlukan lagi Bella.

"Akak bersalah. Akak datang sini tak bagitahu dia. Akak mahu buat kejutan. Tapi ini kejutan yang akak terima."

"Akak tak perlu rasa bersalah. Mungkin ini sesuatu yang Allah nak tunjuk."

Aku memandang Linda. Berkerut.

"Meaning?"

"Supaya akak lebih percayakan dia lepasni. Apapun akak kena berhati-hati. Cinta kadang-kadang buat kita terperangkap dalam situasi yang kita sendiri tidak inginkan. Akak kena bersabar. Jangan cepat melatah. Jangan jadi macam saya."

Aku tertumpu pada ayat akhir dia.

"Sebab itulah akak nak jumpa dia. Nak dengar penjelasan dia. Akak taknak hilang dia. Akak taknak Bella rampas dia semula. Linda faham maksud akak kan?"

"Yes. Tapi akak kena yakin kalau hati dia sepenuhnya pada akak, dia takkan terima Bella lagi."

Bella tu sanggup lakukan apa saja untuk tarik Rayqal kembali. Bella sangat licik.

"Telefon akak mana? Kena ragut jugak ke?"

"Tak. Akak sempat masukkan dalam kocek jaket."

"Nasib baik. Lepasni make sure berhati-hati. Ni tempat orang kak. Jenayah 24 jam."

Aku mengangguk.

"Call dia. Bagitahu dia yang akak nak jumpa dia. Rindukan dia."

Aku memaut lengan Linda.

"Thanks Linda. Akak bersyukur sangat kita ditemukan. Sekurangnya akak takdela rasa bersendirian."

"Most welcome. Sebelum akak pergi jumpa dia, dinner la kat sini dulu. Linda nak masak. Kita makan sama-sama. Seronok rasanya ada tetamu dan teman berbual."

Kami sama-sama tergelak.
. .
. Aku kekenyangan.

Sedap Linda ni masak. Asam pedas ikan pari, kangkung belacan dan sambal udang. Rindunya masakan Malaysia.

"Akak taknak stay sini malam ni ke? Tangan tu masih luka."

"Takpela. Akak taknak susahkan Linda. Akak tak sabar nak jumpa dia."

Teringat conversation di dalam telefon tadi.

"Hello, awak..."

"Iris... Awak kat mana? Banyak kali saya call."

"Saya okay. Saya nak jumpa awak, Rayqal."

"Saya pun. Awak kat mana? Saya datang jemput."

"Tak payah. Kita jumpa nanti je."

"Iris Nadia... Saya rasa macam sesuatu berlaku tadi, hati saya jadi tak tenang. Biar saya jemput awak."

Rayqal masih berkeras. Aku juga mahu berdegil.

"Kita jumpa dekat tepi sungai. Saya bagi awak location."

"Okay. Okay. Saya tunggu awak. Jam 9.30 malam."

"Okay Rayqal."

"Take care sayang."

Sebaik dengar perkataan sayang, aku terus menamatkan talian.

Sayangkah dia pada aku?

"Akak..."

Linda mengejutkan aku dari lamunan.

"Termenung pulak dia."

Linda memeluk aku.

"Take care sis. Anything call Linda."

Aku membalas pelukan Linda. Seperti pelukan mesra kepada adik kandung sendiri.

Aku rasa tersangat rapat dengan Linda.

"Baik-baik jalan. Akak jangan keras hati sangat tau. Ingat, dengar dulu penjelasan dia then baru nilai."

Aku faham. Perempuan seperti aku selalu sangat beremosi.

Rayqal, I'm on my way. Tunggu saya datang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience