Bab 3

Romance Series 59219

Aku ralit membelek majalah di tangan. Jam di tangan ku jeling sekilas.

3.45 petang.

Dari tadi aku menunggu Kila. Dia suruh aku menunggu di sini.

Sedang asyik memerhati orang di sekeliling, tidak semena-mena ada seseorang duduk bertentangan denganku.

Dia?

"Hai. Apa khabar?"

Dia tersenyum manis melihat aku.

Dia memakai baju berwarna biru gelap, topi di atas kepala ala-ala bad boy serta memakai cermin mata hitam jenama Rayban.

Aku hanya diam membisu. Mataku kembali terarah ke majalah di tangan.

"Kalau tak sudi nak jawab sekalipun, senyumlah sikit."

Aku memandang dia dengan hati yang berapi. Aku tak suka dia. Aku tak suka cara dia melihat aku.

I hate everything about him.

"Iris. Please talk to me."

Dia mula bersuara setelah melihat aku tidak membalas respons.

"Kau nak apa?"

Aku membalas pendek.

"Sampai bila kau nak mengingati dia yang dah tiada?"

Siapa dia nak mempersoalkan apa yang perlu aku buat? Dia tiada hak langsung.

"Bukan masalah kau. Dah. Go."

Aku malas nak bertikam lidah di sini. Kalau dia tak nak pergi, biar aku yang pergi dari sini.

Lantas, aku bingkas bangun. Belum sempat melangkah, dia menahan aku pergi.

"Dia suruh aku jaga kau. Tengok-tengokkan kau bila dia dah tiada."

Aku terkesima.

Sejak bila mereka saling mengenali? Aku tidak jadi melangkah. Tubuhku kaku di situ.
. .
. Aku memandangnya kosong.

Selangkah aku ke hadapan. Betul-betul berdiri tegak di hadapannya. Keningku berkerut.

"Excuse me, what do you mean by that? Macam mana kau boleh kenal dia?"

Dia menundukkan wajah.

"Kita cakap hal ni lain kali aje."

Dia seperti ingin melarikan diri. Aku sempat menahannya.

Dia menarik nafas panjang.

"Dia penting sangat dalam hidup kau ke?"

Aku mendengus. Bukan itu jawapan yang aku mahu dengar.

"Answer my question, not asking me with your stupid question!"

"Iris, aku tak tau macam mana nak explain."

"Abang? Kawan baik? Sepupu?"

Dia melarikan matanya dari bertentang mata denganku. Dia cuma diam dari tadi.

"Answer me, Rayqal!"

Aku mula meninggikan suara. Dia memandang aku lama.

Lama kelamaan baru dia mahu bersuara.

"Cousin." Jawabnya sepatah.

Aku membuang pandang. Sudahku agak.

Patutlah... Patutlah banyak perkara dia tahu pasal aku.

"Hai, guys. Borak pasal apa ni?"

Kila datang pada waktu yang tepat.

Aku menggeleng. Seraya aku menarik tangan Kila untuk pergi dari situ.

"Wei, apa ni? Bye, Rayqal!"

Sempat dia berbalas lambaian dalam keadaan tegang begini.

Aku sempat menjelingnya sebelum pergi.

I'm such an idiot. Banyak perkara aku tak tahu tapi dia tahu.

Wajahnya mendung seribu duka.

Ah, hati aku lagi kabus. Pedih.
. .
. "Kau ni kenapa, Iris? Nak mengamuk tak tentu pasal."

Aku menjeling Kila di sebelah.

"Rayqal tu cakap dengan kau baik-baik. Kau tengking dia kenapa?"

Kila menangkan Rayqal. Syok dekat mamat tu agaknya.

Aku menyambung pembacaan. Malas mahu melayan Kila.

"I'm talking to you, Iris."

Melihat aku tidak memberi respons, dia menarik buku yang aku baca.

"Kau tu kenapa? Menangkan dia."

"Rayqal mahu berkenalan dengan kau, salah ke?"

Aku mencebik.

Memang salah. Aku taknak kenal dengan sesiapa.

Aku rampas semula buku tadi dari tangan Kila.

Dia mengeluh perlahan.

"Kau jangan degil. Bagi peluang kat dia."

Aku memekakkan telinga.

"Aku taknak ada kaitan dengan orang Adam. Lagi-lagi sepupu dia."

"Dia cuma nak kenal kau je. Janganlah keras hati sangat."

"Dia nak permainkan aku. Dia saja nak try aku. Nak tengok aku setia ke tak dengan perasaan ni."

"Kau ni Iris. Suka buat andaian bukan-bukan. Adam dah takde. Kau boleh move on. Lupakan kesedihan kau."

Jadi aku harus paksa diri terima Rayqal?

"Aku takleh fikir pape sekarang. Biarlah dulu."

Aku mengambil beg sandang dan berlalu tinggalkan Kila.

Mahu bersendirian.
. .
. Lelaki yang bernama Rayqal Farish sudah tidak lagi menganggu hidup aku.

Kalau tidak, ke mana saja aku pergi pasti dia ada. Memerhatikan aku dari jauh hingga aku kurang selesa.

Aku rasa sunyi.

Tiada siapa lagi perhatikan keadaan aku dari jauh.

Kila menghampiriku.

Dia menongkat dagu di hadapanku. Aku tidak bereaksi.

"Hey, kau kenapa?"

Aku memandangnya lemah.

"Takde pape."

Jawabku dua patah.

"Tipu. There's must be something. Apa dia? Tell me!"

Aku menggeleng.

"I can read your mind."

Kila memandangku tajam.

"Ini mesti pasal dia. Cakaplah, dia ganggu kau lagi ke?"

Aku menggeleng lagi. Mataku mula berair.

"Dia tak ganggu aku dah. Tapi...."

Aku menyeka air mataku yang menitis perlahan.

"Tapi.... kenapa?"

"Aku..."

Aku tidak mampu menyambung kata.

"Aku??"

Kila mengulang kembali kata-kataku.

"I think I fall in love."

Kila terlopong.

"You... What??"

Aku terus menyambung tangis.

"Biar betul, wei."

"Aku tak tahu. Aku cuma rasa je."

Aku meletakkan tangan di dada. Degupan laju jantung mula kedengaran.

"Iris..."

Kila memandang ke satu arah.

"Dia wei... Dia...."

Aku turut memandang ke situ. Ternyata dia lalu tanpa memandangku. Terasa auranya seakan dekat denganku.

Dadaku mula rasa sesak. Sedih tiba-tiba. Sejak bila Iris mula jadi emosi?

Kila mengusap bahuku perlahan. Aku mula jadi seorang perindu.

Itu yang paling aku takutkan sekali.

Dan dia...

Sudah mula menjauhkan diri di saat Iris Nadia mula merasakan bahang cinta kembali membara.

Yang pasti, Rayqal tidak lagi mempedulikan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience